TEARSBREAKER

By aeyssia

17.4K 2.9K 3.1K

[ INFINITY LOVE ] Roses are red, Iesyraf is cute. Damn babe, Just let me kiss you. Iesyra... More

PROLOG
1 : Lost girl.
2 : Beautiful fate, isn't?
3 : Retold of Alpha.
4 : Pool and mint.
5 : Little bitter secret.
6 : Al-Nu'aiman ibn Amr.
7 : Alohomora!
8 : Just let me love you.
9 : Get out!
10 : Monopoli.
11 : Road to Terengganu!
12 : Iesyraf vs Ayam.
13 : Moon, stars and you.
14 : Putera Nawaz.
15 : Promises.
16 : Wedding preparation.
17 : Trust him.
18 : Our new beginning.
19 : My prayer.
20 : A threat?
21 : The invisible friend.
22 : Treat you better.
23 : Night date.
24 : You bake, I shake.
25 : 'AITTALNHAQ'
26 : Worry.
27 : Meow, meow!
28 : Redi o not?
29 : It's my fault.
30 : No choice.
31 : Stay strong.
32 : This is not what I wanted.
33 : You're nothing.
34 : Break your own tears.
35 : Betrayer.
36 : Stay.
37 : Into a monster.
38 : Time for some crimes.
39 : Happiness is back.
END : Our story ends here.
EPILOG

SPECIAL CHAPTER

528 61 154
By aeyssia

tak plan pun nak buat ni tapi tulah, ada yang mintak saya turutkan aje <3

the longest chapter penuh dengan iesy hana dan trio tu je, kita happy happy okeh!

5K words anda tak komen vote saya goreng anda ^^

saya dah check dan tak nampak mana mana typo tapi tataula kalau mata anda lagi tajam dari saya so maafkan saya awal awal HAHAHA

BISMILLAH!

.

.

.

TAK sempat apa - apa lagi, lapangan terbang antarabangsa itu dihiasi jeritan nyaring dari si tiga kanak - kanak riang yang sedang mengejar seekor kucing.

"Kejar dia, Haidar!"

"Tengah kejarlah ni!"

"Meow! Meow!"

Kucing yang tidak bersalah pula bersungguh melarikan diri membelah lautan manusia. Hampir juga dia dilanggar kereta semata - mata nak mengelak tiga pemangsa yang kejam itu!

"Alah, terlepas." Haura tergaru - garu kepala setelah terlepas kucing disebabkan kereta yang sesak lalu kiri kanan.

"Jomlah pergi dekat mama... nanti mama cari kita kena marah," pujuk Haidir sambil menarik - narik jaket yang dipakai kembarnya. Dia serba - salah ikut Haidar dan Haura kejar kucing tadi takut tersesat. Orang sekeliling semua muka orang Inggeris dan Haidir pasti kalau dia minta tolong pun mereka tak akan faham.

"Haidir ni penakutlah. Tu sana tu mama papa," nafi Haidar seraya menunding jari pada kelibat mama papanya yang sedang berjalan ke arah mereka.

Iesyraf maju ke depan bersama tali yang kelihatan menyeramkan buat si tiga cilik.

Kid leashes. Mereka tak akan dapat bergerak bebas kalau Iesyraf pakaikan mereka benda itu. Serupa bawa anjing jalan - jalan.

"Pa... tak naklah pakai benda tu."

"Okay Haura janji Haura duduk diam."

"Papa pakaikan benda tu, Haidir culik mama!"

"Nanti sesat macam mana? Kena kutip dengan orang dekat sini lepas tu dorang campak korang dalam laut."

Habis menggigil kembar tiga itu lalu merelakan diri mereka dipakaikan kid leashes. Tak sanggup kena campak dalam laut.

Iesyraf tersenyum kemenangan. Dia menayang muka tidak bersalah buat Hana yang sedang menjegilkan mata.

"Apa?"

"Tak baiklah ugut dorang macam tu. Kita datang sini nak have fun tau, seram dah budak - budak tu."

"Nanti nampak laut, hilanglah takut dorang tu. Chill, sayang." Iesyraf tertawa melihat wajah cemberut Hana. Dia melihat sekekeliling. Setelah sekian lama mengumpul duit, akhirnya dapat juga dia jejak kaki ke pulau yang sangat popular akan laut yang jernih dan birunya. Demi ulang tahun perkahwinannya bersama Hana, dia sanggup.

Ke mana?

Pulau Bora - Bora.

Percayalah, pertama kali mendengar nama itu, Iesyraf bantai gelak guling - guling sampai jatuh katil. Namun selepas melihat sendiri gambar - gambar pulau itu dia sendiri melompong mulut kagum.

"Itu van kita."

Sambil - sambil menaiki van sewa itu dan Iesyraf sibuk masukkan bagasi mereka ke dalam bonet kerana isteri dan anak - anaknya lepas tangan. Hana pula mengambil peranan pakaikan tali pinggang keledar untuk tiga si hiper.

"Mama! Mama! Nanti kita pergi pantai kan? Kan? Kan?" Soal Haidar teruja. Dari tadi dia peluk pistol airnya kerana tidak sabar nak bermain di pantai.

"Kita check-in hotel, makan, ambil gambar, balik hotel, kemas barang..." Dan bebelan Hana tentang rancangan percutian mereka pada hari ini dibalas dengan dengkuran Haidar. Anak sulungnya siap lentokkan kepala dan pejamkan mata. Pura - pura tidur, malas mendengar penerangan yang membosankan itu.

Tidak cukup dengan itu, saat Hana menoleh, yang lagi dua orang anaknya pun mengikut jejak abang kembar mereka dengan pura - pura tidur. Siap tersenyum - senyum suka dapat mengusik Hana.

"Papa... tengok ni dorang palau mama..." adu Hana sambil melirik figura suaminya yang masuk ke tempat pemandu. Berharap Iesyraf akan bekerjasama dengannya.

Iesyraf menoleh ke belakang.

"Haidar, Haura, Haidir..." seru Iesyraf dalam intonasi seram dan tegas.

Kembar tiga itu masih berdegil, cuma mereka ketawa kecil. Tidak takut dengan panggilan papa mereka.

"Papa ada aiskrim, makan dengan mama jelah."

Mendengar perkataan aiskrim dan terus makanan itu berlegar - legar dalam kepala, serentak seia sekata kembar tiga itu celikkan mata!

"Mana?! Nak aiskrim!"

"Haidar dulu! Haidar dulu!"

"Nak, papa! Nak! Bagilah!"

"Apa dia? Nak papa? Boleh je. Kiss sini dulu," usik Iesyraf lalu menyuakan pipinya. Plastik berisi aiskrim diserahkan kepada Hana supaya jauh dari capaian anak - anaknya.

"Kiss kiss ni mintalah dekat mama! Haura nak aiskrim!"

Pipi Iesyraf ditampar Haura!

Dan Iesyraf mengadakan kempen merajuk tidak menyerahkan aiskrim itu segera, lagi dia lambat - lambatkan dan berlagak nak mulakan permanduan. Merengek terus si trio merayu seakan itu hidup mati mereka.

"Cakap sayang papa dulu."

"Papa, I love you! Nak aiskrim!"

"Tak ikhlas, tak boleh!"

"Mamaaaa!" Mereka beralih meminta simpati mama pula. Memandangkan Hana yang memegang plastik itu dan kelihatan seperti nak ambil sebatang aiskrim untuk dirinya.

Sepantas kilat plastik itu dirampas Iesyraf. Mata fokus pada pemanduan tapi mulut setia menyakat anak - anaknya.

Sampai aiskrim Hana pun turut dirampas sama. Terkebil - kebil wanita itu tidak faham apa salahnya sampai terlibat dalam penderitaan kembar tiga itu sekali.

"Cakap I love you ikhlas dulu!"

"Papa, I love you!"

Bibir Iesyraf mengoyak senyum. Dia menjeling nakal pada Hana pula. Menunjukkan yang syarat untuk dia dapatkan aiskrim itu pun sama dengan trio tadi.

"Saya tak cakap pun awak tahu kan?" Soal Hana nak mengelak.

"Tak tahu, tak tahu."

"Action speaks louder than words."

"Tetap tak tahu."

"Eee dia nilah. I love you."

"Apa? Tak dengar."

"I love you!"

"Tak dengarlah, sayang. Korang dengar tak?"

"Tak!" Kembar tiga pun berpihak pada Iesyraf selepas dapat upah aiskrim. Senang nak dirasuah.

"I love you, sayang!"

"Banyak mana?!"

"To the moon and never back!" Terdesak benar Hana meluah demi aiskrim. Turutkan sahaja permintaan mengada - ngada Iesyraf sebelum aiskrimnya mencair.

"Klishenya!"

"Diamlah! Bagi balik aiskrim saya!"

"Aiskrim lagi penting dari saya? Sampai hati."

"Macam awak duakan saya dengan Chipsmore. So win-win situation."

"Okay awak menang sayang."

"Tapi really, to the moon and never back. I love you with every breath I take and every heartbeat I live," lafaz Hana sambil tersenyum lebar apabila aiskrimnya tadi sampai ke genggaman tangan semula. Tidak sedar kata - katanya itu mengundang merah di wajah Iesyraf.

"Balaslah!"

Tiba - tiba Iesyraf diherdik hanya kerana dia menyepi.

"Love you too, my Chipsmore, my fallen angel. You're my prayer. Cukup?"

"Cukup sangat."

Mereka berdua lupa agaknya si kembar tiga pasang telinga sedari tadi. Mujur mereka tidak faham bahasa Inggeris kalau tak muntah pelangi di situ juga.

































"CEPATLAH sayang, nak ambil gambar pun lambat!"

"Lambat!"

Iesyraf lantas mencebik. Dia sudah berusaha siap melutut lagi semata - mata nak ambil gambar Hana bersama Haura berlatar belakang pantai yang biru dan pasir putih. Cuaca pun tidak panas sangat dan tidak terlampau berangin. Seakan - akan beri peluang keluarga ini bergembira.

"Cantik betul view, pose lagi Hana! Ewah! Go girl! Slay!"

Jatuh menjunam keyakinan Hana dan diganti dengan tawanya. Dia bersungguh bercangkung sambil mendepakan tangan Haura.

"Okay cun! Haidar, Haidir, masuk!"

Berlari dua kembar lelaki itu pada Hana. Dari tadi mereka menahan nafsu nak photo-bomb gambar mama dan kembar perempuan mereka.

"Jangan lompat, jangan, arghhh!"

Haidar dan Haidir melompat peluk leher Hana dan akibatnya mereka berempat jatuh terlentang.

Iesyraf berjaya menangkap saat - saat keemasan itu. Puas hati melihat hasilnya. Gambar yang sangat cantik dan isinya ialah manusia yang Iesyraf pegang erat dalam hati. Kesayangan - kesayangannya.

Selepas beberapa minit berperang nak memaksa Haidar yang tertelan bateri Energizer untuk duduk diam, akhirnya tamat sesi menangkap gambar Hana bersama kembar tiga.

Beg diselongkar Iesyraf mengeluarkan camera stand untuk ikut mengambil gambar sama.

Malang seribu kali malang, Iesyraf dan cuai berpisah tiada. Dia tertinggal camera stand di bilik hotel.

"Tak bawalah tu," tebak Hana perasan riak cuak di wajah Iesyraf. Dia terduduk atas pasir sambil Haura dalam dakapannya. Haidar mengisi masa dengan mengorek pasir. Haidir pula dari tadi tidak lepas memeluk leher dan meletakkan dagunya atas bahu Hana.

"Kita minta tolong orang lainlah."

Mata Iesyraf melilar mencari manusia bertamadun yang berkemungkinan besar akan membantunya. Seorang lelaki barat lingkungan umurnya menarik perhatian. Dengan malu - malu kucing dia minta bantuan. Bukan apa, Iesyraf takut orang itu sejenis manusia sombong. Mungkin dengan berlakon malu akan dapat belas kasihan.

