HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES C

Galing kay khair_ya

24.4K 2.4K 240

Horror | Comedy | Cakap pasal hantu, semua orang tahu hantu tu menakutkan dan sangat seram bila dibayangkan. ... Higit pa

P1
P2 ๐๐ž๐ฐ ๐ฉ๐ฅ๐š๐œ๐ž
๐3 ๐€๐ฅ๐ข๐ฒ๐š
P4 ๐‚๐ฎ๐ญ๐ž ๐ ๐ก๐จ๐ฌ๐ญ
P5 ๐๐ซ๐จ๐ค๐ž๐ง
P6 ๐ƒ๐ž๐š๐ฅ
P7 ๐Œ๐จ๐ฆ
P8 ๐‡๐ž๐ซ
P9 ๐๐ข๐œ๐ž ๐๐š๐ฒ
P10 ๐‰๐ข๐ซ๐š๐ง
P11 ๐’๐š๐ค๐ข๐ญ
P12 ๐ƒ๐ž๐ฌ๐ž๐ซ๐ฏ๐ž๐ ๐ข๐ญ
P13 ๐Œ๐š๐š๐Ÿ
P14 - ๐๐š๐ซ๐ญ๐ง๐ž๐ซ
P15 - Hitam
P16 ๐‘๐ข๐ง๐๐ฎ
P17 Respect
P18 Gแดœแด‡sแด›s
P19 Mแด‡ส€แด€แดŠแดœแด‹
P20 M!mpi?
P21 Iskandar
P22 Mencari
P23 Rasuk
P24 ส€แด€sแดœแด‹
P25 Kembali
P26 Danny
P27 Maafkan aku
P28 Bertindak
P29 Pergi
P30 Tamat HAH?
Bonus 1
Bonus 2
Bonus 3
Bonus 4 ๐”ผ๐•Ÿ๐••
Dah bosan ke tur?
Cook
Bersih
Scammer
Service
Barang
Yo! Cerita baru yg pasti kelakar.
Yes, dia pee pee
my story news
Rumah berhantu : 1
Rumah berhantu : 2
Rumah berhantu : 3
Rumah berhantu : 4
Rumah berhantu: 5
Rumah berhantu : 6
Rumah berhantu : 7
Rumah berhantu : 8
Rumah berhantu : 9
Rumah berhantu : 10
Rumah berhantu : 11
Rumah berhantu : 12
Rumah berhantu : 13
Rumah berhantu : 14
Rumah berhantu : 15
Rumah berhantu : 16
Rumah berhantu : 17
School P1
School P2 Hantu mane?
School P3 Hantu ape?
School P4 Dia adalah...
School P5 Pindah | Plan | Rescue Khairy
Votes!
School P6 Coma | Shoko
School P7 Serupa tenuk | lawan !
School P9 | camping | last chapter
End
New story โœจ
New Story ii โœจ

School P8 Home Attack | Khairy

125 16 1
Galing kay khair_ya

"WOI! Yang kau bawak Zombie masuk pasai pa Is!?" Mengamuk Danny, terkeluar loghat Kedah dia. Remote gaming control ditangan di bawak kiri kanan. Menunjukkan game dimainkan agak mencabar.

Is tergelak-gelak jahat.
"Mai datang, aku nak tengok sapa berani menantang aku! Mauahahaha! Kau pergi mampus untuk aku Dani!"

"Babi kau Is! Ni game survival! Bukan GTA bodoh!" Danny bengang. Nak harapkan kawan survive, Is malah menjadikan dia umpan.

Meanwhile..

Danial menguap bosan. Remote gaming control ditangannya di kawal baik. Tiada apa yang perlu dikecohkan. Zombie di dalam game sekadar ditembak tenang.

"Aku nak main lagi..." Aliya mengelembung mulutnya. Dia sudah kalah di awal permainan.

"Tunggu semua orang mati, boleh restart balik game ni Aliya." Jelas Danial. Aliya sedih, berbekalkan popcorn ditangan dia menonton sahaja Danny dan yang lain.

Ting tong!

"Aik, sejak bila kau pasang alarm pintu Dani?" Is menoleh pandang pintu. Sempat dia tekan butang pause.

"Dua hari lepas, kau je tak perasan benda tu elok melekat sebelah pintu." Ucap Danny bangun. Danial pula membawa diri ke tandas. Nak terkucil sebab Is segala ketua permainan yang kena pause game.

