AE : Dendam Kerana Cemburu

By IrisInssa

40.5K 5.1K 777

(Buku pertama) SIRI AE 1) AE : Dendam Kerana Cemburu 2) AE : Rahsia Belum Terungkap ***** š€š©ššš›š¢š„šš š©ļæ½... More

D K C
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 52
Bab 53 | Flashback
Bab 54 | Flashback
Bab 55 | The End
Final Talk
SEASON 2?
AE : Rahsia Belum Terungkap

Bab 51

525 75 40
By IrisInssa

ASYRAF menolak pintu bilik yang ditempatkan Aurora. Masuk sahaja ke dalam, wajah Aurora yang sedang memandang tajam ke arahnya, dijamah. Dibelakang dia, Adnan setia membontotinya masuk ke dalam bilik itu.

"Kau nak tahu tak, kenapa aku buat kau macam ni?" tanya Asyraf, sengaja ingin melumatkan isi hati Aurora yang sudah lama layu itu.

"Kerana dendam," balas Aurora, mendatar. Tanpa secalit senyuman pun dibibirnya.

Asyraf mengangguk lalu tertawa.

"Macam mana boleh jadi dendam?" Persis seorang guru menanya soalan kepada anak-anak muridnya.

Kali ini, Aurora tidak menjawab.

Asyraf mendekati Aurora. Dia bercangkung di hadapan wanita itu. Mata mereka, saling bertatapan. Penuh dengan dendam yang lama tersimpan kemas.

"Kerana cemburu. Aku berdendam dengan kau kerana cemburu. Jelas?" Ungkap sahaja ayat itu, Asyraf menunjal dahi Aurora.

Aurora tersenyum sinis.

"Dendam kerana cemburu? Huh, jantan bodoh macam kau sahaja sanggup berdendam kerana cemburu."

"Puih!" Aurora meludah, tepat kena di wajah Asyraf.

Lelaki itu, mengetap giginya geram. Air ludah yang melekat di wajahnya, dikesat.

"Kurang ajar, kau!"

Pang!

Berdesing bunyi tamparan yang hinggap di pipi kiri Aurora. Aurora tidak pula mendesis kesakitan. Malah, dia ketawa sambil menyimpul senyuman sinis. Ketara, aura kekuatan yang berada di dalam diri Aurora.

"Aku cakap benda betul. It's a fact, not a fake." kata Aurora.

Geram dengan ujaran wanita itu, Asyraf berdiri lalu berpusing ke belakang, menghadap Adnan.

"Adnan, kau cabut semua pakaian dia. Aku nak hidangkan makan malam untuk anak-anak buah aku. Hahaha!!" arah Asyraf.

Asyraf berpaling ke pintu.

"Luke! Ezra!" Asyraf melaung nama kedua anak buahnya yang menjaga pintu bilik. Seketika, dua orang lelaki berpakaian sut melangkah masuk ke dalam. Berdiri tegak sambil menghadap Asyraf.

Asyraf tersengih sinis. Kepala dipusingkan, menghadap Adnan yang masih tidak berganjak dari tadi.

"Adnan, buat apa yang aku suruh. Kenapa? Tak sanggup? Kau dah jatuh cinta dekat dia ke, bro?" Asyraf berkata.

Adnan masih berdiri tegak, tanpa reaksi.

"Adnan-"

Bang!

Tersentak Asyraf mendengar bunyi tembakan itu, kepala dipusing memandang anak buahnya. Seorang anak buahnya yang bernama Luke, jatuh rebah di atas lantai dengan darah diserata tempat.

Mata Asyraf membulat.

"Siapa yang tembak?!"

Hairan dia, apabila Ezra dan Adnan masih di posisi yang sama.

Pandangan dialih memandang Adnan. Lelaki itu kelihatan tersenyum sinis sambil memandang tepat ke arahnya.

"My wife." balas Adnan, merujuk kepada pertanyaan Asyraf tadi.

