AE : Dendam Kerana Cemburu

By IrisInssa

40.5K 5.1K 777

(Buku pertama) SIRI AE 1) AE : Dendam Kerana Cemburu 2) AE : Rahsia Belum Terungkap ***** š€š©ššš›š¢š„šš š©ļæ½... More

D K C
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 54 | Flashback
Bab 55 | The End
Final Talk
SEASON 2?
AE : Rahsia Belum Terungkap

Bab 53 | Flashback

504 69 2
By IrisInssa

8 tahun yang lepas.

ADNAN mencelikkan kelopak matanya, terkedip-kedip matanya saat cahaya lampu menusuk sistem penglihatanya. Baju sekolahnya, penuh dengan berlumuran darah. Dia lantas, bangun dari pembaringanya. Sekeliling, dipandang.

Dia tidak tahu, dia berada dimana sekarang ini. Apa yang dia perasan, dia di dalam sebuah gudang yang terang berderang dengan cahaya lampu.

Sret...

Pandanganya teralih tatkala bunyi geseran pintu pada lantai konkrit, memenuhi segenap ruang. Susuk seorang lelaki berbadan sasa, menyapa pandanganya. Langkah Adnan, terundur ke belakang. Lelaki itu menghampirinya.

"Aku orang baik, aku yang kutip kau dekat hutan tadi." kata Tan Sri Ethan, sekaligus mematikan andaian bukan-bukan Adnan terhadapnya.

"Ku..kutip?" Tidak kah perkataan itu, terlalu kejam.

Tan Sri Ethan mengangguk selamba. "Yalah kutip, kau ingat kalau aku tak kutip. Kau masih boleh bernyawa?"

Adnan menggeleng perlahan. "Siapa pakcik? Saya dekat mana?"

Tan Sri Ethan melabuhkan punggungnya, di atas katil. Tempat dimana, Adnan dibaringkan tadi.

"Siapa Asyraf?" tanya Tan Sri Etan, tiba-tiba. Adnan, mengerutkan keningnya.

"Ma..mana pakcik tahu?" Gagap, Adnan bersuara.

"Budak peniru tu, Aurora ke? Apa kaitan kau dengan anak aku?" Bertalu-talu soalan yang dilontarkan olehnya.

Adnan duduk melutut dihadapan Tan Sri Ethan.

"Pak..pakcik, saya boleh terangkan kesemuanya."


"SAYA balik dulu, Uncle." Remaja lelaki itu meminta diri. Tan Sri Ethan mengangguk. Bahu Remaja lelaki itu, disentuh.

"Siapa nama kamu? Uncle sangat terhutang budi dengan kamu." kata Tan Sri Ethan.

Remaja lelaki itu tersenyum nipis.

"Saya, Asyraf. Asyraf Aryan."

Tan Si Ethan terangguk-angguk.

"Asyraf Aryan...Lebih kurang dengan nama anak Uncle." Tan Sri Ethan, berkata.

Asyraf tersenyum kecil. "Saya gerak sekarang."

Mata Tan Sri Ethan tertancap pada seorang remaja lelaki yang berdiri dihadapan pagar rumah.

"Siapa tu? Kawan kamu?" tanya Tan Sri Ethan. Asyraf mengangguk.

"Adnan, nama dia."

Saat itu, Adrien sedang berdiri disebelah bapanya. Mata, turut memandang ke arah remaja lelaki yang berdiri di luar pagar rumah.

"Saya balik dulu," ujar Asyraf, sekali lagi.

Adrien duduk semula ke tempatnya, tadi.

"Ya, ya. Hati-hati balik..." ucap Tan Sri Ethan.

Selepas kelibat Asyraf, sudah tidak kelihatan. Tan Sri Ethan memasuki rumahnya semula. Pintu rumah, dihempas kuat.

Bam!

Terhinjut bahu, kesemua gerangan yang berada didalam rumah agam itu.

"A...ayah. Aryan, tak buat ayah. Aryan, tak buat. Sumpah!" Aryan duduk melutut, dihadapan bapanya.

Ayden menghampiri bapanya. "Ayah, takkan ayah tak percayakan Aryan? Buat apa, dia nak jatuhkan kejayaan adik dia sendiri. Ayah, tolong."

Tan Sri Ethan memandang anak sulungnya. Lalu, pandanganya teralih pada Aryan.

"Ayah tahu. Pergi kemas semua barang-barang. Aryan kena sembunyi, kalau tak nak Aurora mati."

Remaja lelaki itu terkedu.

"A..apa?"

Puan Sri Aralyn bersuara. "Awak apa semua ni? Saya, tak faham."

Tan Sri Ethan mengatur langkah kearah isterinya.

"Budak tadi tu, tipu kita Lyn. Saya dah dengar semua penjelasan, dari orang yang betul. Budak tu, sengaja tuduh Aryan. Niat budak tu, memang nak bunuh Aurora." beritahu Tan Sri Ethan.

Bungkam. Mereka semua bungkam.

"Siapa?" tanya Ayden.

Adrien yang sedang melabuhkan punggung di atas sofa, serta merta berdiri dari dudukanya. Remaja itu teringat sesuatu.

"Ayah maksudkan, budak lelaki semalam tu? Budak lelaki yang berdiri dekat luar pagar tu?" teka Adrien.

Tan Sri Ethan mengangguk. "He's in spying."


"AYDEN, akan menyamar sebagai Qayden malam tu. Qayden pula, menyamar sebagai Anggota 101. Jelas?"

Tan Sri Ethan atau dikenali sebagai Leftenan Kolonel bagi kumpulan Private MC, mengeluarkan arahan.