Tersengih - sengih dia apabila orang tu bersetuju. Nasib baik dia selalu speaking, di situasi begini tidaklah baku bahasanya.

Hana berdiri serentak dengan Iesyraf mendekati. Haidar diangkat untuk duduk atas bahu Iesyraf manakala Haura bertukar tangan ke dukungan papanya. Haidir pula tidak berenggang dengan Hana.

Anak mama.

"You, madam..." Jurukamera tidak bertauliah itu menunding pada Hana. "Can you... perhaps hug your husband's hand? More romantic. Closer, closer."

Darah menyerang muka Hana. Malu nak mengikut arahan itu dan bermanja dengan suami depan orang asing.

"Halah siputlah sayang saya." Penuh berhati - hati Iesyraf menukar posisi Haura ke lengan kanan. Dia menarik tangan Hana untuk memeluk lengan kirinya. Berwaspada tindak - tanduknya takut Haidar yang berpaut di batang lehernya terjatuh.

"Sandar dekat bahu saya."

Lambat - lambat Hana lentokkan kepala. Merah padam tona kulitnya selepas jurukamera itu menunjuk gaya good. Sporting betul.

"One, two, three! Say cheese!"

A new core memory.

Kemudian, apa lagi?

Masuk airlah!

Dari atas bot Hana memerhati Iesyraf memujuk Haura untuk terjun ke dalam air. Haidar dan Haidir selamat diletakkan atas pelampung sekejap. Kang tenggelam dua budak itu, naya.

"Papa pegang, Haura nak takut apa?" Aju Iesyraf bercampur ketawa. Dia setia menghulurkan tangan kalau - kalau akhirnya Haura beranikan diri dan snorkeling bersama.

"Nanti, nanti ada ikan jaws gigit Haura!" Haura tidak lepaskan pegangannya pada jaket keselamatan Hana. Dia sembamkan muka di situ.

"Mana ada. Tengok papa tak kena gigit pun. Haidar Haidir pun okay je."

"Tak nak!"

"Bawah ada ikan cantik."

Haura mengerling Iesyraf.

"Cepat, Haura. Penat papa kumpul duit bayar mahal mahal. Peluang sekali seumur hidup ni."

Haura berpaling. Peduli apa mahal mana, dia takut!

Tidak berputus asa, Iesyraf mencapai tubuh kecil Haidar sebagai contoh. Haidar pun tidak melawan, lagilah dia suka.

"Haura, tengok Haidar berani," panggil Iesyraf dan selepas memastikan dia dan Haidar diperhatikan, segera dia tenggelam ke dasar.

Haidar melambai tangan setelah matanya yang dilindungi google menyapa beberapa ekor ikan tropika berbelang hitam putih. Iesyraf tersenyum melihat kegirangan anaknya itu.

Mereka kembali ke permukaan.

"Cantik Haura ikan tu! Rugi tak tengok! Ada ikan hitam putih macam kuda belang! Macam ikan dalam TV tu!" Bertubi - tubi Haidar memuji untuk memancing minat kembar perempuannya itu. Dia naik ke bot semula lalu menarik - narik tangan Haura.

Kali ini Iesyraf mendukung Haidir pula, lagi sebelah tangannya dihulur pada Haura yang masih berbelah - bahagi.

"Jom, papa pegang. Kita tengok ikan sekali dengan Haidir."

Haura mendongak mencari mata Hana yang tersenyum seakan menyokongnya juga. Perlahan - lahan dia menyambut tangan Iesyraf.

"Ready?"

Teragak - agak dia mengangguk dan sejurus itu Iesyraf menyelam ke dalam air. Haidir sudah kali kedua masuk, tak apa demi kembarnya dia masuk lagi.

Dia perasan Haura masih takut dan pejam matanya. Lantaran itu Haidir menggenggam tangan Haura dan arahkannya supaya buka mata.

Haura turutkan permintaan kembarnya. Sebaik sahaja dia beranikan diri membuka mata dan menjamah keindahan dasar lautan Pulau Bora Bora.

Hampir dia terbuka mulut nak luahkan kekagumannya. Sangat cantik! Dia menatap Iesyraf dengan mata bulat sambil menepuk - nepuk bahu papanya itu. Iesyraf mengangguk untuk merespon.

Tidak lama kemudian mereka berenang ke permukaan semula. Perkara pertama sebaik sahaja menghirup oksigen ialah Haura berteriak teruja.

"Cantiknya! Betullah Haidar kata ada ikan hitam putih! Tadi dia berenang dekat dengan Haura!"

Hana tergelak mendengar celoteh anak perempuannya. Dia meletakkan tubuh Haura di sebelah Haidar yang fokus menghirup air. Penat berenang sana sini.

Haidir lebih tenang menanggalkan googlenya dan lap muka yang basah. "Mama tak nak masuk ke?"

"Entahnya, bukan main suruh dorang tengok ikan, awak tu?" Tambah Iesyraf yang tidak pandai - pandai nak naik bot. Dia berenang gaya kuak lentang sambil memandang isterinya. Dulu bukan main dia terlompat sana sini jumpa akuarium nak tengok ikan. Sampai dekat laut betul, dia duduk atas bot pula.

"Dari sini pun nampaklah." Hana berdalih. Dia sekadar duduk atas dinding bot dan rendamkan kaki.

Jelas kelihatan dasar laut dari atas kerana air yang jernih itu. Sampai ke batu karang nampak sangat HD di matanya. Tak perlu snorkeling bagai.

"Come on, sayang. Mana Hana yang minat sangat dengan ikan tu?"

"Takutlah. Nanti tiba - tiba nampak jerung macam mana?"

"Huh, like mother like daughter. Kalau ada jerung dia tak bagilah snorkeling dekat sini. Cepat! Nanti menyesal!" Lagi sekali Iesyraf perlu hulurkan tangan. Nasiblah dapat isteri pun perangai dua kali lima dengan anaknya. Penakut!

"Tak naklah saya, kang lemas, awak nak tanggung?"

"Awak lemas, saya bagi CPR."