"Selama ni aku ingat apa." Gumam Aliya.

Danny melihat lubang pintu. Seorang individu berpakaian serba gelap serta bertopi hitam. Danny was-was. Selalunya orang jahat menyerupai sebegitu.

'Perasaan aku je kot.'

Tombol pintu dipulas, namun pintu dikuak sedikit. Hanya menampakkan kepalanya sahaja.

"Ya?" Danny cuba tersenyum.

"Bagi aku masuk.."

Danny tertelan air liur pahit serupa tertelan pasir. Suara itu persis seorang wanita tetapi siapa? Boleh pulak ada pistol tepat terarah kepada dia.

Kalau dirumuskan dengan kelajuan fizik bersamaan matematiknya, perkiraan itu sangat masuk akal buatnya terbunuh. Kelajuan peluru pasti menyamai satu saat berbanding dia yang menutup pintu mengambil masa dua saat.

"Apalagi ni..." Gumam Danny akhirnya pasrah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Danny kerling Danial, Danial pandang Is. Is pula sedap je abai Shoko sambil belek buku novel entah dari mana dia dapat.

"Hoi, tak nampak aku depan ni ke?" Shoko menarik picu. Bersedia melepaskan tembakan.

"Ha? Tak sedar diri kau tu tetamu, siapa tuan rumah?"

Danial dan Danny..
'Hoi hoi, ni bukan masa kau nak bersenda gurau dengan minah ni!'

"BAM!" Satu peluru dilepaskan, namun tersasar ke dinding menyebabkan.

"Arghhhhh!"

Ya, hanya mereka bertiga mendengarnya.

'Mampus..' Danial dah cuak.

'Habislah..' Iskandar risau.

'Its gonna be ...' Danny pasrah. Dia tak boleh buat apa-apa.

"Tak guna punya betina!" Aliya muncul disebelah Shoko lantas ditampar gadis itu.

Shoko yang melihat-lihat senjatanya sudah terpelanting ke dinding tanpa sebab. Dia tercengang.

"Eh?"

Buk!

"Arghh! Sakit!"

Baru sahaja Shoko ingin membentak, entah kenapa dia samar-samar kelibat sesosok jubah putih bersama rambut menggerbang dihadapannya.

Shoko pucat lesi. Pistol ditangan dibawa untuk menembak lembaga menyerupai hantu itu namun tangannya menggigil.

Puk! Pistol terpelanting jauh darinya. Waktu itulah Danny berlari menghalang Aliya yang terus mengganas.

"Cukup Liya! Kita dah boleh memberkasnya!" Danny menghalang.

"Dia sudah menyakiti tubuhku!" Aliya membentak menyinga.

"Jangan risau, kita akan bagi hukuman setimpal. Di penjara dia akan menyesalinya." Danial berkata sambil menenangkan hantu Aliya.

Lama-kelamaan Aliya mula membaik. Terlihat tubir  air matanya mengalir di pipi.

"Alolololo, sian dia..Sakit?" Usik Is sambil menggosok rambut Aliya yang mula menangis teresak-esak. Is yang tak pakai minyak pewangi itu memberi gosokkan lembut di kepala Aliya.

"Sakit.." Adu Aliya pada Is. First time dia mengadu pada Is ni. Is faham dan mengangguk.

"Si-Siapa dengan korang bercakap ni!?" Shoko mengalabah cemas. Dia cuba melepaskan dari Danny yang sudah menekan tangannya ke lantai.

"Housemate aku hantu." Danny tersenyum sinis.

"Ha?" Shoko menggigil.

"Perbuatan kau mengundang kesakitan kepadanya." Danial sudah menghubungi pihak polis. Biarlah pihak polis menguruskannya.

"Apa yang kau semua lakukan!? Kau semua bukan manusia!" Shoko memarahi. Dia tak nampak Aliya, jadi hakikat itu membuatkan dia marah sambil mengigil ketakutan.

"Kami manusia, kau je bukan manusia. Takde sifat prekemanusian nak bunuh orang. Jadi bolehlah dianggap binatang." Is meleret senyum sinis. Suka melihat Shoko terkena mental.

Shoko menyinga.

"Mampus kau! Aku sumpah kau berempat mampus!" Shoko hilang kewarasan, tergelak macam orang gila. Memaki hamun dalam bahasa Jepunnya.

"Jan

"Tak sanggup aku tengok dia ke hospital sakit jiwa." Danial risau.

"Hospital sakit mental kot." Is bagi pandangan.

