TEARSBREAKER

By aeyssia

17.4K 2.9K 3.1K

[ INFINITY LOVE ] Roses are red, Iesyraf is cute. Damn babe, Just let me kiss you. Iesyra... More

PROLOG
1 : Lost girl.
2 : Beautiful fate, isn't?
3 : Retold of Alpha.
4 : Pool and mint.
5 : Little bitter secret.
6 : Al-Nu'aiman ibn Amr.
7 : Alohomora!
8 : Just let me love you.
9 : Get out!
10 : Monopoli.
11 : Road to Terengganu!
12 : Iesyraf vs Ayam.
13 : Moon, stars and you.
14 : Putera Nawaz.
15 : Promises.
16 : Wedding preparation.
17 : Trust him.
18 : Our new beginning.
19 : My prayer.
20 : A threat?
21 : The invisible friend.
22 : Treat you better.
23 : Night date.
25 : 'AITTALNHAQ'
26 : Worry.
27 : Meow, meow!
28 : Redi o not?
29 : It's my fault.
30 : No choice.
31 : Stay strong.
32 : This is not what I wanted.
33 : You're nothing.
34 : Break your own tears.
35 : Betrayer.
36 : Stay.
37 : Into a monster.
38 : Time for some crimes.
39 : Happiness is back.
END : Our story ends here.
EPILOG
SPECIAL CHAPTER

24 : You bake, I shake.

320 63 72
By aeyssia

.

.

.

PETI sejuk menjadi tatapan pertama Hana sebaik sahaja dia memasuki dapur. Sticky note yang tertampal dibaca dengan seribu kerutan di dahi.

     Saya keluar dengan Qays tau,
     kitorang breakfast dekat luar. Jangan
     cari saya satu rumah pulak. Tata~

     Iesyraf yang comel terlajak laris auch!

Terbatuk - batuk Hana sebelum dia memerhati sekeliling. Terbeliak luas matanya hampir terkeluar dari soket.

Macam mana Iesyraf tahu yang dia mencari satu rumah tadi?!

Menyeramkan.

Hana menggeleng kepala menghalau segala idea seram daripada menyelinap masuk ke dalam kepala. Baiklah dia menuruti permintaan perut yang berbunyi minta diisi.

Malas mahu memasak kerana dia seorang sahaja yang akan melahap, Hana sekadar membakar roti. Nasib baik dia mengajak Iesyraf membeli barang dapur semalam.

Roti digigit hujungnya sambil Hana melayari resepi dalam internet.

"Lama tak baking, nak masak apa eh?" Gumamnya lalu meletakkan telefon atas meja. Mata masih terpaku di skrin manakala tangannya menyapu serbuk - serbuk roti ke atas pinggan.

"Donat jelah, senang. Okay cun." Keputusan dibuat, Hana tersenyum - senyum sendiri. Tidak sabar mahu mulakan sesi memasaknya. Hobi yang telah lama tidak dibuat dek sibuk menguruskan itu ini.

Tiba - tiba resepi yang terpapar hilang dan satu panggilan masuk. Bergetar telefon meminta Hana mengangkat panggilan itu.

"Eh atoklah!" teriak Hana keriangan lalu sepantas kilat dia menjawab. Speaker ditekan dan berleluasalah suara Tok Nabhan seisi dapur.

"Assalamualaikum tok. Dah sampai Terengganu ke tu?" Hana membuka perbualan terlebih dulu. Dia mencapai apron yang turut dibeli semalam. Lengan baju dilipat sampai ke paras siku.

"Iyalah. Baru sampai."

"Hilang rindu tak dekat si Rembo tu?" Seloroh Hana teringat alasan utama Tok Nabhan beria nak pulang ke kampung halaman.

"Hampeh. Dia buat buat tak kenal atok."

Terburai tawa Hana. Bukannya tak kenal ayam seekor itu kadang - kadang diva terlebih.

"Asyraf ada dekat situ juga ke?"

"Ada orang seru ke?!" Baru disebut nama, sudah muncul tuan badan. Lebih kuat suara Asyraf daripada Tok Nabhan tadi. Barangkali dia menjerit betul - betul di sebelah telefon.

