AE : Dendam Kerana Cemburu

By IrisInssa

41K 5.1K 779

(Buku pertama) SIRI AE 1) AE : Dendam Kerana Cemburu 2) AE : Rahsia Belum Terungkap ***** 𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐩�... More

D K C
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53 | Flashback
Bab 54 | Flashback
Bab 55 | The End
Final Talk
SEASON 2?
AE : Rahsia Belum Terungkap

Bab 21

551 79 18
By IrisInssa

KERTAS huluran Maria, disambut perlahan. Wajah Maria, dikerling. Wanita itu tidak henti mengukir senyuman manis.

"Prof baca surat perlantikkan ni dulu, lepastu tanda tangan." tutur Maria. Aurora sekadar mengangguk.

Surat bersaiz A4 itu dibaca dengan teliti. Harini, adalah hari dimana dia tidak perlu menggunakan nama Profesor Red Lady lagi. Sepatutnya, perkara itu yang berlaku. Namun, apabila cadangan Tan Sri Ethan seminggu yang lalu, memusnahkan kesemua rancanganya.

Fikir tentang itu, dia teringat perbincangan kecil antara dia, Tan Sri Ethan dan Tuan Matheo.

"Aurora dah kata, Aurora tak setuju!" bantah Aurora.

Tan Sri Ethan menghela nafas, "Habistu Aurora ingat boleh dapat bantuan ke kalau guna nama ayah."

"Apa salahnya? Berlagak sangat ke White Hacker tu, sampai permintaan ayah pun dia tolak?"

"Ya! Sebab tu lah ayah suruh guna nama Profesor Red Lady." bidas lelaki tua separuh abad itu.

Tuan Matheo daripada tadi hanya diam membisu. Malas ingin mencelah pertengkaran kecil antara anak beranak ini.

Aurora meraup wajahnya, kasar.

"Aurora kenapa? Selama ni, apa yang ayah suruh Aurora tak pernah bantah pun." ujar Tan Sri Ethan.

Itulah sifat anak bongsunya, hanya diam dan ikut arahanya sahaja.Tidak pun mempersoalkan kenapa atau mengapa. Tetapi kali ini, Aurora seolah bukan diri sendiri. Seperti, ada sesuatu yang menghalang anak bongsunya, mengikut arahan dia. Sesuatu yang berbahaya.

Tan Sri Ethan cuba memujuk anaknya, "Takkan Aurora nak biarkan atuk percaya semua fitnah Aurora curi duit syarikat? Aurora taknak berbaik dengan atuk ke? Aurora nak biarkan pencuri tu, curi duit syarikat lagi?"

Aurora tergamam.

"Aurora...tak kesian ke dekat syarikat atuk?" tanya Tan Sri Ethan.

Aurora mengeluh, "Macam yang Aurora beritahu tadi, Aurora dah buat rancangan palsukan kematian Profesor Red Lady. Aurora dah taknak guna nama samaran lagi. I want to be myself!"

"Yes, I know! Tolong lah, untuk kali ini saja."

Tuan Matheo mengurut pelipisnya.

"No I can't..." Aurora menggelengkan kepalanya perlahan.

"Tell me the truth, Aurora. Apa yang buat Aurora ingkar arahan ayah? Something wrong happened to you?" tanya Tan Sri Ethan.

Mata Tuan Matheo laju mengerling kearah anak saudaranya. Sebagai mejar yang menyiasat kes Aurora, tiada pula yang berkaitan dengan White Hacker.

Atau sebenarnya Aurora syak suspek kedua ialah White Hacker? Memandangkan, suspek kedua ialah seorang penggodam, tak bermakna ianya White Hacker.

Pelik.

Adakah Aurora tahu sesuatu apa yang dia tidak tahu?

Aurora mengengam buku lima tanganya. Nafas perlahan dihembus.

"Fine! Aurora setuju!"

"Prof? Profesor?" Berkali-kali Maria memanggil Aurora yang sedang termenung, merenung kertas perlantikkan menjadi saintis itu.

"Profesor? Profesor Red Lady?!"

Aurora tersentak. Lantas, wajah Maria dipandang.

"Maria kau panggil aku Red Lady tadi!" bisik Aurora dengan nada keras. Maria tersengih.

"Tak ada orang, Prof. Kita berdua je dekat sini."

"Tukar panggilan sekarang. Nanti tersalah panggil depan orang ramai, hah baru tahu menyesal." cebik Aurora.

