AE : Dendam Kerana Cemburu

Oleh IrisInssa

40.5K 5.1K 777

(Buku pertama) SIRI AE 1) AE : Dendam Kerana Cemburu 2) AE : Rahsia Belum Terungkap ***** ๐€๐ฉ๐š๐›๐ข๐ฅ๐š ๐ฉ๏ฟฝ... Lebih Banyak

D K C
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53 | Flashback
Bab 54 | Flashback
Bab 55 | The End
Final Talk
SEASON 2?
AE : Rahsia Belum Terungkap

Bab 24

555 93 8
Oleh IrisInssa

SUASANA di dalam bilik mesyuarat itu, hening. Terlalu banyak, tanda tanya yang berlegar di dalam otak penghuni bilik mesyuarat itu. Masing-masing diam, memikirkan jawapan yang tepat untuk soalan yang sentiasa menghantui mereka.

Tuan Matheo yang selama ini, bisu dan hanya memerhati, bersuara.

"Mesti, ada sesuatu disebalik surat segi tiga ni."

Tajam matanya, memandang surat-surat berbentuk segi tiga yang anak-anak buahnya serta anak saudaranya, dapat.

"Tapi, kenapa Cik Aurora punya kosong, tak ada apa-apa tulisan?" tanya Detektif Harraz.

Surat yang Aurora dapat, sewaktu Crazed pecah masuk dan sengaja menjatuhkanya itu. Kosong, tiada apa-apa huruf atau nombor yang tertulis. Hanya, sekadar kertas kosong yang dilipat bentuk origami. Iaitu bentuk segi tiga.

Aurora menanya, "Dalam surat kau orang dapat, ada tulis apa?"

Detektif Mikael menghulurkan suratnya pada Aurora.

"Death, dari 31812654." sebut Aurora. Seketika dahinya, mengerut.

"Awak lupa ke? Our triangle friendship?"

Suara Adnan, bagai berbisik ditelinganya.

Triangle friendship.

Surat segi tiga.

Adakah, kisah silamnya berkait dengan kes ini?

"Cik Aurora." panggil Detektif Mikael. Aurora tersentak, dari lamunanya.

Wajah setiap penyiasat di dalam bilik mesyuarat itu, dipandang.

"Kalau surat ni, dari orang yang sama. Bermakna, suspek yang bakar makmal aku adalah pengirim surat ni?" tanya dia.

Mereka mengangguk, hampir serentak.

"Cik Aurora, boleh terangkan tak ciri-ciri fizikal suspek yang ceroboh rumah Cik semalam?" tanya Detektif Mukhriz.

"Dia perempuan. Pakai mantel merah, blonde hair, red eyes, bibir warna merah. Emm, itu sahaja aku nampak." beritahunya.

Detektif Mukhriz, laju mencatat kesemua benda yang Aurora sebutkan.

"Tuan, Profesor Marina bukan suspek membunuh." ujar Mukhriz kepada Tuan Matheo.

Tuan Matheo mengangguk, setuju.

"Aku rasa, Profesor Marina hanya pembantu." kata Tuan Matheo.

"Kalau macam tu, banyak lah orang yang bersekongkol dengan dia ni? Profesor Marina dan suspek kedua." ujar Detektif Harraz.

"Tuan, apa kaitan dengan Ailee?" Soalan yang diajukan oleh Detektif Mikael pada Tuan Matheo, menarik perhatian Aurora. Berlapis dahi wanita itu.

"Ailee? Siapa tu?" tanya dia.

Tuan Matheo menjawab, "Ailee, suspek yang merupakan musuh Profesor Marina. Kemungkinan, dia juga musuh kepada suspek pertama kita, suspek yang ceroboh masuk rumah Aurora."

Dahi berlapis Aurora, mengendur balik. Kini, wajahnya kembali tenang.

"Kami syak, mangsa Ailee ialah Puan Sri Aralyn." kata Detektif Mukhriz.

Aurora mengangguk. Itu, dia sudah tahu lama. Cuma, tidak tahu nama sebenar musuh ibunya.

Pandangan Tuan Matheo beralih kearah Aurora.

