AE : Dendam Kerana Cemburu

By IrisInssa

41K 5.1K 779

(Buku pertama) SIRI AE 1) AE : Dendam Kerana Cemburu 2) AE : Rahsia Belum Terungkap ***** ๐€๐ฉ๐š๐›๐ข๐ฅ๐š ๐ฉ๏ฟฝ... More

D K C
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53 | Flashback
Bab 54 | Flashback
Bab 55 | The End
Final Talk
SEASON 2?
AE : Rahsia Belum Terungkap

Bab 22

528 84 23
By IrisInssa

MASQUERADE merah disarung, gincu merah dioles. Kasut tumit bewarna merah dipakai. Aurora meneliti wajahnya dari cermin kereta. Kala, dia mengalihkan pandangan pada pistol digenggamanya. Dia tidak tahu, kenapa dia membawa pistol.

Terlalu kuat kah firasat dia, mengatakan White Hacker ada niat buruk padanya?

Hatinya berbelah bahagi.

"Kalau dialah yang selalu masuk dalam mimpi aku, bermakna dialah yang fitnah aku? Dia, orang yang buat aku kehilangan Aryan?" monolog Aurora.

Aurora bukan seorang wanita bodoh, tidak mengecam lagi White Hacker adalah remaja lelaki dari kisah silamnya. Firasatnya kuat mengatakan penggodam misteri itu, berkaitan dengan kisah silamnya. Banyak tanda, yang White Hacker adalah remaja lelaki dari kisah silamnya itu. Antaranya, sewaktu kali pertama mereka bersemuka di majlis syarikat Gaunlett.

Dia cuba bezakan ingatanya semasa dengan remaja lelaki dan semasa White Hacker menegurnya.

"Kau bisu ke?" tanya WH.

Aurora menggeleng.

"Habistu kenapa tak cakap?"

"Nak kertas ni?" soal remaja itu. Aurora hanya sekadar mengangguk.

"Kau bisu ke?"

Aurora menggeleng.

"Habistu kenapa tak cakap?"

Aurora hanya mengangkat kedua belah bahu dia.

Kedengaran tawa remaja itu meletus. "Haish kau ni pun, apa yang best lantai tu sampai tak nak pandang aku?"

Tanpa sedar, Aurora sudah mengenggam kuat pistol ditanganya. Seolah menahan kemarahan dari meletus.

"Argh! Babi!" carut Aurora. Pistol itu dilempar ke tempat duduk sebelah. Matanya meliar mencari beg tanganya. Setelah jumpa, pantas dia keluarkan satu botol ubat dari beg tanganya. Sebutir pil ditelan, tanpa air.

Terasa otaknya tenang, selepas menelan ubat tahan sakit itu.

Telefonya berdering kuat, tanda seseorang menghubunginya. Aurora menyelongkar beg tanganya, mencari keberadaan telefonya. Apabila sudah jumpa, ibu jarinya menggesel punat hijau di atas skrin telefon.

"Hello, ayah." sapa Aurora terlebih dahulu.

"Dah sampai ke belum?" tanya Tan Sri Ethan dari corong telefon.

Aurora memandang kearah gudang dihadapnya itu.

"Dah."

"Jangan makan ubat tu lagi, nak mati awal ke?" sinis Tan Sri Ethan. Aurora terkelu.

Bapanya ini, ada pasang kamera pengintip ke dalam kereta dia?

"Hm." Hanya mengumam pendek, Aurora terus matikan panggilan.

Telefon dan pistol disimpan dalam beg tanganya, lalu dia melangkah keluar dari perut kereta. Dengan megah Aurora berjalan kearah pintu besar gudang. Setiap langkahnya, penuh dengan bunyi detakan kasut tumit pada jalan tar. Bibirnya langsung tiada senyuman yang tersimpul. Beku, dingin. Itulah riaksi wajahnya.

Matanya meliar sekeliling kawasan luar gudang itu. Kosong. Tiada seorang pun yang lalu lalang dihadapan gudang ini. Malah, satu kenderaan pun tiada.

