AE : Dendam Kerana Cemburu

By IrisInssa

41K 5.1K 779

(Buku pertama) SIRI AE 1) AE : Dendam Kerana Cemburu 2) AE : Rahsia Belum Terungkap ***** ๐€๐ฉ๐š๐›๐ข๐ฅ๐š ๐ฉ๏ฟฝ... More

D K C
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53 | Flashback
Bab 54 | Flashback
Bab 55 | The End
Final Talk
SEASON 2?
AE : Rahsia Belum Terungkap

Bab 11

723 100 8
By IrisInssa

ADNAN mencicip perlahan secawan plastik berisi kopi panas. Sedikit demi sedikit air panas itu dihirup. Bumi Malaysia kini sedang mengalami musim hujan, menyebabkan malam ini dia mencari secawan kopi panas untuk memanaskan haba dingin badanya. Sekeliling kafe kopi itu dipandang. Pelanggan dikedai itu tidak lah ramai sangat. Kebanyakkan orang yang singgah ke kedai ini pun, bertujuan yang sama dengan dia.

Adnan memandang kawasan luar kedai kafe ini dari cermin kaca lut sinar. Mata hitamnya memandang ke arah sekumpulan umat manusia, berdiri di kaki lima jalan raya. Sekumpulan umat manusia itu sedang menunggu lampu isyarat merah untuk pemandu dan lampu isyarat bewarna hijau menyala, untuk pejalan kaki.

Kesemuanya memakai payung dek kerana hujan gerimis turun membasahi bumi. Walaupun hujan, masih ada ramai yang keluar bersiar-siar mengambil angin dari bandar metropolitan ini. Bunyi hujan tumpah bercampur dengan keriuhan suara manusia, menjadi lagu latar belakang untuk lamunan kosong dia.

"Selamat datang, Cik."

Suara pekerja kafe itu menyambut tetamu, tidak dihiraukan. Dia masih ralit termenung memandang jalan raya yang lenggang dengan kenderaan tetapi penuh dengan manusia berjalan kaki dan penunggang basikal.

Tiba-tiba mata hitamnya tertancap pada susuk tubuh seorang wanita yang amat tidak asing baginya. Wanita itu berdiri di tepi kaki lima, bertentangan dengan sekumpulan manusia yang tunggu giliran mereka melintas jalan tadi.

Adnan tergamam. Badan yang disandarkan pada kerusi, ditegakkan. Mata ditumpukan lebih pada wanita itu. Apabila wanita itu memusingkan badanya, penglihatan Adnan kini tertumpu pada wajah wanita itu.

Amalia.

Wanita itu ialah Amalia. Adnan berdiri dari dudukanya. Sekeping not 5 ringgit diletakkan di atas meja. Payung yang disandarkan pada kerusi dicapai. Dia berjalan laju keluar dari kafe itu. Dia perlu berbincang dengan Amalia tentang hubungan yang sudah terjalin 2 tahun itu.

Tidak. Bukan ingin membetulkan semula hubungan mereka. Tetapi ingin penjelasan daripada mulut Amalia sendiri. Kenapa Amalia sanggup tinggalkan dia dan kenapa pilih untuk curang dengan kawan baik dia sendiri.

Nasib tidak menyebelahi Adnan. Lampu hijau untuk pejalan kaki sudah menyala. Sekumpulan manusia tadi mula melintas jalan diatas garisan lintasan belang itu. Amalia juga, wanita itu turut melintas ke arah bertentangan dengan sekumpulan manusia.

Adnan masih tidak henti mengejar. Dia gagahkan diri juga untuk berlari melintasi lintasan belang yang kini penuh dengan pejalan kaki melintas. Langkah Adnan terhenti apabila dia hampir berlanggar dengan seorang wanita tua yang sudah bongkok dan jalan bergantung pada tongkat besi.

"Maaf makcik." Adnan memberhentikan langkahnya. Kini, mata dia sepenuhnya tertumpu pada wanita tua itu. Meskipun, hatinya masih berdegil ingin mengejar Amalia.

"Eh takpe, nak." ujar wanita tua itu. Tangan wanita tua itu menggeletar memegang payung, sebelah tangan lagi memegang tongkat.

Adnan memandang susuk tubuh Amalia yang semakin jauh. Hatinya berbelah bahagi, ingin menolong wanita tua ini ataupun teruskan mengejar Amalia.

"Makcik! Mari saya tolong makcik." Suara wanita kedengaran. Dia menghembuskan nafas lega, lalu sambung mengejar Amalia.

Memang dia berterima kasih dengan wanita itu. Namun hatinya masih rasa bersalah kerana tidak dapat membantu wanita tua tadi.

Pemegang payung, digengam erat. Matanya meliar memandang sekeliling. Sambil itu, kakinya masih ralit melangkah. Kawasan seberang sini, lebih lenggang dengan umat manusia berbanding dengan seberang sana.

Beberapa minit mencari kelibat Amalia, Adnan masih tidak jumpa jumpa. Lelaki itu merengus kasar. Tak mengapa, mungkin tiada rezeki untuk mendengar kesemua penjelasan daripada Amalia. Baru Adnan ingin berpatah balik, dia tertancap pada susuk tubuh Amalia dengan seorang lelaki.

Kepala dipusingkan semula menghadap Amalia. Mata yang sudah bertakung air mata itu, memandang kemesraan Amalia dengan seorang lelaki yang merupakan kawan baik sendiri. Dan juga merupakan kawan yang khianat kawan sendiri.

Dia bukan sedih kerana Amalia tinggalkanya. Ya, dia mengaku dia sedih. Tetapi jauh lagi sedih Faris, kawan baiknya sendiri mengkhianati dia. Persahabatan yang terjalin sejak zaman belajar lagi, tiba tiba putus begitu sahaja. Angan angan dia ingin sehidup semati dengan sahabat sendiri, musnah.

Adnan masih kaku, memandang kearah pasangan sejoli itu. Genggaman tanganya pada pemegang payung, semakin longgar. Tubir matanya panas. Senyuman yang sentiasa dibibir itu hilang.

Tiba-tiba angin meniup kuat. Menyebabkan pegangan tangan dia pada pemegang payung terlepas. Habis terbang payung itu dibawa angin. Adnan masih tak bergerak dari situ. Matanya masih tidak lepas memandang Faris yang selamba memeluk bahu Amalia.Konon, ingin menyelamatkan Amalia daripada terdorong kerana tiupan angin.

Hujan yang membasahi jaket sejuk dia, dibiarkan. Rambutnya basah. Air hujan menitik dahi dia, lalu titisan air hujan itu mengalir membasahi pipi dia. Kala dia tersedar, titisan air matanya juga turut mengalir membasahi pipi.

Terlalu lemah sangatkah dia sehingga dia tidak dapat memberhentikan air mata ini?

Terasa seperti titisan hujan sudah tiada lagi. Seperti ada sesuatu yang melindungi titisan air hujan menyimbah badan dia. Perlahan kepala didonggak. Kelihatan, sebuah payung lut sinar melindungi tubuhnya daripada terkena air hujan.

Dia tersedar sesuatu. Lantas dia memandang kearah sebelah. Melihat empunya payung, tak semena mena mata dia membulat.

"Sorry, saya pendek.Tak sampai, nak tinggikan payung lagi." ujar Aurora.

Adnan memandang payung diatas kepalanya. Hampir-hampir sahaja payung itu terkena kepalanya.

Adnan tergelak.

Pegangan pada pemegang payung, bertukar tangan. Aurora menjatuhkan tangan dia. Wajah basah Adnan, ditenung dengan pandangan tidak percaya.

"Serius lah?" soal Aurora tiba tiba. Berkerut dahi Adnan.

"Serius apa?" soal Adnan balik lalu melemparkan senyuman manis buat Aurora.

Tercengang Aurora.

"Saya nampak awak nangis tadi. Macam mana awak boleh senyum dan ketawa balik?"

Adnan tergelak.

"Oh ya, macam mana awak ada dekat sini?" tanya Adnan. Lebih kepada ingin menukar topik perbualan.

"Oh...saya nampak awak dekat kafe tadi. Lepastu nampak awak berlari nak lintas jalan. Kebetulan saya pun nak lintas jalan. Sampai sini saja, saya nampak awak berdiri macam patung dekat sini.Tanpa payung." kata Aurora.

Adnan tersenyum. Mata Aurora memandang jaket Adnan yang sudah lecun basah.

"Jaket awak basah ni. Awak ada pakai baju dekat dalam tak?" tanya Aurora. Adnan mengangguk.

"Jom kita singgah kafe, panaskan badan. Nanti demam pula." ujar Aurora. Selamba dia menarik lengan Adnan yang berlapik dengan jaket, menuju kearah kafe berdekatan. Adnan hanya turuti sahaja.


