AE : Dendam Kerana Cemburu

By IrisInssa

41K 5.1K 779

(Buku pertama) SIRI AE 1) AE : Dendam Kerana Cemburu 2) AE : Rahsia Belum Terungkap ***** š€š©ššš›š¢š„šš š©ļæ½... More

D K C
Bab 1
Bab 2
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53 | Flashback
Bab 54 | Flashback
Bab 55 | The End
Final Talk
SEASON 2?
AE : Rahsia Belum Terungkap

Bab 3

1K 134 11
By IrisInssa

MALAM menjelma. Bulan separa purnama jelas kelihatan dari luar tingkap lut sinar. Jarum panjang menunjukkan nombor dua belas manakala jarum sedikit pendek juga menunjukkan nombor satu.

Masa sudah suntuk. Bumi Malaysia sekarang ini sepatutnya, kesemua umat manusia diulit mimpi. Namun, masih segelintir manusia yang berjaga ditengah malam. Persis seekor burung hantu. Dan, segelintir persis burung hantu itu termasuklah seorang saintis yang masih sibuk mengkaji sesuatu eksperimen. Saintis itu ialah,

Aurora.

Matanya lasung tidak membuatkan tanda tanda ingin terlelap. Malah, otaknya sekarang ini laju berfungsi dan segar bugar. Ibarat, dia sudah tidur sepanjang siang hari. Hakikatnya, di siang hari pun dia berjaga.

"Profesor, taknak balik ke?" tanya Maria. Punyalah setia seorang pembantu makmal terhadap ketua dia, sehinggakan meneman profesornya sampai lewat malam.

Aurora memandang Maria sekilas. Sebelum matanya tertumpu pada kerja dia semula.

"Balik lah dulu. Aku stay back sampai pagi harini." kata Aurora.

Maria mengeluh. "Prof taknak balik sama? Dari pagi tadi Prof tak henti buat kerja. Makanan pun tak sentuh."

"Tak apa, Maria. Dah biasa. Nak siapkan kajian ini dulu." ujar Aurora. Ikutkan hati, berat mulutnya ingin bersuara. Tapi disebabkan ingin membalas kata kata Maria, terpasaklah dia membuka mulut.

"Saya balik dulu ya, Prof. Kalau ada apa apa, Prof call sahaja saya."

Aurora mengangguk. Seketika tubuh Maria hilang dari pandangan.

Beberapa jam kemudian. Jarum jam sudah menunjukkan pukul tiga pagi. Lima belas minit. Dua puluh saat. Aurora memberhentikan kerjanya.

Dia menanggalkan kot makmal dari tubuh dia. Kot itu disangkutkan pada tempat penyangkut di penjuru makmal. Sekali sekala mulutnya menguap. Mata Aurora sudah merah.

Aurora membaringkan tubuh badan dia, diatas sofa panjang yang berada di makmal dia. Telefonya dicapai dari meja kecil dihadapan sofa. Jari-jemarinya menggesel diatas skrin. Dia memeriksa laman sosial. Segala meseg dibuka. Tetapi tidak semua dibalas. Hanya membalas meseg penting. Selebihnya dipulaukan tanpa membalas. Atau lebih tepat hanya hantar 'bluetick' .

Sedang dia tatal laman sosial yang diberi nama 'twitter', tiba tiba matanya tertancap pada satu tweet dari akaun seseorang.

Seorang penggodam misteri menjadi kebanggaan dan pelindung negara. Beliau telah dinobatkan sebagai jaguh negara atas jasa beliau pada negara. Iaitu menyelamatkan hampir kesemua akaun bank rakyat Malaysia daripada digodam oleh penggodam jahat. Selain itu, beliau juga telah menyelamatkan maklumat rahsia negara dari dicuri oleh negara lain.

Penggodam itu disembunyikan identiti sebenar. Latar belakang beliau juga disembunyikan oleh beliau sendiri. Atas sebab tertentu. Penggodam ini bernama 'White Hacker'.

Berita dari mulut pengerusi Syarikat Gauntlett, syarikat mereka telah menjemput WH datang menghadiri majlis sambutan mengharagai jasa orang terpenting negara pada negara. - Berita Metropolitan.

Kening Aurora terangkat. Hebatnya, penggodam itu. Memang patut digelarkan 'jaguh' negara.

Jari Aurora gatal ingin menekan bahagia komen. Melihat komen dari netizen tersebut, Aurora pasti kesemua komen ini adalah seratus peratus komen positif. Kebanyakanya komen tentang berterima kasih terhadap penggodam itu. Ada yang memikirkan jantina penggodam itu. Ada yang mengatakan penggodam itu adalah istemewa.

'Sah, White Hacker ni gifted. Sama macam Profesor Red Lady.'

'Wow! Makin maju Malaysia bila ada dua orang gifted ni. Satu, Prof Red Lady, bahagian sains. Satu lagi White Hacker, bahagian IT. Wow!'

Dalam hati, Aurora mengucap ayat bangga untuk diri sendiri. Walaupun tweet ini tentang penggodam. Masih namanya terselit didalam komen netizen.

Agaknya betul kata Yana sewaktu petang tadi. Dia memang betul betul sudah mengharumkan nama negara.