Asyraf terkedu. Badan, spontan berpusing ke belakang saat terdengar gelakan tawa Aurora. Terbeliak matanya, melihat posisi Aurora sekarang. Wanita itu sudah berdiri tegak, pistol tepat mengacu ke arahnya.

"Apa..." Asyraf bungkam.

"Kau suruh adik ipar aku benarkan isteri dia diperkosa oleh lelaki lain? Betul lah apa adik aku cakap. Kau, jantan bodoh."

Asyraf berpaling menghadap si empu suara. Anak buahnya yang bernama Ezra membuka topeng diwajah. Lalu, topeng itu dicampak jauh.

"Remember me?" Wajah lelaki itu mirip Aurora, tetapi versi lelaki.

"Aryan Evan."

Aryan melorek senyuman sinis. Peluh yang menitik di tepi dahinya, dibiarkan mengalir.

"Yes, it's me. Aryan Evan. One of members of The Private Members." ujar Aryan.

Asyraf terkedu.

Dialihkan matanya memandang Adnan.

"Adnan Adriel. Salah satu ahli rahsia Private MC juga." Adnan berkata sambil menunjukkan kad identitinya.

Terasa sesuatu melekap dibelakang kepalanya.

"Kau patut panggil aku Ailee, Asyraf." bicara Aurora. Suara Aurora, bergema ditelinganya menandakan wanita itu berada hampiran denganya.

"Kau..." Asyraf mengetap giginya, geram. Ketahuilah, dia sudah terperangkap di dalam permainan pihak lawan.

"Serah diri sahaja. Hukuman kau akan diringankan."

Pedulikan kata-kata Aryan, Asyraf menyiku pistol di tangan Aurora, menyebabkan pistol itu terlepas dipegangan. Pantas, Asyraf berlari meninggalkan bilik itu.

"Shit!" carut Aurora.

"Tak apa. Kau dengan Adnan, cari jalan keluar dulu. Jangan risau, separuh daripada anak-anak buah Asyraf adalah dari anggota polis yang menyamar. Tak perlu tergesa-gesa, jantan bodoh tu belum hidupkan bom." ujar Aryan.

Aurora mengangguk.

"Aku kejar dia. Jangan lupa, lepas keluar laporkan pada kapten." Sempat, Aryan menyelitkan arahan.

Aurora berkerut, "Kapten?"

"Maksud aku Ayden." cebik Aryan. Lelaki itu pantas, berlari mengejar langkah Asyraf.

Aurora hendak keluar dari bilik itu. Namun, disekat oleh Adnan.

"Awak, kenapa? Cepatlah, keluar." ujar Aurora. Dia sudahlah risaukan, abangnya yang pergi mengejar Asyraf itu. Buatnya, Aryan tidak sempat menangkap suspek.

Adnan tiba-tiba membuka bajunya.

"Oi, kenapa buka baju?"

Adnan, membalut badan Aurora menggunakan bajunya. Siap membalut, dia mengikat lilitan itu dengan ketat dan kemas.

"Kita kena berpecah. Potensi kena tembak, banyak kalau kita keluar sama-sama." kata Adnan.

Aurora memandang suaminya.

"Awak ambil laluan belah kanan. Itu lagi dekat dengan pintu keluar. Tak perlulah, awak lari laju. Nanti kesan luka, tambah teruk." ujar Adnan, lagi.

"Tak boleh ke, kita keluar sama-sama?" tanya Aurora. Lengan suaminya, dipegang.

"Keadaan awak lebih berbahaya, sayang." balas Adnan, lembut.

Bahu isterinya dipegang sebelum dia melabuhkan ciuman di dahi Aurora. Tubuh Aurora dibawa ke dalam pelukan.

"Lari." bisik Adnan. Pelukan dilepaskan.

"Just want you to know. I love you, more than I love myself." kata Adnan.

"Adnan..." Tak! Mengapa, dia rasakan tidak sedap hati? Mengapa dia rasakan, dia akan kehilangan seseorang?

