32 : This is not what I wanted.

279 55 48
                                    

nah nah, saya hidang konflik, anda menjamu keseksaannya—

.

.

.

LAUK tawar yang disediakan hospital dikuis - kuis dengan hujung sudu. Muram sahaja wajah Iesyraf memerhati makanan itu. Dia tiada selera.

Lagi - lagi ada mahluk hijau dalam lauk itu.

"Umi, Iesy nak tidurlah..." ujarnya penuh penipuan semata - mata nak melarikan diri daripada makan sayur.

"Habiskan sayur tu."

Cis, taktik tak menjadi! Iesyraf memuncung ke depan.

Sayur hospital itu langsung tidak tertelan. Tawar sangat. Bukannya dia memilih makan!

"Tak seleralah, umi."

"Makanlah, Iesy. Bagi tenaga sikit. Hari tu Iesy tak tidur, semalam pergi tembak - tembak pula, hari ni rehatlah. Makan," pujuk Puan Aisyah risau melihat anak lelakinya yang tiada beza dengan mayat hidup.

"Iesy nak Hana..."

"Kan doktor tengah periksa dia. Sabarlah."

"Kalau keadaan Hana lagi teruk daripada Iesy macam mana?" Soal Iesyraf dan dia bawa kesedihannya kepada Puan Aisyah. Tercebik - cebik bibir menahan air mata. "Iesy dah gagal sebagai suami ke, umi? Iesy tak jaga Hana elok - elok. Kalau Iesy tak tinggalkan dia..."

"Tak baik cakap macam tu," tukas Puan Aisyah laju. Percayalah dia lebih berduka melihat cahaya matanya bersedih. Di depan matanya bukan Iesyraf yang selalunya seorang yang ceria dan positif.

"Allah uji Iesy dan Hana tu."

"Tapi Iesy gagal. Orang tu sentuh Hana. Hana kena pukul. Hana, umi, Hana... Kesian Hana. Dia tak salah," rintih Iesyraf lagi. Baginya, ini semua salah dia. Hanya sebab dia cuai sedikit, Hana yang menerima tempias.

"Tak baik mengeluh. Allah uji sebab sayang. Tanpa ujian, Iesy tak akan jadi kuat," bidas Puan Aisyah lagi. Dia menekup sebelah pipi Iesyraf sambil menatapnya redup.

"Iesy memang tak kuat, umi. Iesy nak jadi tearsbreaker. Iesy nak lindungi orang lain. Iesy tak nak orang lain menangis. Tapi Iesy pun tak kuat."

Runtuh jiwa Puan Aisyah mendengar luahan sayu anak sulungnya. Hujung mata Iesyraf yang mula bergenang air mata dilap. "Anak umi sentiasa kuat. Iesy dah cuba. Kadang - kadang ada benda kita tak boleh ubah."

"Sebab Iesy lemah. "

"Iesyraf Danial," panggil Puan Aisyah kali ini dengan nada yang tegas.

Mata mereka bertaut.

"Allah SWT tak akan membebani seseorang di luar kemampuannya. Dia tak akan beri ujian yang melebihi kekuatan hambaNya. Sekali pun tak pernah."

Kepalanya dibelai. Puan Aisyah menguntum senyum manis. "Maknanya Iesy cukup kuat untuk ujian ni. Minta dekat Allah kekuatan. Minta dekat Dia supaya permudahkan urusan Iesy. Allah tak pernah mengecewakan hambaNya kan?"

Lambat - lambat Iesyraf membalas senyuman uminya. Ada benarnya dalam bicara Puan Aisyah cuma dia yang terbawa - bawa dengan perasaan. Tetap berfikir ini salah dia.

"Manusia diciptakan lemah, Iesy. Sebab tu kita ada Allah. Dia sahaja yang boleh beri kekuatan untuk kita."

Pipi Iesyraf dicubit manja.

"Bila lemah, nangis, doa terus padaNya. Bila letih, nangis, doa lagi tanpa putus. Bila sedih, nangis, doa lagi untuk terus senyum. Bila duka, nangis, doa lagi untuk terus berjalan padaNya," bicara Puan Aisyah sangat lembut dan menyentuh pintu hati anaknya.

TEARSBREAKERWhere stories live. Discover now