12 : Iesyraf vs Ayam.

319 66 38
                                    

tajuk pun HAHAHAHA

.

.

.

TERLENTANG Iesyraf di ruang tamu atas sofa. Tergelincir matahari tak dilindungi awan membuatkan suhu di bumi lebih panas, jam menghampiri pukul lima dan Iesyraf sudah menunjukkan simptom akan mati kebosanan.

Dahlia yang meniarap di atas dadanya ditatap seketika. Si kecil setia dari tadi memicit - micit anak patung kucingnya. Entah apa yang dia dengki sangat dengan patung itu, habis dicekik ditumbuk. Nasib baik Iesyraf menghalang sahaja, kalau tak selamat sudah kepala patung itu masuk ke dalam mulut Dahlia.

"Daisy sayang, awak tahu tak bapak awak tu tak guna?" Iesyraf menjulang tubuh Dahlia tinggi ke langit. Gadis kecil itu melepaskan patungnya lalu mendepa tangan, teruja dapat terbang.

"Patutnya dia tolong uncle minta restu atok Cikgu Hana tu, last last dia pula pergi melepak dengan Tok Nabhan. Tak guna kan dia?" Adu Iesyraf lagi penuh syahdu. Macamlah Dahlia yang faham bebelannya.

"Mama awak pun sama tak guna. Dia bawa lari Chipsmore uncle. Nak dating pun tak boleh." Iesyraf daratkan Dahlia di mukanya. Dia sembamkan muka pada perut Dahlia lalu mengeluh.

Dahlia ketawa kegelian.

Iesyraf bangun dari pembaringannya, dia tersenyum melihat Dahlia begitu ceria walaupun ditinggalkan ibu bapanya. Mudah dia nak jaga.

"Cakap pasal Chipsmore, alang - alang mama awak tak ada ni, jom teman uncle makan?" Beg yang tersadai di tepi sofa diselongkar dengan sebelah tangan. Iesyraf tercari - cari biskut kesayangannya itu.

"Tadaa!" Biskut itu ditayang depan mata Dahlia. Sengaja Iesyraf memancing minat gadis kecil itu. Bukan selalu dia dapat menyuap Dahlia, selalu mesti dekat sikit mulalah Liyyan terpekik - terlolong melarang itu ini.

Fikir dia tak pandai jaga bayi agaknya.

"Uncle suap eh?" Sekeping biskut coklat itu dipatahkan kecil - kecil. "Daisy sayang, tengok sini."

Membulat mata Dahlia yang sedia bundar mencari tangan Iesyraf. Saat bertemu dengan Chipsmore itu, Dahlia memanjangkan tangannya. Nak makan!

"Aaa, aaa," arah Iesyraf sambil dia sendiri ikut ternganga. Biskut itu digoyang - goyangkan agar Dahlia mengikut arahannya.

"Kapal terbang nak masuk," dia mengajuk bunyi kapal terbang sambil membawa biskut di tangan terawang - awang di udara sebelum menghampiri mulut Dahlia.

Dahlia? Jangan tanya, meleleh - leleh air liur menanti biskut itu menyentuh bibirnya. Dengan mama tak akan pernah dapat makan makanan begini. Asyik - asyik susu, Dahlia bosan!

"Aum." Kapal terbang berjaya mendarat dengan selamat. Iesyraf tersenyum puas melihat Dahlia sibuk mengunyah biskut itu sambil menggoyangkan kakinya ke depan dan belakang dengan bersemangat sekali.

"Good girl." Rambut Dahlia diselak ke belakang supaya tidak masuk ke dalam mulut si kecil. Iesyraf menggapai lagi satu potongan kecil Chipsmorenya.

"Nak lagi? Sedap kan?"

Ini kalau dapat tahu ke telinga Najmina dan Neil, mesti mereka berdua mengamuk besar. Dengan mereka, punyalah Iesyraf kedekut tak nak kongsi walaupun sekeping Chipsmore itu. Dengan Dahlia, boleh disuap lagi!

Ini tidak adil!

"Daisy daisy, look here. Kapal terbang lagi."

Percayalah kebahagiaan Iesyraf tidak bertahan lama. Tengah seronok dia menyuapkan Dahlia biskut, terasa ada sesuatu menusuk - nusuk belakang kepala.

TEARSBREAKERWhere stories live. Discover now