Mrs. Arris Chris

De aylanuria

19.2K 856 7

[COMPLETE] Siri 2- Kerana dia... "Maaf. Aku jarang guna pistol. Aku kebanyakkannya guna pisau. Iany... Mais

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42 [the vampire is here]
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Epilog

Bab 38

224 10 0
De aylanuria

"Nah. Ambil ni sorang satu." Aidan menyerahkan earpiece kepada anak-anak buah Aaron yang sudah berada dalam kapal terbang itu.

"Cuba pakai. Test dulu. Kalau ada problem, boleh suruh Spao betulkan." Sambung Aidan. Mereka yang sudah dapat itu terus memakainya.

"Semuanya baik, Sir!" Kata anak-anak buah Aaron serentak. Apabila dikatakan begitu, jadi tiada apa yang akan dibetulkan. Aidan pun berlalu pergi ke hadapan dimana tempat first class di dalam kapal terbang itu.

"Semua ok?" Tanya Aaron. Aidan hanya mengangguk.

"Kereta dengan motor semua dah angkut kan. Tak ada yang tinggal?" Tanya Arris untuk memastikan. Aidan pun mengeluarkan iPad nya dan membuat semakam terakhir.

"Haah. Semua dah angkut dan tak ada yang tertinggal." Balas Aidan. Arris pun kembali ke tempatnya.

"Eh, kejap. Ni earpiece korang."

Selesai semuanya sudah terurus, kapal terbang pun mula berlepas. Keadaan yang riuh rendah tadi sudah bertukar sunyi. Hanya membuat haluan masing-masing.

Selepas 2 jam, akhirnya kapal terbang yang dinaiki mereka sudah mendarat dengan selamat. Keadaan di situ agak sunyi kerana mereka mendarat di tempat peribadi mereka.

Turun saja, suasana agak panas membahang. Tambahan pula sekarang musim panas. Tangan dijadikan kipas.

"Pastikan nanti, kenderaan ni semua stay ikut jejak kitorang. Jangan terlepas." Kata Arris memberi amaran. Salah satu anak buah Aaron mengangguk dan terus menjalankan tugas mereka.

"So, kita nak mula daripada mana ni?" Tanya Spao. Arris, Aaron, Aidan, Ivan dan Alya memandang Shawn yang masih ralit dengan komputernya.

"Mungkin kita boleh changes dekat gudang belakang syarikat tu."

Sampai di gudang yang sudah usang itu, mereka meletakkan semua peralatan senjata ke bawah. Dan saat itu, mereka semua menukar pakaian di situ.

"Sini. Kau boleh tukar kat sini. Aku jaga luar. Jangan risau, kalau ada orang usyar kau, aku bunuh je terus." Kata Arris. Dia membantu Alya untuk menukar di salah satu bilik dalam gudang itu.

Selesai semua, mereka berkumpul. Anak-anak buah Aaron sudah berada di posisi mereka untuk menjadi cover mereka.

"Sumpah penat. Apahal lah manusia ni tak letak duit dalam bank. Kenapa mesti dalam peti besi. Aduu." Rungut Arris. Dia paling tak suka satu misi yang agak kecil, tetapi dibesar-besarkan.

"Otak cetek. Macam kau tak tahu." Balas Spao.

"Ok. Aku tak nak buang masa. Shawn, kau boleh gerak ke posisi kau sekarang. Bagitahu kitorang kalau semuanya clearly. Arris kau tunggu maklumat dari Shawn. Aaron, kau cover Arris. Alya dengan Spao kita gerak sama. Aidan, kau pastikan anak-anak babun tu fokus dengan diorang punya posisi. Kalau semua dah ok, kau get ready pulak untuk keluarkan kereta dengan motor." Terang Ivan satu per satu.

"Yang terakhir, masa, saat dan waktu semuanya kau yang tentukan." Kata Ivan menunjuk ke arah Alya.

"Aku? Kenapa?"

"Semuanya bergantung pada masa kau berkomunikasi dengan orang dalam bilik itu. Jangan lupa bagi isyarat sebelum kau berhadapan." Alya pun mengangguk dengan arahan yang diberi Ivan.

Selepas terima arahan, mereka sudah gerak ke tempat masing-masing yang sudah ditetapkan.

Alya dan Spao mengikut Ivan dari belakang. Sekejap-sekejap mereka melihat belakang kalau ada yang lalu.

Sampai di selokan tiga, Ivan memberhentikan langkahnya.

"Korang pergi kiri, aku pergi terus. Ingat. Kalau ada apa-apa terus inform earpiece."

Alya dan Spao mengangguk sekali. Kemudian, mereka mula berpecah dan bergerak ke tempat yang ditetapkan.

"Shawn. Kitorang ni nak kena buat apa? Jaga luar atau..." Bisik Spao di earpiece nya. Alya disebelah hanya memandang.

"Dekat depan tu nanti, korang kena akses cap jari. Jangan risau aku dah settle kan. Lepas tu, kat situ juga ada orang besar. Nampaknya seperti CEO? Lebih kurang lah. Dan time tu. Alya. Guna bahasa Thai kau untuk alihkan perhatian diorang sementara Ivan, Arris dan yang lain cuba pecah masuk bilik itu dari atas." Terang Shawn panjang di hujung earpiece sambil tangan dan matanya pada komputer.