Hana tertawa kecil. "Terima kasih hantar atok saya tau."

"Atok kau, atok akulah juga. Kan atok kan?"

"Cucu baru atok ni!" Tok Nabhan menyahut.

Kedengaran gelak tawa dua lelaki itu dari hujung panggilan.

"Amboi atok, dah ada cucu baru terus lupa Hana. Kecik hati," rungut Hana lebih kepada gurauan. Dia mengeluarkan semua bahan - bahan untuk membuat donatnya.

"Sibuk nak dengki dengan aku. Kau dah curi kembar aku, aku curilah atok kau," tukas Asyraf.

Hana dapat bayang wajah selamba lelaki itu mengejeknya. Dia menggeleng kepala. Sama sangat dengan perangai Iesyraf. Suka mengusik orang.

"Cakap pasal Iesy, mana dia?" Asyraf bersuara lagi.

"Keluar dengan kawan dia."

"Yang mana?"

"Qays."

"Oh. Mamat tu. Pergi intip orang lagilah tu."

Spontan seribu satu persoalan menyinggah. Kaku sekejap tangan Hana yang sedang menyediakan segala bahan untuk memasaknya.

"Intip?"

"Kan aku dah cakap, dia tu samseng. Tak samseng, mafia. Wah, macam movie pula main mafia mafia ni. Mafia yang tolong polis. Iesy tu yang..."

"Tak apalah, wak." Potong Hana laju sebelum pelik - pelik lagi jawapan Asyraf melencong. Penat dia nak mencungkil rahsia Iesyraf yang satu itu.

"Eh budak ni, bagilah aku habis cakap dulu. Ah, lantak kaulah. Bukan special mana pun kerja Iesy tu," Asyraf pun tampak malas mahu berbalah.

"Tapi kalau dia pakai baju kerja dia, nampak hot tau." Dia menambah lagi. Tidak memberi Hana ruang untuk menyampuk.

"Saya tak nampak pun uniform apa - apa."

"Tak tahu ke husband kau tu pemalas nak pakai? Rimas you know rimas. But serious talk, kalau dia pakai habis cair semua orang. Nasib baiklah aku kenal dia dari dalam perut umi, kalau tak mesti dah tukar gay. Hati - hatilah Hana. Takut rival kau nanti lelaki."

Tak pastilah Hana mahu ketawa ataupun risau.

"By the way Asyraf, kembar kesayangan awak tu makan donat tak?" Soal Hana langsung tidak ambil peduli pesanan tadi. Bukannya Asyraf boleh jadi orang ketiga dalam rumah tangganya, membazir air liur sahaja bertekak dengan lelaki itu. Mesti banyak jawapan seperti Iesyraf.

Kejap, kenapa dia asyik teringat Iesyraf?

Dia perasan daripada refleksi samar - samar tingkap yang pipinya naik memerah.

Tak akan fikir tentang Iesyraf pun dia boleh blushing?

"Parah dah aku ni..." gumamnya lalu menampar muka sendiri beberapa kali agar kelibat Iesyraf yang bermain dalam kepalanya hilang. Dia pantas menuangkan tepung ke dalam mangkuk. Mengalihkan fokus kepada memasak. Bahaya kalau dia biarkan Iesyraf bermain dengan mindanya, boleh angau.

"Donat? Kau bagi batu dengan kayu pun dia makan. Tak payah risaulah budak tu punya appetite. Kau tengok pipi dia tu chubby, sebab kuat makan dari kecillah tu. Lagi - lagi Chipsmore. Menyampah dah aku tengok," bertubi - tubi Asyraf mengumpat si kembar yang tiada di situ.

"Hana masak donat ke?!" Tok Nabhan mencelah lagi.

"Haah. Lama tak buat."

"Rindunya donat Hana!"

"Sedap ke?" Asyraf menunjukkan minat. "Nanti simpan hantar rumah umi tau, nak rasa."

Terkumat - kamit Hana membebel untuk diri sendiri. Tadi bukan main Asyraf memerli perut tong Iesyraf, sekarang dia pun dua kali lima.

