20 : A threat?

371 67 31
                                    

semakin hari saya semakin fedap letak tajuk kat atas hm

btw chap pendek je, orang nak exam dipaksa study nanti kena sebat ngan mama ")

.

.

.

Tegang atmosfera satu keluarga Tuan Syakir di meja makan. Sarapan yang tersedia kelihatan tidak menyelerakan langsung, aroma dia yang awalnya menusuk hidung tidak lagi menggoncang nafsu makan.

Pembetulan, hanya Hana sahaja yang berasa begitu. Dari tadi dia tidak mampu mengangkat kepala dan menikmati sarapannya.

Di sisinya Iesyraf, kekal selamba berborak dengan ahli keluarga yang lain. Dalam hingar - bingar itu, dapat Hana rasakan aura gelap dari lelaki itu. Salah satu sebab dia kemurungan di pagi hari.

Keadaan itu berterusan sampailah semua habis makan. Hana juga licin pinggannya setelah ditegur Puan Aisyah. Tatkala seorang demi seorang meninggalkan meja makan, Iesyraf meletakkan tangannya atas peha Hana. Menghalang isterinya daripada ikut beredar.

"Lambatnya Iesy makan, selalu dia first siap," usik Tuan Syakir sambil meletakkan pinggannya di kabinet. Tangan dilap pada tuala yang tersedia. Sudah menjadi tabiat tidak meninggalkan pinggan kotor di sinki.

Pada masa yang sama, matanya ralit memerhati pasangan baru itu. Sedikit hairan kerana mereka berdua tidak semesra selalu.

"Kan Hana yang masak kali ni, kenalah nikmati betul - betul." Iesyraf tersenyum nipis sebelum dia membuat gaya makan gerak perlahan. Sengaja dia melebih - lebih aksi mengunyahnya bagaikan seorang model sedang membuat komersial.

"Berbunga sangat isteri Iesy tu, sampai terdiam ha."

Hana tersentak apabila ayat Tuan Syakir tertuju padanya. Dia merespon dengan senyum segaris sahaja. Ketawa palsu lahir bagi menutup betapa dia gerun duduk di sebelah Iesyraf kini.

Tuan Syakir meninggalkan suami isteri itu di dapur. Barangkali ingin meminta kasih sayang dari isterinya pula.

Diam. Sunyi - sepi.

Iesyraf menghabiskan nasi gorengnya tanpa sebarang suara. Dia meneguk air sekilas lalu berdiri ingin membasuh pinggan.

Hana yang memang sudah lama menghabiskan makanannya kekal duduk. Senyap - senyap dia berdoa dalam hati supaya Iesyraf terus pergi, teruskan sesi membisu. Dia takut nak bersoal jawab jika Iesyraf dalam mod serius begini.

Pili air ditutup.

Iesyraf bersandar pada sinki dan dia memeluk tubuh.

"Now, explain." Monotone.

Kejung sebentar tubuh Hana. Dia bersimpati dengan nasib diri sendiri yang sentiasa malang.

"Explain apa?"

"Last night."

Hana menghembus nafas lelahnya.

"Ya, Nawaz tak pernah sentuh saya."

Itulah yang menjadi punca ketegangan Iesyraf dan Hana. Pelbagai persoalan timbul di kepala Iesyraf setelah berlalunya malam tadi.

"Serius? Aku tahu dia tak suka kau, tapi tak akan tak sentuh sikit pun?"

Hana menggeleng perlahan. Dia masih berdebar - debar. Gerun kalau - kalau Iesyraf berasa tertipu. Mungkin lelaki itu sudah sedia mental untuk menerima kekurangannya. Konon yang dia ialah 'barang second hand', bukannya perawan lagi.

TEARSBREAKERWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu