TEARSBREAKER

aeyssia

16.7K 2.8K 3.1K

[ INFINITY LOVE ] Roses are red, Iesyraf is cute. Damn babe, Just let me kiss you. Iesyra... Еще

PROLOG
1 : Lost girl.
2 : Beautiful fate, isn't?
3 : Retold of Alpha.
4 : Pool and mint.
5 : Little bitter secret.
6 : Al-Nu'aiman ibn Amr.
7 : Alohomora!
8 : Just let me love you.
9 : Get out!
10 : Monopoli.
11 : Road to Terengganu!
12 : Iesyraf vs Ayam.
13 : Moon, stars and you.
14 : Putera Nawaz.
15 : Promises.
16 : Wedding preparation.
17 : Trust him.
18 : Our new beginning.
19 : My prayer.
20 : A threat?
21 : The invisible friend.
22 : Treat you better.
23 : Night date.
24 : You bake, I shake.
25 : 'AITTALNHAQ'
26 : Worry.
27 : Meow, meow!
28 : Redi o not?
30 : No choice.
31 : Stay strong.
32 : This is not what I wanted.
33 : You're nothing.
34 : Break your own tears.
35 : Betrayer.
36 : Stay.
37 : Into a monster.
38 : Time for some crimes.
39 : Happiness is back.
END : Our story ends here.
EPILOG
SPECIAL CHAPTER

29 : It's my fault.

332 62 32
aeyssia

okay saya tahu anda menyampah bila saya bagi ayat konon konflik dah nak sampai tapi tak muncul ii

so

NAH AMIK AMIK

.

.

.

TIBALAH hari yang dinanti - nanti. Hari yang mampu membuatkan jantung Hana berdegup bagai nak meletup. Berdirinya dia di studio rakaman stesen televisyen yakni tempat Naufal bekerja Bersama sang suami yang mendapat pas untuk staf. Hasil Naufal meminta pertolongan kawannya supaya diberikan pas itu.

Seperti biasa, Hana disuntik perasaan risau yang amat hebat. Dia menggigit kuku ibu jarinya yang menggigil. Mata melilar ke situasi sekeliling dan ramai orang tampak sibuk. Seakan - akan hanya Hana yang gemuruh.

Dia merangkul lengan Iesyraf. Lelaki itupun seperti faham getaran jiwanya, dia menggenggam erat tangan Hana dan mengucupnya.

Redup renungan Iesyraf untuk Hana dan sekuntum senyum nipis lahir. "Anggap macam sayang masak dekat rumah je. Fikir nak masak untuk saya ke. Relaks, sayang. It's not play or die."

"Tapi saya rasa macam akan die."

Tidak dapat dipastikan sama ada Hana bergurau ataupun serius. Iesyraf berfikir sejenak bagaimana mahu menceriakan isterinya.

"Okaylah sayang, kalau sayang gelabah sangat kita lari dari sini jom? Biar Naufal dapat malu. Jom sayang, lama saya tak main lari - lari," seloroh Iesyraf seraya dia mengacah ingin mendukung Hana ala bridal style.

Tergelak Hana sambil dia menampar - nampar dada bidang suaminya itu. Hampir sahaja dia menjerit apabila kakinya tidak menjejak lantai. Perlahan - lahan dia boleh bertenang.

"Tak akanlah nak lari. Saya dah ada strategi nak menang pertandingan ni," ujar Hana lalu merendahkan nada suaranya konon itu ialah rahsia. Takut peserta lain terdengar.

"Oh my God seram. Apa ya strategi Cik Hanania?" Mikrofon halimunan masuk, Iesyraf menghalakan genggamannya ke mulut Hana.

"Mana boleh bagitahu..."

"Dengan suami sendiri pun nak berahsia ke?"

"Tak boleh, tak boleh. Saya tak nak kecewakan awak jadi biar saya je tahu strategi ni."

"Sayang mana pernah kecewakan saya. Bagitahulah."

"Tak nak."

"Pwease."

"Jangan ajuk Neil." Sedas jelingan Hana hadiahkan kepada Iesyraf yang asyik mendesak. Kemudiannya dia balas senyuman lelaki itu. "Saya janji saya menang okay?"

"Don't push yourself so hard. Saya tak kisahlah awak menang ke tak," tukas Iesyraf terus berkerut dahinya. Bersalahlah pula kalau Hana memaksa dirinya semata - mata nak buat dia bangga. "Awak menang ke kalah, saya tetap bangga dengan awak."

Jari telunjuk Hana menyentuh bibir Iesyraf sekali gus menghalang dia berkata - kata.

"Sayang, syy. Saya tengah confident," larang Hana dengan muka cemberutnya.

Melebar senyuman Iesyraf.

