AE : Dendam Kerana Cemburu

De IrisInssa

40.5K 5.1K 777

(Buku pertama) SIRI AE 1) AE : Dendam Kerana Cemburu 2) AE : Rahsia Belum Terungkap ***** ๐€๐ฉ๐š๐›๐ข๐ฅ๐š ๐ฉ๏ฟฝ... Mais

D K C
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53 | Flashback
Bab 54 | Flashback
Bab 55 | The End
Final Talk
SEASON 2?
AE : Rahsia Belum Terungkap

Bab 48

488 75 3
De IrisInssa

BEREJAM, meluangkan masa berborak dengan cikgu Zati di dalam bilik pejabat. Akhirnya, guru itu meminta diri untuk berundur dek kerana masa mengajarnya sudah bermula. Cikgu Zati, sempat mengizinkan mereka berdua bersiar-siar di kawasan sekolah. Sambil-sambil itu, boleh mengenangkan kenangan lama di sekolah.

Sewaktu ini, mereka berdua sedang mengelilingi satu sekolah sambil berpegang tangan. Untung sahaja, semasa ini pelajar-pelajar sedang menghadiri kelas. Aurora menoleh, memandang tangan dia dan Adnan yang bersatu itu. Terasa belakang tanganya, diusap lembut oleh ibu jari kasar Adnan.

Senyuman disimpul.

"Ely, awak ingat tak tempat ni?" tanya Adnan. Kepala terus memandang ke arah kawasan koridor yang kosong dengan umat manusia. Didinding, koridor itu terdapat beberapa gambar yang menunjukkan pelajar-pelajar cemerlang sekolah, bagi setiap tahun. Setiap tahun, mempunyai dua orang pelajar yang terpilih sebagai pelajar cemerlang.

"Kalau awak nak tahu, dulu awak dengan saya terpilih sebagai pelajar cemerlang." bicara Adnan.

Aurora tersenyum, teruja.

"Betul ke?"

Adnan mengangguk. Dinding belah kanan, dirapati. Dia menunjukkan sebuah mesin berbentuk segi empat tepat yang memaparkan angka tahun, elok tersangkut di dinding. Dibawah, terdapat sebuah bingkai gambar yang menunjukkan gambar dia dan Adnan, sewaktu mereka berdua masih dibangku sekolah.

Pakaian mereka berdua sewaktu itu, kemas. Tersarung jubah hitam bersulamkan benang merah dan topi hitam di atas kepala. Sijil berada ditangan mereka berdua.

"Waktu tu, awak dengan saya berlumba siapa yang dapat masuk dalam senarai pelajar cemerlang. Alih-alih, kita berdua pula terpilih." Adnan menceritakan.

Aurora tergelak. "Serius lah, saya berlumba dengan awak?"

"Awak gila kuasa dulu. Semuanya nak rembat. Pelajar cemerlang subjek sains kimia, awak dapat. Pelajar cemerlang akademik, awak dapat. Kokorikulum, awak dapat. Semua dapat lah. Sebab tu, saya sanggup bertarung secara sihat dengan awak."

Sekali lagi, Aurora tergelak. "Tapi mesti awak pandai dalam subjek sains komputer, kan?"

"Sudah semestinya,"

Terguling menyampah bebolah mata Aurora.

"Cuba awak ingat, reaksi kita berdua waktu tengok gambar ni." ujar Adnan. Sebelah tanganya, memaut bahu Aurora.

Aurora memejamkan matanya, mengingat semula situasi dahulu.

"Elysian, tengok ni!"

Seorang remaja lelaki, menarik lenganya sehingga terdorong ke hadapan.

"Kau ni! Jangan pegang lah, haram!" Gadis itu menarik semula tanganya. Meskipun berlapik, dia masih mengangap benda itu sebagai satu dosa.

Remaja lelaki itu, membiarkan sahaja. Hujung jari memegang bingkai kayu yang tergantung di atas dinding.

"Penghargaan tahniah kepada Adnan Adriel Bin Aish dan Aurora Elysian Mckay Binti Ethan Mckay." Remaja lelaki itu menyebut setiap bait perkataan yang tertulis, dihujung sudut gambar itu.

"Anak Ethan." panggil remaja itu, selamba. Ternganga gadis itu dibuatnya.

