10 : Monopoli.

364 75 68
                                    

.

.

.

EKSPRESI kosong lahir di raut wajah Rayyan sebaik sahaja dia melangkah ke ruang tamu. Tidak sempat naik ke bilik untuk mandi, dia terus menerpa pada Iesyraf.

"Kau buat apa dekat sini?"

Sengih kambing Iesyraf gantikan daripada terus menjawab soalan itu. Dia merangkul bahu Rayyan duduk di sebelahnya.

"Chill, bro. Kau baru balik, penat kerja,  kena rehat dulu." Jag yang berisi air oren dituangkan lalu cawan itu dihulurkan pada Rayyan.

Dengan ragu - ragu Rayyan meneguk. Risau kalau Iesyraf letak sihir dalam air itu.

Bukan boleh percaya kawannya yang satu itu.

Sepasang mata Rayyan mengerling ke depan, di mana anak - anaknya sedang sibuk bermain dengan Hana sampai lupa kehadiran ayahnya.

"Mina, Neil, tak peluk dada pun," tegur Rayyan. Ada nada berjauh hati dalam suaranya.

"Tak rindu, tak peluk," balas Najmina selamba. Dia yang sedang meniarap sambil melukis - lukis atas kertas langsung tidak berminat untuk berpaling pada ayahnya.

"Tak nak!" Neil yang berada dalam pelukan Hana mengulang kata - kata kakaknya, diselit ketawa suka. Dia merenung patung Ultraman di tangannya penuh kagum.

Kagumlah badan Ultraman warna - warni.

Terkebil - kebil Rayyan dibuatnya. Rasa seperti satu batu besar menimpa atas kepala.

"Cikgu, tengok Mina lukis bunga!"

Serba salah Hana ingin memuji, lagi - lagi apabila terasa renungan sakratul maut Rayyan menusuk dirinya. "Can... cantik. Tapi Mina pergilah peluk dada dulu. Kesian dia."

Bibir Najmina menjuih ke depan. "Tak naklah, dada busuk tak mandi."

Kalau tadi dihentam batu, kali ini disambar petir pula. Rayyan sekadar mampu menangis di dalam hati. Ajaran siapalah agaknya yang Najmina ikut sampai semua ayatnya sangat laser.

Iesyraf menepuk - nepuk bahu Rayyan. "It's okay, Ray. I feel you. Tak semua orang sukakan kau walaupun tu anak kau sendiri. Tabah ya?"

Sah, Najmina belajar dari Iesyraf.

"Neil, come to dada." Rayyan tidak berputus asa, dia melutut atas lantai lalu pangkuannya di buka. Sesekali dia menepuk tangan berharap Neil akan berjalan ke arahnya.

Neil memerhati ayahnya dan Hana bersilih - ganti. Dia sembamkan muka di dada Hana lalu tersenyum mengejek pada Rayyan.

"Busyuk!"

Nyaris terburai tawa Hana namun cepat - cepat dia tahan. Tidak sampai hati nak mengetawakan Rayyan yang sekali lagi dipinggirkan anaknya.

Bukan seperti Iesyraf. Bergegar sudah satu rumah saat dia ketawa. Ketawa jahat pula tu. Ditambah pakej sengaja menambah garam pada luka Rayyan.

"Kena buang dengan anak sendiri ke tu, Ray?!"

"Jom pergi rumah warga emas jom! Dekat situ maybe kau akan disayangi!"

Iesyraf berjalan itik kepada Rayyan. Dia mengusutkan rambut kawannya itu. "Alolo kesian Yenyen kena buli, meh mommy Iesy peluk meh."

Sedas jelingan helang Rayyan diselangi tawa Iesyraf makin menjadi - jadi.

"Good Mina, good Neil! Ini baru niece and nephew uncle!" Iesyraf memuji Najmina dan Neil pula. Dua beradik itu pun seperti berpihak pada Iesyraf, mereka berdua bersorak keriangan.

TEARSBREAKERWhere stories live. Discover now