5 : Little bitter secret.

396 80 81
                                    

.

.

.

BERHATI - hati Hana menyentuh kain pembalut yang melilit lengannya. Agak tidak kemas balutannya kerana dialah doktor dan dia jugalah pesakitnya. Sudahlah tiada pengalaman merawat orang, ini nak merawat luka diri sendiri, memang kecundanglah jawabnya.

"Ahh," dia mengerang sakit. Hana laju menarik tangannya dari menyentuh kain itu. Keluhan berat dilepaskan.

Terngiang - ngiang memori pahit semalam.

Silap besar dia membantu Iesyraf dan balik lewat.

Hana menggeleng kepala, kecewa kerana dia leka dengan kebahagiaan sementara. Akhirnya tersungkur kembali dalam penderitaan yang mungkin tiada jalan keluarnya.

"Cikgu Hana..."

Hana lantas menutup lengannya dengan baju. Dia menoleh pada Najmina yang merehatkan kepalanya pada peha Hana.

"Ya?"

Mata Najmina yang mempunyai banyak tanda tanya itu melekat pada lengan cikgunya.

"Kenapa dengan tangan cikgu?" soal Najmina sambil memuncungkan bibirnya pada tangan Hana yang cuba disembunyikan.

Hana menjawab soalan itu dengan diam dan senyum.

"Kenapa? Cikgu kena gigit kucing ke?" tebak Najmina polos. Ada sedikit rasa tidak puas hati dengan jawapan Hana yang suka mengelak dari soalannya.

"Haah, kucing cikgu gigit." Hana berlakon ingin menggigit Najmina pula. Terpaksa dia menipu kanak - kanak lima tahun itu.

"Kesiannya..." Najmina beriak sedih. Dia berganjak ke sisi lengan Hana yang terluka itu. Tangan kecil itu perlahan - lahan menyentuh tempat di mana dia nampak pembalut tadi.

Najmina meniup kawasan itu. Bersungguh - sungguh!

Dahi Hana berkerut.

"Dah." Tangan Hana dibelai lembut. Najmina menghadiahkan cikgu kesayangannya senyum sehingga matanya tertutup bagaikan ikut senyum bersama. "Mina dah tiup, mesti tak sakit dah kan?"

Melebur cair hati Hana dengan kebaikan si kecil. Dia mengusap kepala Najmina bagaikan mengusap anaknya sendiri.

"Terima kasih. Terus hilang semua sakit tadi."

Najmina mengerutkan hidungnya gaya comel. Dia masih tidak pergi dari situ, termenung jauh ke depan pintu.

"Mama tak sampai lagi?" soal Hana setelah mengikut di mata anak mata Najmina tertuju.

Najmina menggeleng. Dia lentokkan kepalanya dan peha Hana menjadi bantal. Matanya sudah kuyu menahan kantuk.

Langsung Hana mendukung tubuh itu dan disandarkan kepala Najmina di bahunya.

"Tidurlah, nanti mama sampai cikgu kejut."

Tangan Najmina naik melilit leher Hana, terasa anggukan gadis itu di bahunya.

Belakang badan Najmina ditepuk lembut. Hana asyik tersenyum, membayangkan yang dia sedang mendodoi anaknya sendiri nanti.

Teringin tapi tidak kesampaian.

"Cikgu Hana..."

Pantas Hana menoleh ke belakang apabila suara pemilik tadika itu menjengah telinganya. Dia berdiri dan meletakkan Najmina di atas kerusinya. Sempat dia pastikan si kecil masih tidur lena ataupun tidak.

"Ya, saya?"

Wanita merangkap guru yang mengajar di tadika itu mengheret Hana pergi beberapa meter jauh dari Najmima biarpun gadis itu sedang tidur. Perbualan mereka selepas ini tidak patut dicuri dengar oleh kanak - kanak.

TEARSBREAKERWhere stories live. Discover now