"Jelas!" Ayden selaku, Kapten Private MC, membalas respon. Begitu juga, dengan anak buah dia yang lain.

"Jangan sia-sia kan masa, Ayden. Pastikan waktu itu, kau tahu siapa Crazed sebenar." ujar Leftenan Kolonel.

"Baik Leftenan!" Tegas. Ayden membalas.

"Yang lain, apa tugas kau?" tanya Leftenan kepada tiga orang detektif dan seorang anggota Private MC yang turut berdiri tegak, mengelilingi meja mesyuarat itu.

"Jejak kawasan suspek, Leftenan!" Detektif Harraz dan Mukhriz, berkata serentak.

Pandangan lelaki tua separuh abad itu, beralih memandang Detektif Mikael.

"Selamatkan mangsa, Leftenan." sebut Detektif Mikael.

Beralih pula pandanganya, pada Kyle Qayden.

"Menyamar sebagai Anggota 101 dan pastikan suspek tidak terlepas."

"Bagus, bersurai sekarang."

Mereka bersurai dari bilik mesyuarat tersebut.


TOPENG muka diwajahnya, dibetulkan sedikit. Ayden menyorok dibelakang pokok berhampiran dengan rumah agamnya.

Bang!

Bang!

Selepas mendengar tembakan bertalu-talu daripada musuh, Ayden terus memanjat tembok besar rumah agam keluarganya. Kepalanya, terteleng ke kanan dan ke kiri, memastikan tiada musuh dikawasan itu.

"Aurora, mana kau?" Separa berbisik Ayden, memanggil adik bongsunya.

"Sini."

Spontan, Ayden memusingkan tubuhnya ke belakang. Kelihatan, Aurora lengkap berbaju serba hitam dengan kain diwajah. Hanya menampakkan warna mata palsunya.

Ayden tersengih memandang adiknya.

"Pakai purdah? Baru dapat hidayah ke apa?" sakat Ayden.

Aurora menggulingkan bebola matanya. "Bukan purdah bebal, kain hitam sahaja."

Ayden tergelak kecil. Lenganya, dihalakan pada Aurora.

"Cepat lukakan aku." arah Ayden.

Segera, Aurora mengeluarkan pedang berukiran bunga mawar, miliknya itu. Mata pedang dihunuskan pada lengan sasa, Ayden. Perlahan, mata pedang itu diseretkan pada kulit lengan Ayden.

Ayden mendesis kesakitan.

"Buat laju, laju lah. Kau nak seksa aku ke?"

Aurora menjarakkan semula, pedangnya dari lengan Ayden.

"Aku pergi dulu." Aurora meminta diri terlebih dahulu, sebelum dia berlari keluar dari kawasan itu.

Darah yang mula mengalir dikawasan luka Ayden, dilap menggunakan tanganya. Ayden membaringkan tubuhnya di atas tanah yang bersaluti rumput hijau. Mata dipejamkan. Rapat.


ELLIANA menyarungkan penutup muka pakai buang, diwajahnya. Pistol yang berada digengamanya, dikemaskan. Aurora yang lengkap berkain wajah, dipandang. Satu senyuman nipis, terlakar disebalik topeng muka.

"First time, aku nampak kau berpurdah." ujar Elliana.

Aurora menggulingkan bebola matanya. "Kau teringin nak kena pancung, ke?"

Elliana tergelak kecil. "Gurau, gurau."

Kini, mereka berada diatas atap rumah agam keluarga Mckay. Semilir, bersiul-siul meniup wajah mereka.

"Aurora, kau tak gayat ke?" tanya Elliana. Tipulah, kalau dia tidak takut berdiri di atas atap bumbung ini. Melihat Aurora hanya beriak selamba, dia tertanya-tanya. Sama ada, Aurora mempunyai perasaan sama denganya ataupun tidak.

"Aku tak gayat, tapi nanti waktu turun. Ha, itulah yang aku takut. Dengan contact lens dekat mata lagi." balas Aurora.

Elliana tergelak kecil.

"Aurora, bayangkan nanti contact lens kau tak boleh buka. Sebab dah melekat, kena air." sakat Elliana.

Tak semena-mena, lengan Elliana ditampar. Kuat.

"Ada yang mati dulu, ni."

Letus tawa Elliana.

Bang!

Bang!

Bunyi peluru dilepaskan, menghentikan tawa Elliana. Mereka berdua berpandangan.

"Aku gerak dulu." ujar Elliana. Aurora mengangguk. Mereka mula bergerak ke posisi masing-masing.

****

Elliana yang tembak anak buah Crazed yang menyamar sebagai anggota polis, waktu Marina serang rumah Tan Sri Ethan tu.

Continue Reading

You'll Also Like

2.9K 448 17
"You shouldn't play with fire." Pertemuannya dengan gadis berus gigi di tandas hospital membawa dia ke pertemuan yang seterusnya, walaupun setiap per...
21.3K 1.1K 56
Cover by @NDfleur Mungkin dalam cerita ni banyak typo nanti sy edit untuk betulkan semula awak semua bacalah dulu yang typo ini šŸ˜­ BOOK 1 "My story...
2.2M 34.6K 29
Areej Dhafira. Wanita muda yang bekerjaya. Tampak sempurna di pandangan mata manusia. Namun, tidak pada hati dan jiwanya. Kerana kisah hidupnya yang...
3.2K 167 15
A true crime writer. A crime journalist. And a serial killer on the loose. Who will win this game? Bekerja sebagai seorang wartawan jenayah membuatka...