[COMPLETED] DERITA YANG KAU B...

By villainalana

23.4K 1.2K 542

━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. âī THE FIRST OF HER SERIES, #1 âĩ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ 𝑎𝒍𝒗𝒊... More

ð‘Ŧ𝒆𝒓𝒊𝒕𝒂 𝒀𝒂𝒏𝒈 ð‘ē𝒂𝒖 ð‘Đ𝒆𝒓𝒊.
HER BROKEN FATE âœŋ 01
HER BROKEN FATE âœŋ 02
HER BROKEN FATE âœŋ 03
HER BROKEN FATE âœŋ 04
HER BROKEN FATE âœŋ 05
HER BROKEN FATE âœŋ 06
HER BROKEN FATE âœŋ 07
HER BROKEN FATE âœŋ 08
HER BROKEN FATE âœŋ 09
HER BROKEN FATE âœŋ 10
HER BROKEN FATE âœŋ 11
HER BROKEN FATE âœŋ 12
HER BROKEN FATE âœŋ 13
HER BROKEN FATE âœŋ 14
HER BROKEN FATE âœŋ 15
HER BROKEN FATE âœŋ 16
HER BROKEN FATE âœŋ 17
HER BROKEN FATE âœŋ 18
HER VENGEANCE âœŋ 19
HER VENGEANCE âœŋ 21
HER VENGEANCE âœŋ 22
HER VENGEANCE âœŋ 23
HER VENGEANCE âœŋ 24
HER VENGEANCE âœŋ 25
HER VENGEANCE âœŋ 26
HER VENGEANCE âœŋ 27
HER VENGEANCE âœŋ 28
HER VENGEANCE âœŋ 29
HER VENGEANCE âœŋ 30
HER VENGEANCE âœŋ 31
HER VENGEANCE âœŋ 32
HER VENGEANCE âœŋ 33
HER VENGEANCE âœŋ 34
HER VENGEANCE âœŋ 35
HER VENGEANCE âœŋ 36
HER VENGEANCE âœŋ 37
HER VENGEANCE âœŋ 38
HER BROKEN FATE âœŋ 39
HER BROKEN FATE âœŋ 40
HER BROKEN FATE âœŋ 41
HER BROKEN FATE âœŋ 42
HER BROKEN FATE âœŋ 43
HER BROKEN FATE âœŋ 44
HER BROKEN FATE âœŋ 45
HER BROKEN FATE âœŋ 46
HER BROKEN FATE âœŋ 47
HER BROKEN FATE âœŋ 48
HER BROKEN FATE âœŋ 49
HER BROKEN FATE âœŋ 50
HER BROKEN FATE âœŋ 51
HER BROKEN FATE âœŋ 52
HER BROKEN FATE âœŋ 53
HER BROKEN FATE âœŋ 54
HER BROKEN FATE âœŋ 55
HER BROKEN FATE âœŋ 56
HER BROKEN FATE âœŋ 57
HER BROKEN FATE âœŋ 58
HER BROKEN FATE âœŋ 59
HER BROKEN FATE âœŋ 60
ESHAN MIKHAYL âœŋ 61
HER BROKEN FATE âœŋ 62
HER BROKEN FATE âœŋ 63
HER BROKEN FATE âœŋ 64
HER BROKEN FATE âœŋ 65
HER JOURNEY âœŋ 66
HER JOURNEY âœŋ 67
HER JOURNEY âœŋ 68
âœŋ OUR HAPPY ENDING âœŋ

HER VENGEANCE âœŋ 20

342 20 1
By villainalana

SILING putih ditatap lama oleh Elvina. Wanita itu terbaring lemah di atas katil hospital. Elvina masih terasa pening di kepala sampaikan hendak bergerak sedikit pun terasa pedih satu kepala. Elvina menoleh ke kanan, di mana tubuh Eshan sedang berehat. Jejaka itu duduk di atas kerusi hospital lalu kepalanya dibaringkan ke atas katil Elvina. Tangan kanan Eshan memegang erat tangan kanan Elvina.