Dia tertanya tanya, tidak kesahkah bapanya tentang keselamatan dia? Dia perempuan, yang ingin bersemu muka dengan lelaki.

Ataupun, bapanya memang tidak kesah tentang keselamatan dia?

Ting!

Satu mesej dia dapat. Aurora mengeluarkan telefon bimbitnya, notifikasi ditekan. Ianya mesej dari bapa dia.

+ Jangan matikan telefon, ayah tengah jejak lokasi Aurora.

+ Aurora bawa pistol, kan?

+ Kalau ada apa apa yang berlaku, jangan panik. Qayden ada dekat luar gudang.

Aurora tercari cari kelibat Qayden, seperti yang tertulis dimesej Tan Sri Ethan.

Ting!

Satu mesej dari bapanya lagi.

+ Jangan cari Qayden, nanti WH tahu. Yang penting, Aurora kena berjaga jaga dekat dalam gudang. Qayden tak boleh masuk dalam gudang.

Terbit rasa bersalah dalam diri dia. Itulah, otak ni selalu berfikiran negatif.

Eh, jap.

Macam mana bapanya tahu dia ingin mencari Qayden?

Sreett...

Bunyi pintu gudang terseret pada lantai konkrit, menarik perhatianya. Badan dipusingkan kebelakang, menghadap gudang tersebut.

Tanpa gentar, Aurora melangkah masuk kedalam. Gudang itu kosong, tiada satu barang pun yang ada. Gelap, sunyi, berhabuk. Itulah keadaan gudang tersebut.

BAM!!

Bahu Aurora terhinjut, tatkala bunyi pintu gudang tertutup kuat, bergema disegenap ruang. Aurora memusingkan badanya kebelakang. Pintu gudang itu, memang tertutup rapat. Sangat rapat, sehingga tiada satu cahaya pun dapat tembus.

Air liur ditelan. Perit.

"Aurora Elysian Mckay Binti Ethan Mckay." Suara garau masuk kedalam halwa telinganya. Aurora kaku. Matanya membulat.

"Dah boleh buka topeng tu, Elysian. Saya bukan orang jahat pun."

Bagai terkena renjatan elektrik, seolah darah yang berada didalam badanya, terhenti. Dia kaku tak bergerak.

Adnan...

Aurora memusingkan wajahnya menghadap White Hacker.

"Patutlah, kebelakangan ni awak stres semacam Ely. Rupanya, syarikat atuk awak kena ceroboh. "

White Hacker yang duduk diatas kerusi sambil menaip sesuatu diatas papan kekunci komputer ribanya, dirapati.

Tak! Maksud dia, White Hacker tanpa topeng. Wajahnya bebas tanpa topeng!

Adnan.

Wajah lelaki itu, mirip Adnan.

Aurora merenung tajam wajah lelaki itu. Tiada sepatah perkataan, pun yang keluar dari mulut dia. Persis, seorang wanita bisu yang baru lepas putus cinta. Akan tetapi, Aurora bukan baru lepas putus cinta. Tapi, putus harapan terhadap Adnan.

Adnan yang sedari, dirinya ditenung oleh sepasang mata cantik itu. Lantas, mengangkat wajahnya memandang Aurora.

"Ya, Elysian. Saya, White Hacker. Orang yang sama." jujur Adnan.

"Ad?" sebut Aurora.

Jari-jemari Adnan terhenti, tatkala sepasang telinganya terdengar nama singkatan itu. Ingatanya tentang kisah silam serta merta, terulang. Pandanganya, seolah dikaburi dengan suasana masa yang lepas.

"Sanggup kau buat aku macam ni? Sanggup kau tikam belakang kawan sendiri!"

Wajah gadis itu dipandang tanpa perasaan bersalah terbit sekalipun.

"Siapa kawan kau? Hahaha!" Dia tergelak besar.

Gadis dihadapanya mengetap bibir, geram.

"Apa salah aku, Ad? Apa salah aku Ad?!" jerkah gadis itu.

Bibirnya melorek senyuman sinis.