"Aurora, nampak macam tahu sesuatu. Tak nak kongsi pada kami?" kata Tuan Matheo, tiba-tiba.

Terdiam sejenak Aurora. Kesemua mata, tertumpu sepenuhnya pada Aurora.

"Mungkin, Aurora tahu siapa nama dia." ujarnya kepada Tuan Matheo. Detektif-detektif tersebut, berpandangan sesama sendiri.

"Maksud Cik Aurora?" soal Mikael, tidak mengerti dengan apa yang dikatakan oleh Aurora.

Aurora mengambil salah satu surat berbentuk segi tiga yang tertulis sebaris nombor angka.

"31812654, nama pengirim dalam bentuk nombor. Kalau ditukarkan dalam bentuk huruf, nama pengirim ini ialah Crazed. " ujar Aurora.

"3 untuk huruf C, 18 huruf R, 1 huruf A, 26 huruf Z, 5 huruf E dan 4 huruf D. Nombor ni, ikut nombor susunan huruf." sambungnya.

Mereka semua, terpegun sejenak. Tidak sangka, otak Aurora terlalu bijak dan berfikir seluas itu. Tuan Matheo, tersenyum bangga.

Manakala, Aurora pula tidak senang duduk. Bermacam andaian dipersoalkan pada dirinya.

Kalau nama pengirim itu memang, Crazed.

Jadi, apa yang dikatakan Adnan sewaktu tempoh kejadian adalah benar.

Persoalanya, bagaimana Adnan tahu?

Tuan Matheo berdehem sebelum memulakan bicara. "Detektif, sampai sini sahaja perbincangan kita semua. Kamu semua boleh rehat, jangan terlalu fikirkan soal kerja sehingga tidak cukup rehat."

Detektif-detektif tersebut, lantas bangun dari dudukan mereka.

"Terima kasih, Tuan." ucap mereka serentak. Tabik hormat diberikan pada Tuan Matheo, sebelum mereka bersurai.

Aurora juga mula berdiri, ingin beredar dari bilik mesyuarat itu. Namun, suara Tuan Matheo membantutkan langkahnya keluar dari bilik mesyuarat.

"Aurora, tunggu sekejap. Ada sesuatu uncle nak bagitahu."

Aurora mengambil tempatnya, semula.

"Aurora, pun ada sesuatu nak tanya uncle."


AURORA mengeluarkan telefonya dari beg tangan, apabila telefonya tidak henti berbunyi. Nama si pemanggil, dikerling sebelum memandang kearah pekerja makmalnya yang sedang memegang fail ditangan.

Senyuman dihadiahkan untuk pekerja itu sebelum berkata, "Awak letak dulu fail tu, nanti saya semak."

Pekerja itu mengangguk lalu membalas senyuman Aurora.

Maria pernah menasihatinya, tukar cara penampilan bercakap. Tiada lagi, 'kau-aku' ketika bercakap dengan pekerja-pekerja makmal. Kalau tidak, mereka akan perasan persamaan antara dia dengan Profesor Red Lady.

Selepas pekerja itu beredar, Aurora terus menggesel punat hijau diskrin telefon.

"Hello, Cinta hatiku." sapa si gerangan dicorong telefon.

Aurora tergelak kecil, "Iya, Adnan. Ada apa call saya?"

Kebelakangan ini, dia perasan mulutnya ringan sahaja berbicara apabila bersama Adnan. Hari yang penuh dengan amarah, kusut dan serabut, serta merta hilang apabila bersama dengan Adnan.

Adakah, ini adalah salah satu tanda?

"Buat apa tu?" tanya Adnan.

Aurora membalas, "Buat kerja lah, buat apa lagi."

Kedengaran gelak tawa Adnan, dicorong telefon.

Aih, itu pun kelakar ke?

"Elysian, nak keluar makan tengah hari tak?" pelawa Adnan. Aurora terdiam.

Selama ini, dia tidak pernah makan tengah hari dek kerana kesibukkan kerja. Kadang-kala hari yang dia tidak sibuk pun, dia cari juga kerja untuk sibukkan diri dia.

"Elysian, Cinta hatiku? Setuju ke tak? Lamanya, buat pilihan."

