24 : You bake, I shake.

310 62 72
                                    

.

.

.

PETI sejuk menjadi tatapan pertama Hana sebaik sahaja dia memasuki dapur. Sticky note yang tertampal dibaca dengan seribu kerutan di dahi.

     Saya keluar dengan Qays tau,
     kitorang breakfast dekat luar. Jangan
     cari saya satu rumah pulak. Tata~

     Iesyraf yang comel terlajak laris auch!

Terbatuk - batuk Hana sebelum dia memerhati sekeliling. Terbeliak luas matanya hampir terkeluar dari soket.

Macam mana Iesyraf tahu yang dia mencari satu rumah tadi?!

Menyeramkan.

Hana menggeleng kepala menghalau segala idea seram daripada menyelinap masuk ke dalam kepala. Baiklah dia menuruti permintaan perut yang berbunyi minta diisi.

Malas mahu memasak kerana dia seorang sahaja yang akan melahap, Hana sekadar membakar roti. Nasib baik dia mengajak Iesyraf membeli barang dapur semalam.

Roti digigit hujungnya sambil Hana melayari resepi dalam internet.

"Lama tak baking, nak masak apa eh?" Gumamnya lalu meletakkan telefon atas meja. Mata masih terpaku di skrin manakala tangannya menyapu serbuk - serbuk roti ke atas pinggan.

"Donat jelah, senang. Okay cun." Keputusan dibuat, Hana tersenyum - senyum sendiri. Tidak sabar mahu mulakan sesi memasaknya. Hobi yang telah lama tidak dibuat dek sibuk menguruskan itu ini.

Tiba - tiba resepi yang terpapar hilang dan satu panggilan masuk. Bergetar telefon meminta Hana mengangkat panggilan itu.

"Eh atoklah!" teriak Hana keriangan lalu sepantas kilat dia menjawab. Speaker ditekan dan berleluasalah suara Tok Nabhan seisi dapur.

"Assalamualaikum tok. Dah sampai Terengganu ke tu?" Hana membuka perbualan terlebih dulu. Dia mencapai apron yang turut dibeli semalam. Lengan baju dilipat sampai ke paras siku.

"Iyalah. Baru sampai."

"Hilang rindu tak dekat si Rembo tu?" Seloroh Hana teringat alasan utama Tok Nabhan beria nak pulang ke kampung halaman.

"Hampeh. Dia buat buat tak kenal atok."

Terburai tawa Hana. Bukannya tak kenal ayam seekor itu kadang - kadang diva terlebih.

"Asyraf ada dekat situ juga ke?"

"Ada orang seru ke?!" Baru disebut nama, sudah muncul tuan badan. Lebih kuat suara Asyraf daripada Tok Nabhan tadi. Barangkali dia menjerit betul - betul di sebelah telefon.

Hana tertawa kecil. "Terima kasih hantar atok saya tau."

"Atok kau, atok akulah juga. Kan atok kan?"

"Cucu baru atok ni!" Tok Nabhan menyahut.

Kedengaran gelak tawa dua lelaki itu dari hujung panggilan.

"Amboi atok, dah ada cucu baru terus lupa Hana. Kecik hati," rungut Hana lebih kepada gurauan. Dia mengeluarkan semua bahan - bahan untuk membuat donatnya.

"Sibuk nak dengki dengan aku. Kau dah curi kembar aku, aku curilah atok kau," tukas Asyraf.

Hana dapat bayang wajah selamba lelaki itu mengejeknya. Dia menggeleng kepala. Sama sangat dengan perangai Iesyraf. Suka mengusik orang.

"Cakap pasal Iesy, mana dia?" Asyraf bersuara lagi.

"Keluar dengan kawan dia."

"Yang mana?"

TEARSBREAKERWhere stories live. Discover now