Terfikir Hana nak mengubah sepasang kembar itu menjadi bulat persis teddy bear. Apalah rupa mereka berdua kalau tembam dan gemuk.

Iesyraf dan Asyraf pula memang mementingkan penampilan mereka. Lagilah kuat nafsu Hana nak menambah berat mereka berdua kemudian halang mereka daripada bersenam atau diet.

"Kita masak kek sekalilah. Baru cepat tembam."

Gelak jahat Hana membuatkan dua manusia yang masih dalam panggilan itu terdiam.

Misi menggemukkan Encik Suami, bermula sekarang!






































PERLAHAN sahaja salam diberi sebelum Iesyraf memasuki rumahnya. Kunci motorsikalnya digantungkan di pintu. Mata melilar mencari sekujur tubuh Hana.

Pagi tadi dia menghilang sebelum Hana bangun, petang sekarang dia pulang tetap tidak nampak raut wajah isterinya. Mencebik Iesyraf dek rindu nak mengacau wanita itu.

Dapur dituju. Niat asal untuk meneguk air, tetapi sepinggan donat yang terhidang seakan - akan memanggil - manggilnya pula. Iesyraf dapat agak donat itu baru keluar daripada ketuhar.

Perutnya segera berbunyi.

Iesyraf meneguk air liur. Dia memandang kiri dan kanan sambil mendekati meja makan.

Line clear!

Pinggan direntap lalu dia berlari ke ruang tamu. Alat kawalan jauh untuk penghawa dingin ditekan. Sempat juga Iesyraf mengambil air untuk melengkapkan minum petangnya.

"Bismillah donat jatuh dari langit, makan dulu." Satu suapan besar sebagai pembuka selera. Iesyraf menekup mulutnya terharu dengan keenakan donat itu.

Padahal sebenarnya tengah kebulur, bagi donat terbakar pun dia kata sedap.

Dek nafsu makan sedang melonjak tinggi dan mulut Iesyraf ibarat mesin mengunyah, sekelip mata licin pinggan seperti tiada apa - apa isi di awalnya.

Tepat pada masa yang sama, Hana muncul di belakang sambil berpeluk tubuh.

"Baru balik?" Tegurnya tanpa salam tanpa ayat pendahuluan.

Nyaris - nyaris Iesyraf terserdak, dia berpusing ke belakang!

"Sayang..." Dia tersengih - sengih. "Sayang pergi mana tadi? Iesy cari tak jumpa. Rindu tau!"

Sesi membodek bagi menyelamatkan diri daripada dibebel.

"Saya sembahyang tadi." Hana mengerling pinggan yang terdapat di atas meja. "Awak makan semua donat saya ke?"

"Ta... tak."

"Habis, serbuk apa atas seluar awak tu?" Seluar Iesyraf yang dihiasi serbuk - serbuk putih yakni gula daripada donat buatannya tadi ditunjuk. Hana mengeraskan suara sambil menayang wajah serius. Pura - pura marah.

Dan seorang Iesyraf Danial yang kehabisan alasan memberi jawapan tidak masuk akal, "that's cocaine."

Hampir pecah tawa Hana. Dia mengulum senyum sebelum hujung bibir suaminya yang comot dilap dengan jarinya.

"Sedap?" Nada suaranya bertukar lemah - lembut.

Iesyraf pun terus menghembus nafas lega seraya mengangguk laju. "Macam dekat kedai punya. Tak, tak. Lagi sedap dari dekat kedai! Pandai sayang saya masak."

Hana tersenyum simpul dengan pujian itu. "Dah kenyang kan? Tak jadilah saya nak masak kek."

Dia beredar daripada situ bersama pinggan kosong donat tadi. Menuju ke dapur sambil menanti apakah respon Iesyraf.

Tidak sampai sesaat, dia dapat apa yang dia mahu.

Iesyraf menjerit sekuat hati dan dalam suaranya, Hana boleh tahu yang lelaki itu kelam - kabut berlari ke arahnya.

"Buatlah! Buatlah! Saya lapar lagi! Tak makan setahun! Tadi tu macam opening je!"

