4 : Pool and mint.

422 86 57
                                    

bismillah nyah kau typo

.

.

.

ENTAH bagaimana, berjanji pula si empat lelaki; Alpha untuk bermalam di rumah Iesyraf dan Asyraf tanpa dirancang. Rayyan kebetulan balik dari kerja luar manakala Naufal melarikan diri dari si ibu.

Kenapa? Di rumah, ibunya asyik memaksa dia berkahwin.

Tipikal nasib lelaki berumur 28 tahun.

"Asy, kau tengok! Kuak kupu - kupu!"

Saat Asyraf menoleh, Naufal telah berenang serupa kupu - kupu menggelumpur di atas permukaan kolam. Tidak teratur sungguh gerak tangannya. Hampir sahaja Asyraf terfikir ingin mencampak pelampung untuk Naufal.

"Apa kuak kupu - kupu? Tengok aku lagi rare, lompatan dolfin!" Rayyan, yang berdiri di hujung kolam melompat ke dalam kolam lalu menyebabkan ombak kecil menghanyutkan si kupu - kupu tadi.

Naufal lap mukanya yang dibanjiri air. Kuat desahan nafasnya meminta oksigen. "Air masuk hidung!"

"Kesian ada hidung tak boleh guna dah!" perli Rayyan dari jauh. Dia meneguk jus oren yang terletak di pinggir kolam renang.

Asyraf menyelit, "jadi kembar Voldermortlah kau, Fal."

Jelas ekspresi Naufal menunjukkan yang dia jijik. Apa ke patut disamakan wajah kacaknya dengan watak jahat Harry Potter yang tiada batang hidung itu? Langsung tak patut!

"Guys, kau tengok budak tu buat apa," tutur Rayyan lalu memuncungkan bibirnya pada sebatang pokok yang terpacak di halaman rumah kembar itu.

Yang lebih tepat, pada Iesyraf Danial yang sedang memanjat pokok menyerupai seekor monyet.

"Guys!" panggil Iesyraf lalu dengan berhati - hati dia berdiri. Tidak gentar dengan kebarangkalian yang dia boleh jatuh dan patah kaki.

"Terjunlah!"

Nampaknya, tiada seorang pun yang ingin menghentikan Iesyraf dari membuat kerja gila.

"Kalau jatuh dekat tanah, aku pengsan, jangan bagi CPR!" pesan Iesyraf lalu dia melompat gaya ahli olimpik. Percikan air yang terjadi lebih kuat daripada terjunan Rayyan tadi.

Naufal yang sedang menyelam digolekkan begitu sahaja. Mujur sahaja dia sempat menahan dari terhantuk pada dinding dasar kolam.

"Wuhuu aku boleh masuk olimpik! Confirm gold medal!"

"Kalau tak riak, bukan Iesyraflah namanya."

"Betul! 10 points for Asyraf!" teriak Iesyraf sambil meniru ungkapan ‘10 points for Gryffindor dari Harry Potter.

Potterhead, biasalah.

"Iesy, kau rapat ngan cikgu Mina eh sekarang?" soal Rayyan secara tak langsung membuatkan Iesyraf hampir terserdak air liur.

"You can said that."

"Kau tahu cerita pasal family dia?" soal Rayyan lagi dalam nada ingin membuka cerita.

Iesyraf mencapai tuala untuk mengeringkan rambutnya. Tanpa memandang Rayyan, dia menyoal, "apa?"

"Her father is abusive."

Tangan Iesyraf terhenti. Dari sebalik tuala, matanya menghelang pada lekuk wajah Rayyan yang sedang terapungkan diri sendiri atas permukaan air.

"Laila bagitahu aku yang dia ada borak dengan Hana, lepas tu Hana ada bagitahu pasal tu. Jadi, Laila cerita dekat aku pula," tambah Rayyan mengukuhkan pernyataannya. Langit malam yang dihujani bintang menjadi tatapan matanya. Angin sepoi - sepoi membalut badannya yang basah.

TEARSBREAKEROnde as histórias ganham vida. Descobre agora