Maria mengangguk sambil tersengih.

"Okay, saya panggil Profesor Elysian." kata Maria. Aurora menggeleng laju.

"Tak mau lah, guna nama lain."

Senyuman Maria mengendur. "Alaa Prof...kenapa?"

"Tak boleh, nama Elysian hanya untuk seseorang ni sahaja yang boleh panggil." kata Aurora. Senyuman kendur Maria tadi, melebar semula. Pakej dengan mata membulat lagi.

"Profesor ada boyfriend?!" jerit Maria.

Aurora gelabah.

"Eh bukan! Kawan je lah!"

"Yeke? Habistu siapa 'seseorang' tu?" tanya Maria. Aurora tersengih.

Siapa lagi kalau bukan, Adnan Adriel tu...

"Rahsia."

Maria mencebik. "Alaa, Prof!"


TING!

Telefon Aurora berbunyi, tanda ada notifikasi masuk. Aurora mengalihkan perhatianya pada skrin telefon. Notifikasi itu ditekan.

Berkerut dahinya tatkala mendapat satu mesej daripada nombor asing. Mesej itu ditekan.

+ Hi, Cinta Hatiku. Buat apa tu?

Nak muntah rasanya, mendapat mesej sebegitu. Tanpa teragak agak, Aurora lantas menyekat nombor tersebut.

Dia sambung menghadap skrin komputer semula. Tidak lama kemudian, telefonya berbunyi lagi. Aurora merengus, geram.

Telefonya dicapai. Notifikasi yang terpapar diskrin telefon, ditekan. Ianya mesej dari nombor yang dia sekat tadi.

Terkejut Aurora.

Macam mana? Bukan dia sekat nombor tu ke tadi?

Mesej yang dihantar oleh nombor asing itu, dibaca.

+ Awak lupa ke saya ni pakar IT? Awak buang nombor saya sekalipun, saya masih boleh dapat nombor awak.

Haih tak boleh jadi ni.

Tanpa membuang masa lagi, Aurora membalas mesej nombor asing tersebut.

+ Kau pahal? Ni siapa?

Kedengaran kasar, tapi percayalah. Dia baik sebenarnya.

Ting!

Satu mesej masuk.

+ Garangnya, Cik Elysian kita ni. Ni sayalah, Adnan.

Membulat mata Aurora.

Oh no! Jodohku!

Laju, jarinya menari diatas papan kekunci yang terpapar diskrin telefon.

+ Ohh, sorry Adnan.

Kemudian, Aurora terus mematikan telefonya. Wajah ditekup dengan telapak tanganya.

Malu!

"Profesor Aurora." panggil Maria. Dia tersentak. Cepat cepat Aurora membetulkan kedudukanya.

"Ya, Maria?"

"Profesor taknak balik ke? Dah pukul 5 ni."

Aurora memandang angka jam yang terpapar di sudut skrin telefonya.

"Baru pukul 5: 30. Malam nanti aku balik." katanya.

Maria menggeleng laju. "Tak boleh. Profesor tak boleh balik lewat macam dulu."

"Eh, kenapa pula?" tanya dia.

"Yang pertama, sebab Profesor bukan yang dulu. Gaya bekerja, mesti kena lain. Yang kedua, saya trauma dengan kes kebakaran makmal waktu dulu. Saya taknak Prof cedera..."

Mendengar jawapan Maria, Aurora tersenyum.

"Yalah Maria."

Maria menutup pintu, meja Aurora, dirapati.

"Prof, bila nak sebarkan kematian Profesor Red Lady?" tanya Maria.

"Entahlah, Maria. Setahu saya Qayden dah pun beritahu tentang kematian Profesor Red Lady. Tapi sampai sekarang tak ada berita yang keluar." balas Aurora.

"Tapi saya rasa memang dah tersebar dekat pihak atasan lah, Prof."

Kening Aurora terangkat.

"Yalah, cuba Prof tengok. Tiba tiba sahaja, diaorang arahkan saya jadi pembantu makmal Prof. Sedangkan, saya pembantu makmal Profesor Red Lady. Jadi, bermakna berita tu dah tersebar dekat pihak atasan lah kan?" kata Maria.

Aurora mengangguk, setuju. "Mungkin diaorang taknak sebarkan dekat umum dulu kot..."

Bam!