"Salah kau..salah kau! Sebabkan kau, bapa aku selalu bandingkan markah kau dengan aku! Sebab kau bapa aku, anggap aku macam sampah! Sebab kau, semua orang pandang rendah dekat aku! Sebab kau..."

Kata katanya terhenti. Cawan berisi penuh dengan air sirap, disimbah pada wajah gadis itu.

"Salah aku?" soal gadis itu. Mata hazel gadis itu mencerlung tajam anak mata hitam dia.

"Salah aku?"

Adnan kembali kepada realiti apabila soalan yang sama dengan soalan gadis dizaman silamnya, diulang Aurora.

"Salah aku?" Aurora mengulang lagi soalan itu. Dia tidak tahu, mengapa soalan itu muncul dalam ingatanya. Apa yang dia tahu, soalan itu pernah dia mengajukan ketika dahulu.

Kedua belah tangan Aurora, naik memegang kepalanya. Sekaligus, beg tangan yang dipegang tadi, terlepas.

"Salah aku...salah aku...salah aku." Aurora menyebut sebaris perkataan itu, berulang kali.

Terasa kepalanya, dicucuk oleh benda yang tajam. Sakit.

Aurora mengetuk kepalanya, berkali kali. Adnan tergamam. Matanya membulat, melihat wanita dihadapanya ini serupa tidak waras.

"Elysian, Elysian?" panggil Adnan. Lelaki itu bergegas mendapatkan Aurora. Dicuba menahan tangan Aurora, dari memukul kepala sendiri.

"Lepaskan tangan aku!" raung Aurora. Adnan membiarkan raungan Aurora, tanganya masih mengengam kuat pergelangan tangan Aurora.

"Stop, hurt yourself!" jerkah Adnan. Bergema suara garau dia, disegenap ruang gudang itu.

Aurora menghentikan rontaanya. Pelipisnya diurut, otaknya pening. Kesakitan pada kepala dia, masih terasa. Dia hampir rebah, namun Adnan lebih pantas menyambut tubuhnya dari terjatuh, menghempap lantai.

Sebelah tangan Adnan, menarik kerusi lalu didudukkan Aurora pada kerusi itu. Adnan duduk bersila dihadapan Aurora. Lantai konkrit yang kotor itu, tidak dihiraukan. Keadaan Aurora lebih penting, baginya.

"Are you okay?" tanya Adnan. Aurora masih ralit mengurut pelipisnya.

"Boleh tolong ambil beg tangan saya tak?" pinta Aurora. Adnan terus mencapai beg tangan Aurora yang terjatuh di atas lantai, beg tangan itu diletakkan atas riba Aurora.

Aurora mengeluarkan sepucuk pistol lalu dihulurkan pada Adnan. Terangkat kening tebal Adnan.

"Kill me." arah Aurora. Terkejut Adnan, pabila disuruh sebegitu.

Aurora dengan wajah bekunya, masih menghulur sepucuk pistol kearah Adnan.

"Bunuh jelah, memang ni yang kau nak, kan? Dari dulu lagi, kau niat nak bunuh aku. Aku kan, penghalang hidup kau untuk terus berjaya." Tajam sepasang mata dia, menikam anak mata Adnan.

Adnan menghela nafas, berat. Perlahan dia gelengkan kepala. Masquerade Aurora, ditanggalkan.

"Kau tunggu apa lagi? Nak suruh aku bunuh kau juga ke? Kau fikir, aku tak ada dendam dengan kau? Kau fikir aku baik sangat ke, sampai maafkan kau macam tu je?"

Dia mengaku, dia pernah cemburu pada Adnan. Tapi, tidaklah seteruk Adnan cemburu pada dia. Sehinggakan, menanam niat untuk membunuh dia. Disebabkan, Adnan salah satu punca abang ketiganya, dibuang keluarga. Perasaan cemburu mula bertukar perasaan lain, iaitu...

Dendam.

Satu perasaan yang kini menyelubungi dirinya.

Dendam pada Adnan.

"Kalau saya bunuh awak, siapa nak jadi pemaisuri hati saya?" tanya Adnan sambil mengusap topeng masquerade Aurora.