Perlahan-lahan tubuh kurus itu dipusingkan ke arah kanan. Sebaik sahaja Elvina terasa selesa dengan posisi sekarang, dia berhenti berpusing lalu tangan kirinya mengusap kepala Eshan perlahan-lahan.

Mesti lelaki ini terlalu letih sehingga tidak perasan bila Elvina bergerak.

Mana tidaknya. Eshan berjaga siang dan malam selama tiga hari ini hanya kerana menunggu Elvina untuk bangun dari koma. Eshan dan Datin Liyana akan menukar giliran untuk menjaga Elvina walaupun sah-sah gadis itu hanya terlantar di atas katil dan tidak tahu bila dia akan sedar.

Di luar bilik Elvina pula penuh dengan pengawal peribadi dan juga dua orang polis negara yang diupah oleh Dato Ghazali.

Elvina merenung wajah bersih Eshan yang sedang lena tersebut. Mengapa lelaki ini sanggup bersusah payah menjaganya, sedangkan dia bukan siapa-siapa dalam hidup Eshan?

Eshan cintakan dia ke?

Elvina selalu menafikan kenyataan berikut kerana perasaannya sendiri yang selalu mengatakan bahawa tiada lelaki yang ikhlas mahu bersama dengannya.

Mungkin Eshan lelaki yang bertanggungjawab dan menganggap dia sebagai adik sahaja? Selama dia bersama Eshan, lelaki itu tidak pernah pun mengungkapkan kata cinta. Jadi dia hanya mengangap bahawa Eshan jadikan dia sebagai tempat untuk curahkan kasih sayang seorang abang sahaja dan tidak lebih dari itu.

Tetapi kadang-kadang, dia sengaja mengusik Eshan dengan menjadi perempuan gatal untuk memberi peringatan kepada Eshan bahawa mereka berdua tiada pertalian darah.

Elvina mula keliru. Dia cintakan Eshan ke? Ataupun dia sayang Eshan sebagai sahabat? Atau suka kerana lelaki ini ada rupa?

Selepas apa yang terjadi kepadanya, Elvina tidak yakin yang dirinya akan jatuh cinta lagi.

Tapi sejauh mana kebenaran itu? Hanya tuhan yang tahu.

"Thank you." bisikan halus itu tidak berjaya mengejutkan Eshan yang sedang kepenatan. Dengkuran halus milik Eshan membuatkan Elvina tersenyum suka. Diusap lembut rambut Eshan sambil bibirnya mengukirkan senyuman.

Jika betul sekalipun Elvina mempunyai perasaan cinta kepada Eshan, wanita itu berdoa kepada tuhan agar rasa cinta itu mati serta merta. Dia tidak mahu terluka lagi.

Dia tidak mahu menyayangi siapa-siapa lagi. Cukuplah kisah lamanya menjadi pengajaran.

Elvina juga berdoa agar Eshan tidak menyimpan apa-apa bentuk perasaan kepadanya. Kerana dia tidak mampu meneruskan hidup seperti biasa lagi jika dia sakiti Eshan, lelaki yang sudah banyak membantunya.

"Eshan." ditepuk perlahan lengan Eshan sehingga lelaki itu sedar dari lena.

"Kenapa tak tidur atas sofa?" soal Elvina dengan suara yang masih serak. Eshan mengeliat kecil sebelum lelaki itu membalas.

"I tunggu you bangun." Eshan koyak senyuman.

"Eh wait! You dah bangun!" Eshan berdiri tegak lalu menekan punat berwarna merah di atas kepala katil Elvina.

"Alhamdulillah, you dah bangun El!" rasa ingin dipeluk cium Elvina ketika ini. Tiga hari dia menunggu wanita itu bangun dari lena. Akhirnya, tuhan kabulkan permintaannya secepat ini.

"Ya, I dah bangun." Elvina tergelak melihat keterujaan Eshan.

•••

"KALAU kepala you sakit sangat dalam masa beberapa hari ni, tolong inform pada kami ya El. Jangan nak tunjuk kuat." Elvina tersenyum hambar dengan teguran Amanda. Yang lain hanya ketawa kecil.

