1 : Lost girl.

689 100 263
                                    

.

.

.

PASAR pagi yang sememangnya meriah dengan penjual menjerit memanggil pelanggan, ada yang memasang lagu sekuat - kuatnya untuk menarik minat orang ramai dan suara - suara pengunjung yang menambah kemeriahan itu.

"Iesy lapar!" Sebaik sahaja keluar dari kereta, Iesyraf mula merengek. Tangan uminya digoyang kiri ke kanan.

"Sebab tulah kita datang sini. Iesy fikir kita datang sini buat apa? Basuh pinggan?" balas Puan Aisyah bernada sarkastik. Tidak tunggu lama, dia mengheret Iesyraf ke gerai - gerai tanpa mempedulikan anaknya merungut perut kosong.

"Umi tak bagi Iesy minum air pun dekat rumah tadi, kebulur ni." Dia mencebik. "Kalau Iesy pengsan dekat sini, umi jangan buat CPR tau."

"Apa - apa jelah Iesy. Umi tinggal je Iesy dekat sini kalau Iesy pengsan."

Iesyraf terus menekap dadanya. Berlagak jantungnya ditusuk pedang dengan jawapan kejam Puan Aisyah. Dia membuat muka kasihan sambil menanti reaksi si umi.

Malangnya, Puan Aisyah sibuk membeli - belah sampaikan terlupa kewujudan anak sulungnya itu.

"Bagi bunga kobis tu, dik. Dengan lobak ni sekali ya?"

Iesyraf lambat - lambat berjalan ke arah Puan Aisyah. Dia berdiri di belakang uminya melihat apa yang wanita itu beli.

"Hari ni makan apa, umi?" soalnya lalu mengambil plastik dipenuhi sayur. Sukarela sendiri mahu membantu.

"Makanan."

Iesyraf pejam mata sekejap. Dia menarik nafas dalam. Sakit hati juga sebenarnya dengan jawapan loyar buruk Puan Aisyah namun dia hanya mampu bersabar.

Puan Aisyah tertawa.

"Umi nak masak tomyam. Suka tak?"

Mata Iesyraf terbuka luas. Dia berlari anak ke depan Puan Aisyah dengan senyum lebar.

"Serius ni, umi? Yeay yeay tomyam!" Tanpa rasa malu, lelaki itu melompat terkinja - kinja. Pandangan pelik orang sekeliling dia tidak ambil peduli.

Tidak padan dengan umur 28 tahun, perangai masih seperti kanak - kanak lapan tahun. Sudahlah kerjanya duduk di rumah saja, manja pula itu. Pening kepala Puan Aisyah dibuatnya!

Nasib baik Iesyraf itu jenis periang, boleh menceriakannya sewaktu ahli keluarga yang lain sibuk dengan hal dunia.

Tangannya dirangkul Iesyraf.

"Jom umi! Kita beli cepat, boleh umi masak cepat."

Puan Aisyah angguk sambil menguntum senyum.

Saat - saat mulut Iesyraf tidak duduk diam mahu berbual dengan Puan Aisyah, seorang lelaki asing berlanggar dengan bahunya. Bukan sahaja tidak mengucapkan maaf, sebaliknya lelaki itu menegur dengan sindiran pula.

"Bro, tak malu ke dah besar panjang pun berjalan pegang tangan mak? Kacau jalan orang je." tanyanya tanpa bertapis. Dia jongketkan kening seperti meperendahkan Iesyraf.

Puan Aisyah yang terasa dengan sindiran itu, cuba meleraikan pegangan tangan Iesyraf. Dia tidak mahu malukan anaknya. Bibir digertap. Berharap Iesyraf lepaskan rangkulan itu.

Namun lelaki itu makin eratkan lagi adalah.

"Kenapa? Salah? Waktu kecil je boleh pegang tangan mak?" balas Iesyraf dengan mata mencerlung tajam ke raut wajah lelaki biadap itu.

Lelaki asing itu ketawa pendek. "Bukan macam tu. Kau faham tak? Dah besar pun berkepit dengan mak. Patutnya belajarlah berdikari. Takde lifelah kau ni. Tak malu ke?"

TEARSBREAKERWhere stories live. Discover now