Aurora tergelak. "Saya setuju."

"Okay, awak datang office saya. Kita naik kereta saya." kata Adnan, dicorong telefon.

Aurora hairan, "Eh, awak datanglah ambil saya dekat makmal. Kan, senang je. Tak payah, ulang alik."

"Oh, sebab saya tak boleh keluar dari pejabat sekarang. Kena ada awak baru boleh."

Bertambah hairan Aurora, dibuatnya. Lama, Aurora berdiam diri sebelum memberi kata putus.

"Yalah, awak hantar location. Saya, gerak sekarang."

Macam biasa, belum sempat gerangan dicorong telefon membalas. Aurora sudah mematikan panggilan. Tabiatnya, suka meletak panggilan dahulu. Tidak boleh dihilangkan. Kalau, ada yang tamatkan panggilan lebih awal darinya, boleh menangis dia.

Selepas mendapat notifikasi dari Adnan, Aurora bergegas keluar dari makmalnya. Perjalanan dia ke pejabat Adnan, memakan masa berbelas minit sahaja. Ini kerana, tempat kerjanya dan Adnan dekat sahaja. Hanya selang beberapa bangunan, dia sudah sampai dihadapan bangunan syarikat Adnan.

Masuk sahaja Aurora kedalam bangunan, dia terpegun. Matanya tidak lepas memandang setiap inchi perhiasan bangunan ini. Penuh dengan teknologi yang dia tidak pernah nampak sebelum ini.

Setiap pekerja dibangunan ini, memakai baju bewarna putih. Tidak kira, pekerja lelaki atau perempuan. Mereka akan memakai seluar. Kain tidak dibenarkan sesekali, mungkin kerana disini banyak kerja lasak.

Contohnya, memotong besi, menghubungkan elektrik, memasang komponen dan sebagainya.

Dengar dari mulut abangnya, Adrien. Syarikat AD Tech akan mengeluarkan teknologi baharu, iaitu sebuah robot manusia. Aurora memang terlalu teruja, dia tidak pernah melihat teknologi secanggih itu. Nanti, apabila robot itu sudah dikeluarkan. Dia akan pastikan, dia adalah orang pertama yang membeli.

Sampai sahaja, dimeja setiausaha syarikat Adnan. Aurora menanyakan keberadaan pejabat Adnan dan tujuan dia datang ke sini.

"Maaf, pejabat Encik Adnan mana? Encik Adnan ada arahkan saya datang pejabat dia."

Setiausaha itu nampak terlalu kusut, jelas kerutan berlapik didahi dia.

"Cik?" Aurora memanggil setiausaha itu. Tersentak wanita itu.

"Maaf, Cik. Dekat pejabat Encik Adnan tengah huru-hara. Kalau, Cik tak ada benda penting. Cik boleh datang kemudian." ujar Aima.

Aurora mengerutkan keningnya.

"Tapi, bos awak yang suruh saya datang. Kami, nak pergi lunch." kata Aurora.

Mendengar perkara itu, mata Aima terbeliak.

"Cik ni Aurora Elysian, kan?"

Aurora mengangguk.

"Maaf, saya tak tahu. Cik Aurora boleh pergi pintu hujung sekali. Dekat situ pejabat Encik Adnan." beritahu Aima.

Aurora mengucap terima kasih, sebelum melangkah kearah pejabat Adnan. Dari luar, dia boleh dengan pertengkaran didalam pejabat Adnan.

Aurora mengerutkan keningnya, suara yang saling bertengkar itu ialah suara perempuan.

"Betul ke ini pejabat Adnan?" bisiknya sendiri.

Untuk mendapatkan kepastian, Aurora memulas tombol pintu bilik pejabat itu. Perlahan, pintu itu dikuak.

Kelihatan, dua orang wanita sedang mengadakan peperangan. Ralit, bergaduh sehingga tidak sedar kehadiran Aurora.

Matanya tertancap pada susuk Adnan yang seperti berusaha, ingin menghentikan pergaduhan diantara dua orang wanita itu.

"Adnan?"

Aurora memanggil.