"Hospital gila." Sokong Danny tersengih-sengih.

Siren polis kedengaran, serentak itu mereka bertiga mengucap 'Alhamdulillah.' Stress layan kerenah Shoko yang merapu entah apa. Mata hitam terbelalak ke atas meninggalkan mata putih sahaja. Is, Danny dan Danial merasa pelik melihat Shoko meracau tiba-tiba.

Namun, Shoko berjaya diberkas selepas itu. Dikatakan, dia dan ayahnya sedang diburu oleh pihak polis kerana Shoko salah satu keldai dadah dan ayahnya pengedar dadah. Jadi, ini memudahkan mereka membantu pihak polis.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.

Day by day, hari biasa dijalani dengan baik. Danial menguap. Bunga yang berada di bilik sakit Khairy sudah melayu tidak subur. Lalu dia menukarnya kepada yang baharu.

Hari petang jingga menampakkan surai emas melabuh tirai di dada langit. Danial menutup tingkap. Langsir ditarim dan ditutup lalu suis lampu dibuka.

Bunyi telefon bimbit menyentak perhatiannya. Sekilas dia menatap Khairy yang masih belum sedar.

"Waalaikumussalam, hello Is, ada apa?" Danial mengangkat panggilan. Sambil-sambil tangannya ligat mencari baju tidur baharu untuk Khairy. Hendak ditukar.

"Oh, pilihkan ramen dan 100 Plus. Danny ikut ke?"

"Okey-okey, aku tunggu kat bilik Khairy macam biasa."

Panggilan ditamatkan. Danial melihat skrin telefonnya. Sempat berbalas mesej Danny yang sedang on the way. Is pula berdekatan hospital hendak membeli makanan untuknya.

"Danial....."

Danial menoleh. Seakan ada orang memanggilnya. Dilihat sekeliling, tiada orang. Pandangan dikalih ke Khairy. Masih seperti tadi. Kaku tidak bergerak. Hanya dada itu berombak lembut sedang bernafas.

'Perasaan aku ke?'

Danial kembali menatap skrin telefon.

"Nial, aku haus.." Suara itu, sangat sayu. Dan lemah.

Danial terhenti pergerakannya menaip mesej. Perlahan-lahan kepalanya membawa ke arah Khairy.

Khairy dilihat sudah membuka mata. Mata itu, terlihat tidak berdaya.

"Khairy." Ternampak buli-buli air matanya. Membentuk empangan yang hendak pecah bila-bila masa.

Khairy tersenyum tipis.

"Terima kasih, korang.."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.

Khairy telah sedar dari koma berminggu-minggu lamanya. Berkat ingatannya menjadi roh gentayangan, dia mengenali kawan baru seperti Danny, Danial dan Is. Mereka menjadi akrab sejak kejadian itu. Khairy juga merancang pindah sekolah bersama mereka.

Selain itu, Khairy juga diambil sebagai anak angkat oleh bapa Danny. Pada awalnya dia menolak, namun Danny menggesanya untuk menjadi saudaranya memandangkan dia anak tunggal.

Khairy yang masih mempunyai harta serta syarikat ayahnya menerima disamping mengelola syarikat di belakang takbir. Dia CEO termuda menguruskan syarikat kereta dibantu oleh beberapa kenalan ayahnya.

Urusannya dipermudahkan. Bahkan dia semakin ceria disisi sahabat barunya. Hanya sahaja, dia tidak mahu membuka pandangan hijabnya dek takut sedikit melibat wajah-wajah hantu yang menyeramkan.

"Khairy, kau nak lawat Shoko di penjara?" Tiba-tiba Danny memecah kesunyian di suasana bising yang dicipta Danial dan Is yang sedang bermain PS4.

"Hm, aku dengar dia letak sumpahan kat korang." Tutur Khairy risau. Riaknya jelas menggambarkan ada sesuatu yang bermain di fikirannya saat ini.

"Hahaha, kau percaya ke Ry? Dia semacam gila." Ucap Is disetujui Danial.

"Hmm, buat masa sekarang aku tak nak jumpa dia." Khairy menjawab soalan Danny.

"Kau risau sumpahan tu ke? Mana ada berlaku apa-apa? Sumpahan apa kau maksudkan Ry?" Hairan Danny. Teringat jelas dia bagaimana Shoko merapu dalam bahasa yang tidak difahaminya sambil tergelak-gelak serupa orang gila.