Bunga api meletup dalam hati Hana menandakan kejayaan dia berlakon. Susuk tubuh tembam iesyraf terbayang - bayang di kepala. Mesti seronok buat peluk!









































HANA yang awalnya menganggap sesi membuat keknya akan berlalu dengan mudah kerana dia sudah cukup cekap dan berpengalaman, nyata terpesong jauh sekali.

Malang seribu kali malang kali ini dia menemui level baru untuk memasak iaitu...

Kehadiran Iesyraf dalam dapur bersamanya.

Kalau lelaki itu duduk diam dan melihat sahaja, aman damai hidup Hana. Tetapi perkataan duduk diam semestinya tidak pernah wujud dalam kamus hidup Iesyraf.

Mulut murainya tidak habis - habis menanyakan soalan tentang segala jenis pencuci mulut lain, tentang makanan western makanan Melayu yang Hana mampu masak. Tidak cukup dengan mendera telinga Hana, dia boleh berjoget - joget pula dalam dapur ataupun sibuk nak membelek bahan - bahan membuat kek Hana juga.

Tadi dia baru dimarahi kerana bermain memutar telur atas meja seperti fidget spinner. Gugur jantung Hana apabila sebiji telur berpusing betul - betul di hujung meja.

"You're so cute when you like do things," puji Iesyraf tatkala tentera telurnya dibawa lari. Matanya tidak lepas meneliti gerak - geri Hana yang cermat mengadunkan bahan - bahan yang Iesyraf tidak tahu nama.

"When you cook."

Hana ketawa untuk melayan kata - kata suaminya. Risau kalau dibiarkan Iesyraf bercakap seorang, dia akan lebih membising kerana protes.

"When you laugh." Iesyraf menambah. Dia menongkat kepala dengan kedua - dua tangannya. "When you talk."

"When you breathe.. " Suaranya mengendur. Wajah Iesyraf diserang darah sedar apa yang meluncur keluar daripada mulutnya. Dia mengalihkan perhatian.

Ini tak boleh jadi. Boleh gila dia kalau duduk diam begini.

Dan daripada perspektif Hana pula, beratus kata syukur saat tiada lagi suara Iesyraf cuba menghiburkan suasana. Sungguh dia perlu fokus, beberapa kali dia lupa apakah langkah seterusnya dek fikiran bercelaru sama ada mahu melayan suami ataupun tidak.

Ingatkan panas hingga ke petang, tsunami pula di pagi hari.

Bosan bermain dengan telur, Iesyraf membuka lagu sekuat - kuat alam pula. Tiba - tiba dapur bertukar menjadi konsert miliknya.

"'Cause the players gonna play, play, play, play, play!"

Astaghfirullahadzim.

"And the haters gonna hate, hate, hate, hate, hate!"

Menangislah Hana. Dia menuangkan adunannya ke dalam acuan serentak dengan Iesyraf semakin gamat menyanyi.

"Baby, I'm just gonna shake, shake, shake, shake, shake!"

Kedua belah bahu Hana dipusingkan supaya mereka berhadapan. Iesyraf memegang lengan Hana sebelum digoyangkan ke depan belakang bersilih ganti ikut tangan kiri dan kanan.

"I shake it off, I shake it off!"

"What are you doing?" Aju Hana dengan senyum yang terukir. Tebal sungguh kesabarannya. Kalau perempuan lain, mesti adunan kek tadi sudah terbang ke muka Iesyraf.

Iesyraf yang sedang bersemangat, berpusing gaya balerina pula. Dia menggoyangkan badan seperti budak kecil.

"You bake, I shake!"

"Sayang..."

"Awak panggil saya sayang?! Happynya!" Iesyraf bersorak sambil meniru gaya tukang sorak. Whisk dan sudip diambil menggantikan pom - pom.

"Ya sayang. Sayang, pernah rasa duduk dalam oven tak?"

Kejung semua urat saraf Iesyraf. Perlahan - lahan dia kembalikan whisk dan sudip di tempat asal. Dia duduk dengan penuh sopan - santun.

