AE : Dendam Kerana Cemburu

By IrisInssa

40.5K 5.1K 777

(Buku pertama) SIRI AE 1) AE : Dendam Kerana Cemburu 2) AE : Rahsia Belum Terungkap ***** š€š©ššš›š¢š„šš š©ļæ½... More

D K C
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53 | Flashback
Bab 54 | Flashback
Bab 55 | The End
Final Talk
SEASON 2?
AE : Rahsia Belum Terungkap

Bab 20

597 85 25
By IrisInssa

BADANYA disandarkan pada pintu kereta sambil bersilang tangan, rapat kedada. Mata yang berlapik cermin mata hitam itu, diliarkan sekeliling kawasan. Jam dipergelangan tangan, dilihat. Dia mencebik bibir. Sisi tudung, dikemaskan. Lalu, dia mengipas wajahnya menggunakan fail yang diberi Adrien, beberapa jam yang lalu.

"Lambat betul lah. Lelaki memang selalu lambat eh?" Aurora mengumam.

Boleh pengsan dia, tunggu Adnan ni. Entah apa yang memakan masa, lama sangat untuk sampai sini. Nak kata jalan sesak, harini hari bekerja. Waktu juga, masih pukul 2 petang.

"Haish! Menyusahkan lah!" Aurora berura ura ingin membuka pintu kereta.

"Eh, jap! Elysian!" Suara Adnan memberhentikan perbuatanya. Pantas, dia memalingkan wajah kearah Adnan.

Susuk Adnan sedang berlari kearahnya, mampu membuat mulut dia terlopong. Pakaian formal Adnan, membuatkan diri jejaka itu, lain daripada yang lain. Dia mengaku, Adnan memang mempunyai rupa paras yang kacak. Tetapi, apabila dikenakan dengan baju bekerja. Seri kacak diwajah Adnan, bertambah.

Dua aras atas baju kemeja Adnan, dibiarkan terbuka. Oleh kerana, cahaya matahari terik di atas kepala, menghasilkan keringat dibadan. Membuatkan baju kemeja putih Adnan, terlekat sedikit pada badan, sehingga mengikut lekuk tubuhnya.

Aurora mengemam bibir. Badanya dipusing kehadapan semula.

"Dosa Aurora." gumam dia sendirian.

"Argh otak aku!" Tanganya naik menepuk pipi sendiri, berkali kali.

"Eh, apa tampar muka sendiri." ujar Adnan. Jejaka itu sudah berada betul betul dibelakang dia.

Teragak agak Aurora memusingkan badanya kebelakang, menghadap Adnan. Wajah dibuat buat garang.

"Lambat." kata Aurora, sepatah. Adnan tidak pula kecil hati, malah boleh tertawa.

"Sorry lah. Saya sengaja datang lambat. Ingatkan Adrien yang hantar." balas Adnan sambil tersengih. Huluran fail dari tangan Aurora, dicapai.

Aurora mencebik, "Kalau Adrien hantar awak nak datang lambat juga? Macam tu?"

"Hah betul lah tu. Saya nak balas dendam. Lain kali kalau awak hantar, awak bagitahu saya awal-awal tau. Tak adalah, saya buat pemaisuri hati saya berpeluh." balas Adnan, selamba.

Aurora mengigit bibir sendiri. Ketahuilah, menahan diri daripada tersenyum, lebih susah berbanding matematik tambahan.

"Eh pipi awak merah. Mesti panas kan? Jom, saya belanja minum." ajak Adnan. Pantas, Aurora memusingkan wajahnya, menghadap cermin kereta. Wajahnya dibelek belek.

"Elysian."panggil Adnan, lagi. Segera, dia berlari anak kearah Adnan.

Setelah membuat pesanan, mereka berdua mengambil tempat dimeja yang muat untuk dua orang. Suasana kedai tidak lah terlalu bising, walaupun kedai penuh dengan pelanggan. Mungkin, kerana kebanyakkanya pelanggan kedai ini adalah pasangan bercinta.

"Aurora." Adnan menyebut sepatah nama dia. Spontan, Aurora mengalihkan wajah pada jejaka itu.

Dahi Aurora berkerut sedikit. Dia salah dengar ke?

Adnan tersenyum sebelum berkata,

"Aurora, nama mistik dan romantis yang bermaksud fajar dalam bahasa Latin. Aurora juga merujuk pada paparan cahaya semula jadi di langit Bumi yang disebut 'aurora polaris', atau lampu kutub, yang hanya dapat dilihat di kawasan lintang tinggi seperti Kutub Utara dan Selatan."