JAKET biru yang hampir kering, dilipat kemas. Dirapikan rambut yang hampir kering itu menggunakan jari-jemari kasarnya. Saki baki air mata ditubir mata, dikesat. Adnan menghembus nafasnya.

"Ad...jangan nangis lagi." kata Adnan kepada diri sendiri. Adnan menarik nafas lalu menghembuskanya perlahan.

Lipatan jaket itu diambil, kaki mengatur langkah keluar dari tandas lelaki itu. Keluar sahaja, Adnan mencari kelibat Aurora. Tadi wanita itu kata ingin pergi ke sesuatu tempat, tapi takkan lah sampai sekarang belum sampai.

Adnan mengambil tempat dimeja segi empat sama yang terletak dihujung sudut kedai kopi ini dan bersebelahan dengan dinding kaca lut sinar. Setiap meja mempunyai dua kerusi dan satu chandelier kecil tergantung di tengah tengah meja. Adnan meneliti lama setiap sudut kedai kopi itu. Hanya satu baris ayat sahaja yang dia boleh mengungkapkan.

Cantik dan romantis.

Dekorasi simple tapi mampu menarik perhatian semua pelanggan yang datang. Kerusi dan meja pelanggan diperbuat daripada rotan dan kayu. Dinding pula ditampal batu bata merah, setiap lampu mengeluarkan cahaya bewarna kekuningan dari mentol, menambahkan aura romantis lebih lagi.

Lantai kedai kopi ini disengajakan tidak berjubin, malah dilapiskan dengan konkrit.

Ting!

Pintu kaca kedai ini dikuak oleh seseorang, serentak itu loceng berbunyi menandakan ada pelanggan datang. Adnan memalingkan wajah pada muka pintu, susuk tubuh Aurora bersama dengan satu beg kertas ditangan menyapa pandanganya. Matanya mengekori kelibat Aurora berjalan kearah kaunter lalu memeluk tubuh seorang wanita yang lebih kurang sebaya denganya.

Wanita yang tidak dikenali itu, kelihatan terlalu teruja berjumpa dengan Aurora. Selepas Aurora mengungkapkan sesuatu pada wanita itu, Aurora berjalan ke arahnya.

"Nah." Satu beg kertas dihulurkan pada Adnan.

Berkerut dahi Adnan, "Apa ni?"

Aurora melabuhkan punggung diatas kerusi berhadapan dengan Adnan lalu membalas pertanyaan lelaki itu.

"Jaket. Sekarang cuaca sejuk nanti demam. Sudahlah tadi kena hujan." kata Aurora. Adnan tersenyum.

"Aww! Caring nya awak..." balas Adnan.

Aurora menggulingkan bebola matanya. "Tak ada maknanya."

Adnan tergelak. Jaket hitam berzip dikeluarkan dari beg kertas lalu disarungkan pada tubuh tegapnya. Jaket yang basah tadi, dimasukkan kedalam beg kertas.

"Ely, awak masih student ke?" kata Adnan.

"Ely? Siapa tu?"

Adnan berdecit, "Awak lah, siapa lagi. Elysian."

Aurora tergelak sendiri. "Ingatkan siapa lah tadi."

"Cepatlah jawab soalan saya, awak masih student ke?" tanya Adnan lagi.

Laju kepala wanita itu menggeleng.

"Mana ada. Saya dah 25 tahun. Tamat PhD setahun yang lepas and now I'm a chemistry scientist." ujar Aurora dengan senyuman lebar. Bangga? Sudah tentu.

Adnan ternganga.

"Wow! Awak guna otak apa ni? Bijaknya" balas Adnan.

Tersengih wanita itu.

"Ceritalah macam mana awak dapat sambung PhD dengan umur muda." kata Adnan.

Aurora dengan senang hatinya, menceritakan kesemua pengalamanya tentang pelajaran.

"Saya dulu, SPM tak lulus. I failed all subjects. Without using my dad's money or anything, saya dapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama dalam bidang Bio-Kimia dari Imperial Collenge of London. Yup, saya study luar negara atas kepaksaan ayah dan ibu. Also my old grandfather. Saya sambung pengajian peringkat Ijazah Sarjanah di Oxford . Pada awal umur saya 24 tahun, saya dapat tawaran melanjutkan pengajian di peringkat PhD.

Waktu awal 25 tahun, saya dapat kerja as scientist. Even thought ayah larang sampai merajauk sebulan dengan saya. Kena maki hamun dengan atok saya. Konon, tak ikut jejak langkah keturunan sebagai usahawan. Saya tetap dengan pendirian saya. "

"Sejak dari tu...saya dipinggirkan oleh atok and makcik pakcik lain. Hanya ibu, my brothers , my uncle and Mikaela sahaja yang sokong saya. Semua tentang keluarga, diaorang rahsiakan daripada saya. Seolah buang saya dari keluarga tu." sambung Aurora.

"Wait...siapa Mikaela?" soal Adnan.

"Oh...tu." Aurora menunding jari pada seorang wanita yang berada dikaunter tersebut.

"She's my cousin and owner of this cafe."

Kebetulan Mikaela memang tengah memandang mereka berdua dengan sengihan nakal dibibir.

"Kenalkan aku dekat boyfriend ke?" usik Mikaela. Aurora menggulingkan bebola matanya sambil merengus.

"Jangan layan dia, Okay back to our topic." Aurora memusingkan badanya semula menghadap Adnan.

Adnan ketawa melihat wajah menyampah Aurora pada Mikaela.

"Mikaela pun sama dengan saya. Dia taknak jual kapal atau lebih tepat ambil alih syarikat keluarga. Dia nak buat bisnes kecilan sahaja. Cuma bezanya, dia ada sokongan dari semua ahli keluarga termasuk atok." kata Aurora.

Secawan kopi yang dipesan tadi, dicicip perlahan. Apabila paras air kopi mula separuh, dia melepaskan pautan bibir munggilnya pada bibir cawan.

"Peliknya. Macam mana Mikaela boleh diterima, awak tak?" Adnan mengajukan soalan pada Aurora. Aurora yang sudah menjangka soalan itu terbit dari mulut Adnan, lantas menjawab.

"Mungkin sebab ayah Mikaela ialah salah seorang anggota Private MC." balas Aurora.

Terbeliak biji mata Adnan.

"Private MC? Wow, itu kumpulan penyiasat bawah naungan Jabatan Penyiasat Malaysia. Kan?"

Aurora mengangguk. "Yup, kumpulan siasat yang ditubuhkan oleh seorang penyiasat dan isterinya yang merupakan seorang ahli usahawan."

"Dulu, uncle jadi penyiasat dekat France. Sekarang dah balik Malaysia."

Cerita tentang kepulangan pakciknya tanpa pengetahuan dia, masih lagi segar dalam kepala Aurora. Dia masih berkecil hati dengan semua ahli keluarganya, kerana menyembunyikan perkara itu dari dia. Tetapi, didiamkan sahaja soal hati dan perasaanya.

Kalau beritahu pun, siapa kesah?

"Eh awak pula lah yang cerita tentang kisah awak. Saya pun nak tahu juga, macam mana awak ada syarikat teknologi tu? Itu syarikat family awak ke?" tanya Aurora.

Adnan tersenyum lalu menggelengkan kepala.

"Itu syarikat saya tubuhkan sendiri. Tanpa bantuan sesiapa. Sama macam awak, dihalang dan dihina oleh keluarga sendiri. Terutama sekali ayah saya. Saya kena halau dari rumah dan tak sempat untuk jenguk ibu saya."

Aurora tergamam.

****

Dari kisah zaman belajar Aurora saya belajar, gagal SPM tak bermakna gagal dalam hidup. Gagal sekali tak bermakna gagal selama lamanya. Masih ada banyak peluang untuk berjaya. >3







































Continue Reading

You'll Also Like

110K 6.7K 18
Tyara Series: Book 3 (End) Dia yang salah faham. Dia yang sudah melupakan. Dia yang meninggalkan kekasih lemas dalam memori. "Who are you to me, and...
352K 15.5K 47
| 1ST NOVEL BY AINA Status : Complete Start : 3 Disember 2018 Finished : 31 Oktober 2019 Genre : Romance ยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐ Pemergian Pua...
174K 12.6K 86
Sambil bernyanyi kecil sewaktu keringkan rambut dengan tuala, Aster berjalan keluar dari bilik air lalu ke meja solek untuk keringkan rambut. Duduk j...
604K 38.9K 105
"If there's one thing I am sure of,I am sure that you have always belong with me" "I want you to love me and only me" Hanya kerana kejadian pada mala...