Hujung bibir Hana terjungkit. Senang rupanya nak paksa Iesyraf menjadi budak baik. Cuma kejam kerana perlu diugut sebegitu rupa.

Rambut suaminya diserabutkan.

"Good boy."

Bersinar semula mata Iesyraf.

Dahagakan pujian rupanya.

Hana menyambung semula kerjanya, acuan tadi dimasukkan ke dalam ketuhar yang sepatutnya menjadi tempat tinggal Iesyraf sekiranya lelaki itu berdegil untuk menari.

"Awak memang suka memasak ke? Kenapa tak nak jadi chef?" Soal Iesyraf yang baru seminit mengunci mulutnya, sudah dilanda kebosanan maha hebat. Baki doh donar Hana dijadikan mainan tanah liat lantaran tangannya turut tidak dapat duduk diam.

"Ayah tak bagi sebab takut saya selalu balik lambat."

Setelah perkataan ayah disebut, Iesyraf spontan menukar topik. Enggan atmosfera mereka berubah sayu.

Dia bangun dan merangkul isterinya dari belakang. Dagunya dilabuhkan pada bahu Hana.

"Kenapa tiba - tiba rajin buat banyak dessert ni?"

Kaku sebentar Hana bila kehangatan suaminya membaluti tubuh. Dia menyentuh lengan kekar Iesyraf di pinggangnya sebelum menoleh ke tepi. "Nak gemukkan suami saya."

Hidung Iesyraf dicuit manja.

Iesyraf berkerut dahi kemudian ketawa. "Mana boleh!"

"Why? Nanti susah awak nak intip orang?"

"Mana tahu ni?"

"Asyraf bagitahu. Tadi saya call dengan tok, dia pun ada dekat situ," terang Hana lengkap mengelakkan apa - apa salah faham timbul. Tidak pernah lagi melihat Iesyraf versi cemburu, risau perangai over lelaki itu bertambah teruk.

"Dia kata saya kerja apa?"

"Samseng. Mafia."

Terburai tawa Iesyraf. Dia memusingkan badan Hana dan pelukan terlerai. Namun bahu isterinya tidak dilepaskan lagi.

"Kurang ajarlah Asy ni! Dari dulu dia ejek kerja saya kononnya kerja saya tu klishe!"

Bibir Hana mengoyak senyum senang. Terbang rama - rama dalam perut setelah mendengar gelak ketawa merdu milik Iesyraf. Terasa seperti semua masalahnya ikut terbang pergi.

"Awak kerja apa sampai kena intip orang?"

Dan dia menyepetkan mata, jari telunjuk ditunding. "Ke betul jadi samseng? Cakap cepat! Pergi solat taubat! Tak baik! Dosa!"

Iesyraf ketawa terbahak - bahak lagi.

"Okay..." Meleret suaranya. Rentetan itu, dia meninggalkan dapur dan langkah kaki diayun ke bilik tidur. Senyum sinisnya tidak kendur.

Maka, kelirulah Hana dengan tindakan drastik itu. Berlapis - lapis dahinya.

"Dia pergi solat taubat betul - betul ke apa?" Tebaknya sebelum ketuhar dimatikan kuasanya seketika. Hana menanggalkan apron kemudian mengikut jejak si suami.

Pintu yang terkunci, diketuk dari luar.

"Tunggu kejap!"

Semakin berkerut dahi Hana. Pelbagai spekulasi menerjah kepala. Dia membayangkan Iesyraf sedang bersedia mahu menunjukkan selaras pistol dan mengiyakan yang dia sebenarnya bekerja sebagai seorang samseng sama seperti yang Asyraf maklumkan.

"Ish, tak mungkin."

Mungkin Iesyraf sedang menutup malu kerana dia tiada kerja. Menangis dalam bilik sebab tidak sanggup menangis di depan Hana. Jatuh air mukanya.

Hana menekup mulutnya di celah pintu. "Awak, kalau awak sebenarnya betul - betul tak ada kerja pun saya tak marahlah. Awak merajuk ke?"

Tamat sahaja pujukan itu, pintu terbuka.