"Lari, Elysian!"

Adnan menarik Aurora keluar dari bilik itu. Tubuh Aurora ditolak lembut, mengarahkan isterinya lari.

"Jumpa dekat luar, Adnan." ucap Aurora lalu berlari mengikut laluan yang diberi tahu Adnan tadi.

Adnan tersenyum.

"Saya bangga dengan awak, Cinta hati."

Perbualan dia dengan Asyraf tadi, terngiang-ngiang di kotak fikiran.

"Kau kena berada jarak jauh dari balai penjara juga."

Adnan terdiam, mendengar ayat itu.

"Kenapa?"

"Sebab aku pasang bom dekat sana juga. Misalnya, bom gudang tak berjaya diletupkan. Bom dekat penjara terletup. Kalau bom gudang berjaya diletupkan, bom dekat penjara tak terletup." balas Asyraf, selamba.

Untuk menyelamatkan nyawa yang tidak bersalah di penjara, dia perlu letupkan bom di dalam gudang ini. Masa yang diambil untuk bom meletup, amatlah singkat.

Hanya 10 saat.

Entah, dia sempat keluar atau tidak. Itu bergantung pada Tuhan, hendak memanjangkan nyawanya atau tidak.


DENGAN hati yang sedang memikirkan keadaan Adnan, Aurora masih meneruskan larianya. Terasa pedih di perutnya, tatkala dia mengorak langkah. Mengikut pesanan suaminya tadi, dia berlari dengan perlahan sedikit.

Bang!

Bang!

Bang!

Bunyi tembakan bertalu-talu, menambahkan perasaan gemuruh di dada Aurora. Pun begitu, kakinya masih laju melangkah ke hadapan.

Selepas keluar dari tempat ini, dia nak berjumpa dengan suaminya. Pastikan, tiada sebarang luka berada di mana-mana anggota badan suaminya. Dan, akhiri musibah yang sudah bertahun berlangsung pada hari ini juga. Supaya, dia dapat hidup bahagia bersama Adnan. Tidak lupa, dia mahu membetulkan semula hubunganya dengan bapa kandungnya sendiri.

"Berhenti bergerak!"

Suara seorang lelaki, menyentakkan dia. Wajah dipaling memandang lelaki yang dipercayai salah satu anak buah Asyraf. Tanpa menghiraukan amaran lelaki itu, Aurora berpatah balik semula lalu menyorokkan diri di sebalik dinding, tatkala lelaki itu melepaskan peluru.

Nasibnya baik, peluru itu tersasar jauh. Aurora memegang poket seluarnya.

Kosong. Mana pistol dia?

Argh! Dia baru teringat, pistolnya terlepas dipeganganya akibat hentakkan siku Asyraf.

"Dasar jantan bebal." Aurora menyumpah Asyraf.

Derapan tapak kasut lelaki itu, semakin dekat denganya.

Dia tidak boleh lakukan apa-apa, selain menyerang menggunakan tangan kosong.

Aurora mula mengira dalam hati.

"Polis, jangan bergerak!"

Niat Aurora ingin menyerang, terhenti tatkala terdengar suara salah seorang anggota polis.

Bang!

Bang!

Pasti, mereka sedang bergelut dengan peluru. Dari disebalik dinding, Aurora dapat lihat mereka sedang berlawan menggunakan tangan pula. Melihat, pistol yang berterabur di atas lantai. Aurora tersenyum sinis.

Sedang mereka bergelut, Aurora pantas menggunakan masa ini dengan mengambil salah satu pistol di atas lantai.

Anggota polis itu kelihatan ditumbuk bertalu-talu oleh pihak musuh. Aurora lekas, melepaskan tembakan pada pihak musuh. Lelaki itu, jatuh menghempap lantai. Tidak bernyawa dek kerana terkena tembakan dari Aurora.

Anggota polis itu dibantu.

"Siapa?" tanya anggota polis itu dengan nafas tercungap-cungap.

Aurora mengeluarkan kad identitinya.

