HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES C

By khair_ya

28K 2.6K 245

Horror | Comedy | Cakap pasal hantu, semua orang tahu hantu tu menakutkan dan sangat seram bila dibayangkan. ... More

P1
P2 ๐๐ž๐ฐ ๐ฉ๐ฅ๐š๐œ๐ž
๐3 ๐€๐ฅ๐ข๐ฒ๐š
P4 ๐‚๐ฎ๐ญ๐ž ๐ ๐ก๐จ๐ฌ๐ญ
P5 ๐๐ซ๐จ๐ค๐ž๐ง
P6 ๐ƒ๐ž๐š๐ฅ
P7 ๐Œ๐จ๐ฆ
P8 ๐‡๐ž๐ซ
P9 ๐๐ข๐œ๐ž ๐๐š๐ฒ
P10 ๐‰๐ข๐ซ๐š๐ง
P11 ๐’๐š๐ค๐ข๐ญ
P12 ๐ƒ๐ž๐ฌ๐ž๐ซ๐ฏ๐ž๐ ๐ข๐ญ
P13 ๐Œ๐š๐š๐Ÿ
P14 - ๐๐š๐ซ๐ญ๐ง๐ž๐ซ
P15 - Hitam
P16 ๐‘๐ข๐ง๐๐ฎ
P17 Respect
P18 Gแดœแด‡sแด›s
P19 Mแด‡ส€แด€แดŠแดœแด‹
P20 M!mpi?
P21 Iskandar
P22 Mencari
P23 Rasuk
P24 ส€แด€sแดœแด‹
P25 Kembali
P26 Danny
P27 Maafkan aku
P29 Pergi
P30 Tamat HAH?
Bonus 1
Bonus 2
Bonus 3
Bonus 4 ๐”ผ๐•Ÿ๐••
Dah bosan ke tur?
Cook
Bersih
Scammer
Service
Barang
Yo! Cerita baru yg pasti kelakar.
Yes, dia pee pee
my story news
Rumah berhantu : 1
Rumah berhantu : 2
Rumah berhantu : 3
Rumah berhantu : 4
Rumah berhantu: 5
Rumah berhantu : 6
Rumah berhantu : 7
Rumah berhantu : 8
Rumah berhantu : 9
Rumah berhantu : 10
Rumah berhantu : 11
Rumah berhantu : 12
Rumah berhantu : 13
Rumah berhantu : 14
Rumah berhantu : 15
Rumah berhantu : 16
Rumah berhantu : 17
School P1
School P2 Hantu mane?
School P3 Hantu ape?
School P4 Dia adalah...
School P5 Pindah | Plan | Rescue Khairy
Votes!
School P6 Coma | Shoko
School P7 Serupa tenuk | lawan !
School P8 Home Attack | Khairy
School P9 | camping | last chapter
End
New story โœจ
New Story ii โœจ

P28 Bertindak

398 37 0
By khair_ya

Is tersengih-sengih. Kunci pendua berada di tangannya di lambung serupa syiling. Tak rugi dia meminta dengan Puan Raudhah dan alasannya adalah untuk menjaga Danny. Padahal dia nak lepak situ. HAHAHA.

"Aliya, Dani tak balik-balik lagi ke?" Tanya Is berkerut. Langkahnya dibawa ke hadapan TV. Aliya bersama tabletnya menggeleng.

"Dari petang tadi tak balik, kau ada call dia tak?"
"Ada, dia cakap dia busy." Balas Is lalu mengeluh. Danny selalu buat kerja sendiri tanpa bantuannya. Sibuk ke malam pergi mana? Iskandar musykil.

"Kau tak risau ke Aliya?" Tanya Is sengaja.
"Tak, dia seorang yang berani dengan semua benda kecuali dua." Aliya toleh pandang Is. Is tahu apa yang ditakutkan oleh Danny dan apa yang tidak. Iaitu 'keluarga lipas dan iblis sesungguhnya.' Sejujurnya, Danny masih kuat untuk menginjak kaki ke luar rumah.

"Sejak kejadian hari tu, aku sering risau. Ada je tak kena tapi aku cuba diam dan bersabar."

Aliya mengangguk sahaja, meneruskan tontonan dia. Is mengeluh. Macam sesuatu yang buatkan dia risau.

"Macam tak sedap hati pulak." Is meraup muka. Lebih baik dia pergi solat. Tenang sikit. Kelibatnya dibawa ke bilik. Aliya mengerling lantas mengeluh.

"Harapnya Syam tak buat pelik-pelik ke atas Danny." Harapnya. Dia tahu Syam dimana sekarang.

.........

