AE : Dendam Kerana Cemburu

By IrisInssa

40.5K 5.1K 777

(Buku pertama) SIRI AE 1) AE : Dendam Kerana Cemburu 2) AE : Rahsia Belum Terungkap ***** š€š©ššš›š¢š„šš š©ļæ½... More

D K C
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53 | Flashback
Bab 54 | Flashback
Final Talk
SEASON 2?
AE : Rahsia Belum Terungkap

Bab 55 | The End

941 84 32
By IrisInssa

"CIK Aurora, ada masa 30 minit sahaja berjumpa dengan dia."

Aurora mengangguk bersahaja. Lagi pun, dia tidak mahu berjumpa lama sangat. Ada tempat yang lebih penting, dia perlu pergi. Untung sahajalah dia mempunyai secebis niat menjejaki penjara ni, gara-gara ingin mendengar penjelasan daripada Asyraf.

Mata tertancap pada susuk tegap Asyraf yang sedang digari sambil disisi lelaki itu terdapat seorang anggota polis. Duduk sahaja Asyraf di atas kerusi, anggota polis itu beredar. Meninggalkan dia dan Asyraf yang dipisahkan dengan kaca lut sinar.

Aurora memandang Asyraf dengan wajah dinginya. Ketara riak wajah bersalah, terpancar di wajah Asyraf. Pemegang telefon dicapai saat melihat Asyraf memegang pemegang telefon disebelah sana.

"Kau..."

"Aku minta maaf."

Ayat Aurora dicantas pantas oleh Asyraf. Aurora sengih sinis. Lebih kepada, memerli Asyraf.

"Suami aku dah mati, baru kau nak minta maaf?" Tanpa riak, Aurora menyindir.

Asyraf terkedu. Tapak tanganya yang sedikit mengigil dilekapkan pada kaca itu.

"Aurora, maafkan aku. Aku tak berniat pun, nak bunuh Adnan." ujar Asyraf, separuh merayu.

"Tak berniat nak bunuh? Tapi kau nak bunuh aku, Asyraf. Kalau kau simpan perasaan cemburu kau tu, Adnan masih ada disisi aku. Kalau kau tak sambungkan bom dekat penjara, ayah aku masih hidup! Semuanya salah kau! Salah kau! Sebab kau, Adnan mati! Sebab kau, aku tak sempat nak minta maaf dekat ayah aku! Salah kau Asyraf!"

Air mata Aurora, menitis lagi. Lagi dan lagi. Entah bila agaknya, dia dikurniakan kekuatan untuk menempuhi ujian ini. Entah bila, hatinya boleh menerima kematian suami dan bapanya.

"A...aku minta maaf."

"Kau senang lah minta maaf! Aku ni, macam mana? Macam mana aku nak terima semua ni?! Dengan kata-kata maaf kau tu, agaknya Adnan boleh hidup semula tak?! Ayah aku boleh hidup semula tak? Kau boleh ubahkan keadaan ke? Kau tak rasa, apa yang aku rasa Asyraf!"

"Aurora..."

"Kalau kau simpan perasaan cemburu tu, hidup aku takkan merana macam ni lah!"

Pemegang telefon itu diletak kasar sebelum Aurora berlalu pergi. Teriakan dari Asyraf, dihiraukan.

Ingat senang nak memaafkan, selepas apa yang dia buat selama ini? Dia juga, manusia biasa. Dia juga, mempunyai hati dan perasaan. Iman dia bukan sekuat Nabi Muhammad SAW, boleh memaafkan orang-orang kafir yang menghina caci baginda. Malah, pahalanya boleh dikira menggunakan jari. Biarlah, sampai masanya dia akan cuba menerima kematian dua insan yang disayangi. Dan, mungkin sewaktu itu dia akan memaafkan Asyraf.

"Aurora."

Kepala tertoleh ke kiri, saat suara yang dirindui mula menjengah. Kelihatan, Elliana sedang berlari anak ke arahnya dengan senyuman lebar dibibir. Paksa diri mengukirkan senyuman, Aurora mendepakan kedua belah tanganya. Tanpa apa-apa, Elliana sudah memeluk tubuh sepupunya itu.

"Aku rindu kau, Aurora. Aku rindu Mikaela, aku rindu semua orang!" kata Elliana, masih memeluk tubuh Aurora.

"Aku rindu kau juga..." Serak sahaja suara Aurora. Kebarangkalian, teringat bagaimana dia bersedih kerana menganggap Elliana jahat.

"Aku hantar kau dekat rumah atok. Kau mesti nak jumpa ibu kau, kan?" tanya Aurora, mendapat gelengan daripada Elliana.

"Lepas apa yang ibu aku buat dekat kau. Kau rasa, benci aku dekat ibu makin bertambah ke berkurang?" Soalan dibalas soalan.

Aurora menggeleng, perlahan.

"Itu ibu kau, Elliana."

Sejahat mana pun Puan Ella, Elliana tetap anak sah kepada wanita tua separuh abad itu. Sekurang-kurangnya, jenguklah keadaan Puan Ella.

"Nanti lah aku fikir. Aku nak jumpa Mikaela, pula. Jom, Aurora!"

Elliana sudah menghampiri keretanya. Oh, silap. Bukan kereta dia, tetapi kereta suaminya.

Salah satu cara mengubat rindu, Aurora sentiasa menggunakan harta benda milik suaminya. Meskipun, dia juga mempunyai kereta yang sama jenis brand.

Malah, rumah dia dan Adnan menetap sebelum ini pun, masih dalam keadaan elok. Oleh kerana, Aurora masih tinggal di dalam rumah banglo itu. Dari pandangan orang lain, Aurora tinggal sendirian. Kehulur-kehilir sendirian tanpa teman. Dari pandangan Aurora pula, dia merasakan jiwa dan hati Adnan sentiasa disisinya. Menemani dia, setiap saat. Setiap detik.

Membuatkan dia terasa seperti dilindungi dan dijaga. Disebabkan itulah, dia berat hati ingin meninggalkan rumah banglo itu. Banyak kenangan dia bersama dengan Adnan. Kenangan yang tak pernah dia lupakan, walaupun sesaat.

Adakalanya, dia pulang ke rumah agam Mckay. Duduk sambil menyelak fail milik arwah bapanya, sambil-sambil itu dapatlah dia meluahkan perasaan bersalah dan rindu. Ya, dia rasa bersalah dengan arwah bapanya. Kalau dia lebih awal betulkan hubungan renggang antara dia dengan arwah bapanya, mesti dia boleh melihat senyuman ikhlas dari bibir bapanya.

PINTU rumah banglo itu dikuak dari luar. Sebaik kakinya menjejak lantai di dalam rumah, suara robot menyapa Aurora kedengaran.

"Welcome home, Cinta Hati."

Aurora tersenyum, hambar. Rindu...

Bibir dikemamkan saat terasa dirinya ingin melepaskan tangisan. Nafas ditarik sebelum dihembus perlahan-lahan.

"Kau kuat, Aurora. Kau kuat." Kata-kata semangat, dilontarkan pada diri sendiri.

Lekas, pintu ditutup. Lampu dibuka, kipas dipasang. Beg tangan diletakkan di atas meja sebelum tubuh direbahkan di atas sofa panjang. Nafas dihela.

Duduk seorang diri tanpa melakukan apa-apa aktiviti, membuatkan dia teringat tentang arwah suaminya.

"Apa awak cakap? Tak dengarlah."

"Tak payah dengar pun, tak apa." balas Aurora, senada.

Adnan mencebik. Kepala dibaringkan di atas peha Aurora. Bulu sejadah dikuis-kuis, menggunakan jari telunjuknya.

"Sayang awak." ucap Adnan.

Entah berapa kali, ayat itu sentiasa diulang Adnan.

"Hm." Aurora membalas.

"Sayang awak sangat-sangat."

"Hm...Hm...Hm...Hm..."

Adnan tertawa kecil. "Cinta awak selamanya."

"Tak penat ke, Adnan?" tanya Aurora, pasrah.

"Cakap sayang saya dulu."

"Sayang saya." balas Aurora.

"Elysian!" rengek Adnan, seperti bayi kecil inginkan perhatian.

"Cakap 'Saya sayang awak' dulu, baru saya diam." ujar Adnan.

Dengan selamba Aurora membalas. "Saya sayang awak dulu, baru saya diam."

"Betul-betul lah, Elysian." Jari Aurora sengaja, ditarik-tarik.

"Yalah, yalah. Saya..."

"Sayang..."

"Awak..."

Satu persatu perkataan, Aurora menyebut.

Adnan tersenyum, riang.

"Tak apalah, asalkan saya tahu awak ikhlas sayang saya." kata lelaki itu.

"Eh, mana awak tahu saya ikhlas?" Sengaja, ingin mengusik.

"Kalau awak tak ikhlas, awak tak terima lamaran saya."

Aurora tersenyum. Cincin perkahwinan yang tersarung di jari manisnya, diusap lembut.

"Saya memang ikhlas sayangkan awak, Adnan."

PUAN Sri Aralyn mengusap lembut gambar perkahwinan dia dan arwah suaminya. Bibir mengoyak senyuman, teringat tentang memori dulu.

"Ibu." Aryan memanggil. Kepala Puan Sri Aralyn, tertoleh memandang anak terunanya.

Aryan membaringkan diri di atas katil sambil menghadap ke arah ibunya.

"Ada apa tak tidur lagi ni?"

"Ibu boleh ceritakan sesuatu tak?" Soalan daripada Puan Sri Aralyn, dibiarkan tidak terjawab. Sebaliknya, Aryan pula menanya soalan pada ibunya.

Puan Sri Aralyn meletakkan gambar itu di atas meja kecil, disebelah katil.

"Cerita tentang apa?" tanya Puan Sri Aralyn. Punggung dilabuhkan di atas birai katil.

"Asal usul Private MC."

"Ayah tak pernah bagitahu Aryan ke?" tanya wanita tua itu.

Perkataan 'arwah' tidak sesekali digunakan. Rasa kehilangan yang menebal, jikalau menggunakan perkataan itu.

"Sebab tu Aryan tanya ibu. Ayah kan tak pernah simpan rahsia dari ibu. Mesti ibu tahu." balas Aryan.

Puan Sri Aralyn tersenyum. Pandangan dialihkan ke luar pintu gelangsar yang hampir memenuhi keseluruhan dinding.

"Kalau Aryan nak tahu. Private MC tu, moyang Aryan yang tubuhkan."

"Apa?!" Terbangun Aryan daripada pembaringanya.

"Ibu tak main-main, kan?" tanya Aryan. Mana tahu ibunya sedang bergurau senda.

"Tak ada masa ibu nak bergurau dengan kamu." Akhiri kata Puan Sri Aralyn, wanita itu menjeling anaknya.

"Serius lah, ibu?" Aryan masih tidak boleh percaya.

"Tak nak percaya sudah. Ibu malas nak cerita."

"Okay, okay Aryan percaya. Sambung cerita ibu." Aryan tersengih.

"Sebab tulah, orang atasan Private MC semuanya tergolong dalam keluarga kita. Kalau ikutkan, detektif-detektif tu pun sebenarnya ada pertalian dengan keluarga kita. Sedara jauh, mungkin. Kita tak pernah jumpa keluarga diaorang. Mungkin mereka cucu-cicit moyang punya adik-beradik." kata Puan Sri Aralyn, panjang lebar.

"Kenapa Adrien tak termasuk dalam ahli Private MC, ibu? Ayah pun tak kesah." tanya Aryan, lagi.

"Sebab ayah nampak Adrien lebih bagus dalam bisnes. Biarlah, Adrien yang uruskan hal syarikat."

"Jadi pengarah pula tu, tak aci!" cebik Aryan.

"Untung ayah bagi kamu jawatan dekat syarikat." balas Puan Sri Aralyn. Aryan tersengih.

SELESAI bersihkan diri, Aurora terdengar ketukan dipintu rumahnya. Bergegas, dia turun tangga. Kuak sahaja pintu, belakang batang tubuh seseorang menyapa pandanganya. Lelaki yang membelakanginya itu, lengkap bersut hitam dan berkasut hitam jenis kilat.

Aurora mengerutkan keningnya. Sisi tudung dibetulkan sedikit.

"Encik?" panggil Aurora.

Lelaki itu berpusing, menghadapnya.

"Tak pernah-pernah panggil saya 'Encik'." kata lelaki itu. Cermin mata hitam diwajah lelaki itu, dibuka.

Mata Aurora membulat.

****

● ● ●

AE :
Dendam Kerana Cemburu, melabuhkan tirainya.

● TAMAT ●





Mohon beribu ampun dan maaf, jikalau terdapat kesilapan atau terkasar bahasa sepanjang penulisan karya sederhana ini.

Sekian terima kasih daripada saya, Iris Inssa.

● ● ●

Continue Reading

You'll Also Like

394K 14.9K 34
Biasalah diri sendiri digelar Doktor Cinta padahal sekali pun tidak pernah bercinta. Itulah diri Arisya Qistina. Malangnya bukan saja dalam mencari p...
1.6M 51.9K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
28.1K 2K 36
"Aunty masuk dapur kejap ya, Umar. Duduklah dulu. Nanti Ifti bawakan air. Nak minum air sejuk ke panas?" Mendengarkan itu, mata aku terbuntang luas...
283K 6.6K 15
Most of the chapters have been deleted sebab author dah fakap hahahaha tapi kalau nak baca, teruskan je la LOL.