17 : Trust him.

287 62 15
                                    

saya tak update waktu class online :>
dan saya double update.
abaikan typo HAHA

.

.

.

SALAM kedua diberi. Hana meraup mukanya. Justeru itu matanya melilar ke segenap penjuru bilik lama Laila yang menjadi biliknya sementara. Terasa asing dengan atmosera baru ini. Semuanya seakan - akan janggal, sukar untuk Hana menyesuaikan diri.

Datuknya pula yang terlebih mesra. Kehadirannya disambut dengan senang hati oleh ahli keluarga Iesyraf. Sewaktu Hana pulang tadi, dia ternampak Tuan Syakir dan Tok Nabhan bersembang kencang biarpun perbezaan umur mereka. Sekali pandang, tak nampak macam Tok Nabhan itu orang luar.

Kedengaran suara nyaring Dahlia dari luar. Seterusnya disambut dengan gelak ketawa orang lain. Bahagia.

Apa erti bahagia?

Sepasang mata Hana jatuh pada fabrik putih yang menbalutinya. Di atas sejadah ini, bibirnya melafazkan kata cinta buat Yang Satu. Biarlah di luar sana yang lain bergembira dengan anugerah dunia, Hana di sini mahukan cinta Dia. Dia yang bersamanya sejak azali, yang bersamanya tika semua manusia menolaknya ke tepi, yang membuang air matanya tatkala hati tidak mampu lagi memendam rasa.

"SubhanAllah, walhamdulillah, wa la ilaha illahallah, wallahu akbar." Dan diulang. Alunan zikir itu gemersik mengikut masa yang berdetik di angkasa.

Adakah ini bahagia?

Saat hanya ada kau dengan Tuhan?

Hana kembali ke masa lampau, kenangan yang kekal dan tidak akan hilang daripada kotak memorinya.
































DULU, sewaktu Hana masih seorang budak kecil yang baru nak mengenal dunia mengintai ke dalam bilik mamanya senyap - senyap. Dia lihat mama sedang duduk di atas sejadah.

Bahu tenangnya mengikut rombakan dada. Mama menatap sejadah sambil berkata sesuatu. Telinga Hana tidak menangkap apa yang dibaca mamanya namun dia tetap tertarik. Suara mama... sangat merdu. Bagaikan mitos Siren yang menghanyutkan pelayar di laut dengan melodi menggoda mereka.

Terlampau leka dengan irama itu, tidak sengaja tangan kecil Hana tertolak pintu. Menghasilkan bunyi yang menghentikan bacaan mamanya.

Hana kaku tidak bergerak. Sekadar matanya yang membulat dek terkejut. Dia memandang pintu dan mamanya bersilih - ganti.

Mama Hana tersenyum nipis, dia menghulurkan tangan. "Sini."

Terkedek - kedek Hana berjalan sambil jarinya menggentel hujung baju. Rasa bersalah kerana mengganggu. Bibirnya mencebik ke depan.

Tiba - tiba satu tangan melingkar pinggangnya dan celik mata sahaja Hana telah berada atas riba mamanya.

"Kenapa Hana tak masuk je?" Soal mama Hana sambil membelai rambut anaknya penuh lemah - lembut. Dia mengalihkan beberapa helaian rambut yang menutup wajah Hana ke belakang.

"Nanti kacau mama..." Hana menunduk kepala. Dia menggentel telekung mamanya pula. Apa yang dia dapat selepas berkata begitu ialah satu kucupan di dahi.

"Hana tak akan pernah kacau mama." Pipi kemerahannya dibelai. "Hana kan buah hati mama."

Berbunga - bunga hati si kecil setelah dia mendapat kucupan mamanya. Hana memang suka bermanja dengan mama sampaikan setiap masa dia mahu melekat sebelah mamanya. Mama sangat penyayang dan tidak pernah marah kalau dia ada buat silap. Sentiasa gulakan Hana dengan kasih sayang.

TEARSBREAKERWhere stories live. Discover now