Aurora mengetap giginya, geram.

"Saya mengaku, saya Adnan Adriel dari kisah silam awak. Saya mengaku juga, saya menyesal fitnah awak. Percayalah, saya tiada niat nak babitkan abang awak."

Adnan membalas renungan Aurora.

"I lost my memories, Ely. Saya ingat separuh sahaja. I've tried my best, to restore my memories. So, I can find you, apologize to you. Dan, balas dendam balik apa yang dia lakukan terhadap saya dan awak." sambungnya.

Jeda.

Kali ini, hati Aurora kuat mengatakan Adnan tidak menipu. Dapat dia lihat, kejujuran disebalik anak mata hitam itu.

Itu baru soal hati, bagaimana pula dengan pemikiranya? Masih ingin kekalkan sifat susah percaya pada orang sekeliling ataupun buang sifat itu. Kerana, Adnan berkata benar? Bagaimana pula, jikalau Adnan menipu?

"Siapa 'dia'?" tanya Aurora.

Kening Adnan bertaut. "Awak lupa ke? Our triangle friendship?"

Aurora menggelengkan kepalanya. "Saya lupa ingatan."

Jatuh rahang Adnan.

"Dia kawan saya, waktu dulu. Kawan kita berdua. Saya ingat, dia yang hasut saya fitnah awak. Dia yang rancang semua tu. Saya tak tahu, dia libatkan abang awak sekali." beritahu Adnan.

Aurora jeda.

"Siapa nama abang awak?" tanya Adnan.

"Aryan. Aryan Evan."

Adnan tergamam.

"Apa semua ni?!! Kau tipu aku! Kau buat aku fitnah dia!!" Dia menarik kasar kolar baju, remaja itu.

Lagak seorang psiko, remaja itu berpura pura tidak mengerti dan membuat muka seperti seorang naif yang tidak tahu apa apa.

"Siapa yang kau fitnah? Oh...budak peniru tu eh?"

Dia hilang sabar, tanpa berfikiran panjang, dia melepaskan tumbukan pada wajah remaja itu.

Buk!

Buk!

Buk!

Bukan sekali dua, malah bertalu talu, tumbukan diberikan.

Darah memercik keluar dari bibir remaja itu. Dirinya seolah hilang kawalan, seperti ada sesuatu yang merasukinya untuk terus menumbuk wajah remaja itu. Apabila mindanya terbayang wajah si gadis itu, amarahnya pada remaja itu naik mencacak.

Tumbukan diteruskan, sehinggalah...

Pak!

Kepalanya dihantukkan dengan kayu. Pandanganya semakin kabur, dia rebah keatas tanah.

"Aku akan balas dendam, Aryan." Ayat terakhir dia berbicara, sebelum kegelapan mengambil alih.


DIA terus beredar keluar dari kantin sekolah, bersama dengan seorang remaja yang memakai pakaian seragam sekolah sepandan dengan dia.

Remaja disebelah dia, melorek senyuman sinis.

"Thanks to Aryan."

"Ad? Adnan Adriel?!" Suara Aurora, menyentakkan Adnan dari lamunan.

"Ingat tak?" tanya Aurora.

Adnan tidak mengangguk atau menggeleng. Sebaliknya, dia merenung kosong topeng masquerade dipeganganya.

Thanks to Aryan.

Kalau remaja lelaki disebelahnya itu ialah Aryan, buat apa dia mengungkap 'Thanks to Aryan'. Sepatutnya, hanya 'Thanks Aryan'.

Ataupun, abang Aurora bersetongkol dengan mereka juga?

Persoalanya lagi, mengapa dia memanggil remaja lelaki di hutan itu, dengan nama Aryan?

"Adnan Adriel!"

Sekali lagi, Adnan tersentak. Dipandang wajah cemberut Aurora itu.

"Pekak ke?!" jerkah Aurora. Penat, mengulang nama Adnan berkali-kali.

Adnan tersengih. "Sorry, tengah nak ingat balik situasi dulu."