Dalam bilik yang ini ada dia, Eshan, Amanda, Emyr dan juga kedua ibu bapanya. Amanda lah yang merawatnya dalam masa beberapa hari ini sehingga Elvina sudah tidak tahan mendengar bebelan Amanda.

"Please take care of yourself Elvina. You boleh ada kecederaan dalam otak tau kalau lagi sekali kepala cantik you terhantuk! And I tak mahulah bagitahu apa kesan seumur hidup kalau you ada kecederaan dekat otak sebab I tak mahu benda tu jadi dekat you, faham?" panjangnya Amanda membebel. Elvina hanya mengangguk faham.

Elvina capai tangan putih milik Amanda lalu digenggam erat tangan wanita itu.

"Thank you sayang sebab ambil berat tentang I." Amanda tersenyum namun sedih.

"I tak main-main ya Elvina." tegas namun masih ada rasa sayang dalam nadanya.

"Entah! Ibu macam nak mati tunggu awak bangun, awak boleh melawak ya Elvina Marissa!" Datin Liyana bercekak pingang lalu dicebik bibir sehingga yang lain ketawa melihat si ibu penyayang itu.

Keadaan menjadi riuh sebentar dengan gelak tawa yang lain namun dapat Elvina lihat wajah sedih Emyr.

"You dah benci I ke Emyr? Tak rindu ke dekat principessa you yang penakut ni?" terlepas juga tawa Emyr pakej sekali air mata. Iyalah dari tadi diam aje. Tidak mahu menegur Elvina langsung, selalunya Emyr yang paling banyak mulut.

"Eshan marah you?" soal Elvina.

"Mana ada!" Macam anak anak ribena. Kuat sungguh Eshan menafikan.

"Kena belasah sikit aje." Pengakuan Emyr membuatkan Elvina menjeling Eshan. Tak baiknya! Kesian Emyr yang tidak bersalah itu.

"Oh ya! Macam mana dengan perempuan yang serang saya tu?" soalan Elvina menghentikan kebisingan di dalam bilik. Sunyi sepi.

"Dia sepatutnya direman dan kes masih dalam siasatan tapi sebab dia tiba-tiba naik gila, mereka hantar dia ke rumah sakit mental dahulu." Emyr menerangkan segalanya kepada Elvina. Dari awal hinggalah apa yang terjadi semalam. Bagaimana keluarga Wadya datang meminta maaf, bagaimana Wadya direman dan wanita itu menjadi agresif, bagaimana Wadya dihantar ke hospital sakit jiwa kerana dia memerlukan rawatan di sana. Semuanya Emyr cerita.

"Kenapa dia masuk hospital gila?" Amanda menyoal dengan kerutan di dahi.

"Dia tuduh Elvina yang cederakan dia dan bukan sebaliknya," balas Eshan.

"Kalau Elvina yang buat dia kenapa Elvina pula yang terbaring atas katil ni? Sepatutnya perempuan tu yang terbaring dekat sini bukannya Elvina!" suara Datin Liyana makin meninggi. Dato Ghazali mengusap belakang tubuh Datin Liyana dengan penuh kasih sayang. Meminta isterinya untuk terus bersabar dengan qada' dan qadr Allah.

"Ada apa-apa bukti?" soalan Elvina menyentak Emyr yang sedang membalas mesej entah siapa-siapa itu. Kini, semua mata tertumpu ke arah Emyr dan yang paling menyeramkan adalah renungan Elvina. Emyr berdehem kecil sebelum membalas.

"Tak ada setakat ini. CCTV rosak, tiada siapa yang ada berdekatan untuk dijadikan saksi dan CCTV dari luar tandas juga menunjukkan Wadya sudah lama menunggu di luar. Meyakinkan pihak polis yang perempuan itu sendiri yang ada niat tidak baik." Elvina mengangguk faham.

Mestilah CCTV rosak. Emyr dah settlekan. Elvina tersenyum kemenangan.

Elvina kembali tersenyum manis saat semua mengambil berat tentangnya dan ingin bersembang kerana rindu akan kehadiran Elvina.

