27 : Meow, meow!

325 60 42
                                    

a veryyyyy long chapter, taklah sepanjang waktu dorang kahwin tapi banyak scene

hakue edit check typo pun penat scroll

takziah iesy cringe di bawah

.

.

.

LAMA Iesyraf merenung gambar semalam. Puas dia memerah otak untuk bekerja lebih keras untuk merungkaikan kod itu. Tidak mahu membiarkan pakar IT sahaja yang membuat kerja manakala dia senang - lenang goyang kaki.

"Yo."

Tiba - tiba kepalanya terasa dihempap sesuatu yang suam. Iesyraf mendongak ke atas.

Qays menjongketkan sebelah keningnya menanyakan apa Iesyraf sedang buat. Sempat dia menghirup kopi yang baru dibancuh tadi.

"Kau pergi mana tadi?" Aju Iesyraf seraya memusingkan kerusinya menghadap meja Qays.

"Tengok suspeks."

"Buat apa? Bukannya dia nak buka mulut pun kalau kau lawat dia setiap hari."

"Diamlah. Janji aku buat kerja." Qays menjeling Iesyraf sekilas. "By the way, macam mana Hana semalam?"

"Kau tahu tak? Aku punyalah gelabah kalau dia cedera ke apa, rushing balik dah tak kisah kena saman. Balik - balik tengok dia sedap tidur."

Pecah tawa Qays!

"Itulah kau! Tak menyabar lagi!"

"Siapa tak sayang bini, bro? Kau tu single tak faham perasaan aku."

"Aku single aku bahagia. Daripada kahwin nanti, banyak masalah je. Orang nak rampaslah, tak percaya sesama sendirilah, gaduh setiap hari. Buat sakit kepala," hujah Qays menyatakan sebab - sebab dia tidak mencari jodoh dan lebih fokus pada kerja. Selamba benar mukanya, lupa agaknya kawan di depan itu baru masuk ke alam perkahwinan. Masih aman - damai tiada duri.

"Too much drama," tukas Iesyraf lalu menatap skrin telefonnya semula. Cuba beriak yang dia tidak ambil peduli kata - kata Qays.

"Aku bukannya nak takutkan kau, Iesy... tapi bersedia jelah. Tak ada perkahwinan yang tak ada ujian," tambah Qays sambil mendekati meja kerja Iesyraf. Dia menongkat kepala.

"Aku tak takutlah."

"Ya ke?"

Tersentak Iesyraf. Dia menggigit bibir bawahnya.

Bohonglah kalau dia tidak termakan bicara berupa pesanan Qays itu. Dengan mata sendiri dia menjadi saksi ujian dunia perkahwinan Rayyan dan adiknya, Laila. Malah dia sendiri mengaku yang dia tidak mahu perkara sama berlaku padanya. Terlampau sakit meskipun sekadar melihat.

Scream, tears and all.

Yang lagi menakutkan Iesyraf ialah, ujiannya akan lebih teruk daripada Rayyan. Lagi - lagi dia seorang pegawai polis yang mempunyai musuh keliling pinggang.

Chipsmore yang tersedia depan mata dilahap rakus.

Gelisah.

"Woi, palau aku!"

Bahu Iesyraf tidak semena - mena ditampar! Bulat mata bundarnya mempersoalkan tindakan Qays itu.

"Aku punya panjang bebel, kau boleh makan Chipsmore?" Luah Qays sebal. "Chipsmore tu lagi penting daripada aku?!"

"Mestilah. Obvious kan?" Tanpa berfikir panjang, Iesyraf menjawab sambil tersenyum sinis.

Jangan lupa hobi dia ialah buat Qays mengamuk.

TEARSBREAKERWhere stories live. Discover now