Sebelum ada lagi bantahan datangnya dari Hana, Iesyraf terlebih dulu bertindak kejam dengan menarik kaki isterinya secara paksa.

"Ahhhhhhh!"

Nyaris - nyaris Hana terus tenggelam, nasib baik Iesyraf memegang pinggangnya rapat. Hana memeluk leher suaminya dan tidak berani angkat muka. Wajahnya disembam sahaja pada ceruk leher itu.

"Yeay mama dah basah!" Sorak si kembar tiga sambil mendekati. Geli hati melihat mama mereka lebih penakut. Tengok sahaja pun sudah tahu dia sedang memeluk erat leher Iesyraf sampai lelaki itu hampir tercekik.

"Hana sayang, kita snorkeling eh? Tengok ikan eh?" Ujar Iesyraf sebagai amaran mesra. Jaket keselamatan isterinya dicabut. Dia pakaikan Hana google sambil tersenyum manis. Riak wajah Hana memberitahu bahawa dia sedang sangat takut, tapi Iesyraf tidak berperikemanusiaan.

"Jangan takut. Eyes on me."

Kali ke berapa entah Iesyraf menyelam kembali. Dapat dia rasakan rangkulan Hana pada lehernya semakin erat. Dia menahan ketawa.

"Mama! Tengok ikan, mama!" Laung Haidar cukup kuat sampai ke dalam laut pun boleh dengar.

Hana mencelikkan sebelah matanya sahaja dulu dan reaksinya sama seperti Haura. Sipi - sipi menyebut wow. Leher Iesyraf tidak lagi dipeluk, cuma berpaut sebelah lengan sahaja.

Spontan bibir Iesyraf mencoret senyum. Ini wajah yang lama dia tidak nampak. Hana seperti anak kecil baru melihat dunia. Dia seakan ingin menyentuh ikan tropika itu tapi ikan itu berenang pergi.

Comel. Iesyraf memuji dalam hati.

Satu ciuman ringkas hinggap di pipi Hana. Tatkala isterinya menoleh kerana terkejut dengan aksi rambang itu, Iesyraf sekali lagi menghadiahkan satu lagi ciuman. Kali ini di bibir Hana pula.

Hana tidak menolak.

"Uisy lama betul mama papa tenggelam," komen Haidar sambil melihat samar - samar kelibat mama dan papanya dalam laut.

"Dorang jumpa ikan duyung kut!" Haura menekup pipinya. Terbayang Puteri Ariel dalam kotak memorinya. Selalu dapat tengok dalam buku sahaja.

"Haidir risau dorang lemaslah..." Haidir menggaru kepala yang tidak gatal. Dia mencari - cari orang dewasa lain yang boleh menyelamatkan mama dan papanya kalau betul mereka lemas.

Tiada sesiapa hiraukan Haidir yang pesimis, Haidar dan Haura bergilir - gilir menjerit.

"Mama! Mama jumpa Ariel ke?!"

"Haidar nak tengok juga!"

"Papa jangan ngurat Ariel pula! Nanti mama nangis!"

"Mama nangis Haidar pujuk! Mama Haidar punya tau papa! Papa ambillah Ariel tu!"

Sekelip mata Iesyraf kembali ke permukaan.

"Tak boleh! Mama papa punya!"

"Kedekut!"

"Dah diam, mama Haidir punya," selamba Haidir mencelah perebutan papanya dan Haidar. Dia memeluk tapak tangan Hana sambil mencium jemari itu.

Mengundang api menyala - nyala dari Iesyraf dan Haidar.

Haidir menjulang tangan mamanya ibarat baru memenangi piala kerana tiada bantahan daripada dua lelaki itu.

"Haidir menang!" Hana segera mendakap Haidir lalu mencium pipi anaknya itu bertubi - tubi, berniat nak menambah minyak pada api.

"Haidar, papa rasa papa dah tak ada tujuan nak hidup," adu Iesyraf penuh drama sambil mengesat air mata yang tidak wujud.

Haidar pula memanglah anak seorang Iesyraf Danial, ciplak mini ayahnya, ikut menangis bersama. "Jomlah papa. Kita tinggalkan tempat ni. Cari Ariel jom."

"Haura nak ikut!"

Hana dan Haidir tergelak.

Macam - macam perangai.









































PENAT bermain air sehari suntuk, selepas makan malam keluarga itu terus rebah atas katil. Nak terus tidur, baru lepas makan. Tapi mata sudah kuyu tunggu masa untuk terlelap sepenuhnya.

Haidar yang bertenaga 24 jam berlari tingkap yang besar di ruang utama bilik mereka. Dia menarik langsir ke hujung dinding menampakkan langit malam yang dipenuhi bintang. Mereka di pulau, tepi laut pula, bintang malam itu tampak lebih cerah dari biasa.

"Pa! Pa! Tengok! Ada mama dekat atas!" Panggil Haidar sambil mengayun tangannya. Meminta kehadiran papanya secepat mungkin.

Hana yang disebut dalam laungan itu berkerut dahi. Dia atas katil, macam mana Haidar nampak dia di langit pula?

Ha sudah.

Hantu mana menyamar malam - malam begini?

"Mama?" Rajin melayan anak yang mulut tidak pernah duduk diam, Iesyraf bangkit dan duduk di sebelah Haidar. Dia turut mendongak melihat ruangan angkasa itu. Barulah faham apa yang dimaksudkan si kecil.

"Cantiknya mama malam ni."

"Kan!"

Haura dan Haidir yang ingin tahun terjun dari katil dan menyertai abang kembar mereka. Sejak kecil Iesyraf selalu bawa mereka melihat bintang - bintang sampaikan tanpa sengaja mereka jatuh cinta dengan kecantikan alam itu juga.

"Cantiknya mama!"

"Mama, sinilah tengok!"

Tidak tahan berteka - teki dengan diri sendiri lagi, Hana ikut bangun. Dia duduk di sebelah Haidir yang asyik menepuk tempat di sebelahnya.

"Mana?" Soal Hana tidak faham apa yang disamakan dengan dirinya sampai beria kembar tiga itu memuji.