Mereka ingatkan Elvina tidak akan sama seperti Elvina yang dulu lagi. Syukurlah Allah masih menjaga dan melindungi wanita ini daripada sebarang anasir jahat.

•••

"El." Suara lembut Eshan menyentak lamunan Elvina. Di pandang Eshan yang berada di sebelahnya lalu dihadiahkan senyuman hambar. Elvina mula berasa bimbang dengan takdir yang bakal dia hadapi sebentar sahaja lagi.

Sekarang Elvina dan Eshan berada di penjara Sungai Buloh, di mana Wadya ditempatkan atas kesalahan cubaan membunuh. Satu kertas siasatan telah dibuka ketika Elvina masih tidak sedarkan diri. Ia di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh, yang jika sabit kesalahan Wadya boleh dipenjara maksimum 20 tahun. Tiada ikat jamin terhadap Wadya oleh kerana Warda dan Fateh yang tidak mampu melawan kuasa yang ada pada Dato Ghazali dan Datin Liyana.

"Kalau you takut, kita balik." laju Elvina menggeleng, menafikan perasaan takut yang ada.

"Nah... I've got you," luah Elvina lalu dikoyak senyuman buat Eshan. Tangan kanan mengenggam erat tangan kiri Eshan lalu bersama-sama mereka melangkah masuk ke dalam bangunan suram tersebut bertemankan beberapa orang pegawai polis.

Sebaik sahaja tiba di tempat melawat, Elvina melepaskan tangan Eshan perlahan-lahan.

"Boleh you tunggu I dekat sini? I yakin kalau you ikut sekali, perempuan tu tak akan buka mulut langsung. Worse dia tak mengaku apa-apa." hati Eshan berat untuk bersetuju dengan permintaan Elvina namun bila dia fikir semula, akan ada jurang di antara mereka dan ramai pegawai polis yang sedang bertugas Eshan lepaskan juga hujung jari Elvina.

"Tunggu tau," pujuk Elvina sambil mengusap lengan sasa Eshan. Hanya anggukan menjadi balasan kepada Elvina.

Elvina membuka langkah, membuntuti pegawai polis yang akan membawa dia ke bilik pelawat. Ekspresi wajah lemah lembut yang ditayang kepada Eshan tadi lesap begitu sahaja dan diganti dengan ekspresi seakan-akan jijik.

Bukan kepada Eshan tetapi kepada wanita gila yang bakal dia jumpa sebentar lagi.

Elvina mengucapkan terima kasih kepada pegawai yang telah mengiringi dia tadi, ditunduk sedikit kepala tanda hormat.

Dalam beberapa minit kemudian, muncul figura Wadya disebalik pintu dengan ditemani oleh pegawai polis wanita yang sedang bertugas menjaga banduan. Elvina tersenyum sinis saat melihat wajah cuak milik Wadya. Disilang kaki panjangnya lalu disandarkan tubuh dengan penuh yakin. Disilang tangan lalu didekatkan ke dada.

Sengaja dia berlagak, dulu asyik dia sahaja yang dipijak

Wadya merengus kergeraman lalu direntap tangan yang masih dipegang oleh pegawai polis wanita itu. Pegawai tersebut hanya berlagak tenang. Kalau diikutkan hati, sudah lama perempuan berlagak ini mati ditangannya.

"45 minit." Dingin sahaja pegawai lelaki disebelah bersuara, memberitahu masa yang mereka ada untuk melawat.

Wadya menjeling Elvina dengan mata memerah yang sedang menahan mutiara jernih itu dari menitik. Wajah bengis Wadya dibalas dengan wajah sinis milik Elvina. Apabila perasaannya sudah tidak sabar ingin mempermainkan perasaan banduan di hadapannya itu, Elvina mengangkat ganggang telefon lalu dilekapkan ke telinga. Wadya turut melakukan hal yang sama dengan wajah yang masam mencuka.

"Hi babe!" ceria sahaja intonasi Elvina saat menyapa Wadya. Wadya mengetap gigi saat air matanya jatuh membasahi pipi.