"Melebih ni, anak Aish." balas gadis itu balik.

"Nama dah lah, panjang." ejek remaja lelaki itu.

"Nama panjang lah best!"

"Apa yang best nya? Susah aku nak sebut nanti." bidas remaja itu. Terpinga-pinga gadis itu, dibuatnya.

"Kau nak sebut nama aku buat apa?" tanya gadis itu.

"Akad nikah lah, kau bengap ke?"

Membulat mata gadis itu. Bahu kawanya, ditampar kuat.

"Tak nak, aku kahwin dengan kau!"

Mengekek remaja itu, tertawa. "Cikgu Zati dah doakan, tak boleh nak buat apa."

"Ee, kau ni!"

Aurora tertawa sendiri tatkala teringatkan kenangan itu. Adnan benar. Bukan semua, kenangan di dalam sekolah ini pahit.

"Kelakarnya, saya nafikan semua tu. Bila dah besar, saya sendiri yang setuju kahwin dengan awak." kata Aurora.

Adnan tergelak. "Kan saya kata, doa cikgu Zati termakbul."

"Eh, kau ni!"

"Apa? Bukan aku lah!"

Pergaduhan mulut dua orang pelajar sekolah, berlainan jantina. Menarik perhatian mereka berdua. Dibelakang mereka, berdirinya dua orang pelajar sambil memandang ke arah sebuah bingkai gambar yang tersangkut dihadapan.

Tatkala melihat dua orang pelajar di dalam gambar itu, baru Aurora tersedar yang pelajar di dalam gambar itu adalah dua orang pelajar yang berdiri dibelakang mereka sambil membelakangi mereka, sekarang.

"Mana adil!" Remaja lelaki itu, seperti membantah sesuatu.

"Adil lah tu! Kau dengan aku, sama-sama terpilih." kata gadis itu.

Adnan tertawa, melihat pelajar-pelajar sekolah itu. Wajah dirapatkan pada telinga Aurora yang diselindung dengan tudung.

"Macam kita berdua, kan?" bisik Adnan.

Aurora menjarakkan kepalanya pada wajah Adnan. Itupun, nak berbisik bagai.

"Lebih kurang. Tapi, terbalik sikit. Dulu, saya yang bantah. Awak yang suka."

"Ya, ke? Bukan dulu, awak suka juga ke? Yelah, bergambar berdua dengan saya. Siapa sahaja tak suka?"

Aurora guling mata. "Perasanya. Bila masa saya suka!"

"Jangan tipulah, Ely. Saya tahu..."

"Mana ada!'

Tanpa mereka sedar, dua orang pelajar tadi sedang memandang ke arah mereka. Pelajar perempuan itu, tanpa segan-silu menegur mereka berdua.

"Akak dan abang yang tak hormat orang single." panggil gadis itu, selamba.

Kawanya dibelakang, sudah terbeliak mata. Selamba badak sahaja!

Aurora dan Adnan, terkedu sejenak.

"Adik panggil abang ke?" tanya Adnan kepada gadis sekolah itu.

Gadis itu mengangguk. "Ya, akak dengan abang. Saya Lariena. Yang kawan belakang saya tu, Daniel."

"Musuh," Daniel membetulkan ayat Lariena. Gadis itu tersengih.

"Favourite enemy? Awh, sweetnya!" ujar Lariena, selamba.

Terbeliak mata Daniel. Manakala, Adnan dan Aurora sudah tertawa mengekek.

"Euw,"

"Apa-apalah! Ha, akak dengan abang. Saya nak tanya, antara kami berdua ni. Siapa lagi, nampak macam budak pandai?"

Pertanyaan Lariena itu, membuatkan Aurora dan Adnan terpinga-pinga.

"Bagi akak, dua-dua nampak macam budak pandai." kata Aurora.

"Rupa korang berdua pun, dah nak sama. Jangan gaduh banyak sangat, nanti jadi jodoh. Macam kita orang berdua." ujar Adnan.

Daniel sudah membuat muka geli.

"Yeke? Akak dengan abang, dulu main gaduh-gaduh?" Entah mengapa hati Lariena, menggelitis ingin mendengar kisah antara Aurora dan Adnan.