Syam yang telah merasuk Danny sudah berdiri di satu rumah banglo mewah. Wajah Danny tidak berperasaan dan sengaja menekankan loceng berkali-kali di pintu pagar.

"Nak, saya dah cakapkan, Dato' tu tak ada dekat sini." Ujar seorang pembantu rumah.

Danny buat muka selamba dan menekan lagi loceng. Pengawal yang entah dijaga menghilang entah kemana. Tiada siapa tahu puncanya Danny.

"Nak, sila beredar. Kalau tidak saya call polis!" Ujar pembantu rumah tersebut. Danny berhenti tekan.

"Itu lebih baik. Memandangkan pemilik tubuh ini juga tidak mahu aku guna kekerasan." Ujar Syam selamba.

Pembantu rumah itu hilang kata. Tidak tahu berbuat apa akhirnya.

"Kau! Kenapa kau menekan loceng rumah aku berkali-kali! Kau tak kenal aku ke!?" Marah sesusuk tubuh yang baru muncul. Bercekak pinggang bersama wajah memerah. Separuh usia dan sedikit tua.

Danny dengan mata redupnya merenung lelaki tersebut.
"Kenal, kau yang langgar aku tahun lepas. Sehingga aku tak berpeluang jumpa mak aku kali terakhir."

Wajah tua itu terkejut. Dia berundur dua langkah.
"ka-Kau merepek apa ni!?"
"Aku budak yang kau langgar lari tu. Kau nak mengaku di balai atau tidak? Kalau kau memilih mengusir aku, aku tak teragak-agak menghantui kau."

"Me-merepek! Ak-Aku tak pernah bunuh orang!" Jeritnya marah.
"Hei orang tua, aku tak cakap pasal bunuh? Kau membunuh budak tu ke?"

Orang tua itu tersedar kata. Dia merengus lalu tergelak-gelak sinis.

"Walaupun apa pun, kau tak ada bukti yang aku langgar budak tu. Memang patut dia mampus, mudah kerjaku menghancurkan keluarga dia. Disebabkan keluarga dia, syarikat aku hampir muflis. Kerana budak tu mampus, emosi keluarga dia jadi melemah dan aku mengambil peluang ini. HAHAHA."

"Begitu, Terima kasih. Bukti ini aku boleh hantar ke polis." Ujar Danny selamba lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket.

"Ta-Tak guna kau! Kau, bukak pagar ni! Aku nak hajar budak tu!"
Hampanya, pembantunya jatuh terduduk dan ketakutan melihat Dato' tersebut. Kenyataan yang keluar dari orang dia percayai rupanya seorang pembunuh!

"Dia dah lemah semangat. Jangan risau, kau akan tidur dalam penjara malam ni." Jelas Danny selamba menghantar rakaman suara tersebut kepada pihak polis dengan mesej sahaja. Dia tak nak lelaki dihadapannya terlepas.

"Tak guna!" Dato'tersebut lalu berlari masuk ke dalam kediamannya. Pasti hendak main sorok-sorok dengan pihak polis.

Danny mengerling pembantu tersebut.
"Kau ikut dia, kalau tidak kau akan kukatakan bersubahat juga. Berikan lokasi kepada pihak polis nanti."

"Ba-baik!" Ucapnya lalu berlari masuk mencari kelibat Dato' tersebut.

Danny meregangkan lehernya. Dia mula pening. Pasti sudah sampai masanya dia kembali ke alam kubur.

"Kau dah puas?" Danny menoleh ke sisi. Bayang Is yang samar duduk di sisi jalan menggeleng kepala.

"Aku nak tengok mak aku kali terakhir, aku tak boleh bercakap, sekurang-kurangnya kau boleh sampaikan pesanan aku kan?"

Danny mengangguk, biarlah dia dianggap gila oleh ibu bapa Syam. Yang penting dia laksanakan permintaan Syam kali terakhir.

.........

Kes langgar lari akhirnya telah mengungkapkan kebenaran. Dato'yang terlibat dengan bukti kukuh akhirnya ditangkap serta merta. Walaupun Dato'tersebut cuba menentang kebenaran tersebut, saksi, kamera pengawasan dan bukti sudah cukup bagi hakim mahkamah.

"Saya tak tahu anak selesaikan kes ini, kalau tak keberatan kami nak balas budi kamu." Ujar bapa Syam sambil tersenyum. Terselit kegembiraan disitu. Pasti sudah lama dia inginkan Dato' tersebut.

"Anak ni macam kenal anak mak cik. Setahu makcik, dia budak-budak lagi. Masih bersekolah rendah."

Danny tersenyum tipis.
"Syam meminta tolong saya bagi pihaknya. Rohnya tidak tenteram dan meminta bantuan saya."

