14 : Putera Nawaz.

328 62 50
                                    

.

.

.

LANGSIR diikat. Menampakkan matahari yang tegak berdiri tetapi orang di bilik ini masih berdengkur diulit mimpi. Kalau tidak dikejut, silap haribulan sampai ke petang mereka tidak bangun.

Hana bercekak pinggang sambil merenung dua manusia pemalas di depannya.

"Bangun! Bangun!"

Asyraf terus bergolek ke tepi. Dia meniarap sambil menggosok matanya. Terganggu mimpi dengan cahaya dan bahang daripada matahari. Dia pandang ke kiri dan ke kanan dengan mata separa tertutupnya. Keliru di mana keberadaannya.

"Bangunlah, bangun. Dah pukul sepuluh lebih," kejut Hana lalu dia menutup suis kipas. Berharap dapat menggerakan sepasang kembar itu.

Asyraf mengangguk kepala persis anak kecil. Dia meraba - raba meja mencari kaca matanya. Sempat menggeliat sedikit. Lenguh badannya kerana tidur terlampau lama.

Lain pula si Iesyraf. Kekal tenang terlentang tidak bergerak atas katilnya. Panas tidak mampu mengejutkannya apatah lagi kalau disuluh lampu tepat ke mata.

Kemungkinan besar, bom meletup dekat sebelah pun dia tak akan bangun.

"Kembar awak tu tidur mati ke apa?" Soal Hana pada Asyraf yang bangun dan mencapai tuala yang disangkutkan atas kerusi. Terhuyung - hayang lelaki itu mendekati pintu. Mamai.

Dia menjeling Iesyraf sebentar, mengikut soalan Hana tadi.

"Itu dah mati dah tu," ujarnya mendatar lalu keluar dari bilik.

Tergelak Hana mendengar. Dia menarik selimut dari pelukan Iesyraf. Mujur lelaki itu bukannya jenis tidur tidak memakai baju. Naya mata Hana tercemar di pagi hari.

"Bangun, wak."

Lelaki itu berpusing ke tepi. Bantalnya ditarik menekup telinga. Tidak sampai beberapa minit, bantal itu juga dirampas Hana.

"Bangunlah!"

"Tak nak..." Serak - serak basah suara Iesyraf berdalih. Tangannya terawang - awang di udara mencari bantal yang melarikan diri.

"Cepatlah, saya nak ajak awak pergi jalan - jalan," pujuk Hana lagi lalu mencampakkan bantal Iesyraf ke hujung katil. Dia bergerak mengemaskan katil Asyraf. Sesekali dia mengerling ke arah Iesyraf kalau - kalau lelaki itu mengalah.

Semestinya tidak. Dia boleh terlena lagi. Rela tidur tanpa bantal atau selimut.

"Iesyraf!"

Dia membalas dengan bunyi hmm. Lengan mengganti bantal untuk menutup matanya. Rasa tak selesa apabila badannya kepanasan, puas berpusing sana sini. Tetap sama.

Hana tidak melenting. Dia menarik nafas dalam sebelum melutut sebelah katil Iesyraf. Dia berdehem sebelum menggunakan cara lain untuk mengejut si pemalas.

"Bismillahirrahmanirrahim..."

Iesyraf diam. Mungkin sudah tertidur kembali.

"Yassin..." Hana memanjangkan leher, mengintai respon Iesyraf. "Wal quranil hakim."

Dia menguatkan bacaannya, "innaka laminal mursalin."

Iesyraf mula tidak senang duduk. Dia seakan - akan cuba memahami situasi tanpa membuka matanya. Barangkali takut buka - buka mata, dua malaikat sedang menanti.

"'Alaa siraatim mustaqeem."

Hana berdiri semula. Dia tersengih. Bacaannya tidak akan berhenti sampailah Iesyraf bangun, biarlah dia kena baca seluruh surah Yassin itu pun.

TEARSBREAKERDär berättelser lever. Upptäck nu