18 : Our new beginning.

479 65 169
                                    

chap yang anda nantikan. 4K words, sila comment juseyooooo

.

.

.

TELINGA Hana tidak mampu mendengar apa - apa lagi selain daripada degupan jantungnya sendiri. Jari - jemarinya menggentel sesama sendiri dan basah dengan peluh. Menunjukkan betapa gementarnya seorang Ariya Hanania tatkala datuknya bersuara memecahkan atmosfera tegang antara mereka.

"Muhammad Iesyraf Danial Bin Syakir Irfan."

"Saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Ariya Hanania Binti Muhamad Hilmi Uwais dengan mas kahwinnya RM 2000 tunai."

Nafas Hana seakan - akan mahu terputus.

"Aku terima nikahnya Ariya Hanania Binti Muhamad Hilmi Uwais dengan mas kahwinnya RM 2000 tunai."

Satu lafaz yang diungkap oleh bibir sensual itu bagaikan mengucup rasa hangat dalam hati Hana. Dia mengetap bibir.

Nak nangis.

Tangan yang digenggam bersama itu bergoncang.

"Sah?"

"Sah.

"Sah."

Tanggungjawabnya bertukar.

Tok Nabhan mengucap kesyukuran buat Ilahi dan menadah tangan. Juru nikah membacakan doa dan ramai yang mengaminkan.

Tubuh Hana kekal kejung walaupun beberapa suara memberi ucapan tahniah. Otak dia terasa kosong. Hatinya tidak tahu mahu beriak bagaimana. Semuanya terasa bercampur - baur.

Dia tetap kecewa kerana ayahnya tidak hadir di hari bermakna ini sedangkan lelaki itu tahu tarikh perkahwinan mereka.

Tetapi kekecewaan itu dicantas oleh getaran jiwa tatkala lelaki yang baru bergelar suaminya itu berjalan ke arahnya. Jantungnya sekali lagi berdebar dengan kelajuan yang hebat apabila sepasang mata Iesyraf jatuh pada dirinya.

Hana terpaku sekejap melihat penampilan lelaki itu. Iesyraf nampak lain benar dengan baju melayu berwarna putih suci tersarung pada tubuhnya. Rambut hitam yang selalu menutup dahi semuanya tersembunyi di sebalik songkok.

Spontan Iesyraf tersenyum menampakkan sepasang lesung pipitnya. Senyum itu tampak lebih lebar daripada biasa. Sampaikan matanya pun ikut tersenyum sekali.

Hana segera membalas senyuman itu.

Hari ini hari untuknya.

Dia mahukan bahagia.

"Hai awak." Tegur Iesyraf sengaja menggunakan intonasi lelaki gatal nak mengurat.

Tawanya disambut orang lain sementara Hana berkerut dahi.

"Nak tangan," Iesyraf menghulurkan tangannya. Cara dia meminta persis budak kecil mahukan gula - gula. "Sesi sarung cincin dan pembatalan air sembahyang."

"Tak boleh."

Terpinga - pinga Iesyraf dibuatnya. Dia memandang sekeliling dengan mata terkelip - kelip, tidak faham mengapa Hana menolak.

Apa yang dia dapat sebagai balasan hanyalah wajah tiga sahabatnya mencuba sehabis baik menahan ketawa.

Hana tergelak.

"Guraulah."

Dia memberi tangannya seperti yang dipinta. Sempat Iesyraf mencebik bibir sebelum dia menggenggam erat tangan Hana.

TEARSBREAKERWhere stories live. Discover now