PROLOG

1.1K 115 106
                                    

.

.

.

"AKU nikahkan dikau dengan puteriku, Aileen Miqaila Binti Mohamad Nazri dengan mas kahwinnya RM 500 tunai."

Iesyraf mengetap rahangnya. Wajah menegang.

"Aku terima nikahnya, Aileen Miqaila Binti Mohamad Nazri dengan mas kahwinnya RM 500 tunai."

Tangan Iesyraf basah dengan peluh. Tidak percaya apa yang telah berlaku.

"Sah?"

"Sah."

"Sah."

Serentak dengan ucapan Alhamdulillah oleh Tok Kadi, jantung Iesyraf berhenti berdetak.

Dia menghirup nafas sedalam - dalamnya. Mengumpul kesabaran dalam segenap tubuh.

Betapa indahnya tempat duduk pengantin lelaki itu berhadapan dengan perempuan yang dia pendam perasaan setelah sekian lama.

Betapa indahnya dapat bergelak tawa apabila jurukamera mengusik pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Betapa indahnya dapat melafazkan kata akad tadi dan Aileen Miqaila menjadi miliknya.

Iesyraf perlu terima realiti.

Yang dia bukanlah lelaki bertuah itu.

Dan sekarang hatinya sakit apabila lelaki itu mengucup dahi Aileen.

Jiwanya terasa separuh telah melayang pergi. Hanya jasad yang setia terpacak di bumi.

Mata Iesyraf melilar meneliti perbuatan ahli keluarganya. Kembar dan adiknya berkepit dengan suami dan isteri masing - masing. Sambil - sambil itu mereka giat mengusik pengantin baru.

Bagus. Desis hati Iesyraf. Tiada sesiapa hiraukannya. Dia mahu keluar dari tempat itu.

Senyap - senyap dia mengayunkan kaki keluar dari masjid itu. Kalau kekal di situ, hatinya yang telah hancur beribu tadi mungkin akan terbakar pula.

Dia perlu mencari ketenangan dan menghalang kesabarannya bertukar menjadi kemarahan.

Asyraf, kembar Iesyraf mencuit bahu Rayyan, kawan baik merangkap adik iparnya juga.

"Kau nampak Iesy keluar tadi?"

Rayyan angguk. "Nak pergi tengok ke?"

Walaupun tumpuannya lari, Asyraf kekal mendodoi anak kecilnya untuk terus lena. Dia mengangkat bahu bagi menjawab soalan Rayyan.

"Kau nak pergi ke?" soalan dibalas soalan.

"Nanti bini aku marah pula sebab lesap tiba - tiba." Rayyan menggentel karpet masjid. Gerun juga kalau dicubit oleh isterinya nanti.

"Anak aku baru tidur ni," ujar Asyraf memberi alasan sambil menunjukkan si kecil yang nyenyak tidur di alam mimpi. Bibirnya senyum kemenangan tatkala Rayyan mendengus.

"Adik kau bising kejap lagi, jangan salahkan aku." Rayyan menunding jari pada Asyraf sambil menjeling isterinya yang sedap berbual dengan Aileen. Tangan Asyraf menolak - nolak tubuh Rayyan supaya lelaki itu berdiri. Tanda menghalau.

Mulut Rayyan terkumat - kamit membebel protes. Baru sahaja dia hendak keluar dari masjid itu, kelibat ibu mertuanya keluar terlebih dulu menghentikan derapan kaki. Dapatlah dia lihat yang wanita separuh abad itu sedang mengikut jejak Iesyraf.

Rayyan memeluk badan. Terbatal niatnya untuk memujuk hati Iesyraf yang terluka.

Nasihat seorang ibu mesti lebih berguna, bukan?












TUBUH Iesyraf dari jauh juga sudah menyerlahkan betapa kecewanya anak sulungnya itu. Lelaki itu meraup wajah sebelum mengeluh berat.

Puan Aisyah mengambil tempat di sebelah Iesyraf. Bahu anaknya dibelai lembut.

"Kenapa umi ada dekat sini?" soal Iesyraf tanpa memandang Puan Aisyah. Dia berpaling ke arah lain lalu menyeka air matanya. Tidak mahu uminya risau.

"Iesy tu, kenapa ada dekat sini?"

Iesyraf ketawa perit. "Tak akan umi tak tahu."

Semua orang tahu. Semua orang tahu betapa tingginya harapan Iesyraf letakkan pada seorang Aileen Miqaila. Gadis itu belajar ke luar negara, Iesyraf tetap setia menunggu. Berapa tahun dibazirkan untuk menanti kepulangan Aileen, ini yang dia balas?

Berkahwin dengan lelaki lain.

Rapuhnya hati Iesyraf apabila adiknya memberitahu berita itu. Memanglah dia dan Aileen tiada apa - apa hubungan, tetapi gadis itu telah memberinya harapan!

Harapan yang dibuat untuk dipijak!

Iesyraf sakit!

Tanpa Iesyraf sedar, Puan Aisyah menarik dirinya ke dalam pelukan. Belakang badannya diusap penuh kasih sayang.

"Jangan tahan."

Dan akhirnya tangisan Iesyraf pecah semula. Dia menyembamkan muka pada bahu Puan Aisyah. Air mata berluma - lumba keluar.

"Kenapa dia buat Iesy macam ni?"

"Iesy nampak macam orang bodoh tau."

"Iesy sakit sangat, umi."

"Sampai hati dia buat Iesy macam ni."

Mendengar luahan anaknya, Puan Aisyah sendiri menahan empangan air di mata. Hati ibu mana tidak hancur apabila cahaya matanya menangis?

"Sabar, sayang. Semua benda ada hikmah."

"Tapi... sakit umi. Sakit sangat sangat."

Rambut Iesyraf dibelai. "Istighfar Iesyraf. Istighfar. Anak umi kuat kan?"

Iesyraf terdiam. Hanya tangisan dan lafaz istighfar yang beralunan di atmosfera mereka.

"Umi ajar satu doa ni, nak?"

Pelukan itu dileraikan. Iesyraf lap hidungnya yang berair. Bulat - bulat mata berairnya menanti sambungan.

Ibu jari Puan Aisyah menyeka air mata anak lelakinya. "Allahumma inni as-aluka nafsan bika muthma-innah, tu’minu biliqo-ika wa tardho bi qodho-ika wataqna’u bi ’atho-ika."

"Maksudnya?"

Puan Aisyah senyum. "Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang redha dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu."

Kepala Iesyraf terangguk - angguk mendengar bicara uminya. Dia menghadam kata - kata itu ke dalam otak yang tengah serabut.

Puan Aisyah meneliti setiap lekuk wajah sembam anaknya. Cukup jarang nak melihat Iesyraf menangis kerana Iesyraf seorang yang sangat ceria. Dia sentiasa tersenyum dan sering menghiburkan orang sekeliling. Seperti orang yang tiada masalah langsung.

Siapa tahu? Berapa banyak yang Iesyraf pendam dalam hati?

"Mesti buruk kan muka Iesy nangis?" Iesyraf ketawa sambil menyeka sisa air mata di pipinya. Puan Aisyah menggeleng menidakkan.

"Umi ulang doa tadi, boleh?" pinta Iesyraf.

Bibir Puan Aisyah menguntum senyum. Dia menggenggam kedua belah tangan Iesyraf.

"Mestilah boleh."

...






GRR HAI! PEKABA?

btw quick reminder, siapa yang baca L&H, di sini tiada wafa wafiyanggap mereka tidak wujud ya? okay bai~

TEARSBREAKERWhere stories live. Discover now