HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES C

By khair_ya

24.4K 2.4K 240

Horror | Comedy | Cakap pasal hantu, semua orang tahu hantu tu menakutkan dan sangat seram bila dibayangkan. ... More

P1
P2 ๐๐ž๐ฐ ๐ฉ๐ฅ๐š๐œ๐ž
๐3 ๐€๐ฅ๐ข๐ฒ๐š
P4 ๐‚๐ฎ๐ญ๐ž ๐ ๐ก๐จ๐ฌ๐ญ
P5 ๐๐ซ๐จ๐ค๐ž๐ง
P6 ๐ƒ๐ž๐š๐ฅ
P7 ๐Œ๐จ๐ฆ
P8 ๐‡๐ž๐ซ
P9 ๐๐ข๐œ๐ž ๐๐š๐ฒ
P10 ๐‰๐ข๐ซ๐š๐ง
P11 ๐’๐š๐ค๐ข๐ญ
P12 ๐ƒ๐ž๐ฌ๐ž๐ซ๐ฏ๐ž๐ ๐ข๐ญ
P13 ๐Œ๐š๐š๐Ÿ
P14 - ๐๐š๐ซ๐ญ๐ง๐ž๐ซ
P15 - Hitam
P16 ๐‘๐ข๐ง๐๐ฎ
P17 Respect
P18 Gแดœแด‡sแด›s
P19 Mแด‡ส€แด€แดŠแดœแด‹
P20 M!mpi?
P21 Iskandar
P22 Mencari
P23 Rasuk
P24 ส€แด€sแดœแด‹
P25 Kembali
P26 Danny
P27 Maafkan aku
P28 Bertindak
P29 Pergi
P30 Tamat HAH?
Bonus 1
Bonus 3
Bonus 4 ๐”ผ๐•Ÿ๐••
Dah bosan ke tur?
Cook
Bersih
Scammer
Service
Barang
Yo! Cerita baru yg pasti kelakar.
Yes, dia pee pee
my story news
Rumah berhantu : 1
Rumah berhantu : 2
Rumah berhantu : 3
Rumah berhantu : 4
Rumah berhantu: 5
Rumah berhantu : 6
Rumah berhantu : 7
Rumah berhantu : 8
Rumah berhantu : 9
Rumah berhantu : 10
Rumah berhantu : 11
Rumah berhantu : 12
Rumah berhantu : 13
Rumah berhantu : 14
Rumah berhantu : 15
Rumah berhantu : 16
Rumah berhantu : 17
School P1
School P2 Hantu mane?
School P3 Hantu ape?
School P4 Dia adalah...
School P5 Pindah | Plan | Rescue Khairy
Votes!
School P6 Coma | Shoko
School P7 Serupa tenuk | lawan !
School P8 Home Attack | Khairy
School P9 | camping | last chapter
End
New story โœจ
New Story ii โœจ

Bonus 2

279 38 1
By khair_ya

Danial pening. Bukan sebab apa yang berlaku ke atas dirinya sekarang, tetapi keluarganya.

"Dik, kau orait tak orait ni? Sejak kebelakangan ni kau asyik pengsan." Bebel si kakak kedua risau. Namanya Amylin. Lebih dikenali sebagai Amy.

"Hospital cakap pun dia tak ada penyakit apa-apa." Ujar ayahnya sambil picit dahi.

"Tapi dokter cakap, dia pengsan sebab kejutan melampau. Tekanan darahnya tinggi mendadak dek terlampau terkejut." Ujar ibunya pula.

"Kau terkejut apa dik?" Tanya abang sulung, Zafran.

"Kau ada masalah ceritalah." Ucap kakak keempat, Huda.

"Masalahnya dari semalam tak bukak mulut. Menyusahkan kerja orang, kita nak tolong dia." Bebel abang ketiga, Izzuddin.

