TEARSBREAKER

By aeyssia

16.8K 2.8K 3.1K

[ INFINITY LOVE ] Roses are red, Iesyraf is cute. Damn babe, Just let me kiss you. Iesyra... More

PROLOG
1 : Lost girl.
2 : Beautiful fate, isn't?
3 : Retold of Alpha.
4 : Pool and mint.
5 : Little bitter secret.
6 : Al-Nu'aiman ibn Amr.
7 : Alohomora!
8 : Just let me love you.
9 : Get out!
10 : Monopoli.
11 : Road to Terengganu!
12 : Iesyraf vs Ayam.
13 : Moon, stars and you.
14 : Putera Nawaz.
15 : Promises.
16 : Wedding preparation.
17 : Trust him.
18 : Our new beginning.
19 : My prayer.
20 : A threat?
21 : The invisible friend.
22 : Treat you better.
24 : You bake, I shake.
25 : 'AITTALNHAQ'
26 : Worry.
27 : Meow, meow!
28 : Redi o not?
29 : It's my fault.
30 : No choice.
31 : Stay strong.
32 : This is not what I wanted.
33 : You're nothing.
34 : Break your own tears.
35 : Betrayer.
36 : Stay.
37 : Into a monster.
38 : Time for some crimes.
39 : Happiness is back.
END : Our story ends here.
EPILOG
SPECIAL CHAPTER

23 : Night date.

381 61 53
By aeyssia

bawah chap cringe macam biasa, well memang hobi buat korang geli geleman. pastu mood roller-coaster pun ada. kejap relax friendly pastu cak tiba tiba tukar jadi aums

okay tak tak saya budak baik

.

.

.

SELESAI memakirkan kereta berdekatan dengan tasik, Iesyraf mengurut batang lehernya sebentar dek penat seharian tidak dapat baring. Mujur berbaloi dapat dating dengan Hana sepanjang hari. Bukannya sekadar bermalas - malasan di rumah, membazirkan cuti sahaja.

"Lepas ni kita balik eh?" Aju Iesyraf meminta persetujuan Hana, manalah tahu kalau isterinya itu mahu pergi ke tempat lain. Kempunan pula Hana. Kalau tak ditanya, dia tak akan bagitahu.

"Pergi beli barang dapurlah. Rumah tu tak ada isi."

"Okay, lepas tu balik?"

Hana yang masih bertenaga mengangguk laju. Dia melihat tempat sekelilingnya dengan mata bulatnya. "Kita dekat mana?"

"Tasik Titiwangsa. Orang kata tempat ni lawa bila malam."

Sekadar bunyi ooo mengganti respon. Hana mengerling Iesyraf yang berusaha mengambil sesuatu dari tempat duduk belakang. Tampak sangatlah bersusah - payah kerana pergerakannya terhad. Barang itupun mungkin tidak sampai dalam capaiannya.

Mata Hana jatuh pada soket tali pinggang keledar Iesyraf.

Tali pinggang keledarnya tidak dicabut!

Menyusahkan diri sendiri sungguhlah. Kang tergeliat pinggang dah tambah satu masalah. Hana membebel dalam hati.

Dia menekan soket tali pinggang keledar itu maka terdorong ke belakanglah Iesyraf dibuatnya. Lelaki itu menatap Hana dan tempat duduknya bersilih ganti lalu tersengih kambing.

"Patutlah struggle sangat. Aduh, cuai." Gumam Iesyraf lalu menepuk dahinya. Geli hati dengan kebodohan diri sendiri.

"Okay, dapat."

Beg kamera menjadi tumpuan mereka berdua.

"Aku pinjam Naufal punya ni. Baru cantik gambar kita. Malam malam kamera telefon tak lawa."

Iesyraf segera mengeluarkan kamera DSLR milik sahabatnya itu. Dia membelek seketika kamera itu takut - takut bateri tiada.

"Hana, senyum," arah Iesyraf rentetan menghalakan kanta kamera itu pada Hana.

Terbeliak mata Hana!

Dia menghalang kamera itu dengan tapak tangannya.

"Tak nak saya!"

"Alah, hari ni kan memorable. Kenalah ambil gambar."

"Muka saya buruklah. Dahlah tadi berlari sana sini. Buruk, buruk. Rosak kamera tu nanti."

Berdecit Iesyraf tidak bersetuju sepatah habuk pun hujah Hana itu. Dia membiarkan kamera tergantung di lehernya lalu merenung wajah sang isteri lama. Biarpun gelap, berkat cahaya malap kereta, Iesyraf tetap tidak jumpa sebarang cacat - cela.

