30 : No choice.

280 56 41
                                    

konflik tak berat pun don't worreh saya kan baik :>

.

.

.

"RELAKS Iesyraf! Kau fikir kau boleh buat apa masa marah - marah macam ni?!" Herdik Qays sambil mengikut Iesyraf yang berapi - api ke hulur - ke hilir.

"Relaks apa?! Isteri aku kena culik kau suruh aku relaks?!"

"Sabarlah! Fikir elok - elok! Bawa bertenang!"

"Macam mana aku nak bertenang?! Entah entah Hana kena dera ke apa, aku dekat sini kena duduk minum kopi dulu?! Macam tu?!"

Kolar Qays dicengkam.

"Itu isteri aku, Qays. Bukannya stranger," tutur Iesyraf dalam. Dalam matanya memaksa Qays supaya faham perasaannya.

"Aku tahu. Tapi relaks dulu. Kita fikir cara nak selamatkan Hana, siapa yang culik dia, okay?" Qays menggosok bahu Iesyraf yang turun naik sedari tadi.

Kolar bajunya dilepaskan kasar.

Dan jeritan Iesyraf bermaharajalela.

Dia terlampau kusut! Dengan menjerit sahaja boleh kurangkan serabut dalam kepala.

"Iesy..."

Telefonnya Iesyraf keluarkan dan segera dia menghubungi nombor Naufal.

Terus mati.

Dia mendengus. Nombor kembarnya pula menjadi sasaran.

Segera Asyraf memberi kerjasama dengan mengangkat panggilan itu.

"Asy, kau tahu apa jadi?"

"Mestilah. Ni kitorang dekat hospital."

"Fal ada?"

"Dia injured teruk. Nak cakap juga ke?"

"Bagi je, urgent."

Beberapa ketika sepi menanti Asyraf menyerahkan telefonnya kepada Naufal. Terfikir juga Iesyraf betapa teruk luka sahabatnya itu.

"Hello?"

"Fal! Tak lawaklah, Fal!" Sebaik sahaja mendengar suara serupa biri - biri penakut Naufal, Iesyraf terus melenting. Berharap sangat dalam hati Naufal hanya bergurau.

Tolonglah, dia tak kuat.

Mungkin sakit hati ditengking, Naufal membalas dengan nada sama tinggi. "Tak ada masa nak buat lawaklah! Studio tu diserang! Tiba - tiba ada ramai lelaki besar ganas masuk! Seram gila, Iesy! Dorang nak Hana, aku cuba lawan tapi dorang kuat sangat!"

Tergamam habis Iesyraf dibuatnya. Bertambah risau dengan keadaan Naufal. Sahabat sehidup semati, seorang cedera yang lain pun terasa sakitnya.

"Fa... Fal kau okay tak?"

"Okay. Luka sikit je."

Seterusnya, Rayyan pula melenting.

"Sikit apa?! Tangan kiri kau patah! Bahu kena terajang! Ni muka yang sedia hodoh ni pun makin cacat aku tengok!"

Dah kata Alpha sehati sejiwa, sehidup semati, kau terjatuh, aku gelak dulu baru tolong.

Bersungguh bunyi syy dari Naufal memarahi mulut becok Rayyan. "Jangan bagitahu dia nanti dia hilang fokus! Gelabah budak tu nanti kang mengamuk tak tentu pasal!"

Iesyraf terduduk di kerusinya. Dia menumbuk meja untuk melepaskan kemarahan di hati.

Riuh - rendah Naufal dan Rayyan bertekak kian lesap, agaknya Asyraf melarikan telefon supaya tidak menjadi mangsa pergaduhan itu.

TEARSBREAKERWhere stories live. Discover now