Aurora menarik nafas, lalu menghembuskanya.

"Adnan, listen. Kita bincang perkara ini, nanti boleh? Kita bincang tentang duit syarikat atuk saya dulu."

Adnan mengangguk. "Dengan satu syarat."

"Syarat apa pula?" tanya dia.

"Awak kena janji, awak tunaikan."

Malas ingin berlama didalam gudang ini, dia menganggukkan sahaja. Asalkan kerjanya siap, dia boleh balik rumah dan tenangkan fikiran yang bercelaru ini.

"Okay..." Adnan menyimpul senyuman.

"Cepatlah, apa syarat dia."

"Nanti saya bagitahu." balas Adnan. Aurora memutarkan bebola matanya, menyampah.


"QAYDEN! Qayden!" Qayden yang masih melelapkan mata sambil bersandar pada pintu keretanya, dikejutkan.

"Tidur mati, ke tu?" tanya Adnan, disebelah dia. Aurora mengalihkan pandanganya pada Adnan. Lelaki itu, kini menggunakan identiti White Hacker. Diluar, Adnan perlu menyorokkan identitinya. Sama sahajalah, dengan dia.

Aurora membetulkan topeng hitam diwajah Adnan.

"Pakai lah, elok elok." tegur Aurora. Tanganya dijatuhkan setelah membetulkkan topeng wajah Adnan.

Adnan tersengih.

Tika, Aurora menumpukan perhatianya pada Qayden yang masih enak dibuai mimpi. Wanita itu, bercekak pinggang. Persis seorang makcik, memarahi anaknya.

"Eh kau ni, Qayden! Siapa yang jadi bodyguard sekarang? Aku ke kau?! Woi, bangun!" Kaki terlunjur Qayden, selamba ditolak.

Akibat tendangan Aurora, terlalu kuat. Qayden akhirnya, terbangun dari dibuai mimpi.

"Astagfiruallah, Cik Aurora. Terkejut saya!" Qayden mengurut dada sendiri.

"Dah cepat balik!" arah Aurora. Mata Qayden yang masih mamai itu, tertancap pada wajah Adnan.

Terlopong mulut dia.

"Cik Aurora, White Hacker dekat belakang Cik Aurora!" jerit Qayden.

Aurora menggelengkan kepalanya, pasrah.

"Dia baiklah, tengok ni." Aurora menunjukkan topeng masquerade ditanganya.

Sekali lagi, mulut Qayden telopong.

"Cik Aurora tak pakai topeng? Identiti, Cik Aurora?"

Adnan menggosok belakang lehernya.

"Profesor Red Lady dah mati." Sebaris ayat, Aurora menutur. Qayden sudah faham, apa yang dimaksudkan.

Jadi, White Hacker sudah tahu yang Profesor Red Lady ialah Aurora.

Lekas, Qayden bangun dari dudukanya. Punggung dia, ditepuk-tepuk. Menghilangkan segala kotoran, yang terlekat.

"Saya balik dulu, Cik Aurora dan Tuan White Hacker." ujar Qayden.

Kemudian, mereka berdua juga mengangkat kaki, keluar dari kawasan gudang ini.

****

Bab ni banyak flashback. Also, kalau tak faham boleh bagitahu. Nanti saya explain.

Sorrylah, ni baru permulaan plot twist.

Maaf kalau ada kekurangan sepanjang saya menulis cerita ini.

Continue Reading

You'll Also Like

352K 15.5K 47
| 1ST NOVEL BY AINA Status : Complete Start : 3 Disember 2018 Finished : 31 Oktober 2019 Genre : Romance ยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐ Pemergian Pua...
224K 14.5K 76
Cinderella sebenar hilang kasut kaca dia. Tapi Hana Delisha hilang surat cinta dia. yang sepatutnya diserahkan kepada crush sejak tahun pertama dia...
13.8K 417 58
Melia Trisya seorang pelajar universiti di Perak. Seorang yang ceria, sabar dan aktif. Dalam masa yang sama dia merasakan semua tindak tanduknya dipe...