3 : Retold of Alpha.

505 80 79
                                    

.

.

.

PENUMBUK Iesyraf hinggap di punching bag peribadinya. Ditumbuk lagi dan lagi bagaikan tiada penghujung. Segala amarah dan emosinya dilepaskan pada punching bag itu.

Tumbuk!

Tangannya diayunkan sedikit. Lenguh menguasai dek hampir 10 minit dia hanya menumbuk benda itu tanpa henti. Baju tanpa lengan berwarna hitamnya juga sudah lencun dibasahi peluh sama seperti leher dan rambutnya.

Rambut diselak ke belakang. Menjelaskan iris matanya yang tiada cahaya. Kelam. Gelap.

Iesyraf mencerlung tajam pada punching bag itu dengan penumbuk yang sedia ingin dilancarkan. Segala rasa bengang, tidak puas hati, sedih yang bercampur - aduk ditumpukan di buku limanya dan...

Tumbuk lagi!

Itu sahajalah yang dia mampu buat pabila ada sesuatu yang mengganggunya.

Ya, minda Iesyraf sedang terganggu dengan kemunculan Aileen dalam hidupnya semalam. Luka yang lama terbuka dan bernanah kembali.

Penumbuk Iesyraf membedil punching bag itu lagi!

Rasa sakit di jiwa, dia keluarkan.

Tok! Tok!

Iesyraf terhenti. Dia menjeling pintu biliknya. "Siapa?"

"Laila ni."

Sepantas kilat Iesyraf menanggalkan sarung tangan tinjunya dan mencapai tuala untuk sembunyikan badan yang bermandikan peluk.

Tombol pintu dibuka. Senyuman comelnya dikuntum kepada si adik.

"Ya? Adik abang nak apa?"

Tidak terus menjawab soalan, Laila meneliti tubuh abangnya atas bawah dengan dahi yang berkerut.

"Kenapa abang berpeluh?"

Alahai, kantoi!

"Panaslah."

Laila mengintai ke isi bilik abangnya. Melihat sarung tangan tinju terdampar di lantai, Laila spontan mengeluh kecil.

"Something bothering you?"

Gelengan menggantikan jawapan. "Abang practise boxing je."

"Abang tahu abang boleh cerita dekat Laila."

"Eh, nak cerita apa? Abang okaylah!" Iesyraf melebarkan lagi senyum untuk meyakinkan Laila. Dia mencengkam bahu adiknya dan menolak ke belakang. Pintu bilik ditutup.

"Adik abang nak apa sebenarnya ni? Siap bertudung lagi, nak keluar ke?" Dia cuba mengubah topik. Mahu lenyapkan topik yang tak nak dibincangkan. Iesyraf rela pendam daripada meluah, kerana itu lebih mudah dibuat dari menerangkan perasaannya.

"Nak ambil Mina dari sekolahlah." Jam telefonnya ditilik seketika menunjukkan hampir mencecah pukul satu. "Abang nak order apa - apa tak? Chipsmore ke..."

Saat Laila mengangkat muka memandang Iesyraf semula, lelaki itu telah lesap. Laila lantas menoleh ke kiri dan kanan mencari keberadaan abangnya.

"Abang Iesy?"

Pintu bilik terbuka kembali. Iesyraf lengkap memakai jaket kulit dan rambut basahnya dibalut dengan topi. Bau badannya juga tidak sebusuk tadi cuma diganti dengan haruman cinammon.

"Nak ikut!"









"MAMA!"

Najmina melompat kegirangan apabila Laila menyambutnya dari tadika. Laila memberi anaknya pelukan ringkas sebelum dirinya didatangi Hana.

TEARSBREAKERWhere stories live. Discover now