"Tapi kan, wak. Baru ingat. Awak dapat call atok tak? Saya try asyik masuk miss call."

Terjongket sebelah kening Iesyraf. "Dia busy pujuk Rembo kut. Nanti saya curi masa bawa sayang pergi Terengganu."

"Ya ke?! Wah! Lagi semangat ni!" Bersinar - sinar mata Hana macam ada bintang dalam iris wanita itu.

"By the way, tengok saya pakai rantai awak buat. Tapi saya buat jadi gelanglah. Baru nampak. Lucky charm saya ni," tambah Hana lagi sambil menunjuk - nunjuk rantai air tangan Iesyraf di pergelangan tangannya. Rantai itu dililit dua tiga kali sebelum dikancing.

"Wah, terharu..."

"Tapi kalau comot kena minyak ke apa, awak buat baru boleh?" Aju Hana sebelum Iesyraf sempat memberi ucapan drama air matanya. Dia tersengih - sengih.

"Amboi nakal dia. Gigit kang."

"Gigitlah."

Tercabar pula ego lelaki Iesyraf. Nasib baik di khalayak ramai sahaja, kalau tak mesti aktif mod nakalnya.

Mendengar tawa merdu Hana mengejeknya, Iesyraf ikut tertawa sama. Sungguh dia sayang wanita ini. Senyuman Hana kegemarannya. Gelak ketawa Hana juga dapat buatkan dia takut kalau dia tak akan dapat mendengar suara itu lagi selepas ini.

Tidak pernah berlaku tapi Iesyraf pasti kalau mereka berdua bergaduh besar, dia tak akan mampu meninggikan suara. Mesti tekaknya terasa terbakar dan dia sendiri akan bergenang air mata. Betapa besarnya kasih sayangnya untuk Hana.

Panggillah dia jiwang tapi dia memang sedang dilamun cinta kepada Ariya Hanania.

Bunyi tin dibuka mengganggu detik - detik manis mereka berdua.

Iesyraf dan Hana menoleh. Naufal dengan riak tiada walau secuit bersalah membulatkan mata sambil menghirup air Coca Colanya.

"Bro, we're having a moment," tegur Iesyraf.

Naufal meneguk airnya. Dia senyum puas dapat menjadi orang ketiga pasangan yang selalu buat dia kemurungan single. "And I'm having a Cola."

Terkumat - kamit bibir Iesyraf mengutuk Naufal dalam hati, mengelakkan perang dunia ketiga berlaku di studio. Tak pasal - pasal kena halau oleh pengarah.

"Hana, lagi sepuluh minit director suruh berkumpul," maklum Naufal sambil menarik kerusi untuknya duduk.

"Okay."

Sebaik sahaja sepi tiada perbualan, telefon Iesyraf berdering. Terhinjut bahu lelaki itu dek terkejut.

"Bukan aku dah suruh silentkan phone tu ke?"

Berderu darah Iesyraf apabila dia ditenung Naufal yang tampak begitu serius. Dia mimikkan mulut mengucap maaf.

Panggilan itu diangkat.

"Emergency, bos singa panggil kau ke sini." Terdengar Qays memberi arahan ringkas dan tegas. Sejurus itu, panggilan dimatikan.

Tidak mahu menadah telinga dengan rungutan atau rengekan Iesyraf.

"Tak boleh ke inform awal - awal?!" Naik seoktaf suara Iesyraf protes sebal. Murung habis mukanya. Rambut dikusutkan.

"Kenapa sayang?"

"Tuan Imran panggil."

Ekspresi Hana turut bertukar mendung. Sekejap sahaja sebelum dia tarik senyum semula. Menutup kesedihannya.

"Apa hal pula?" Soal Naufal turut sedikit bengang.

"Dia nak aku solve kod suspeks kitorang hari tu kut. Budak IT tak boleh diharap. Aku pun tak tahu kenapa."

"Kau dah solve?"

"Of course. Ini Iesyraf Danial. Dah handsome, pandai bijaksana pula."

Sempat dia riak.

Dia mengerling Hana semula. Dagu isterinya didongakkan. "Sorry, sayang..."

"Pergilah, saya tak kisah."

Diselubung serba salah Iesyraf dibuatnya. Berat hati nak mengikut arahan kerja itu. Masakan dia nak tinggalkan Hana di hari penting seperti ini?

"Tak apa, saya okay," Hana mengulang lalu dia segera memimpin suaminya ke pintu luar. Senyumannya dikekalkan dari tadi. Nak membantah pun tak boleh, itu kerja Iesyraf.

"Serius sayang okay?"

"Serius. Nanti awak datang balik, saya mesti menang!"

