23 : Night date.

378 61 53
                                    

bawah chap cringe macam biasa, well memang hobi buat korang geli geleman. pastu mood roller-coaster pun ada. kejap relax friendly pastu cak tiba tiba tukar jadi aums

okay tak tak saya budak baik

.

.

.

SELESAI memakirkan kereta berdekatan dengan tasik, Iesyraf mengurut batang lehernya sebentar dek penat seharian tidak dapat baring. Mujur berbaloi dapat dating dengan Hana sepanjang hari. Bukannya sekadar bermalas - malasan di rumah, membazirkan cuti sahaja.

"Lepas ni kita balik eh?" Aju Iesyraf meminta persetujuan Hana, manalah tahu kalau isterinya itu mahu pergi ke tempat lain. Kempunan pula Hana. Kalau tak ditanya, dia tak akan bagitahu.

"Pergi beli barang dapurlah. Rumah tu tak ada isi."

"Okay, lepas tu balik?"

Hana yang masih bertenaga mengangguk laju. Dia melihat tempat sekelilingnya dengan mata bulatnya. "Kita dekat mana?"

"Tasik Titiwangsa. Orang kata tempat ni lawa bila malam."

Sekadar bunyi ooo mengganti respon. Hana mengerling Iesyraf yang berusaha mengambil sesuatu dari tempat duduk belakang. Tampak sangatlah bersusah - payah kerana pergerakannya terhad. Barang itupun mungkin tidak sampai dalam capaiannya.

Mata Hana jatuh pada soket tali pinggang keledar Iesyraf.

Tali pinggang keledarnya tidak dicabut!

Menyusahkan diri sendiri sungguhlah. Kang tergeliat pinggang dah tambah satu masalah. Hana membebel dalam hati.

Dia menekan soket tali pinggang keledar itu maka terdorong ke belakanglah Iesyraf dibuatnya. Lelaki itu menatap Hana dan tempat duduknya bersilih ganti lalu tersengih kambing.

"Patutlah struggle sangat. Aduh, cuai." Gumam Iesyraf lalu menepuk dahinya. Geli hati dengan kebodohan diri sendiri.

"Okay, dapat."

Beg kamera menjadi tumpuan mereka berdua.

"Aku pinjam Naufal punya ni. Baru cantik gambar kita. Malam malam kamera telefon tak lawa."

Iesyraf segera mengeluarkan kamera DSLR milik sahabatnya itu. Dia membelek seketika kamera itu takut - takut bateri tiada.

"Hana, senyum," arah Iesyraf rentetan menghalakan kanta kamera itu pada Hana.

Terbeliak mata Hana!

Dia menghalang kamera itu dengan tapak tangannya.

"Tak nak saya!"

"Alah, hari ni kan memorable. Kenalah ambil gambar."

"Muka saya buruklah. Dahlah tadi berlari sana sini. Buruk, buruk. Rosak kamera tu nanti."

Berdecit Iesyraf tidak bersetuju sepatah habuk pun hujah Hana itu. Dia membiarkan kamera tergantung di lehernya lalu merenung wajah sang isteri lama. Biarpun gelap, berkat cahaya malap kereta, Iesyraf tetap tidak jumpa sebarang cacat - cela.

"Cantik je."

Hana menahan senyum. Memang berbunga hati tapi pujian itu tidak dapat menukar gaya pemikirannya. Tambahan lagi, Iesyraf sememangnya bermulut manis macam semua kata - katanya tumpah gula. Dia tetap menggeleng kepala. "Dalam kamera mesti tak cantik."

Automatik Iesyraf memutarkan bola matanya. Dia menutup sebelah telinga menandakan tidak mendengar sebarang dusta dan nista daripada Hana.

"Saya seriuslah awak..."

TEARSBREAKERWhere stories live. Discover now