22 : Treat you better.

367 59 58
                                    

tadaa double update hoho

.

.

.

"AWAK memang suka buat surprise kan?"

Seperti hari - hari lain, hari ini juga dimulakan dengan Hana mempersoalkan apa sahaja tindakan Iesyraf. Kalau dah perangai suaminya itu suka buat perancangan mengejut. Tiba - tiba dia dikejutkan bangun tidur, tiba - tiba dipaksa pakai baju lawa - lawa, tiba - tiba diheretnya ke kedai makan untuk sarapan, tiba - tiba sampai KL, tiba - tiba mereka sudah berada dalam Menara Berkembar Petronas.

Semua tiba - tiba.

Sesungguhnya Hana tidak tahu apa - apa.

"Seronok tengok muka clueless kau," balas Iesyraf sambil menanggalkan headphone lalu gantungkan pada batang lehernya. Dia setia memimpin tangan Hana mengharungi lautan manusia.

Hana membatukan kakinya sekali gus menghentikan mereka berdua.

"Sekarang kita nak pergi mana ni?"

"Nanti tak surpriselah. Ikut je aku." Iesyraf cuba menarik Hana tapi isterinya itu berdegil. Dia masih keraskan badannya sambil mata menikan mata Iesyraf.

"Jomlah," pujuk Iesyraf sedikit terdesak. Agak terkejut juga kekuatan Hana melawan daya tarikannya, ataupun hanya dia yang tidak menarik dengan bersungguh.

"Oh, degil..."

Hana langsung menelan air liur. Kenal sangat kalau Iesyraf telah meleretkan suaranya dengan nada nakal, itu tanda tidak baik.

Dia mengekalkan ekspresi kosongnya.

Jurang antara mereka didekatkan. Iesyraf menarik tangan Hana yang digenggamnya secara tak langsung tubuh mereka berlaga bersama. Dia merenung tepat ke dalam mata si isteri lalu berbisik dengan suara husky, "nak aku dukung bridal-style ke nak aku cium dulu baru reti nak jalan? Pilih, pilih. Nak dua dua pun boleh. The pleasure is all mine, Chipsmore."

"Gatal!"

Serentak Hana menjelirkan lidahnya, dia pula yang mengheret Iesyraf dan maju ke depan. Merah menyala muka bila diusik di tempat awam!

Suara lelaki itu ketawa keji dari belakang mendayu - dayu.

Hana beristighfar dalam hati, kalau dibuka gelanggang WWE di sini, berdosalah pula hantar suami sendiri ke wad ICU.

Susah, susah.

Tidak sampai seminit, Iesyraf telah samakan gerak langkah mereka. Dia memeluk bahu Hana rapat. "Marah ke tu, sayang?"

"Diamlah."

"Tak baik masam muka dekat suami."

Sahlah Hana tidak akan menang bertikam lidah dengan Iesyraf, dia menjeling suaminya buat kali terakhir lalu bibirnya mengulum senyum manis.

"Yalah, suami saya yang gatal tak kira masa ni. Nasib sayang kalau tak dah kena cubit tau," tutur Hana disulam ugutan mesra. Dia mencuit hidung Iesyraf yang tersengih kerang busuk.

"Aduh, comelnya Chipsmore Iesy ni senyum." Iesyraf menyentuh dadanya penuh dramatik. "Senyumlah selalu. I feel okay when I see you smile..."

"Dah, tak payah menyanyi. Nanti ada yang bagi duit fikir awak mengemis."

"Okay tu kejam."

Mereka berdua tergelak.

Iesyraf memerhati sekeliling. Mujur dia dilahirkan sebagai seorang yang tinggi, mudah mencari di mana hala tuju mereka yang sepatutnya. Tak adalah terbantut macam orang sebelah yang semestinya tidak tahu pun di mana mereka berada sekarang. Ramai orang.

TEARSBREAKERWhere stories live. Discover now