"Tengok gambar ni. Ni, gambar abang dengan akak. Kita orang dulu, suka gaduh. Lepastu, berlumba siapa dapat masuk dalam gambar. Tak sangka pula, kita orang sama-sama terpilih." cerita Adnan.

Aurora diam mendengar. Dia sebenarnya, tidak beberapa ingat kenangan dulu. Kalau bukan, kerana Adnan mengingatkan sudah lama dia terlupa kenangan manis itu.

"Macam mana abang dengan akak, boleh gaduh?" tanya Daniel. Remaja itu nampak, seperti mula tertarik dengan cerita Adnan.

"Waktu tu, abang nampak akak nak buang kertas periksa dia. Lepastu, abang cepat-cepat rampas. Guess what? Dia nak buang kertas periksa addmath dia yang dapat 100 markah."

Daniel dan Lariena terlopong. Pandangan dialihkan memandang Aurora.

"Serius lah, kak? Uish, pandainya akak!" ujar Lariena.

Aurora tersenyum malu.

"Lepastu, lepastu." Mereka meminta Adnan, menyambung cerita.

"Reaksi abang, sama dengan korang. Terkejut gila. Waktu tu, abang dah mula rapat dengan dia. Mulanya, nak ambil tips macam mana score full marks sahaja. Macam mana kitaorang gaduh? Sebab rebutkan nombor satu, dalam kelas. Kiranya, gaduh sihat. Tapi, masih lagi boleh makan sama-sama. Buat kerja rumah, sama-sama."

Aurora terdiam sejenak. Dia tidak pernah ingat semua itu. Tidak sangka, Adnan ingat kesemuanya.

Memikirkan hal itu, ada satu persoalan muncul di dalam kepalanya.

Bagaimana Adnan boleh ingat semua itu? Bukankah, Adnan pernah memberitahu dia yang ingatan lelaki itu hilang? Sama seperti dia.


"BYE!"

Adnan melambaikan tanganya tatkala susuk Lariena dan Daniel, semakin menghilang. Isterinya yang seperti memikirkan sesuatu, dihampiri.

"Ely, nak balik ke?" tanya Adnan. Aurora seperti baru tersedar dari lamunan, memandang Adnan dengan wajah terpinga-pinganya.

"Boleh lah," balas Aurora.

Adnan memaut bahu isterinya, dari tepi.

"Tapi, sebelum tu saya nak jumpa cikgu Zati dulu."

Melihat, isterinya hanya mendiamkan diri. Membuatkan hatinya diserang perasaan hairan dan fikiran negatif.

"Kenapa awak diam je?" tanya Adnan. Hujung jari telunjuknya, mengusap bahu Aurora yang berlapis dengan baju itu.

"Tak ada apa-apa lah."

Sampai sahaja, dihadapan bilik pejabat. Mereka berdua meloloskan diri ke dalam bilik tatkala terpandang susuk cikgu Zati sedang menyusun buku-buku di dalam bilik.

"Cikgu, kami dah nak balik." kata Adnan.

Cikgu Zati memberhentikan kerjanya. Bekas anak muridnya, dihampiri.

"Lah, yeke? Nanti korang berdua datang lagi tau." bicara cikgu Zati.

"InsyaAllah. Cikgu, deal lah dengan budak sebelah ni. Maklumlah, saintis. Banyak kerja, kena buat." ujar Adnan berbaur perli.

Tergelak cikgu Zati. Aurora hanya tersenyum sambil menghulurkan tangan, ingin menyalam. Nampak sahaja, huluran tangan Aurora. Lekas, cikgu Zati menyambut lalu membiarkan Aurora mengucup kekura tanganya.

"Eh, Adnan. Kamu ingat tak, kawan kamu lagi seorang tu? Mana dia? Cikgu, ingatkan nak buat majlis untuk anak-anak murid cikgu zaman 2010 hingga 2011." Cikgu Zati berkata.

Adnan mengerut. "Kawan mana cikgu?"

"Siapa ye? Aryan, tak silap nama dia. Dia, tua setahun dengan kamu. Bukan kawan sama umur."

Sebaik mendengar ayat yang ditutur cikgu Zati, Aurora tersentak. Wajah sisi suaminya, dipandang tajam. Menunggu balasan yang keluar dari mulut Adnan.

"Oh, Aryan! Ingat, ingat! Saya dah tak ada nombor dia, cikgu. Tak apa, nanti saya cuba cari nombor dia dari kawan-kawan seumur dengan dia."