"Tiada apa-apa. Aku yang terlebih risau." Khairy memandang Is dan Danial yang sedang bertekak urat. Nampak keduanya memang dah lama pendam nak mencarut satu sama lain. Tapi still kawan. Dia kagum dengan mereka.

"Mana aci Is! Kau pergi tembak kereta aku kenapa!? Babi betullah!" Danial tak puas hati.

"Eh, dah kereta tu ada roket mangkuk! Ahagahaga! Senjata bukan untuk perhiasan." Is menyenget tubuhnya ke kanan dan kesisi. Menjiwai permainannya.

"Oh ye, aku belum bagitau kau." Danny mengubah topik. Khairy yang terlihat banyak mendiamkan diri itu mengalih pandang menatap Danny.

Danny kenal sungguh kerakter Khairy yang tak banyak cakap. Matang dan senang. Padahal pada awal perkenalan mereka langsung bagai kucing dan anjing.

"Apa dia?"

"Kau boleh stay rumah aku, tapi tak boleh menyewa kat sini."

"Oh, Is dah pelawa aku awal-awal."

Danny melongo. Siap ditenung Is yang tersengih-sengih sendiri tidak memandangnya. Telinga tu dengar. Siapa tuan rumah ha?

"Weh Khairy, next week kelas kita camping. Kau okey tak masuk hutan ni?" Danial toleh pandang belakang. Permainan dihadapannya dibiarkan, memandang dia memang sudah kalah teruk dibedal Is.

"Kau ingat aku jakun sangat tak pernah camping?" Khairy tersenyum leret.

"Hohoho, kita ada geng pillow talk malam-malam tengah hutan." Is bukan main seronok.

"Aku tak nak bukak cerita hantu. Tempat keras lain macam sikit. Naya kalau seorang kita kena rasuk." Danny mengingatkan.

"Hehehe, In Sya Allah tak kan ada apa-apa." Danial tersenyum.

"......"

"Aku, sayang korang. Aku gembira.." Cukup padat dan jelas perkataan Khairy buatkan suasana jadi janggal.

"Bodo, malu aku kau cakap camtu." Is sudah benamkan kepala ke bantal sisinya. Dah cakap, macam magic dia boleh dapat bantal tu.

"Kau pejiwang ke? Hahaha." Usik Danial dan dia sendiri ketawa.

"Alhamdulillah, baguslah kau rasa camtu." Danny puas hati. Dia bersyukur dia ada peneman dan sahabat susah senang dengan yang lain.

"Let talk about girl, aku tertarik dengan Cikgu Husna." Akhirnya Khairy tukar topik. Dia sendiri pun tak nak kejanggalan tu semua. Satu lagi tentang perangai Khairy, he bad boy.

"Ho topik ni best!" Is lempar control gaming. Bantal pula dilepar kesisi mengenai Danial.

"Tak guna betul dia ni." Carut Danial geram.

"Sebagai perjaka aku pun ada benda nak cerita." Danny tak nak mengalah.

"Mulalah, tapi boleh jugak lah. Hehehe." Danial ikut serta dalam topik panas itu.

Malam itu, mereka berborak panjang. Dari topik perempuan sampai masalah kerajaan mereka cerita. Jauh dari topik asal. Lelaki bila dah bercakap menyimpang jauh. Topik warga asing pula dipersoalkan.

That's night, be proof of the four friends stay together forever.









Tamat!


Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

134K 16.9K 53
โ™”โ™š[Status : โ“’โ“žโ“œโ“Ÿโ“›โ“”โ“ฃโ“”โ““]โ™šโ™” โ˜ข๏ธ โ“ฆโ“โ“กโ“โ“˜โ“โ“– โ˜ข๏ธ Very old story, so : โš  Cringe tahap gaban โš  Typo berleluasa โš  Plot hancur lebur Nak padam, sayang so enjoy jel...
15.1K 506 24
Misteri makhluk berbulu di bawah katil nenek. Amaran telah diberi berulang kali. Namun sifat ingin tahu membuak-buak dalam diri.
36.4K 3.6K 56
Hai Assalamualaikum! Jumpa lagi kita.. maaf agak lambat sedikit. Kali ini aku nak sharekan pengalaman benar yang terjadi.. stay tuned!
188K 20K 50
"Kalau kau boleh berselindung atas nama syaitan, aku akan berselindung atas nama Tuhan," - Hazrel Dalam tidak sedar dia menempah sekelumit dendam pad...