Hana yang bersandar di situ ikut terdorong ke depan sebelum sepasang tangan menyambutnya. Cukup erat supaya dia tidak bercium dengan lantai.

Sebaik sahaja Hana mengangkat muka, jantungnya berhenti berdegup.

Iesyraf Danial lengkap berpakaian uniform pegawai polis siap dengan berkaca mata hitam di batang hidungnya.

Indahnya ciptaan Tuhan.

Tubuh Hana didirikan semula.

Iesyraf menanggalkan cermin mata hitam itu penuh stail. Senyum kacaknya dalam diam mengetawakan ekspresi terkejut beruk Hana.

"Sayang fikir saya memang tak ada kerja ke? You're so funny. I'm grown up man, sayang. Tak akanlah sampai tua nak berharap dekat family kan?"

"Suami saya... polis?" Tangan Hana menyentuh setiap lekuk yang membentuk wajah tampan depannya. Masih dalam fasa terkejut dan kehilangan kata - kata.

Pergelangan tangannya digenggam, Iesyraf mencium tapak tangan Hana sambil mata kekal tajam merenung.

Tidak semena - mena Hana tenggelam dalam sepasang mata itu.

Iesyraf melangkah setapak ke belakang lalu tunduk gaya gentleman.

"Greeting, Chipsmore. I am Inspector Muhammad Iesyraf Danial Bin Syakir Irfan."

Jatuh rahang Hana.

"Not a mafia, of course." Dalam tunduknya, Iesyraf menyelitkan gurauan sambil dia mengenyitkan sebelah mata.

"Kenapa awak nampak free je selalu?"

"Well, saya banyak kerja dari rumah. Baru - baru ni dapat cuti. Tadi pula pergi balailah. Tapi sebab saya kerja kena pergi sana sini, intip orang bak kata Asy... jadi tak bolehlah pakai baju ni. Terbongkarlah identiti saya. Lagipun rimas."

Terangguk - angguk Hana. Badannya yang sedikit menggigil kerana terlampau terkejut semakin bertenang. Cuma jantung yang tidak berhenti berdegup kencang.

Dia mengertap rahang sambil memandang Iesyraf atas bawah.

Merah padam mukanya!

"Berapa lama dah awak kerja?"

"Hm two years?"

"And you never told me?!"

"Come on Chipsmore, I love people reaction when they get surprise." Iesyraf berposing ala model majalah. Dia melayangkan flying kiss buat refleksi dirinya dalam cermin bilik. "Aren't your husband is too handsome for this world?"

Pipi Iesyraf ditekup. Hana tersenyum sampai ke telinga. "Confident king."

Lengan Iesyraf melilit pinggang Hana dan dia mengucup hidung isteri kesayangannya itu. "Comelnya muka terkejut sayang."

Wanita itu sekadar melebarkan senyumnya.

"I'm craving Chipsmore nowadays." Renungan Iesyraf bertukar redup manakala senyumnya bertukar menggoda. Mod nakalnya telah aktif.

Dia mendekatkan jarak antara bibir mereka sebelum Hana menahan dadanya.

"Awak... nanti dua dua tak merasa kek tu kang."

"Who need cake when I have you?"

Tubuh kecil Hana diangkat ke udara kemudian dibawa masuk ke dalam bilik.

Pintu ditutup dengan kakinya.

...








saya inesen saya inesen saya inesen kita husnudzon iesy buat 'ice breaking' lagi
*senyum paling teramat suci di abad ini*

Continue Reading

You'll Also Like

54.7K 604 29
Request please I'll write anything you request. I do x readers or some LGBT stuff bc what the heck quarantine is boring πŸ˜‚ please request I'm bored πŸ˜‚
752K 107K 39
Yaduvanshi Series #3 it is a book under yaduvanshi series. But it could be read as standalone too. Nitya Raghavendra is a telugu businesswoman earnin...
10.2M 640K 168
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...
Stolen Love By Gabs

Mystery / Thriller

397K 9.5K 33
My name is Morgan. My life used to be great: I was a track star, I had a great family, and the greatest best friend I could ever ask for. I was a qui...