Sambungnya lagi, "Sesuai dengan awak. Awak, merujuk pada paparan cahaya kebahagiaan di hati saya, yang disebut 'Aurora Cinta hatiku'. Awak juga, lampu dalam diri saya untuk menerangi jiwa dan raga saya. Istemewanya, ia hanya boleh dilihat oleh sepasang mata saya sahaja."

Aurora tidak dapat menahan senyum. Akhirnya, terlorek juga senyuman manis dibibir dia. Untuk mengelakkan malu, Aurora berpura pura menggaru kawasan mulutnya, sekaligus menghalang Adnan daripada melihat senyuman dia.

"Sah awak ni, playboy." kata Aurora.

Letus tawa Adnan.

Seketika, seorang pelayan datang menatang sedulang pesanan mereka. Pelayan itu meletakkan segelas air teh hijau susu, pesanan Aurora dan juga segelas air coklat susu, pesanan Adnan.

"Macam budak budak." gurau Aurora, merujuk kepada pesanan Adnan.

Adnan tergelak, "Dari awak punya air, macam orang tua."

Terasa lawak pula dengan ujaran Adnan, dia terikut ketawa sekali.

"Elysian, apa beza air teh hijau dengan awak?" tanya Adnan.

Mula dah...

Aurora mengangkat kedua belah bahunya.

"Entah. Saya manusia, teh hijau air." Jawapan yang diberikan, langsung tiada ciri-ciri wanita sweet.

"Salah. Teh hijau adalah salah satu air ubat traditional negara China, awak ialah salah satu punca saya jatuh sakit." balas Adnan.

"Aik? Apa saya buat?" tanya Aurora. Ingatkan kasi ayat pickupline tadi.

Adnan mengeluarkan telefonya lalu ditunjukkan pada Aurora.

"Sila masukkan nombor baru awak. Kalau tukar nombor, cepat cepat bagi tahu saya."

Aurora tergelak, "Lah itu jeke."

Jari jemarinya ligat menekan papan kekunci yang terpapar diskrin telefon Adnan. Setelah selesai, dia memulangkan semula telefon Adnan.

Adnan tersenyum riang. Jejaka itu menekan sesuatu pada skrin telefon.

"Save number Cinta hati Adnan on favourite list contact." arah Adnan pada sistem telefonya.

Hampir tersembur air teh hijau yang disedut Aurora. Pantas, wanita itu mencapai tisu lalu mengelap bibirnya.

"Siapa punya nombor tu?" tanya Aurora.

"Nombor Cinta hati saya." balas Adnan dengan senyuman manis dibibir.

Aurora mencebik, "Yalah, siapa Cinta hati awak?"

"Awaklah orangnya."

"Yeke?"

"Iya.."

"Yeke?"

"Ya, betul. Siapa lagi kalau bukan awak."

"Boleh percaya ke ni?"

"Boleh lah, sayang."

"Yeke ni?"

"Iya, betul."

"Yeke?"

"Iya, betul."

Mereka berterusan mengulang soalan dan jawapan yang sama, sehinggalah Aurora penat. Adnan pula, masih bersemangat meng'iya'kan soalan Aurora.


KAD hitam dilekatkan pada badan mesin kecil yang tergantung diatas pemegang pintu. Setelah cahaya hijau menyala dari celahan mesin itu, dia menarik semula kad dipeganganya. Pintu dikuak, kakinya melangkah masuk kedalam.

"Aih, tuan rumah baru balik?" tegur Mikaela yang berada diruang tamu. Aurora memutarkan bebola matanya.

"Mana Elliana?" tanya Aurora apabila susuk Elliana, tidak kelihatan.

"Aku dekat sini." balas Elliana yang baru keluar dari bahagian dapur.

Aurora menghempas punggungnya diatas sofa panjang, berhadapan dengan televisyen rumah dia.

"Eh, apa cerita dengan atuk? Korang taknak tumpahkan teh ke?" tanya Mikaela.

"Macam tulah Kaela." balas Elliana sebaik melabuhkan punggung diatas sofa.

"Kita orang dapat tahu, mak aku guna sihir dekat atuk untuk meraih kepercayaan atuk. Effect dia, atuk senang percaya kata kata mak aku. Apa yang mak aku kata, dia ikut. Tapi Alhamdulillah, sihir tu tak terlalu kuat sangat, sampai atuk betul betul tunduk pada mak aku." terang Elliana.

Walaupun perit untuk mengungkapkan ayat itu, tapi dipaksakan juga. Hendak buat macam mana lagi, ibunya sudah pilih jalan yang salah. Dia tiada kuasa, untuk menghalang atau memutarkan masa. Malah, dia juga tidak tahu akan sikap ibunya. Ingatkan, sikap negatif ibunya hanya normal seperti orang lain. Tidak sangka pula, ibunya boleh mensyirikkan agama.

