SPECIAL CHAPTER

507 61 154
                                    

tak plan pun nak buat ni tapi tulah, ada yang mintak saya turutkan aje <3

the longest chapter penuh dengan iesy hana dan trio tu je, kita happy happy okeh!

5K words anda tak komen vote saya goreng anda ^^

saya dah check dan tak nampak mana mana typo tapi tataula kalau mata anda lagi tajam dari saya so maafkan saya awal awal HAHAHA

BISMILLAH!

.

.

.

TAK sempat apa - apa lagi, lapangan terbang antarabangsa itu dihiasi jeritan nyaring dari si tiga kanak - kanak riang yang sedang mengejar seekor kucing.

"Kejar dia, Haidar!"

"Tengah kejarlah ni!"

"Meow! Meow!"

Kucing yang tidak bersalah pula bersungguh melarikan diri membelah lautan manusia. Hampir juga dia dilanggar kereta semata - mata nak mengelak tiga pemangsa yang kejam itu!

"Alah, terlepas." Haura tergaru - garu kepala setelah terlepas kucing disebabkan kereta yang sesak lalu kiri kanan.

"Jomlah pergi dekat mama... nanti mama cari kita kena marah," pujuk Haidir sambil menarik - narik jaket yang dipakai kembarnya. Dia serba - salah ikut Haidar dan Haura kejar kucing tadi takut tersesat. Orang sekeliling semua muka orang Inggeris dan Haidir pasti kalau dia minta tolong pun mereka tak akan faham.

"Haidir ni penakutlah. Tu sana tu mama papa," nafi Haidar seraya menunding jari pada kelibat mama papanya yang sedang berjalan ke arah mereka.

Iesyraf maju ke depan bersama tali yang kelihatan menyeramkan buat si tiga cilik.

Kid leashes. Mereka tak akan dapat bergerak bebas kalau Iesyraf pakaikan mereka benda itu. Serupa bawa anjing jalan - jalan.

"Pa... tak naklah pakai benda tu."

"Okay Haura janji Haura duduk diam."

"Papa pakaikan benda tu, Haidir culik mama!"

"Nanti sesat macam mana? Kena kutip dengan orang dekat sini lepas tu dorang campak korang dalam laut."

Habis menggigil kembar tiga itu lalu merelakan diri mereka dipakaikan kid leashes. Tak sanggup kena campak dalam laut.

Iesyraf tersenyum kemenangan. Dia menayang muka tidak bersalah buat Hana yang sedang menjegilkan mata.

"Apa?"

"Tak baiklah ugut dorang macam tu. Kita datang sini nak have fun tau, seram dah budak - budak tu."

"Nanti nampak laut, hilanglah takut dorang tu. Chill, sayang." Iesyraf tertawa melihat wajah cemberut Hana. Dia melihat sekekeliling. Setelah sekian lama mengumpul duit, akhirnya dapat juga dia jejak kaki ke pulau yang sangat popular akan laut yang jernih dan birunya. Demi ulang tahun perkahwinannya bersama Hana, dia sanggup.

Ke mana?

Pulau Bora - Bora.

Percayalah, pertama kali mendengar nama itu, Iesyraf bantai gelak guling - guling sampai jatuh katil. Namun selepas melihat sendiri gambar - gambar pulau itu dia sendiri melompong mulut kagum.

"Itu van kita."

Sambil - sambil menaiki van sewa itu dan Iesyraf sibuk masukkan bagasi mereka ke dalam bonet kerana isteri dan anak - anaknya lepas tangan. Hana pula mengambil peranan pakaikan tali pinggang keledar untuk tiga si hiper.

TEARSBREAKERWhere stories live. Discover now