Danial tak berani mengangkat kepala untuk bercakap, dia takutkan sesuatu disebalik tiang rumahnya. Ada lembaga berbaju kurung lusuh sedang memandanginya tajam.

"Danial, cerita kat ibu. Kenapa diam je ni?" Risau ibunya.

Danial mengangkat kepalanya perlahan-lahan lantas melihat wajah ibunya sahaja.

"Sebenarnya ibu, Danial.."

Semua tekun mendengar.
"Danial nampak hantu."

.........

Danial meletakkan Al-Quran disebelah katilnya, surah-surah pelindung dibaca dan air yang dibacanya dispray di seluruh bilik.

Cukup penat tapi lagi sakit bila perkataan ditolak mentah-mentah oleh keluarganya. Apatah lagi kesemua adik beradiknya menggelakkan dia dan menganggapnya bergurau. Sedangkan dia sekarang, bergelut untuk menyelamatkan diri sendiri. Cuba mengatasi ketakutan sendiri. Cuba untuk tidak mengambil peduli.

Danial terus baring ke katil. Semoga hari esok dia boleh menjalani hari biasa.

.......

"Kamu dah kenapa Danial? Termenung dari tadi?"

Danial tersentak. Kehadiran guru wanita dihadapan mejanya membuatkan dia menggeleng.

"Maaf cikgu, saya rasa saya tak sedap badan." Tipu Danial. Sebenarnya, dia cuba mengelak memandang sesuatu yang setia menunggu di pintu kelas. Hantu itu dari tadi merayau-rayau di koridor kelasnya. Dia tidak boleh memberi perhatian.

"Kalau kami tak sedap badan, kenapa kamu datang sekolah? Aish kamu ni, menyusahkan cikgu tau, menyusahkan kawan-kawan kamu juga. Mereka hendak belajar. Tapi disebabkan kamu, pelajarannya jadi tergendala. Kenapa...."

Belum pun habis guru wanita itu membebel, Danial terus mengangkat punggung dan membawa begnya. Tindakannya agak kurang ajar, namun itu lebih baik dari menghadap lembaga yang dari tadi mengintainya di tingkap. Danial tak senang duduk. Macam-macam benda hendak mendekatinya kalau dia menyedari kehadiran mereka.

"Kamu nak kemana Danial!?"
"Maafkan saya, saya minta izin dari guru kelas untuk balik, saya betul-betul tak sihat." Ucap Danial menahan gemuruh. Takut mula menguasai.

Tanpa sebarang jawapan dari guru wanita itu, Danial terus keluar dari situ dan keluar dari sekolahnya.

Dia ketakutan.

Sebaik sampai di stesen bas, dia duduk menunggu disana. Tiada sesiapa disitu memandang sekelilingnya sangat sunyi.

Sekali lagi ketakutannya menguasai diri.

"Danial..."

Danial terkedu. Dia mendengar namanya dipanggil sayup-sayup.

"Danial...."

Suara manis yang membuai itu membuatkan tangan Danial menggeletar. Dia tahu, ada sesuatu cuba mengusiknya.

"Pergi kau menjauh dari aku, aku tak kacau kau." Cakap Danial sendiri sambil tatap lantai jalan. Tidak berani memandang sekelilingnya sambil menunggu ketibaan bas.

Tiada lagi namanya dipanggil, Danial mengangkat kepalanya. Perlahan-lahan melihat sekeliling. Dia bernafas lega kerana tiada apa-apa disekelilingnya.

"Dik, boleh tolong saya? Saya tersangkut kat atas ni."

Danial dengan spontannya melihat ke atas, sesosok lembaga putih bersama kepalanya yang patah. Badan pula tertusuk dengan zink atap di stesen itu.

Nampak seperti badannya terbelah dua. Pemandangan yang menakutkan sekiranya situasi itu di malam hari. Namun tidak Danial, siang-siang begitu, keberaniannya tidaklah menebal mana.