"Tu bulan tu. Mama kan secantik bulan," terang Haidar lalu tersengih menampakkan lesung pipitnya.

Langsung Hana ikut tersenyum sama. Nampak sangat betapa Haidar copy paste Iesyraf. Manis mulut dia pun sama!

"Siapa ajar ni?"

Seterusnya, Iesyraf yang menjawab.

"Papa dialah, siapa lagi?"

Bahu Iesyraf ditampar yang tidak menyakitkan. Hana menjegilkan matanya biarpun senyum tidak kendur lagi. Marah manja. "Ajar bukan - bukan. Mana ada saya secantik bulan."

"Eh, Haidir tengok sama cantiknya," bidas Haidir mendahului Iesyraf.

"Haura nak jadi macam mama! Cantik macam bulan."

Makin melebar senyum Hana apabila dipuji anak - anaknya. Dia membelai kepala kembar tiga itu dengan kasih sayang. Sambil - sambil mata melirik pada si suami.

Iesyraf menjongket keningnya berkali - kali seakan mengejek Hana yang tak boleh menidakkan pujian itu kalau Haidar, Haura dan Haidir telah menyokongnya.

"Yalah, fine."

"Cepat, serentak, cakap mama fallen angel," ajak Iesyraf dan dia terima renungan sakratul maut Haidar. Anak sulungnya itu berkerut dahi menandakan ada sesuatu yang dia tidak suka.

Haidir yang faham apa yang bermain dalam fikiran abang kembarnya berbisik di telinga Iesyraf. "Papa lupa ke Haidar tak reti sebut benda tu?"

"Oh haahlah," tawa Iesyraf pecah. Tidak pasti kerana terhibur dengan kebodohannya ataupun memerli Haidar. "Sorry Haidar."

Si kecil sudah berpaling. Siap silang tangan di dada.

"Papa racist!"

"Uisy mana belajar tu?"

"Haidar lagi pandai dari papa."

"Amboi confident."

"Ikut perangai awaklah," Hana menyampuk membuatkan Iesyraf sedar yang dia sedang berhadapan dengan dirinya versi mini.

"Sakit hati juga layan dia sebenarnya. Macam mana awak bertahan dengan dua Iesyraf ni?" Soal Iesyraf buat Hana.

"Entah. Dah lama pasrah kut. Kan sejak sebelum kahwin lagi saya kena hadap perangai muka tembok besi awak tu."

Automatik Iesyraf berlakon dadanya ditusuk sebilah pedang. Sampai terbaring sekejap nak jayakan lakonan dia.

"Mama penat tau," tutur Haura lalu menggeleng kepala. Konon simpati sangat dengan mamanya yang siang malam perlu melayan perangai mereka. Tambah kena buat masak lagi, mengemas rumah, kena tabah hadap papa yang mengada tak kira tempat lagi.

Kesian mama!

Iesyraf bangun selepas dramanya tidak peroleh perhatian yang lain. Dia mengoyak senyum pura - pura tiada apa - apa berlaku.

"Okay kalau macam tu, kita tukar ayat tadi. Cepat cakap, mama I love you!"

Tiada protes malah si kembar tiga dengan senang hati mengikut rancangan Iesyraf. Mereka mengelilingi dan peluk pinggang Hana.

"Mama I love you!"

Hana menekap dadanya seakan menahan hati dari terus mencair dengan kecomelan anak - anaknya. Tak pernah sehari pun dia tidak dihiburkan dengan trio itu.

"Comellah korang ni! Mama love you more!"

Tiga - tiga mereka dipeluk. Habis wajah Haidar, Haura dan Haidir menerima ciuman bertalu - talu Hana.

"Papa nak juga..." Perlahan tapi cukup jelas rengekan Iesyraf memotong saat - saat Hana nak bermanja dengan kembar tiga itu.

"Papa tak boleh. Mama Haidir punya!" Haidir mengangkat tangan menandakan berhenti. Bersungguh dia garangkan muka, mujur dapat sokongan kembarnya. Mereka berdua ikut angkat tangan nak menghalang si papa yang tidak cukup kasih sayang.

Tapi kalau papa mereka ialah Iesyraf Danial, masakan isyarat berhenti mentah - mentah itu menghalang?

Habis empat manusia itu tenggelam dalam pelukan Iesyraf sekali gus.

"Tak kira, mama kita semua punya! Jangan bagi orang lain ambil."

"Tu baru betul!"

Barulah Haidar, Haura dan Haidir mencium pipi papa mereka juga. Puas hati dengan tawaran itu.

"Okay guys, guess what?" Tiba - tiba Iesyraf meleraikan pelukan dan menyelongkar beg. Dia sorokkan barang misteri itu. "Tengok papa jumpa apa tadi."

Semua mata terarah padanya.

"Tadaaa!"

Sebuah anak patung beruang yang tiada apa - apa perkara istimewa padanya. Seperti patung biasa.

"Bosanlah papa ni." Haidar menguap memperlekehkan Iesyraf. Dia tersenyum mengejek.

"Patung ni ada bunyi tau," Iesyraf memberitahu dan berjaya buatkan Haura bersinar - sinar mata.

"Nak dengar!"

"Tak boleh, ni mama punya."

Muncung itik gadis kecil itu muncul tatkala patung itu sampai ke tangan mamanya. Dia tenung Iesyraf setajam yang boleh.

Iesyraf semestinya tidak mengendahkan rajuk Haura. Dia fokus pada Hana yang membelek - belek patung itu. Cukup di riak wajah itu yang dia sedang mengesyaki Iesyraf. Mana mungkin dia bagi hadiah tanpa apa - apa benda yang unik.

Ini mesti perangkap.

"Tekanlah perut patung tu," ujar Iesyraf lagi.

Hana disuntik rasa risau. Kalau keluar apa - apa ucapan yang cheesy, mana dia nak letak muka depan anak - anaknya? Teragak - agak dia menyentuh halus perut beruang mainan itu.

Patung itu dirampas!

"Mama ni lambatlah, meh Haura tekankan."