Sebagai anak, dia tak sepatutnya menyokong perbuatan terkutuk ibunya. Dia patut, menarik semula ibunya, ke jalan yang benar. Jadi, inilah pilihanya. Lari dari rumah yang sudah penuh dengan 'benda' itu, lepastu perlahan lahan mengubah keadaan yang tanpa sedar, sudah hura-hara ini.

"Liana, kenapa eh kau nak lari dari rumah?" tanya Mikaela.

"Kau ingat aku selesa duduk rumah penuh dengan pemerhati." jawab Elliana, selamba.

Mencacak naik bulu roma Aurora dan Mikaela. Bagaimana, mereka boleh lupa yang Elliana istemewa?

"Macam mana rupa dia?" Soalan terlalu berani, Aurora lemparkan.

Pap!

Tak semena mena bahu Aurora, dipukul Mikaela.

"Mulut kau! Aku cili kang!"

Elliana ketawa. "Kau ni pun, Aurora. Sudahlah dekat sini pun banyak."

Ayat terakhir Elliana, membuatkan tubuh Aurora menjadi kaku. Lambat lambat wajah dipalingkan menghadap Elliana. Air liur ditelan, kesat.


TOK! Tok! Tok!

Ketukan bertalu-talu pada pintu utama rumah agam itu.Tergopoh gapah, Puan Sri Aralyn berlari kearah pintu. Sebaik kunci pintu dibuka, pintu itu dikuak kasar oleh seseorang yang berada diuar rumah.

Hampir sahaja, Puan Sri Aralyn hilang seimbang.

"Anak aku mana?! Anak aku mana?! Kau orang buat apa ha, dekat anak aku?!"

Tanpa salam atau sapa, bagai tiada adab, Puan Ella menjerit terlolong sambil melangkah masuk kedalam rumah.

Tan Sri Ethan yang baru turun dari tangga, mengucap pajang.

"Astagfiruallah, Ella. Kau kenapa, kak? Datang rumah orang, takda angin takda rebut, tiba tiba terpekik cari anak kau."

Tan Sri Ethan menarik lembut tangan isterinya, menyorok dibelakang badan dia.

"Anak aku mana?! Kau bawak lari anak aku kan?! Kau memang tak pernah puas hati dengan aku, Ethan! Semua kebahagian aku, kau rampas!" jerit Puan Ella.

"Allahuakhbar..." ucap Tan Sri Ethan.

"Ella, aku tak tahu mana anak kau Ella. Anak aku pun aku dah tak tahu dekat mana?" tipu Tan Sri Ethan.

"Kau betul betul buang Aurora?" sampuk Tuan McRae, dimuka pintu.

Puan Ella tergamam.

"Kau dah halau Aurora?" tanya Puan Ella. Tan Sri Ethan, mengangguk sebagai jawapan.

Puan Ella terundur setapak kebelakang. Dia sangkakan, penipuan dia hanya sekadar fitnah yang dibuat buat. Rupanya, memang benar Aurora dibuang keluarga.

"Ella, ayah. Kenapa datang rumah Ethan ni?" tanya Tan Sri Ethan, memandang wajah Puan Ella dan Tuan McRae silih berganti.

"Ella lekas balik!" arah Tuan McRae, tiba tiba.

Puan Ella pening. Dia tak faham dengan situasi sekarang. Punca dia datang rumah adiknya, kerana mengsyaki Ethan membawa lari Elliana. Alih alih, dia dapat tahu fitnah tentang Aurora yang disebarkan pada Tuan McRae, adalah kenyataan sebenar.

"Ella balik!" laung Tuan McRae diluar pagar rumah.

Puan Ella memandang bapanya sekilas.

"Duit." Seperti seorang penganggur yang tidak tahu malu dan tiada adab, meminta duit seolah dia lah yang paling berkuasa di dalam dunia ini.

Tan Sri Ethan mengerutkan keningnya. "Duit apa?"

Sengaja berpura-pura tidak tahu. Bahkan, dia lebih daripada itu.

Puan Ella mendengus.

"Duit syarikat ayah kena curi. Habis hilang 800 juta."

"Allah..." Tan Sri Ethan berpura pura terkejut. Disengajakan, badannya hampir terjatuh dan memaut lengan Puan Sri Aralyn, sebagai sokongan untuk mengimbangkan badan.

Puan Sri Aralyn tercebik dalam diam.

Melebih pulak lakonan suaminya ini...

"Aku perlukan duit cepat. Kalau tak, habis syarikat ayah muflis." kata Puan Ella.

