7 : Alohomora!

393 76 35
                                    

lepas ni maybe update weekly kot, bukan tiga hari sekali dah.

PDPR ")

.

.

.

DAHLIA dijulang tinggi ke udara. Gadis kecil itu ketawa suka bersama ayahnya. Tangannya digerakkan atas bawah dengan bersemangat. Asyraf mengulang gaya sama beberapa kali.

Dia lagakan hidung dengan Dahlia yang tidak kendur senyumnya sebelum beralih pada manusia di sebelah.

Mendung benar muka. Terasa aura yang berbeza antara mereka berdua. Seperti di sini musim panas manakala di sebelahnya musim sejuk yang membeku.

"Kau kenapa? Chipsmore habis?" Tebak Asyraf lalu meletakkan Dahlia di atas pehanya. Mereka berdua memandang Iesyraf yang muncung ke depan bibirnya.

Lelaki itu menyandarkan kepala pada bangku taman. Tangannya direhatkan atas dahi. Satu keluhan terlepas dari mulut.

"Ya, ya, buat - buat tak dengar. Memang aku tak wujud dekat sini," omel Asyraf berbaur sarkastik. Dia bermain - main dengan tangan kecil Dahlia agar si kecil tidak bosan. Bukan selalu Liyyan membenarkan dia melepak, ini sudah mendapat kebenaran, Iesyraf buat hal pula.

Bukannya Asyraf tidak perasan, sejak dua menjak ini Iesyraf tidak sebising selalu. Mengikut rutin, setiap hari pasti bergegar rumah dengan suara Iesyraf berkaraoke. Paling kurang pun, rumah tamu dimeriahkan dengan aksi kebudak - budakan kembarnya itu.

Nak kata putus cinta, sudah lama lelaki itu pulih.

"Kau terjumpa Aileen ke?" Asyraf cuba meneka.

"Aku dah move-onlah."

Lega sedikit jantung Asyraf setelah suara Iesyraf menyapa telinga. Dia baru mahu mengesyaki yang Iesyraf telah bisu ataupun pekak.

"Habis tu?"

Nasib tidak menyebelahi Asyraf apabila Iesyraf kembali sesi membisukan diri. Hanya keluhan yang asyik keluar.

"Let me guess, kau rindu Hana?"

Spontan, Iesyraf terbatuk!

Dan terbit senyum senget di bibir Asyraf. Tangannya menjalar pada bahu si kembar yang merenungnya dengan mata terbeliak.

"Jangan lupa, kita ni kembar. Aku yang paling tahu rahsia hati kau ni. Orang lain mungkin tertipu tapi bukan aku." Dada Iesyraf dicucuk - cucuk sebelum Asyraf tersenyum penuh makna.

Iesyraf menolak tangan yang melilit bahunya. Dia menerkam Asyraf dengan matanya.

"Dia tak contact kau langsung ke lepas kau bagi nombor tu?" Asyraf duduk mengiring. Satu tangannya mendarat di atas kepala bangku dan menongkat kepalanya manakala lagi satu tangan memeluk erat tubuh Dahlia. Si kecil mengamati jari - jemarinya sebelum dibawa ke dalam mulut.

"Tak..." sayu suara Iesyraf menjawab. Dia membongkok ke depan, tidak mahu bertentang mata dengan Asyraf.

"Kau tak pergi jumpa dia?"

"Aku pergi rumah dia. Tak ada sesiapa jawab." Rambutnya dikusutkan bagai itu masalah besar. Tangan Iesyraf turun meraup muka pula.

Jeda yang Asyraf gantikan sebagai balasan. Dia turut menghadap ke depan. Tidak tahu mahu beri dorongan macam mana kerana dia sendiri tidak punya jawapan.

"Berapa lama dah?"

"Two weeks."

Sekejap Asyraf menyimpan niat ingin mengusik perihal Iesyraf mengira berapa lama dia tidak dapat berjumpa Hana.

TEARSBREAKERWhere stories live. Discover now