31 : Stay strong.

273 55 37
                                    

haha cak! yeay update khamis jumaat

.

.

.

PISTOL dipegang kemas. Iesyraf menjeling ke isi bangunan terbiar itu. Dia memberi Qays bahasa isyarat yang line clear untuk mereka masuk.

Mereka menyelinap dengan senyap. Sempat memastikan polis lain mengelilingi bangunan itu supaya tiada sesiapa dapat keluar.

Situasa di dalam lebih teruk daripada yang Iesyraf jangka. Botol arak bersepah - sepah menghiasi lantai dan meja yang berteraburnya daun terup. Ada juga kotak - kotak yang tersusun.

Qays mendekati kotak itu lalu diperiksa isi dalamnya.

Sepaket dadah dibawa keluar.

Mereka berdua berpandangan.

Qays menunding jarinya ke atas. Rentetan itu, dia menunjuk dirinya dan tunjuk ke lantai. Menandakan yang Iesyraf patut naik ke tingkat dua sementara dia teruskan pengawasan di sini.

Iesyraf mengangguk. Dia berjalan penuh berhati - hati dan terdengar derapan kaki. Anggota polis lain memasuki bangunan seperti yang mereka rancang.

Hanya tujuh orang yang mengikut jejak Iesyraf. Selebihnya bersama Qays.

Tangga didaki dan Iesyraf kekalkan tumpuannya. Perasaan gusar mahupun gerun tidak dapat mematahkan semangat kalau hala tujunya ialah Hana.

Dia perlu cepat dan peka supaya Hana berjaya diselamatkan.

Sampai ke tingkat dua, mereka berpecah. Empat ke kanan dan empat ke kiri.

Iesyraf dan tiga lagi polis bersamanya memeriksa setiap bilik. Tetap kosong tidak berpenghuni.

Ini menambah tanda tanya. Mengapa tempat ini seakan - akan kosong? Adakah samseng - samseng itu mengetahui rancangan polis? Siapa pula yang beritahu?

Ataupun ini sekadar kebetulan?

Tombol pintu dipulas.

Tiba - tiba seorang lelaki meluru ke arah Iesyraf dengan parang sebagai senjata!

"Hiyarghh!"

Tidak sempak mengelak, Iesyraf tergolek ke belakang. Dia menahan serangan itu dengan lengannya. Biarpun hujung mata parang itu mencucuk bahu, Iesyraf menggigit bibir supaya tidak menjerit.

Dia pantas menerbalikkan posisi mereka. Parang dirampas lalu diacukan pada leher samseng itu. Kakinya melutut betul - betul atas perut lelaki itu agar dia tidak mampu bergerak.

Iesyraf berbisik keras, "mana isteri aku?"

"Argh, lepaskan aku!"

Parang dirapatkan sebagai tanda amaran.

"Jawab soalan aku."

"Aku tak tahu!"

"Jangan jerit, bodoh."

"Argh!"

Iesyraf mengetuk kepala lelaki itu dengan tempat pemegang parang sampaikan dia pengsan. Sakit pula hati bila bercakap dengan orang tak faham bahasa.

Iesyraf mencapai semula pistolnya yang tercampak ke tepi. Dia memberi isyarat agar polis lain teruskan pencarian. Bahunya yang mengalirkan darah dibelek seketika.

Tidak sempat dia nak mengesat darah itu, bunyi senapang mencuri perhatian. Dengan pantas Iesyraf berundur ke belakang sampailah dia terlanggar polis lain.

Mereka serentak membetulkan kedudukan pistol. Bersedia. Pada masa yang sama cuba mencari tempat berlindung.

Pemilik senapang tadi menghilang.

TEARSBREAKERWhere stories live. Discover now