Danial terus pengsan. Dia kalah lagi.
............

Danial menyuap bubur masuk ke dalam mulutnya. Matanya mengerling satu-satu wajah keluarganya yang gelisah bercampur risau.

"Kau dah gila ke dik? Sejak kes kemalangan hari tu, kau jadi pelik." Jujur Huda akhirnya.

Danial menggeleng.
"Aku memang nampak dengan mata kepala sendiri kak." Jujur Danial membela diri.

"Aku rasa kau ni dah gila la Nial." Ucap Zafran selamba. Tanpa sedar menyakiti perasaan Danial.

"Kau kena rawat ni, macam mana ayah? Ibu?" Tanya Izzuddin pula.

"Ayah dah telefon dengan Ustaz tu, kita akan bertolak petang ni. Tapi sebelum tu, kita ziarah kubur mangsa kemalangan hari tu. Kamu saksinya Danial, tak nak melawat kuburnya?"

Danial terdiam. Dalam diam tidak setuju, tapi dia ingin berubat dirinya. Tidak boleh menolak, kalau tidak dia tak tahu kenapa semua ini terjadi dengan dirinya.

"Baiklah."

.........

Di kuburan itu, Danial beralasan tidak menyertai mereka membaca Yassin, sebaliknya duduk di pondok dengan alasan kepalanya masih pening. Sedangkan dia ketakutan sangat di kuburan ketika itu.

Wanita yang kemalangan itu ada disana. Menangis air mata darah. Danial tidak berani melihat, dia takut wanita itu menghantuinya sekiranya wanita itu menyedari dia boleh melihat.

Danial mengerling kemasan lain, dia menyedari seseorang. Seseorang yang pernah dia nampak sebelum ini.

"Dia, lelaki yang aku tengok di balai hari tu." Gumam Danial masih ingat.

Namun, sebaik melihat sesuatu lembaga yang melepasi penglihatannya, pantas Danial menunduk menekur lantai tanah.

Menyedari ada lembaga yang menyerupai sesosok lelaki tua terbongkok-bongkok berjalan mundar mandir disitu.

Dia takut. Dia takut sosok itu menghampirinya.

Bunyi derap kaki menghampiri, Danial menggeletar ketakutan.

"Er, dik."

'Hantu tu tegur aku!' Danial berdebar-debar hebat. Dia keraskan badan untuk tidak menoleh. Satu, dia takut pandang wajah hodoh!

"Er, bro."

Terasa bahunya disentuh, Danial apalagi terus melompat menjauh takut.
"Arghhhhhhhhh! Jangan datang dekat!"

Terperanjat pemuda itu, Danial tarik nafas laju-laju. Rupanya lelaki itu.
"Allahuakhbar, sorry-sorry." Ucap Danial agak cepat. Dia cemas. Lantas melihat sekeliling takut-takut. Hantu lelaki tua itu tiada disitu.

"Er kau kenapa? Macam ada masalah?" Tanya lelaki itu.

Danial sembunyi riak takutnya. Kawal macho katakan.

"Sa-Saya teman keluarga ziarah kubur." Ucap Danial sambil mengerling ke depan. Lelaki itu turut memandang. Kelihatan keluarganya masih membaca Yassin.

"Oh, Apa nama kau, macam baya aku je kau ni." Lelaki itu cuba ajak berborak.

"Danial, er bang?" Danial cuba menyesuaikan diri, itu lebih baik dari dia berseorangan juga. Lebih baik berteman di pondok kubur ini.

"Aku Dani, Danny. Tak yah nak berbang-bang." Pinta Danny sambil ketawa janggal antara mereka.

Danial mengangguk.
'Nak cerita apa ni? Atleast,aku tak naklah rasa sunyi.'

"Tadi aku tengok kau macam ada masalah. Nak cerita? Aku pun tengah tunggu member." Ujar Danny sambil juih bibir ke arah Is.