"Aurora. Salah satu ahli rahsia Private MC." Aurora memperkenalkan diri.

Anggota polis itu tergamam. Lantas, lelaki itu memberikan tabik hormat.

"Mata cik Aurora, macam..."

"Ya, aku lah yang menyamar sebagai musuh Puan Sri Aralyn." cantas Aurora.

"Ailee?" Anggota itu menyembut nama penyamaran dia.

Aurora mengangguk.

"Kena habiskan anak-anak buah musuh cepat. Kawan aku ikut jalan kanan. Aku nak tolong dia." ujar Aurora.

'Kawan' itu merujuk kepada Adnan.

Anggota itu terdiam. Dahi anggota itu, berkerut.

"Cik Aurora, setahu saya belah kanan adalah tempat bom dipasang."

Aurora tersentak.

"Apa maksud kau?" tanya Aurora.

Tiba-tiba walkie-talkie anggota itu berbunyi.

"Kapten dalam panggilan. Pegawai polis mengsyaki ada lagi satu bom yang tersambung dengan bom di gudang, dekat balai penjara. Kalau bom di gudang tidak terletup, bermakna bom dekat penjara akan terletup. Diminta, kesemua penghuni balai keluar dari kawasan itu sekarang!"

Aurora tergamam.

Walkie-talkie anggota itu dirampas. Aurora menekan punat suara di walkie-talkie itu.

"Ayden, Adnan guna laluan belah kanan!" lapor Aurora, tanpa menggunakan kod cara bercakap melalui walkie-talkie.

"Adnan, kau jangan buat kerja gila!" Suara Ayden di corong walkie-talkie itu.

"Adnan, ketua bahagian IT dalam panggilan. Diminta, semua menjarakkan diri dari gudang ini. Aku akan hidupkan bom di dalam gudang. Maka, bom di penjara tidak akan berfungsi lagi." Suara Adnan di corong alat komunikasi itu.

"Adnan, awak nak mati ke?!" jerkah Aurora.

"Memang salah satunya akan terkorban, Elysian."

Aurora mengemam bibirnya. Air mata mula memenuhi birai mata.

"Jangan buat kerja gila, Adnan!" Suara Aryan kedengaran.

"Baik kau orang lari sekarang. Masa letupan bom dekat penjara, hampir suntuk. Tak sempat nak larikan diri. Kau orang nak, orang yang tak terlibat mati ke?" balas Adnan, dicorong walkie-talkie.

Seluruh tangan Aurora, menggeletar. Alat komunikasi itu, terlepas dari peganganya. Aurora jatuh terduduk.

"Mohon, anggota yang berada berdekatan dengan Aurora. Tolong bawa, isteri aku keluar dari gudang ni." Kata-kata terakhir dari Adnan sebelum walkie-talkie itu diam. Tidak mengeluarkan sebarang suara.

****

Adnan baik, dia menyamar sahaja.

Continue Reading

You'll Also Like

321K 8.4K 23
COMPLETE Amirul Haziq Haura Syafirah ā€¢ Review pembaca ā€¢ "SUMPAH! Bagi saya cerita ini langsung tak clishe malah tersangatlah susah nak jumpa cerita b...
23.8K 2.9K 126
[ K A R Y A P E R T A M A ] { C O M P L E TE } Start : 16/3/2021 End : 24/3/2022 Also known as Tundukkan Gangster Sekolah ā”€ā”€ā”€ā”€ā”€ā”€ā”€ā”€ā”€ 怎 S I N O P S...
428 58 2
RAQIB ISA | LILY HANA "I believe I should be the one asking you that, miss. What are you doing here? In my car?" Penuh tenang Raqib menyoal. Langsung...
Incomplete. By N

Short Story

13.4K 738 103
Tak semua kisah hidup gembira. Tapi aku juga tak nafikan bahagia itu tak wujud. Ada, cuma tersimpan rapat tanpa pengetahuan sesiapa. Namun bagi aku...