11 : Road to Terengganu!

328 67 92
                                    

lupa nak gitahu, saya tak ada belas kasihan untuk iesyraf ya. nak buli dia :)

.

.

.

SAH, Iesyraf memang suka buat kerja laju. Boleh diserang sakit jantung Hana dibuatnya kalau berterusan begini.

Dia menguap sambil mencampakkan pandangan ke luar tingkap kereta yang membelah jalan raya.

"Mengantuk?"

Hana angguk. Dia membetulkan posisi kepalanya agar lebih selesa untuk lelap.

Liyyan tertawa. Dia pun telah minum setin kopi untuk menghilangkan kantuk yang memberatkan kelopak mata, nanti dia ikut terlelap terbabas pula kereta nanti.

Semuanya salah Iesyraf.

Pukul lima pagi, dia gegarkan satu rumah dengan bunyi spatula mengetuk kuali di depan bilik Asyraf dan Liyyan. Burung hantu yang berjaga sepanjang malam pun ikut terkejut apatah lagi si empunya bilik.

Pagi - pagi lagi Iesyraf dan Asyraf sudah membuka arena gusti dan seperti biasa, Iesyraf menang.

Oh tak, lebih kepada mereka berdua kena tarik telinga oleh Puan Aisyah yang turut terganggu dengan jeritan sahut - menyahut mereka.

Tapi Iesyraf yang tidak tahu apa itu erti malu, dia menyatakan dia menang kerana saat mereka berdua tewas di tangan Puan Aisyah, Iesyraf sedang duduk di atas Asyraf dengan memijak kedua - dua tangan kembarnya itu.

Sebagai ganjarannya, persis komander perang Iesyraf mengarah - arah kembarnya mengemas pakaian. Dia nak mengheret Asyraf dan Liyyan untuk pergi bercuti sama.

Dan beberapa jam selepas itu, nasib yang sama menimpa rumah Laila cuma kali ini Iesyraf tidak menggunakan spatula. Dia aplikasikan suaranya sahaja. Jangan lupa suara Iesyraf seperti speaker.

Setelah disepak terajang oleh Rayyan, Hana datang menyelamatkan Iesyraf sepantas mungkin dengan cepat - cepat mengemas barangnya.

Bila ditanya ke mana destinasi mereka, Iesyraf dengan selamba menyebut Terengganu.

Tidak pasal - pasal terbang semua burung dek jeritan berfrekuensi tinggi Hana.

Hasil semua kelam - kambut itu, kini Hana dan Liyyan satu kereta membontoti kereta Iesyraf dan Asyraf. Kereta si perempuan dipenuhi dengan beg - beg mereka manakala kereta lelaki dibiarkan kosong. Menyediakan ruang untuk pulang bersama datuk Hana nanti.

Entah macam mana reaksi orang tua itu nanti. Sudahlah Hana tiada nombor datuknya itu untuk memaklumkan kedatangan mereka, harap beliau tak pengsan sahaja bila mereka tiba nanti.

"Nanti sampai sana, awak cubit - cubit Iesyraf tu. Biar menyesal sikit buat orang terkejut pagi - pagi buta," cadang Liyyan dengan sengih jahatnya. Dia mencerlung tajam pada kereta di depan. Rasa nak langgar tapi disebabkan suaminya turut berada di dalam, terpaksa batalkan niat.

"Dia yang excited terlebih, padahal tu kampung saya," acuh tak acuh Hana membalas. Dia mengantuk melampau. Semalam balik ke rumah Laila lambat, esoknya dipaksa bangun awal pula. Hilang semua tenaga dia nak ikut teruja sekali dengan Iesyraf.

"Oh, tu maybe sebab dia tak ada kampung. Their grandparents passed away a long time ago."

Tergamam sekejap Hana mendengar. Patutlah semangat sangat dia mengheret semua orang pergi Terengganu.

"Tapi tak silap saya, Iesyraf ada fobia dekat kampung."

"Fobia? Dia tu ada perasaan takut?" Ada nada tidak percaya dalam suara Hana. Luaran Iesyraf kelihatan seperti sentiasa berani dengan semua benda. Bahkan lelaki itu pernah minta nak tidur di rumah Hana sebab nak tangkap hantu. Tambahan lagi Laila bergosip dengannya hari itu bahawa Iesyraf sanggup membela beberapa ekor katak dalam biliknya semata - mata untuk menakutkan Asyraf.

TEARSBREAKERWhere stories live. Discover now