Tanpa fikir dua kali, Haura menekan kawasan perut patung itu.

Dan yang keluar bukanlah ucapan seperti yang Hana jangka. Suara Iesyraf pun langsung tiada.

Sebaliknya bunyi dinosaur sekuat - kuat alam bermaharajalela ke segenap inci bilik itu!

"Argh, pa! Apa benda ni?!"

"Pekak telinga!"

"Kenapa keluar bunyi dinosaur?!"

"Sayang!"

Iesyraf bantai ketawa berdekah - dekah dengan reaksi seisi keluarganya. Sakit perut melihat mereka pakat menutup telinga. Haidar lebih ganas, habis disepak pergi patung itu sampai ia sendiri berhenti berbunyi.

Sepinya bilik digantikan dengan Iesyraf menerima renungan membunuh. Setiap renungan itu seperti sembunyikan beraneka cara nak membunuhnya.

"Apa? Papa dah kata tu untuk mama, Haura tekan buat apa?" Tiada rasa bersalah walau satu persen, Iesyraf mengetawakan muka tidak puas anak perempuannya.

"Ingatkan papa nak sweet sweet dengan mama, baru nak kacau!"

Hana pun ikut tergelak mendengar protes Haura. Dengki sangat si kecil, pantang nampak dia dan Iesyraf dekat sikit. Mesti nak jadi orang ketiga.

"Kalau papa nak sweet, papa boleh cakap sendirilah," perli Iesyraf. Dia meraih tangan Hana lalu menjeling sekilas muka kembar tiga yang kelihatan bengang.

"Tengok eh? Papa korang sweet dia sampai semut pun boleh hurung hotel ni."

Dia berdehem seketika. Matanya bertukar redup apabila bertemu dengan sepasang mata Hana. Tidak peduli respon negatif trio itu.

"You are my answered prayer, I will always treasure you, my Chipsmore. My fallen angel," luah Iesyraf bernada sensual dan romantis nak menggoda Hana dengan mata dan suaranya.

"Pa, tak faham..." adu Haidir senyap - senyap.

"Oh lupa." Iesyraf ketawa lagi. "Okay kita start balik."

Dia duduk tegak, memegang tangan Hana dan matanya juga jatuh pada jari yang tersarung cincin kahwin mereka.

"Setiap hari, papa perlukan mama."

Hana tersenyum. Nada suara Iesyraf lebih lemah - lembut dan bersifat kebapaan.

"Setiap jam, papa hargai kehadiran Haidar dalam hidup papa."

Haidar yang kunci mulut dari tadi tiba - tiba tangannya diambil dan diletakkan atas tangan Hana tadi.

"Setiap minit, papa rindukan satu - satunya puteri papa, Haura."

Tangan kecil Haura juga diletakkan atas bersebelahan tangan abang kembarnya.

"Setiap saat, papa nak Haidir dekat dengan papa."

Haidir dengan rela hati meletakkan tangannya.

"Dan selamanya, papa sayang korang semua sampai hujung nyawa papa."

Tangan - tangan itu, Iesyraf cium lama. Dia tidak mahu kehilangan kehangatan walau satu pun tangan itu. Mereka semua perlu ada atau hidupnya tidak akan lengkap.

Kerana mereka berempat, nyawa seorang Iesyraf Danial.






































JAM belum mencecah pukul lapan tapi Hana sudah bangun dan membersihkan diri. Dia mengenakan blouse floral merah jambu dengan skirt panjang memandangkan hari ini juga mereka banyak habiskan masa di tepi pantai. Tudung pun dia siap pakai.

Tunggulah sampai dia tengok jadual rancangan mereka hari ini.

"Eh, mula pukul sepuluh?"

Terus Hana mengetuk kepala sendiri. Dia sangka mereka akan keluar jam pukul sembilan dan nak siapkan kembar tiga itu sudah makan sejam, wajarlah dia bersiap awal.

Nampaknya extra awal pula kali ini.

Hana putuskan nak membazirkan masa dengan sambung menonton drama dalam telefonnya sahaja. Televisyen hotel bukannya ada cerita menarik dan dia gusar kalau terganggu tidur budak bertiga itu.

Dia duduk di kerusi bersebelahan dengan katil. Telefonnya disandarkan pada lampu meja dan Hana tonton drama itu dengan penuh kusyuk.

Sampai bahagian ada heroin drama itu menangis, Hana menekup mulutnya tidak mahu beremosi bersama.

Nampaknya si suami bertelinga gajah, tiada ribut tiada hujan, mendadak Iesyraf bangun terduduk.

Hilang habis fokus Hana nak menghayati babak - babak menyayat hati itu. Tiba - tiba pipinya ditekup Iesyraf. Lelaki itu dengan mata separa terbukanya meneliti wajah Hana sebelum dia tidur kembali.

Penuh tanda soal yang lahir dalam kepala. Hana mencucuk sikit muka suaminya. "Kenapa, wak? Nightmare ke?"

Iesyraf menarik bantal yang berlebihan dan menutup kepalanya. Sayup - sayup kedengaran suara serak basah itu menjawab soalan isteri.

"Saya ingat sayang yang menangis..."

Dan berakhir dengan dengkuran kecil.

Hana menyentuh dada dek terharu dengan sebaris ayat yang sangat bermakna buatnya itu. Dia pejamkan mata dan terangguk - angguk. Iesyraf betul - betul sayangkan dia. Dan setiap hari lelaki itu buktikan tentang itu di luar kesedarannya. Biarlah hanya Hana yang menghargai setiap perkara kecil yang menambahkan rasa cintanya buat Iesyraf itu.

Bahu Iesyraf digoncang sedikit.

"Awak jom keluar," Hana berbisik halus di cengkerang telinga Iesyraf setelah mengalihkan bantal penyibuk tadi.

"Pergi mana?" Jelaslah tidur Iesyraf tidak lagi boleh disambungkan. Dia malas membuka mata. Masih mengantuk.

"Jalan tepi pantai. Alang - alang dorang tidur lagi. Jom dating dua."