Kepala, Adnan terpusing memandang Aurora. Mata lelaki itu, membulat. Tak, bukan reaksi terkejut. Tetapi, reaksi bersyukur.

"Hey girls!" jerit Adnan, lantang. Serta merta, menghentikan pergaduhan dua orang wanita itu.

"Adnan, you cakap dengan perempuan jalang ni! You, milik I sorang!" kata wanita berambut perang dan berbaju sendat. Baju wanita itu, terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk buah dada. Skirt yang dipakai wanita itu, hanya separas atas peha sahaja.

Wanita disebelah wanita berambut perang itu, membalas.

"I ke you, perempuan jalang?! Adnan milik I, I dah lama kenal dia! You tak sedar diri ke?!" Pakaianya, lebih kurang sama dengan wanita berambut perang itu. Sendat. Sangat menjolok mata.

"Eh dah diam! Kau orang berdua, sama! Tak sedar diri!" herdik Adnan.

Wanita-wanita itu terlopong mulut.

"Adnan?!" serentak mereka menjerit, memanggil nama Adnan.

"Apa panggil nama aku? Aku dah ada calon isteri lah, kau orang boleh balik. Cakap dengan bapa kau orang sekali, aku tak hingin jadi menantu dia. Aku nak jadi menantu, Tan Sri Ethan sahaja."

Tersedak air liur Aurora.

"Mana calon isteri you? Kasi kami bukti." kata wanita berambut perang itu.

Adnan memandang Aurora yang bersandar dibelakang pintu. Senyuman dihadiahkan buat Aurora.

"Cinta hati saya, dah datang? Kenapa tak bagi tahu saya awal-awal?" Lembut sahaja suara Adnan ketika menutur. Kini, Aurora menjadi tumpuan dua orang wanita itu.

Aurora yang faham apa yang berlaku sekarang, lantas memulakan lakonanya.

Dia berjalan mendekati Adnan. Langsung tidak hiraukan, kedua wanita yang sudah ternganga itu.

"Saya baru sampai, jomlah. Kata nak pergi lunch. Nanti tak sempat pula." Senyuman manis dihadiahkan untuk Adnan.

Adnan memandang dua orang wanita itu, dengan pandangan sinis.

"See? Aku dah kasi bukti, jadi kau orang boleh berambus." halau Adnan.

Aurora sengaja, melorek senyuman sinis pada dua orang wanita itu.

"I milik dia seorang je, you berdua jangan berangan sangat." kata Aurora, sengaja ingin menambahkan api kemarahan dua orang wanita itu.

"Fine!" Wanita berambut perang itu, melangkah keluar dari pejabat Adnan. Seketika, wanita yang kedua juga melangkah pergi, tanpa berkata apa-apa.

Aurora tergelak suka, melihat wajah tidak berpuas hati wanita-wanita tadi.

"Jangan nak suka sangat, awak memang milik saya seorang je." kata Adnan.

Aurora memukul lengan Adnan menggunakan beg tanganya.

"Merepek! Saya tumbuk kang! Dah jom, pergi lunch."

Terletus tawa Adnan.

****

Sorry hambar. Btw, terima kasih sebab tekan vote and terima kasih baca cerita tak seberapa ni.

Sila tegur kalau ada typo. Kadang kadang mata ni tak nampak, mana satu typonya. Nanti lepas story ni dah complete, baru saya edit balik.

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

429 58 2
RAQIB ISA | LILY HANA "I believe I should be the one asking you that, miss. What are you doing here? In my car?" Penuh tenang Raqib menyoal. Langsung...
2.2M 34.6K 29
Areej Dhafira. Wanita muda yang bekerjaya. Tampak sempurna di pandangan mata manusia. Namun, tidak pada hati dan jiwanya. Kerana kisah hidupnya yang...
21.3K 1.1K 56
Cover by @NDfleur Mungkin dalam cerita ni banyak typo nanti sy edit untuk betulkan semula awak semua bacalah dulu yang typo ini ๐Ÿ˜ญ BOOK 1 "My story...
178K 9.8K 25
" I'm to tired to love , I'm afraid of losing . But since i met you , my souls eager to life . " ----- Amaran : cerita ini mengandungi unsur yang ak...