"Baik." Kata Alya dan Spao serentak.

Langkah mereka berdua dipercepatkan. Sambil di satu pintu yang besar, Spao dan Alya mengakses cap jari mereka. Dan... Ya. Dapat.

"Kau boleh kan?" Tanya Spao.

"Boleh. Apa susah bahasa Thai ni. Kacang mentah jer." Jawab Alya yakin.

"Tapi, nanti suruh diorang buat cepat. Aku tak pasti kalau idea aku dapat berkembang macam rambut Rosmah." Gelak Spao.

"Korang dengar kan?" Tanya Spao kepada mereka di hujung earpiece.

"Dengar!" Jawab mereka serentak.

Dan mereka berdua pun mula melangkah ke dalam bilik itu selepas mengakses cap jari. Tiba-tiba ada satu wanita yang berjalan agak sopan ke arah mereka. Mereka cuba beriak tenang.

"Are you guys a new employee?" Tanya wanita itu.

Alya dan Spao pun membuat gaya sopan seperti wanita itu dan menjawab.

"Yes."

"Okay, follow me."

Alya dan Spao berpandangan. Anggukan yakin disekalilan. Kemudian, mereka terus mengikut wanita itu.

"Aku rasa baik korang cepat. Aku bagi masa 5 minit untuk pecah masuk. Aku tahu ianya sulit tapi, jangan percaya masa itu. Percaya tindakan aku." Bisik Alya di earpiece sebelum dia masuk menghadap orang besar di situ.

"Baik!"

"Oh my god, cariño. I love your energies. Lucky to me you're my wife. Girl crush wife." Sempat Arris berkata.

"Fokus Arris!"

Arris, Aaron dan Ivan sudah berada di atas bumbung bilik yang mempunyai peti besi berisikan duit syarikatnya. Arahan dari Alya tadi terus membuatkan Aaron mengeluarkan satu lazer yang kuat yang dapat ditembus.

Buka saja bumbung itu, Arris dan Aaron terus melompat masuk ke dalam. Peti besi yang sudah di godam Shawn juga sudah terbuka. Jadi, mereka hanya perlu mengambil duit itu dan masukkan ke dalam beg.

Ivan di atas mengambil beg yang penuh dan dibalingkan ke bawah. Anak-anak buah Aaron yang berada di bawah itu menyambut dengan jumping jacks yang diawasi oleh Aidan.

Beg berisikan duit itu akan dimasukkan ke dalam lori yang berada di belakang mereka. Dalam lori itu juga terdapat kenderaan mereka yang dibawa tadi untuk melarikan diri.

Sudah 10 minit lalu. Betullah apa yang dikatakan Alya. 'Jangan percaya masa itu, percaya tindakan aku'. Jadi yang dimaksudkan Alya seperti percaya kepada tindakannya yang dapat melengahkan masa, walaupun masa diberi agak singkat.

Duit-duit di dalam peti besi itu semakin berkurangan diambil Arris dan Aaron. Arris tidak tahu berapa jumlahnya duit sahamnya dicuri. Dia hanya ambil semuanya yang ada di dalam peti besi itu.

"Kau ambil semua ke tho?" Tanya Aaron.

"Haah. Siapa suruh cari pasal dengan orang yang salah. Sikit dia curi, semua aku ambil." Balas Arris. Selamba saja jawapannya.

"Weh, cepat sikit boleh tak. Aku rasa tak lama dah ni." Kata Ivan dari atas sambil melihat ke bawah.

"Kejap-kejap. Ron, kau ambil duit, aku ambil emas." Arris menyerahkan beg ditangannya kepada Aaron.

"Cepat sikit!" Kata Aaron.

Apabila sudah penuh, beg itu Aaron pas kan kepada Ivan menggunakan satu mesin yang diciptakan Spao untuk mengangkut barangan berat seperti itu. Nama mesin itu Spao tidak bagitahu. Dia kata panggil je mesin.

Takk!

Takk!

Takk!

Kedengaran beberapa tapak kasut yang sudah datang menghampiri. Aaron, Arris dan Ivan memandang pintu itu. Terus semua yang tersisa disumbat ke dalam beg.

Beg yang terakhir dibaling Ivan ke bawah. Dan Aaron dan Arris terus melompat ke arah bumbung itu.

Bung!

Dan masa itulah pekerja syarikat itu meredah masuk bilik itu.

Arris di atas menghadiahkan senyuman manisnya ke pekerja-pekerja itu sambil melambaikan tangan sebelum dia terjun ke bawah. Aaron sudah selamat jatuh bersama Ivan.

Continue lendo

Você também vai gostar

9.9K 513 44
Date: 26 August 2022 Time :10:30 am Setiap hari ISNIN (TAMAT) ZAYN IDREES × DURRAH NUR DAMIYA Seorang bekas ketua p...
4.3K 496 119
Bernafaslah, lalu menulis.
2.4M 192K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...
65.5K 1.3K 48
Bella inara..Dipaksa berkahwin dengan Hakim iskandar seorang peguam pilihan Ayahnya..namun dia mencintai lelaki bernama Amir imran kekasih hatinya..p...