"Jadi betul lah kan? Kau memang dia?" Soalan Wadya hanya dibalas dengan anggukan yang seakan mengejek daripada Elvina.

"Aku dah agak..." Santai sahaja bisikan Wadya terdengar di hujung talian. Elvina menggulingkan biji mata ke atas.

"Macam mana kau boleh melawat aku?" Wadya tertanya-tanya, bagaimana Elvina boleh lepas melawatnya sedangkan hanya ahli keluarga sahaja yang dibenarkan melawat banduan di sini.

"Guna cable." Tenang sahaja Elvina menjawab sambil bermain dengan rambut yang telah diikat oleh Eshan.

Wadya mula tidak senang duduk. Mahu sahaja dia bangun dan cakar wajah wanita angkuh yang berada di hadapan sana.

"Purple really suits you well, Dya." Elvina memuji pakaian banduan yang dipakai oleh Wadya.

Ungu bermaksud Wadya masih dalam reman. Siasatan masih dijalankan kerana bukti masih belum kukuh dan belum cukup. Melainkan jika Wadya sendiri yang mengaku kesalahannya.

"Belum seminggu lagikan you dalam penjara, so jangan sedih sedih sangat. Sebab lepas ni..." Elvina mendekatkan wajah cantiknya ke dinding kaca yang memisahkan mereka lalu menyambung.

"I'll make sure you pakai baju putih, kolar merah pula." Elvina ketawa gembira manakala Wadya menggigil halus sambil menangis teresak-esak. Tangan yang memegang ganggan telefon mulai lemah taktala dia sedar betapa berkuasanya perempuan di hadapannya itu.

"Don't overreacting lah Wadya. I masih hidup, kan? Maybe you pakai baju warna hijau?" Elvina meletakkan antara celah jari telunjuk dan ibu jarinya ke dagu lalu digerak-gerakkan jari telunjuk sehingga ia menampar pipi sendiri. Riak wajahnya seperti orang yang sedang dalam kekeliruan manakala mata hazel itu sekejap ke kanan dan sekejap ke arah kiri pula.

"Dasar betina murah! Memang patut Abang ipar aku kahwin dengan kakak aku!" Wajah bengis Elvina, Wadya tatap dengan keberanian yang tersisa.

"Dah jadi banduan pun boleh berlagak lagi ya kau, Dya?"

"Aku tak akan pernah tunduk dekat perempuan hina macam kau! Aku pasti kakak dan abang ipar aku akan ikat jamin aku dan keluarkan aku dari tempat sial ini!" Elvina serta pegawai lelaki yang berada di sebelah Wadya ketawa kecil namun cukup sinis sehingga berjaya membuatkan Wadya tersentak.

"Kesian dia, sudahlah kena fitnah... Abang dan kakak sendiri pun tak mampu tolong ikat jamin adik dia yang tengah dalam kesusahan ni." Sinis dan cukup untuk membuat Wadya menjerit kesakitan.

"Apa maksud kau?" Tergagap-gagap Wadya ingin bertutur dengan Elvina. Kakinya mula terasa lemah, kekuatan yang dia kumpul tadi kini lebur begitu sahaja saat pegawai polis yang berada di sebelahnya juga seakan tidak berpihak kepadanya.

Mungkin tuhan juga tidak mahu menolong Wadya pada saat ini sehingga sebegini takut Wadya dibuatnya.

"Aku Elvina Marissa binti Ghazali Kadeer, anak diplomat negara, Dya. Dulu memang aku perempuan hina yang cuci najis kau... Tapi sekarang, aku boleh musnahkan hidup kau dan keluarga hanya dengan satu arahan sahaja, Dya. Kau ingat senang-senang macam itu aje keluarga aku mahu lepaskan kau?" Penuh dengan keyakinan, kata-kata Elvina membuatkan Wadya semakin gentar. Semakin menggigil kuat tubuh genit itu.

"Kau ingat akan ada orang yang percaya kau? Semua bukti, aku dah simpan. Dan ada satu fakta yang kau perlu tahu, ketua polis negara kita ini kawan baik ayah aku. Jadi... fahamkan apa yang akan jadi pada kau?" Elvina senyum menyeringai. Wadya nampak senyuman itu, senyuman yang penuh dengan ejekkan dan kejian.

