29 : It's my fault.

326 62 32
                                    

okay saya tahu anda menyampah bila saya bagi ayat konon konflik dah nak sampai tapi tak muncul ii

so

NAH AMIK AMIK

.

.

.

TIBALAH hari yang dinanti - nanti. Hari yang mampu membuatkan jantung Hana berdegup bagai nak meletup. Berdirinya dia di studio rakaman stesen televisyen yakni tempat Naufal bekerja Bersama sang suami yang mendapat pas untuk staf. Hasil Naufal meminta pertolongan kawannya supaya diberikan pas itu.

Seperti biasa, Hana disuntik perasaan risau yang amat hebat. Dia menggigit kuku ibu jarinya yang menggigil. Mata melilar ke situasi sekeliling dan ramai orang tampak sibuk. Seakan - akan hanya Hana yang gemuruh.

Dia merangkul lengan Iesyraf. Lelaki itupun seperti faham getaran jiwanya, dia menggenggam erat tangan Hana dan mengucupnya.

Redup renungan Iesyraf untuk Hana dan sekuntum senyum nipis lahir. "Anggap macam sayang masak dekat rumah je. Fikir nak masak untuk saya ke. Relaks, sayang. It's not play or die."

"Tapi saya rasa macam akan die."

Tidak dapat dipastikan sama ada Hana bergurau ataupun serius. Iesyraf berfikir sejenak bagaimana mahu menceriakan isterinya.

"Okaylah sayang, kalau sayang gelabah sangat kita lari dari sini jom? Biar Naufal dapat malu. Jom sayang, lama saya tak main lari - lari," seloroh Iesyraf seraya dia mengacah ingin mendukung Hana ala bridal style.

Tergelak Hana sambil dia menampar - nampar dada bidang suaminya itu. Hampir sahaja dia menjerit apabila kakinya tidak menjejak lantai. Perlahan - lahan dia boleh bertenang.

"Tak akanlah nak lari. Saya dah ada strategi nak menang pertandingan ni," ujar Hana lalu merendahkan nada suaranya konon itu ialah rahsia. Takut peserta lain terdengar.

"Oh my God seram. Apa ya strategi Cik Hanania?" Mikrofon halimunan masuk, Iesyraf menghalakan genggamannya ke mulut Hana.

"Mana boleh bagitahu..."

"Dengan suami sendiri pun nak berahsia ke?"

"Tak boleh, tak boleh. Saya tak nak kecewakan awak jadi biar saya je tahu strategi ni."

"Sayang mana pernah kecewakan saya. Bagitahulah."

"Tak nak."

"Pwease."

"Jangan ajuk Neil." Sedas jelingan Hana hadiahkan kepada Iesyraf yang asyik mendesak. Kemudiannya dia balas senyuman lelaki itu. "Saya janji saya menang okay?"

"Don't push yourself so hard. Saya tak kisahlah awak menang ke tak," tukas Iesyraf terus berkerut dahinya. Bersalahlah pula kalau Hana memaksa dirinya semata - mata nak buat dia bangga. "Awak menang ke kalah, saya tetap bangga dengan awak."

Jari telunjuk Hana menyentuh bibir Iesyraf sekali gus menghalang dia berkata - kata.

"Sayang, syy. Saya tengah confident," larang Hana dengan muka cemberutnya.

Melebar senyuman Iesyraf.

"Tapi kan, wak. Baru ingat. Awak dapat call atok tak? Saya try asyik masuk miss call."

Terjongket sebelah kening Iesyraf. "Dia busy pujuk Rembo kut. Nanti saya curi masa bawa sayang pergi Terengganu."

"Ya ke?! Wah! Lagi semangat ni!" Bersinar - sinar mata Hana macam ada bintang dalam iris wanita itu.

TEARSBREAKERWhere stories live. Discover now