33 : You're nothing.

286 58 51
                                    

tashod la tajuk HAHAHA

.

.

.

DARI cermin di pintu wad Hana sahaja tempat Iesyraf asyik mengintai. Dia dilarang masuk oleh jururawat kerana kehadirannya membuatkan emosi Hana tidak stabil buat masa ini. Tadi pun Hana serupa orang histeria setelah nampak muka Iesyraf. Kecoh satu wad.

"Awak marah sebab saya tinggalkan awak ke? Sayang, saya dah cuba secepat mungkin nak selamatkan awak. Tolong jangan halau saya macam ni. Maafkan saya, sayang. Let me fix this."

"I don't want your apology."

"Hana, please."

"Keluar!"

"But you always asked me to stay."

"And now I'm asking you to leave. Get out!"

Perbualan ringkas yang masih segar terngiang - ngiang di cengkerang telinganya cukup menghiris hati Iesyraf halus - halus. Berat hati nak mengikut permintaan berupa desakan Hana itu tapi apalah daya. Kalau itu yang boleh buatkan Hana gembira, dia terpaksa relakan.

Walaupun keputusan itu merobek hatinya sendiri.

Dilihatnya, elok sahaja wanita itu berbual mesra dengan jururawat menandakan yang dia bukannya emosional terhadap semua orang. Nak kata dia tidak kenal Iesyraf pun jauh sekali kerana Hana seorang yang tak akan memaki orang yang dia pertama kali jumpa.

Andaian Iesyraf hanyalah satu. Hana marah kerana dia gagal menjaganya dengan baik dan turut gagal melindungi Tok Nabhan nun di sana. Mungkin juga isterinya terlampau sedih atas kehilangan datuk kesayangan.

Menurut Qays, yang dilantik menjadi pengawal keselamatan sementara Hana tadi, tiada sesiapa yang mencurigakan pun. Mustahillah Hana kena ugut seperti masa dia diculik itu pula.

Dalam mata Hana, Iesyraf nampak kemarahan yang diluahkan bukannya lakonan semata - mata. Penuh hasad benci yang tampak jelas di sinar wajah isterinya itu.

Apa sebabnya? Tidak diketahui.

Iesyraf memilih untuk berpegang pada anggapan yang Hana sedang kemurungan dan tidak sedar tindakannya tadi.

Dia cuba bersangka baik. Dia beri ruang untuk wanita itu bertenang.

Esok akan lebih baik daripada hari ini.

Agaknya.



















































BERTINGKAT - tingkat rasa menyampah Hana meningkat sebaik sahaja wajah Iesyraf menjadi tatapan pertamanya sejak tiba di lobi. Hendak pulang ke rumah memandangkan doktor membenarkan dia berehat sendiri.

Tajam dia menatap lelaki bergelar suaminya itu bercakap dengan penjaga kaunter ubat iaitu seorang perempuan. Perempuan itu nampaknya berminat dengan Iesyraf dari cara dia bersungguh menunjukkan ciri - ciri wanita Melayu terakhir.

Iesyraf buat - buat tidak nampak perempuan itu. Pandang sebelah mata pun tidak apatah lagi menjeling.

Hana berdecit.

Selepas membayar harga ubat, Iesyraf melangkah ke dobi semula. Kepala terteleng kiri dan kanan mencari seseorang.

Dan lelaki itu terhenti pada Hana dan automatik ceria riak wajahnya.

Hana meneguk air liur.

"Sayaaaaaaang!"

Dari jauhlah Iesyraf berlari ke arah Hana sambik mendepakan tangan, tidak peduli teriakannya menarik perhatian orang ramai.

TEARSBREAKERWhere stories live. Discover now