Iesyraf tahu Hana sedih, tapi melihat isterinya bersungguh menceriakan suasana, tidak sampai hati pula dia nak tambah garam pada luka.

"Good luck Chipsmore Iesyraf," ucap Iesyraf lalu jatuhkan satu ciuman di dahi Hana. Diikuti dahinya juga terima ciuman ringkas si isteri.

Dia melambai tangan dalam langkahnya keluar.

"Hati - hati!"

Iesyraf tunjuk gaya okay.

"Nyawa saya dalam kereta tu nanti!"

"Allahu akbar!" Tidak percaya apa yang telinganya dengar, malang pula tidak berbau, Iesyraf terlanggar hiasan pokok.

Hana ketawa suka. Dia melambai lagi sampailah hilang figura Iesyraf dari ruangan matanya.

Senyumnya mati.

"Tak apa, Hana. Kau boleh. Bukannya dia sengaja," pujukan untuk diri sendiri.

Dia mengusap dada sebelum membawa diri ke dalam studio. Satu semangat baru menyuntik dirinya. Penumbuk digenggam.

"Aku mesti menang."

Untuk membalas jasa Iesyraf, dia mesti menang.












































"SPEAK."

Iesyraf yang masih tercungap - cungap kerana bergegas berlari terkelip - kelip mata pinta simpati dari ASP Imran. Telinganya menangkap tawa halus Qays.

"Pasal kod tu?"

"Yalah, Qays kata kamu dah solve. Kita dah bazirkan banyak masa."

Terangguk - angguk kepala Iesyraf mengiyakan. Dia meminta kertas dari mana - mana pegawai polis lain dalam bilik mesyuarat itu.

Tegang atmosfera di situ dek tiada berita gembira. Harapkan otak Iesyraf mampu memberi mereka cahaya setelah jumpa jalan buntu ini.

"Kod tu guna kod budak sekolah je. Rail fence cipher. Siapa belajar sains komputer tahulah." Iesyraf mulakan penerangannya. Dia berdehem seketika sambil mengangkat kertas A4 itu supaya semua dapat lihat.

"Banyak kali saya cuba kaedah ni, sebab saya tak tahu jadual ni ada berapa baris. Saya kena agak sendiri."

Dia menayangkan kertas kosong yang dilukis empat baris.

"Bilangan lajur senang, kira berapa patah perkataan dalam kod tu." Ibu jari ditunjuk pada slide yang terpasang, menunjukkan wajah suspeks berjaya ditangkap, kod dan maklumat lain.

Ada yang mula mengira.

AITTALNHAQ.

10 huruf.

"10 lajur." Iesyraf menambah 10 garis menegak dalam jadualnya.

"Letaklah simbol apa - apa dalam corak zig-zag. Senang kita nak gantikan dengan huruf huruf tu nanti."

Dia melukis titik kecil di bucu kotak - kotak itu.

"Sekarang, masukkan kod. Ikut baris. Baris pertama huruf A dan I."

Kertas diserahkan kepada Qays. Menyuruh kawannya sambung baki - baki kod itu. Pegawai polis lain mengerumun mereka berdua, teruja mahu membuktikan kebenaran penerangan Iesyraf tadi.

Tidak sangka kod yang buatkan pakar IT pening kepala hanya perlukan asas sains komputer yang dibelajar waktu sekolah menengah.

Itu yang paling Iesyraf musykil. Dia perlu siasat apa yang terjadi dalam kalangan pakar IT itu. Misteri apa yang tersembunyi sampai kod mudah begini pun tidak mampu diselesaikan.

"Siap, lepas tu?"

"Baca ikut zig-zag pula."

Semua bola mata di situ turun naik membaca.

"Atlantiahq," sebut seorang daripada mereka ibarat hampir tercekik bunyinya. Berkerut - kerut dahi tidak faham apa yang dia baca tadi.

Iesyraf membetulkan, "Atlantia HQ."

Matanya bertentang dengan ASP Imran yang serius mukanya. Lelaki itu menunjukkan ibu jari sebagai good.

Untuk kali ini, Iesyraf tidak bangga dengan percapaiannya. Jauh di sudut hati Iesyraf sendiri mengaku yang dia tercengang dengan maksud kod itu. Sebab itu dia tidak terus melaporkannya lantaran itu ialah syarikat milik Hilmi satu masa dahulu.

Langsung Iesyraf tidak menjangka itulah maknanya. Hilmi? Dalang samseng jalanan yang menjual dadah dan pusat berjudi ini?

Jatuh maruah kalau yang lain tahu itu ialah bapa mertuanya.

Patut pun dia hilang khabar tentang Hilmi. Ada business rupanya.

"Kita dah tahu lokasi, bila nak jalankan misi tuan?" Soal polis di situ.