"Walaupun kau tak cederakan aku tapi memang kau ada pasang niat pun kan, Dya? Aku cuma realisasikan niat kau aje. Jadi janganlah bersedih lagi. Impian kau dah jadi kenyataan." Elvina tayang muka tidak bersalah.

"Puas hati aku bila tiada siapa percayakan kau! Jujur aku kata, aku tak sangkalah secepat ini kau terima hukuman di penjara. Aku baru nak jalankan plan untuk hancurkan keluarga bahagia kau. Tak sangka secepat ini kau meringkuk dalam penjara. Aku baru nak mula, Dya! Rasa menyesal pula aku, tapi tak apa... Mudah sikit kerja aku untuk sakitkan kakak kesayangan kau pula. Aku boleh bagi tumpuan maksima pada dia sahaja."

Wadya menangis dan terus menangis. Dipandang pegawai polis di tepi dan juga di sebelah Elvina.

"Kau bodoh ya? Kau tak takut kalau polis yang ada di sini laporkan apa yang mereka dengar?" Dengan penuh keyakinan Wadya memerli Elvina. Elvina senyum sinis sebelum bekata.

"Takutnya. You akan report tentang I dekat polis lain ke Ridzuwan?" Wadya terhenyak saat Elvina menyoal pegawai polis disebelah wanita itu. Ridzuwan hanya menggelengkan kepala lalu merenung Wadya dengan renungan yang penuh sinis.

Sekali lagi Elvina menang.

"Sial! Kau orang tak dengar ke apa yang dia kata? Dia yang sepatutnya masuk penjara bukan aku! Dia fitnah aku! Dia yang gila, dia yang patut dikenakan hukuman! Aku tak salah!" Wadya bagai dirasuk syaitan. Menjerit dan hilang haluan.

Tambah-tambah lagi apabila pegawai tentera yang ada di dalam ruang yang sama dengan mereka ini hanya ketawakan dia.

"Kau orang pun dah makan rasuah daripada perempuan gila ini ke? Aku akan laporkan kepada pihak berkuasa supaya kau orang pun akan meringkuk dalam penjaralah!" Wadya menjerit histeria.

"Mampu?" soalan terakhir daripada Elvina membuatkan Wadya naik gila.

"Iblis... Kau memang iblis!" Wadya menjerit lantang.

Elvina menghela nafas pendek. Kalau dia iblis, Wadya apa? Bapak segala iblis?

Elvina berdiri tegak saat Wadya menghantukkan kepala sendiri ke dinding berdekatan. Pegawai polis mula merempuh masuk saat terdengar akan kekecohan yang terjadi.

Elvina toleh ke arah pintu yang telah dibuka luas. Wajah Eshan yang cemas serta beberapa lagi pegawai polis yang lain muncul di sebalik pintu.

"I nak balik, penat." Eshan menghela nafas lega lalu ditarik Elvina ke sisinya.

"Apa dah jadi?" Elvina menggeleng perlahan lalu menarik Eshan keluar.

Layan perempuan gila pun boleh penat ya. Dia cuma mahu pulang dan makan makanan kegemarannya sahaja untuk hilang segala beban di otak.

Kerana hari yang mendatang akan jadi lebih intense dan menyeronokkan.

Continue Reading

You'll Also Like

2.5K 89 54
Helena Zara- Penjaga kepada Happy Smile Hospice yang merupakan tempat untuk mereka yang sakit, tetapi gagal dalam proses perubatan dan hanya menunggu...
63.5K 2.6K 65
Helena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Merek...
4.9M 241K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
1.1K 128 26
â€ĒS E C O N Dâ€Ē [ONGOING] Dia hero aku, dan hanya aku 'Awliya' untuknya â€Ēâ€Ēâ€Ēâ€Ēâ€Ē ' Mamat Tandas ' Gelaran yang diberikan oleh Sofiy sendiri terhadap lel...