8 : Just let me love you.

440 77 94
                                    

ampun lambat update,  ada masalah teknikal *painful smile*

kenapa tajuk atas cam lirik lagu jimin—

anyway,  nah roller coaster kita akan menjunam ya sebab encik iesyraf kita suka buat kerja laju

.

.

.

SKIRT labuhnya Hana genggam erat. Menggigil habis tangannya. Selang beberapa minit dia menjeling di sebalik kereta - kereta di mana figura Iesyraf sedang berdiri.

Lelaki itu mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru cair. Lengan kemeja itu dilipat sampai ke siku. Bibir Hana lantas dibasahkan dengan zikir. Dia menghirup nafas dalam lalu memerhati Iesyraf kembali. Dia menyepak batu. Nampak seperti kebosanan.

Timbul rasa serba salah dalam diri Hana kerana membiarkan Iesyraf menunggu padahal dia telah sampai beberapa minit lalu. Sedang mengumpul keberanian untuk berjumpa Iesyraf, itu yang lama.

"Betul ke dia boleh tolong aku ni?" Soalnya kepada diri sendiri. Bukannya dia sengaja biarkan Iesyraf ternanti - nati, dia gementar sangat. Tidak percaya dengan janji lelaki itu tempoh hari.

"Kalau dia masukkan ayah dalam penjara macam mana? Kalau dia buat ayah masuk hospital ke? Kalau dia culik aku macam mana?"

Tersentak dengan fikiran sendiri, Hana menggelengkan kepala. Sebelum naluri perempuannya melencong lagi jauh, baiklah dia menghapuskan segala sangka buruk itu terlebih dulu.

"Husnudzon, Hana. Tak akanlah Iesyraf nak buat benda macam tu. Tak baiklah kau ni." Dia menampar diri sendiri.

Hana akhirnya keluar dari tempat persembunyiannya. Dia memejam mata dan bermain dengan jarinya agar bertenang. Setiap kali berjumpa Iesyraflah dia jadi tak tentu hala, rasa nak cabut lari menyorok dalam selimut pun ada.

Kaki mengorak langkah menuju kepada seorang Mr Tearsbreaker itu.

"Assalamualaikum, awak."

Mata Iesyraf tidak beralih dari batu - batu kecil, dia membekukan muka. Seterusnya, suara monotonenya kedengaran.

"Aku taken, dah blah."

Eh?

Dahi Hana berkerut seribu. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Tidak faham apa sebab Iesyraf menghalaunya.

"Awak, saya ni."

Iesyraf menjeling dari ekor matanya lalu dia tersenyum paling lebar hingga ke telinga.

"Kau rupanya!" Dia ketawa. "Aku fikir perempuan mana nak mengurat aku tadi."

Ya Allah. Mengucap Hana menenangkan hati yang terbit pelbagai idea buruk. Baru terfikir yang Iesyraf ajak mereka berjumpa sebab nak maklumkan yang dia telah berpunya dan mungkin teman wanita baru Iesyraf itu melarang Iesyraf dari berjumpa dengan Hana lagi.

Naya. Naya.

"Aww rindunya fallen angel aku ni! Comel macam selalu!"

Tergedik - gedik Iesyraf melompat kecil persis kanak - kanak teruja dapat gula - gula. Matanya tidak lepas dari lihat setiap lekuk wajah Hana yang berbalut beberapa pembalut luka.

"Comel apanya plaster sana sini." Hana tersenyum hambar. Lama pula luka di mukanya nak pulih, terpaksa pakai plaster agar Iesyraf tidak jijik dengannya.

"Comel je. Tak kurang pun."

"Kuat membodeklah awak ni."

"Aku puji ikhlas dari hati yang suci murni dan tulus ni tau. Hargai sikit," Iesyraf memberitahu lalu mengusap dadanya sendiri seakan - akan menghargai hati yang kononnya suci sangat.

TEARSBREAKERWhere stories live. Discover now