Tiba tiba pintu dirempuh kasar oleh seseorang. Pandangan Maria dan Aurora, teralih kearah muka pintu.

"Ma-maaf Profesor Aurora, Cik Maria." mohon pekerja makmal wanita itu.

"Kenapa Ava?" tanya Maria.

Pekerja makmal bernama Ava itu menunjukkan skrin telefonya pada Maria dan Aurora.

"Profesor Red Lady dah tak ada."

Aurora dan Maria berpandangan.


QAYDEN tersengih bangga, memandang skrin televisyen yang sedang memainkan saluran berita.

"Jabatan saintisfik Malaysia, telah mengesahkan kematian salah seorang saintis mereka. Yang dihormati, Profesor Dr. Red Lady. Pada 2 Februari yang lepas, seorang lelaki mengaku sebagai keluarga beliau, telah memaklumkan bahawa Profesor Red Lady menghembuskan nafas terakhirnya pada 30 Januari, tepat pukul 9 malam."

Seorang pembaca berita wanita, berbicara di dalam televisyen mengenai berita kematian saintis terkenal dari Malaysia itu.

Mesej yang dihantar oleh Aurora, dibaca berulang kali.

+ Gaji tambah dua kali ganda.

Terbit senyuman lebar, dibibir Qayden. Kalau gaji asalnya sudah berjumlah 142,000 ringgit Malaysia. Didarabkan dengan dua, sudah berjumlah 284,000.

"Oh yeah, kita berpesta malam ni!" sorak Qayden. Untung sahaja, dia berada dibilik pejabat. Tiadalah orang mendengar.


"AURORA!"

Sebaik dia melangkah masuk rumah, namanya sudah dilaung oleh Tan Sri Ethan. Aurora mengurut dada sendiri.

Tan Sri Ethan dengan wajah bengisnya, memandang Aurora tajam. Bagai tahu apa yang membuatkan bapanya marah sebegini, Aurora berkata.

"Ayah jangan risau. Aurora akan berjumpa dengan White Hacker, guna nama Profesor Red Lady juga. Just wait and see."

Tan Sri Ethan menghembuskan nafasnya.

"Quand rencontrer White Hacker? (Bila nak jumpa White Hacker?)" tanya Tan Sri Ethan.

Mendengar bapanya menggunakan bahasa perancis, dia tahu yang bapanya tidak mahu orang lain mendengar perbualan mereka berdua.

"Cette nuit. (Malam ini)" balas Aurora.

"Ne faites pas de choses inattendues. Suivez simplement notre stratégie de conception. (Jangan buat benda diluar jangkaan. Hanya ikut startegi rancangan kita.)" pesan Tan Sri Ethan.

Aurora mengangguk, faham.

"Eh, Aurora!" tegur Puan Sri Aralyn, apabila ternampak susuk anaknya. Pandangan Aurora bertaut dengan Puan Sri Aralyn.

"Ibu.." Aurora berjalan mendekati ibunya. Kekura ibunya, disalam.

"Bila sampai? Kenapa tak bagitahu ibu, Aurora balik sini?" tanya Puan Sri Aralyn.

"Aurora, baru balik kerja. Singgah sini kejap."

"Jom, makan sekali. Ibu ada masak lauk petang." ajak Puan Sri Aralyn. Aurora mengangguk lalu mengikut langkah ibunya, ke dapur.

Tan Sri Ethan yang masih berdiri disitu, hanya memandang susuk Isterinya dan anaknya yang semakin jauh dari pandangan. Tersenyum lelaki tua itu, melihat wajah ceria isterinya.

Semenjak, Aurora tidak lagi tinggal bersama mereka. Wajah isterinya itu tidak pernah tenang. Ada jelah, yang nak dirisaukan tentang Aurora.

****

Jumpa White Hacker next bab.

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 63.8K 75
Ish,semak ah kau ni! Mana aku pergi mesti ada muka kau-Alisya Aryana- Suka hati aku la. Kau tu pun semak juga. Macam tak ada tempat lain nak pergi...
19.7K 2.5K 42
Hana Elleara is convinced that she is broken. That's what everyone told her. "Something is very broken in you, Hana." Membesar dengan keluarga yang b...
80.9K 4.9K 71
1st series of Black Butterfly. 𝐍𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐱 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫/𝐀𝐫𝐢𝐳 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐲 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫- kacak, pendiam, pendendam dan seorang anak yatim...
3.5M 162K 61
Ini tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama di...