Aryan? Nama abang dia. Bukan seumur, jadi memang abang dialah. Aryan Evan tua setahun dengan dia.

Adnan berkawan dengan abangnya?

"Tak silap cikgu, dia berkawan dengan Aurora juga. Korang memang rapat waktu tu. Cikgu ingat lagi, Aurora dengan Aryan gaduh tentang nama group. Aryan berkeras nak letak nama segi tiga. Aurora pula, kata letak nama kumpulan macam perempuan." bicara cikgu Zati.

Saat itu terasa sesuatu menghempit tubuhnya.

Segi tiga? Aryan, abangnya adalah remaja lelaki di dalam mimpi dia?

Apa maksud disebalik semua ini?

"Haha! Ya, cikgu. Saya ingat tentang tu. Waktu tu, cikgu bangga dengan saya sebab dapat kawal diaorang punya pergaduhan." Adnan membalas.

"Hahaha! Yalah, cikgu ingat!"

"Okaylah, cikgu. Saya gerak dulu, ya. Nanti kalau ada apa-apa berita, saya call cikgu." Adnan meminta diri.

"Ha, ya. Hati-hati, balik." Sempat, cikgu Zati menyelitkan pesanan.

"Baik, cikgu."


MASUK sahaja, di dalam kereta mereka. Aurora pantas, menahan Adnan daripada memijak minyak kereta.

"Eh, kenapa ni?" tanya Adnan.

Reaksi Aurora, kelihatan bengang.

"Awak kata saya kenapa?! Now tell me the truth, siapa Aryan yang cikgu maksudkan? My brother?!"

"Elysian, please.."

"Tell me, Adnan!" jerkah Aurora.

Adnan menghela nafas berat.

"Fine! He is your brother! Aryan yang khianat awak! Apa yang ibu awak cakap betul. Dia yang tukar kertas periksa awak. Dia yang tuduh awak, meniru. Dia yang hasut saya! Puas?!"

Aurora tergamam. Air mata mula bertakung di kelopak mata. Tunggu, masa sahaja tumpah. Hatinya, bagai disiat-siat. Sakit. Ya, itu yang dia rasakan.

"Kenapa awak tak pernah bagitahu saya, Adnan?" Getaran di dalam nada Aurora, membuatkan hati Adnan terasa sakit juga.

"Kalau, saya bagitahu awak. Agaknya, awak boleh terima tak? Awak boleh terima tak, penipuan terbesar saya kali ni?" balas Adnan.

Linangan air mata Aurora, tumpah. Esakanya pecah tatkala Adnan menarik tubuhnya ke dalam pelukan hangat.

"Saya tak hilang ingatan pun. Saya tipu awak, sebab perkara ni. I don't want, you to get hurt anymore. Enough of all scars you had, before. I hate when you cry, because of this." kata Adnan, jujur.

"Kenapa? Kenapa Adnan? Kenapa semua buat saya macam ni, Adnan?"

Penat. Penat dengan semua benda di dunia ini. Dia hanya ingin hidup dengan orang yang dia sayang, tanpa dikhianti atau di dendam oleh orang lain. Dunia begitu teruk melayan dia. Kejam.

"It's okay. I still with you." ujar Adnan sambil tangan mengusap belakang badan isterinya.

Sampai bila ayat itu akan kekal? Sampai bila?

****

Tak sabar, nak tulis next bab.

Continue lendo

Vocรช tambรฉm vai gostar

23.8K 2.9K 126
[ K A R Y A P E R T A M A ] { C O M P L E TE } Start : 16/3/2021 End : 24/3/2022 Also known as Tundukkan Gangster Sekolah โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€ ใ€Ž S I N O P S...
2.9K 448 17
"You shouldn't play with fire." Pertemuannya dengan gadis berus gigi di tandas hospital membawa dia ke pertemuan yang seterusnya, walaupun setiap per...
3.2K 165 15
A true crime writer. A crime journalist. And a serial killer on the loose. Who will win this game? Bekerja sebagai seorang wartawan jenayah membuatka...
178K 9.8K 25
" I'm to tired to love , I'm afraid of losing . But since i met you , my souls eager to life . " ----- Amaran : cerita ini mengandungi unsur yang ak...