"Hm dating?" Demi nak berdua, Iesyraf gagahkan diri untuk melawan kantuk yang menguasai. Bantal yang nampak sangat menambah nafsu untuk tidur semula tidak lagi dihiraukan. Bukan senang mereka berdua dapat masa berdua tanpa sebarang gangguan selepas dapat anak tiga.

"Macam nilah suami saya!"

"Syy sayang, terjaga kang budak budak tu nanti."

Perasan kesilapannya, Hana pantas menutup mulut sendiri. Dia menahan ketawa. "Cepat cepat pergi mandi."

"Malaslah... saya tukar baju jelah. Balik nanti mandi."

"Busuk, tak naklah dating dengan budak busuk."

"Cis, kejamlah awak ni." Iesyraf menolak perlahan tubuh Hana yang menghalang jalannya. Terherot - herot bibirnya nak mengutuk si isteri.

"Awak jangan pakai hoodie pula ya."

"Sayang..." Suara Iesyraf kini kedengaran sedang merayu. Dia terlampau malas nak berfesyen pagi - pagi ini.

"Tengok saya pakai cantik. Awak pun kenalah pakai handsome handsome. Biar jealous semua orang dekat situ," hujah Hana sambil berpusing menggayakan pakaiannnya. Sinar matanya dibalas dengan Iesyraf mengeluh.

"Kalau ada perempuan mengurat saya, awak janganlah marah pula."

"Saya karate dia."

Terburai tawa Iesyraf mendengar balasan laju dan tegas itu. Dia anggukkan kepala berkali - kali menyokong tindakan isterinya.

"Yalah, sayang. Anything for my fallen angel." Mengalah juga Iesyraf lalu mengambil sepasang kemeja dan tuala masuk ke dalam bilik air.

"Good boy!"




























BAYU laut yang dingin di waktu pagi mencium pipi pasangan yang berjalan di persisiran pantai. Tidak seperti semalam, pantai terlihat lenggang tanpa manusia sana sini. Langit juga sama birunya dengan laut seperti cerminan.

Tenang. Itu perkataan paling sesuai.

Tiada sebarang bicara antara Iesyraf dan Hana, mereka lebih asyik melihat pasir putih dan ombak bersatu.

Hana yang sedari tadi menangkap gambar menyimpan telefonnya. Dia masukkan jarinya ke celah - celah jari Iesyraf.

Iesyraf menoleh pada wajah sempurna isterinya yang tidak penat tersenyum melihat keindaham alam. Bulat - bulat mata Hana menatap pantulan langit pada laut yang tidak berpenghujung.

Tapi bagi Iesyraf, mata Hana yang mengagumi bentangan laut itu jauh lebih indah.

"Suka tak, sayang?" Dia menyoal.

Hana terus berpaling. "Suka apa? Lelaki depan saya ni memang saya suka. Siap sayang cinta lagi."

Terpanar sekejap Iesyraf apabila Hana menguntum senyum manis bak gula tumpah padanya.

Orang tanya lain, dia jawab lain!

"Dia ni..." Hidung Hana, Iesyraf kepit sampai kemerahan. Tertawa suka isterinya. Sengaja dia buat - buat tidak faham soalan tadi.

"Suka tak tempat ni?" Iesyraf mengulang soalan, lebih spesifik.

"Kalau ada awak, mesti saya sukanya."

"Apa ni? Kenapa sayang lagi sweet dari saya? Mana boleh," kata - kata Iesyraf bernada tidak puas hati. Dia mencebik ke depan. Dari tadi Hana pandai bermanis mulut dan mencairkan hati. Belajar dari siapa, itu kekal misteri.

"Mestilah boleh. Ingat empat tahun kenal awak, saya tak belajar apa - apa ke?" Bidas Hana selamba. Bangga dengan pencapaiannya dapat mencabar ego si suami.

Iesyraf menggeleng laju!

"No no, tak boleh. Saya seorang boleh sweet ni. Awak kena jadi comel je."

"Comel tu kerja awaklah, sayang. Saya pun boleh jadi sweet." Rangkulan tangan mereka terlerai. Hana berjalan di depan Iesyraf secara mengundur.

"Sayang, jatuh nanti."

"Tengok ni, biar termimpi - mimpi awak," tambah Hana menghiraukan amaran Iesyraf. Dia memberi flying kiss, kenyitkan mata dan buaf gaya menembak ke hati Iesyraf bersilih - ganti. Diakhiri dengan ketawa merdunya, puas hati melihat respon Iesyraf yang semakin merah pipi.

"Hebat tak? Angau dekat saya seorang tau." Lagi sekali Hana mahu melayangkan flying kiss tapi takdir mencemburui.

Akibat jalan mengundur dan sibuk mengurat suami, dia tersandung batu dan jatuh terduduk!

Tahniah!

Daripada menjadi suami mithali dengan bertanyakan situasi Hana, Iesyraf lebih pantas ketawa terbahak - bahak. Sakit perutnya melihat Hana yang sebal sambil memarahi batu yang menghalang jalan.

"Janganlah gelak!"

"Lawak sangatlah, sayang!" Iesyraf bertambah galak nak mengejek Hana, dia siap ulang tayang kejadian memalukan itu. Jalan mengundur dan sengaja melanggar batu tadi. Dia jatuh dalam slow-motion.

Kalau Hana tidak pakai tudung, barangkali keluar asap dari telinganya dek sakit hati.

"Haha lawaklah! Orang dah warning awal - awal sayang tak nak dengar!"

"Diamlah!"

"Alahai sayang saya ni cuai betul..." Iesyraf merangkak mendekati Hana dengan sisa tawanya. Dia membelek tapak tangan isterinya.

"Nasib tak luka. Lain kali hati - hati."

"Lukalah."

"Mana?"

"Dekat hati!"

"Habis? Nak saya cium baru sembuh?"

"Mana boleh. Dekat public."

"Sini bukan Malaysia, sayang. Oversea tak apa. Meh nak cium meh."

Wajah Iesyraf yang mendekati, Hana tahan dengan lengannya. Dia cubit muncung mulut Iesyraf yang gatal tak kira tempat itu.