Danial turut memandang.
'Oh, dia tunggu member rupanya. Tapi kalau tengok dia bawa tikar dengan Yassin ni, mungkin dah habis menziarah kot.'

Danial tersenyum tipis. Danny mengambil berat akan dirinya walaupun baru kenal sekejap.

"Tak ada apa-apa, aku..Cuma rasa macam aku dah gila. Hahah."Gelak Danial sendiri. Mungkin betul tanggapan keluarganya begitu.

"Macam mana tu,?"

Danial mengangkat kepala, lalu dia tunding satu tempat. Kalau Danny tak boleh tengok apa yang dia tengok, memang sah dia dah gila.

"Banyak orang cakap aku gila, tapi aku tak gila." Ujar Danial rasa sedih. Keluarganya sendiri tidak percaya apa yang dia nampak. Kenapa perlu dia juga yang terkena.

Danny menoleh. Danial melihat reaksi Danny yang kosong. Dah agak Danny tak nampak apa yang dia nampak. Danial tersengih. Dia mungkin dah gila.

"Laaaaa.."

Danial mengangkat kepalanya. Danny tersenyum memandang dirinya.

"Kau nampak hantu tu ke? Hantu tu sering ada kat kawasan tanah perkuburan ni, tempat tinggal dia hutan. Aku rasa dia jembalang mungkin. Dah-dah, jangan tunjuk dia. Pandang aku."

Danial tergamam. Tangannya diturunkan.

"K-kau nampak?"

Danny tersenyum dan mengangguk.
"Ma-Macam mana kau boleh nampak!?" Terus Danial memegang Danny. Tidak percaya dengan apa yang berlaku. Danny sama dengannya!?

"Aku memang nampak mereka sejak aku lahir lagi. Lagi satu, kau bukannya gila. Cuma hijab kau terbuka di masa yang salah. Semua yang kau nampak tu makhluk halus, baru-baru ni kau nampak mereka ke?"

Danial cepat-cepat mengangguk.
"Apa maksud hijab aku terbuka? Makhluk halus? Syaitan ke?"

Tapi belum sempat pun Danny menjawab, Is datang ke arah mereka.

"Weh Dani, aku ada flight mengejut ke Korea weh, mak aku dah book awal-awal. Ish, bukannya nak bincang dengan aku dulu." Bebel Is sambil pandang telefon. Tidak menyedari lagi keberadaan Danial disana.

Danny keluarkan telefonnya,
"Bagi nombor kau, nanti kita borak lagi."

Danial terus mendail nombornya ke telefon Danny.
"Kalau ada masalah, tanya je aku. In Sya Allah aku boleh tolong seboleh yang mungkin."

Danial mengangguk.
"Terima teman aku."
"Sama-sama, jaga diri. Amalkan baca surah pelindung."

Danial mengangguk sekali lagi. Danny dilambai pergi.

Danial yang dulunya cemas dan takut akhirnya melebarkan senyumannya perlahan-lahan. Sekurang-kurangnya, dia tidak berseorangan.


Continue Reading

You'll Also Like

1K 243 65
GENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] ๐Ÿ“ŒXros Series๐Ÿ“Œ "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Ak...
254K 18.6K 116
Apa itu CERTOT? Dalam pale hotak aku lah an, maksud dia Cerita Kontot atau Ketot... Tapi, cerita ni tak pasti nak letak cerpen or certot. Duaยฒ ada da...
PENJAGA 2 โœ” By Aรฎm

Mystery / Thriller

92.4K 8.8K 27
"Dia akan terus menghantui kita," ujar Zetty gentar. Bibirnya pucat menandakan dia serius dengan kata-katanya. Seketika kemudian, satu jelmaan muncul...
6.7K 1.2K 49
Zaman Melaka | Slip time Danny, Danial, Is dan Khairy adalah empat sosok sahabat yang bersama. Masing-masing mempunyai kepakaran melihat hantu namun...