Kalau ikutkan logik, mana mungkin boleh muflis. 800 juta adalah jumlah sesuku duit keseluruhan syarikat. Malah kurang dari suku. Syarikat McRae, adalah diantara syarikat terbesar dinegara maju ini. Banyak cawangan yang terbina diselupuk negara-negara Asia Tenggara.

"Baik, Ethan tolong. Nanti Ethan bank in duit dekat dalam bank account syarikat."

Puan Ella berkata, "Aku balik dulu. Duit tu kalau boleh harini kasi."

Kemudian, wanita tua itu berjalan keluar dengan lenggok angkuhnya.


MALAM itu, Aurora, Elliana dan Mikaela masih tidak dapat melelapkan mata. Mereka membuat keputusan untuk berborak sambil menonton televisyen, diruang tamu. Banyak gosip yang dibualkan oleh mereka bertiga. Antaranya, ialah gosip tentang duit syarikat Tuan McRae yang dicuri.

"Aku masih tak faham. Macam mana makngah boleh percayakan atuk yang kau curi duit syarikat. Sedangkan kau kaya!" ujar Mikaela.

"Sebab itu makngah guna sihir, bengap." Sekali dengan carutan Aurora berikan.

"Tak, macam mana diaorang tahu duit syarikat kena curi?" tanya Elliana.

Aurora membalas, "Melalui bahagian jaga kewangan lah. Mesti lah diaorang dapat detect, duit semakin berkurang. Ataupun diaorang ada buat kiraan tentang pengeluaran dan jumlah duit sebelum kes kecurian berlaku."

"Kau rasa, siapa agaknya yang curi?" tanya Mikaela pula.

Aurora mengangkat kedua belah bahunya.

"Tak berani nak cakap. Yang penting, orang tu guna bantuan penggodam. Nak ceroboh duit syarikat, bukan senang."

Elliana dan Mikaela, mengangguk mengerti.

"Elliana, kau rasa ada tak orang yang boleh detect siapa curi duit syarikat?" tanya Mikaela kepada Elliana.

"Mungkin boleh guna penggodam yang lagi hebat daripada penggodam yang ceroboh duit syarikat." balas Elliana.

"Siapa?"

"Dia kena bijak IT macam White Hacker. Wau! Itu petik jari je dah boleh settle masalah."

Dengar sahaja nama White Hacker, mata yang hampir kuyu Aurora, terbuka luas.

"APA?! White Hacker?!" Boleh pekak telinga Aurora, mendengar jeritan Tuan Matheo disebalik corong telefon.

"Uncle, sakit telinga Rora." ujar Aurora dalam nada berbisik. Sekejap, matanya memandang kearah Mikaela dan Elliana yang sudah lena tidur diatas sofa. Memastikan dua orang wanita itu, tidak terjaga.

Kedengaran tawa Tuan Matheo. "Haih, Aurora. Otak Rora ni seolah berhubung dengan ayah Aurora sendiri tau."

Aurora menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kenapa dengan ayah?" tanya Aurora.

"Ayah Aurora baru cadangkan upah White Hacker bantu selesaikan masalah syarikat McRae ni." kata Tuan Matheo, disebalik corong telefon.

"Lepastu, ayah Aurora suruh Aurora yang minta tolong White Hacker, dengan guna nama Profesor Red Lady."

Erk!

"Eh uncle itu tak termasuk dalam cadangan Aurora." bidasnya.

"Tapi termasuk dalam cadangan ayah Aurora. Uncle pun setuju."

Aurora mengeluh. Nampaknya, dia perlu kongsikan tentang misi kematian palsu Profesor Red Lady pada Tan Sri Ethan dan Tuan Matheo.

"Nanti kita bincang lagi. Yang penting, jangan buat cadangan sesuka hati guna identiti Profesor Red Lady mahupun identiti Aurora sendiri."

"Baiklah Rora..."

****

Masih ingat siapa White Hacker?

Continue Reading

You'll Also Like

5.8M 149K 37
Ithink I wrote this story around 2016. Jadi barangkali jalan cerita ni agak (atau sangat) cringe. Bahasa pon barangkali tunggang-langgang. --- Baginy...
102K 5.8K 36
šŸ’šŸ’šŸ’ Ā© 2016 All Rights Reserved -- "Hai." "Siapa ni?" "Poppy." "Sorry, salah nombor."
28K 2K 36
"Aunty masuk dapur kejap ya, Umar. Duduklah dulu. Nanti Ifti bawakan air. Nak minum air sejuk ke panas?" Mendengarkan itu, mata aku terbuntang luas...
394K 14.9K 34
Biasalah diri sendiri digelar Doktor Cinta padahal sekali pun tidak pernah bercinta. Itulah diri Arisya Qistina. Malangnya bukan saja dalam mencari p...