ASP Imran tersenyum puas melihat usaha anak buahnya. Dia berdiri dan menghentak meja. "Esok kita pergi. Malam ni semua rehat, kumpul tenaga. Ini kes terbesar untuk tahun ni. Either fight or run. Masukkan semua dalam lokap. Pastikan tak ada yang terlepas."

Semua tabik hormat menandakan faham dengan arahan. Akhirnya. Kes yang disiasat selama berbulan - bulan akan bertemu penghujung. Lega hati walaupun tidak jejak ke sarang judi dan pengedaran dadah itu lagi.

Tiba - tiba pintu bilik mesyuarat itu diketuk daripada luar.

"Masuk."

Seorang polis perempuan menjengukkan kepala. Kelihatan seperti sedang mencari seseorang sebelum menyatakan hasratnya.

Mata polis itu terhenti pada Iesyraf lalu beralih pada ASP Imran semula.

"Maaf, tuan. Ada emergency call, mangsa ada minta Tuan Iesyraf."

Iesyraf berkongsi renungan keliru sama dengan Qays. Kemudiannya dia meminta diri untuk keluar. Qays sebagai side kick Iesyraf menyibuk nak ikut sama.

Dia tidak sedap hati.

Iesyraf tidak perasan bila Qays membontotinya dan juga bila lelaki itu beredar seketika untuk mengangkat panggilan. Katanya ada orang telefon. Oleh sebab itu dia pun ikut Iesyraf keluar dari bilik mesyuarat.

Fokus Iesyraf hanyalah tertumpu pada panggilan kecemasan, 999 itu. Dia sangatlah yakin akan berkait dengan Hana.

Naik turun dadanya menahan debaran yang menggila.

Polis perempuan itu mengulang panggilan tadi. Dia mendekatkan ganggang telefon pada Iesyraf.

"Saya nak report ada kes culik dekat sini."

Luruh jantung lelaki itu setelah dia sedar siapa pemilik suara.

"Fal?"

Naufal yang sedang memberi alamat kedengaran bergetar suaranya. Ketakutan mungkin.

Iesyraf merampas ganggang telefon itu dan menekapkan pada telinganya. Siap tutup lagi sebelah telinganya, cuba untuk mengenal pasti apa yang berlaku daripada bunyi di sekeliling Naufal.

Tapi apa yang dapat dia dengar sekadar siren ambulans dan hiruk - pikuk orang lain.

"Tolong bagitahu Inspektor Iesyraf Danial Bin Syakir Irfan yang mangsa ialah isteri dia. Pertandingan ni diserang. Sorry Iesy, aku tak dapat jaga isteri kau."

Ganggang telefon terlepas. Iesyraf menekup mulutnya. Dia jadi tidak tentu arah. Ayat Naufal tadi berulang - ulang dalam otak.

Dunianya seakan berpusing.

"Tuan?! Tuan?!"

"Apa jadi?!"

"Dia macam sesak nafas!"

"Iesyraf, woi!" Bahu Iesyraf dicengkam dan samar - samar wajah Qays menjadi tatapan pertama. "Breathe, Iesyraf! Breathe!"

Dia tidak boleh terima realiti ini.

Salah dia kerana meninggalkan Hana.

Ini semua salah dia!

"Iesyraf! Sedarlah! Bawa bertenang! Breathe, please!"

Dalam nafas yang tidak teratur, Iesyraf bergantung pada lengan Qays yang menampung badannya dari tumbang. Mata yang terbeliak luas menatap kawannya.

Hana.

Hana diculik.

Hananya diculik.

"Hana, Qays... Hana aku..."

...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH TERKEJUT TAK?

BAH KENA CULIK!

AYOKKKKK SAYA TATAUUUUU!

BAIDEWEH

sape tak faham bab kod tu

here u go

nasiblah author anda ni budak ASK *tembak love*

Продолжить чтение

Вам также понравится

My Wife Is Straight [Myanmar translation] Vivan_04ERI

Документальная проза

8.6K 737 6
Original Author - 东风几许 Eng Translator - KK Translates CHAPTER : 2 Episodes (Complete) STARTING DATE : 16.3.2020 ENDING DATE : 19.3.2...
I Was Never Yours Blair

Любовные романы

40.7M 1.1M 42
When Arianna marries billionaire Zach Price to save her family, she doesn't expect to fall in love with a man who'd always consider her a second choi...
7.4K 223 5
Its only like about three or four chapters. This is a fanfic on which instead of triumphing, Harry was killed by Voldermort and he took over the wiza...
2.2K 59 21
There was a big news in City A recently. The daughter raised by Haomen Lu's family for eighteen years was not his own. The real daughter returned to...