Aurora menekan butang pada sisi telefonya. Serentak itu, skrin bertukar gelap. Telefon diletakkan diatas meja. Kepala Aurora dialaskan dengan sebiji bantal kusyen. Matanya dikatup rapat. Tidak lama kemudian, dia mula diulit mimpi.

Walaupun badanya sedikit tidak selesa apabila baring disofa, tapi nak buat macam mana. Memang dia memilih untuk tidur di makmal. Makmal mana ada katil, untung ada sofa empuk.

Nak balik ke rumah agam keluarganya pula, dia hanya membazirkan minyak sahaja. Kerana, pukul lima pagi nanti dia akan bangun semula. Sudahlah, jarak makmal dia dengan rumah agam itu, memakan masa sejam. Satu hal, bazir masa pula.
.
.
.
.
.
"JANGAN, macam ni Tuan." rayu seseorang dari dalam talian. Lelaki bertopeng hitam itu, menggelengkan kepalanya perlahan. Topeng hitam itu menutupi separuh wajahnya sehingga bawah hidung.

"Kalau aku taknak macam mana?" Suara garau dikeluarkan dari dua ulas bibir itu.

"Tuan...kami dah beritahu pihak media. Takkan Tuan tak nak hadir? Mana kami mahu letak muka?"

Senyum sinis terlakar dari bibir lelaki itu.

"Muka kau, bukan muka aku. Pandai pandailah nak letak mana." katanya, selamba.

"Tuan White Hacker..."

White Hacker menongkat dagu sambil memandang skrin komputer dihadapan. Sekali sekala dia menguap.

"Tuan, Tuan cakap nak berapa. Kami beri. Asalkan Tuan dapat datang majlis tu."

White Hacker ketawa.

"Aku datang tanpa ambil duit daripada syarikat korang." kata dia, selepas memberhentikan tawanya.

"Terima-"

Tut.

Panggilan dimatikan sebelum gerangan didalam talian habiskan ayat.

White Hacker tersenyum sinis, menampakkan barisan gigi putih dia. Senyuman dia tidak tumpah seperti seekor drakula jumpa mangsa. Dengan cahaya dari komputer memantulkan pada gigi putih dia, seakan bersinar-sinar.
.
.
.
.
.
DARI luar dewan, dia sudah mendengar bunyi lagu di dedangkan bercampur dengan suara suara tetamu berbual.
Aurora mengemaskan masquerade merah dimukanya. Selendang hitam menjadi pilihan dia malam ini. Gaun merah jenis satin, panjang paras atas buku lali, membuatkan dia seperti seorang puteri kayangan. Lengan baju pula, digayakan jenis Bishop. Gaun merah dia tidak terlalu kembang.

"Profesor Red Lady."

Aurora mengalihkan pandangan pada seorang lelaki ditempat pemandu.

"Apa?"

"Pastikah nak turun dekat sini sahaja? Kenapa tak nak hantar dekat depan dewan?" tanya lelaki itu.

Aurora menggelengkan kepalanya, perlahan.

Lelaki itu mengangguk. Lelaki itu mula keluar dari perut kereta. Pintu kereta belah tempat Aurora, dibuka oleh lelaki tadi.

Sepasang kaki beralas kasut tumit tinggi bewarna merah, melangkah keluar dari perut kereta. Mata yang sudah dihias oleh contact lens bewarna coklat gelap, memandang kearah muka pintu dewan yang sedang dipenuhi oleh pengawal pengawal berbadan tegap.

Aurora membetulkan sisi tudungnya sebelum berjalan ke arah muka pintu dewan dengan megah sekali.

Bunyi detakan kasut tumit tingginya pada lantai dewan bergema di segenap ruang. Semua mata sudah tertumpu pada dia. Rata-rata manusia membuat laluan tengah, untuk dia berjalan ke arah tempat duduknya.

Kaum hawa sudah berbisik sesama sendiri. Manakala kaum Adam pula, terpaku melihat dia. Bibir yang teroles gincu merah itu hanya tersenyum sinis.

"Dipersilakan yang dihormati, Profesor Red Lady." Seorang pengacara majlis bersuara. Umat manusia di dalam dewan luas itu, menepukkan tangan mereka. Gemuruh.

Aurora duduk di atas kerusi berada di hadapan dewan, yang disediakan oleh Syarikat Gauntlett terhadap dia. Di sederet baris dia, turut mempunyai kerusi-kerusi yang tersusun dan diduduki oleh VVIP yang terpanggil. Kecuali, kerusi disebelah dia. Kerusi itu kosong tidak berpenghuni. Malas ingin berfikir panjang, Aurora biarkan sahaja.

Belakang kerusi Aurora pula, terdapat kerusi yang diduduki oleh seorang gadis yang tidak asing bagi dia. Gadis itu ialah Maria, pembantu makmal dia.

Aurora memalingkan wajahnya ke belakang menghadap Maria. Dari riak wajah Maria, dia tahu Maria sangat gembira dan teruja menghadiri majlis ini.

Aurora menghadap ke hadapan semula. Hatinya berdoa supaya riak wajah Maria itu, ikhlas.

Dan bukan palsu.

****

Continue Reading

You'll Also Like

3.5M 162K 61
Ini tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama di...
196K 12.8K 76
Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . š“šØ š­š”šž š¦ššš§ š°š”šØ š©š«šØš­šžšœš­šžš š”šžš« š¦šØš«šž š­š”ļæ½...
4.1M 248K 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami ran...