"Cium sini tak apa," Hana tunjuk di pipinya. Mulut Iesyraf dilepaskan apabila lelaki itu meronta - ronta sakit.

Tidak perlu tunggu lama, laju Iesyraf mendaratkan bibirnya di pipi Hana. Seterusnya dia memeluk bahu wanita itu dan bawa dia dekat ke dadanya.

Sepi mereka penat bergelak - ketawa.

Hanya suara Iesyraf bersenandung lembut menyapa telinga. Jari telunjuk lelaki itu mengelus setiap garis lekuk wajah isterinya. Hana pun selesa dengan layanannya itu.

"Happy anniversary, sayang," ucap Hana memotong nyanyian kecil suaminya.

Sekuntum senyum terbit. Iesyraf meletakkan dagunya atas kepala Hana. "Awak tahu tak? Saya banyak kali fikir, Kalau saya tak pernah pun jumpa awak,  saya tak tolong awak, kalau awak betul betul tak wujud dalam hidup saya..."

Mereka berdua terjeda seketika.

"Kalaulah waktu kita gaduh tu, saya pun ikutkan perasaan saya. Saya pun ikut ego, dapat tak kita duduk dekat sini macam ni? Dapat tak kita lari lari main air dengan kembar tiga tu macam semalam?"

Hana mendongak dan mata mereka berdua bertaut.

"Kalaulah, malam tu saya putuskan untuk betul - betul keluar dari rumah, kalau lepas awak meluah tu saya tak halang awak pergi, awak tak bagi saya peluang, saya tawar hati... boleh ke kita senyum ketawa lagi? Boleh ke kita bawa haluan sendiri? Boleh ke kita happy?"

"Mesti boleh." Hana menukas bicara pedih suaminya. Dia meletakkan jari telunjuknya di bibir Iesyraf. "Saya percaya awak mesti tak akan lepaskan saya."

"Sebab..." Sengaja Iesyraf meleretkan suara sambil tersenyum senget. Biarkan Hana menyambung ayat yang dia sendiri tahu apakah sambungannya.

"Saya, awak punya!"

"Ariya Hanania selamanya isteri Iesyraf Danial!" Iesyraf menambah sambil mengajuk nada Hana.

"Comelnya suami saya ni." Wajah Iesyraf ditekup dan Hana mengucup bibir suaminya sekilas.

Tidak semena - mena Iesyraf terkaku di situ. Dia memandang tepat ke wajah bersahaja Hana.

"Ya Allah, Hana. Jantung saya jatuh. Bila nak kutip, hilang!" Terbeliak mata Iesyraf selepas acah mencari jantungnya di atas pasir.

Hana pula berpura - pura memegang sesuatu. "Tak apa, jangan risau. Jantung awak, baik - baik saya simpan. Hati awak pun. Cinta awak pun. Semua saya simpan."

Ternganga Iesyraf tiada balasan. Rambutnya diserabutkan oleh Hana yang tersenyum senget.

"Ya, ya, sama - sama. Sayang awak juga. Bye bye!"

Sedar - sedar, isterinya sudah mula berlari. Dan Iesyraf faham kehendak Hana, dia pun terus bangkit dan mengejar.

Automatik Hana panik dek kelajuan Iesyraf berlari, tiba - tiba lelaki itu tinggal beberapa meter sahaja darinya.

"Sayang, jangan laju sangat!"

"Aums, saya nampak mangsa saya, kenalah laju!"

"Awak ni harimau ke manusia ha?!"

"Saya tearsbreaker awaklah!"

Mereka berdua terlupa atau tidak, si kembar tiga yang kononnya tidur dalam bilik hotel tadi telah lama terjaga. Mereka memerhati mama dan papanya main kejar - kejar tepi pantai dari sebalik tingkap.

"Mama papa rajin betul joging pagi pagi macam ni," komen Haidar lalu memanjat katil semula. Nampaknya lambat lagilah mereka dapat mandi.

"Jomlah tidur balik, lambat lagi dorang nak ingat kita tu," kutuk Haidir seraya membantu Haura memanjat katil semula. Mereka baring semula bersebelahan dengan Haidar beralaskan bantal yang sama.

"Tidur, tidur." Haura menarik selimut menutup badan mereka bertiga. Selesa kembar tiga itu tidur berpelukan sesama sendiri.

"Goodnight!"

...

mau kata apa sih? semua dah cakap kat epilog HAHAHA

ha ye one happy family at home <3

terima kasih sudi baca cerita tak seberapa ni. have a good day! good life!

babai semua! 💜

Continue Reading

You'll Also Like

85.7K 5K 31
(Published on Amazon as an e-book, sample here only)...... Nineteen year-old beautiful girl Hooriya Malik is a rich spoilt brat. She is Arrogant, St...
3M 118K 75
"α€˜α€±α€Έα€α€Όα€Άα€€α€œα€¬α€•α€Όα€±α€¬α€α€šα€Ί α€„α€œα€»α€Ύα€„α€Ία€œα€Ύα€―α€•α€Ία€žα€½α€¬α€Έα€œα€­α€―α€·α€α€²α€·.... α€™α€Ÿα€―α€α€Ία€›α€•α€«α€˜α€°α€Έα€—α€»α€¬...... ကျွန်တော် α€”α€Ύα€œα€―α€Άα€Έα€žα€¬α€Έα€€ α€žα€°α€·α€”α€¬α€™α€Šα€Ία€œα€±α€Έα€€α€Όα€½α€±α€€α€»α€α€¬α€•α€«.... α€€α€»α€½α€”α€Ία€α€±α€¬α€Ία€›α€„α€Ία€α€―α€”α€Ία€žα€Άα€α€½α€±α€€...
556K 18.9K 144
Read and find out...
845K 46.9K 36
π“π‘πž π”π§πžπ±π©πžπœπ­πžπ 𝐬𝐞𝐫𝐒𝐞𝐬 ~ 𝐁𝐨𝐨𝐀 𝟐 Sara Zafar, once a vibrant, effervescent spirit, embarks on a new chapter of her life in New Y...