Dua pasang suami isteri itu terlihat terkedu. Danny sudah agak, pasti dirinya dianggap gila.
"Apapun makcik, pakcik. Syam sampaikan salam rindu kepada kamu berdua. Hari ni dia boleh pergi dengan tenang."

Danny pergi dari situ. Tidak mahu berlama-lama di dalam balai tersebut.

"Saya cakap betul tuan! Saya nampak kepala sendiri macam mana hantu tu bagi kereta tu hilang kawalan!"
"Hah, bro kita kutip saksi gila la. Dia ni tak boleh membantu. Dari tadi cakap hantu." Ujar polis tersebut sambil berkata kepada kawannya.

"Ya Allah tuan! Saya cakap betul! Saya tak tipu!" Ujar pemuda itu bersungguh-sungguh.

Danny mengerut. Pemuda itu seakan sebaya dia. Dilihatnya pun macam pelajar sekolah menengah sepertinya.
'Aku pun tak faham dia mengarut apa.'

Danny keluar dari situ. Keriuhan di balai buat dia tidak mahu berlama-lama disana. Sukar menjadi polis, tak menang tangan menerima aduan hampir setiap hari.

...........

"Dani! Aku rindu kau! Asal kau lama sangat!"

Danny menolak kepala Is yang memeluknya bagai dirinya itu pergi bertahun-tahun sampai tak balik.
"Aku dah cakap sibukkan tadi? Buat-buat tak tahu ke apa?" Tercengang Danny. Dia masuk ke rumahnya sebaik kasut ditanggalkan.

Beg sandang dilempar ke atas sofa. Matanya mencari seseorang.
"Kau cari housemate kau ke?" Tanya Is tersengih-sengih.

Danny pelik dengan reaksi Is yang semacam. Gelak pun serupa buat benda jahat nak bagi kejutan.

"Yela, selalu hantu tu sapa aku depan pintu dengan mata terjuntai dia." Umpat Danny selamba.

Is tergelak.
"Aku nak mandi dulu. Dah nak masuk waktu magrib, kau jangan tido pulak."
"Aik, masa aku takde rumah kau tak nak mandi pulak?" Danny tepuk dahi.
"Aliya kunci semua pintu tandas, kau ada kunci ni senanglah aku bukak." Ujar Is lalu ambil kunci di rumah kunci. Tempat Danny selalu letak kunci dia disitu.

Sementara menunggu Is mandi, Danny melihat televisyen. Tak lama selepas itu, lampu di ruang tamu berkelip-kelip.

Danny melihat atas. Tak ada apa-apa. Sekali dia fikir mungkin gangguan elektrik, namun bila kali kedua pula, dengan televisyen sekali tutup. Ruang tamu serta merta jadi gelap gelita.

Danny cuak. Trauma dengan kejadian lalu.
"Aliya, kalau kau takutkan aku, aku akan balas dendam nanti." Ugut Danny tinggikan suara.

Namun tiada apa-apa yang didengar.
Danny bangkit dari duduk. Berencana selamatkan diri masuk ke bilik. Walaupun dia dah basi dengan kejutan Aliya, tapi mengelak dari trauma dia baru je hendak pulih memang sakit.

Belum sempat dia nak masuk bilik, dia terasa pergelangan kaki dia ditahan. Danny menggigil. Perlahan-lahan kepalanya menoleh kebelakang.

Satu kelibat dengan rambut terurai panjang. Badan berkumur darah. Dari kaki hinggalah ke wajah hantu tersebut. Danny terkedu.

"Kau kali ni berjaya takutkan Aliya."
"Haaaa!" Jerit Aliya hendak meraih Danny namun entah macam mana dia terpelanting.
"Padan muka mu, kacau aku lagi." Ucap Danny selamba lalu masuk biliknya.

Aliya belike: 😭

Bonus video edited by dsand00

Continue Reading

You'll Also Like

238K 18.4K 114
+Buku mengarut yang aku patut padam tetapi tak๐Ÿ˜‚+ +baca sahaja k+
38.9K 3.6K 56
Hai Assalamualaikum! Jumpa lagi kita.. maaf agak lambat sedikit. Kali ini aku nak sharekan pengalaman benar yang terjadi.. stay tuned!
324K 11.6K 42
Okay aku nak menceritakan satu kisah benar yang terjadi dekat aku dahulu. Apa-apa pun stay tuned.
4.1K 302 14
Mengisahkan tentang Moon yang periang dan aktif yang meminati budak lelaki kelas 4 Diamond , Zass.Moon ialah budak yang kaya di SMKT Cyberaya. Zass i...