"Cantik je."

Hana menahan senyum. Memang berbunga hati tapi pujian itu tidak dapat menukar gaya pemikirannya. Tambahan lagi, Iesyraf sememangnya bermulut manis macam semua kata - katanya tumpah gula. Dia tetap menggeleng kepala. "Dalam kamera mesti tak cantik."

Automatik Iesyraf memutarkan bola matanya. Dia menutup sebelah telinga menandakan tidak mendengar sebarang dusta dan nista daripada Hana.

"Saya seriuslah awak..."

Mata Iesyraf menangkap bulan purnama di bentangan langit. Tidak begitu terang cahayanya kerana lampu - lampu di bumi lebih menyinari namun tetap kelihatan jelas bentuknya.

Ting! Iesyraf dapat idea.

"Dengar sini." Jari - jemari Hana diraih. Sekali gus menandakan yang dia hendak si isteri mendengar baik - baik bicaranya selepas ini.

"Pergi luar, ada bulan. Cantik kan? Cuba tangkap gambar bulan tu."

Berlapis dahi Hana. Keliru dengan arahan suaminya tetapi diturutkan jua. Pintu kereta dibuka dan dia keluar. Siap mencari tempat yang membolehkan bulan itu nampak sangat cantik lagi. Kemudian, Hana menangkap gambar bulan itu dengan telefon. Hasilnya agak mengecewakan.

Dia bersandar di sisi kereta sambil menekur gambar itu tajam. Apa salah gambar itu pun tak tahulah.

Bunyi cermin kereta diturunkan dan kepala Iesyraf tersembul keluar. Lelaki itu tersenyum senget. Memperlekehkan teknik fotografi Hana.

"Tak cantiklah, wak... cuba guna kamera awak tu," Hana mengadu sebal.

Iesyraf menangkap gambar bulan itu tanpa banyak kata. Hasil yang lebih kurang sama dengan gambar Hana tadi. Skrin kamera itu ditunjukkan buat Hana sebagai bukti. Bibir wanita itu menjuih ke depan serupa itik. Barangkali sedih kerana gambarnya tidak seperti yang selalu dia nampak dalam Google.

"Tengok ni, bad picture. It's look like a weird round light circle. But the moon so pretty?"

Hana perlahan - lahan dapat memahami maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh Iesyraf.

"You're beautiful. But the camera can't catch that. Just like the moon."

Iesyraf keluar dari kereta lalu bahu isterinya dirangkul. Kepala Hana dilentokkan di dadanya. "My fallen angel, you are beautiful. Not because I say it, but you just are. Before I even knew the word for beautiful. I didn't decide this, I acknowledge it."

Dia daratkan satu ciuman hangat di dahi Hana. Mereka berdua bertukar renungan.

Setelah berjiwang depan kereta, Iesyraf memimpin Hana menerusi taman itu. Sebuah bangku rehat yang dibina atas tasik berhadapan dengan air pancut yang menjadi salah satu tarikan utama di Taman Tasik Titiwangsa. Mereka bernasib baik kerana tempat itu tiada orang. Padahal malam hujung minggu. Mungkin kebanyakan orang lebih berminat pergi ke pusat beli - belah, wayang, boling, karaoke ataupun duduk di rumah.

Pegangan mereka terlerai, Iesyraf berlari sepantas kilat ke tebing jeti itu apabila air memancut tinggi ke langit, kemuncak paras ketinggiannya. Dia segera menggunakan kamera DSLR untuk menangkap setiap detik. Bunyi wah turut bersahut - sahutan menzahirkan keterujaan Iesyraf. Semua benda dia nak tangkap gambar. Langit gelap - gelita, bulan sudah ditutup awan pun dia nak masukkan dalam kamera.

Hana mengulum senyum melihat tindak - tanduk suaminya. Tidak lenguh bibirnya melebar setiap kali Iesyraf beriak seperti budak - budak, tampak yang lelaki itu benar - benar selesa nak meluahkan emosinya. Bahkan Hana langsung tak percaya itu orang yang sama yang telah mengugut Nawaz dulu dan siang tadi, iaitu seorang yang menyeramkan.

Benarlah Iesyraf mempunyai dua personalities berbeza.

A tearsbreaker.

A monster.

Harap sangat dia tidak akan berdepan dengan sisi lagi satu itu.

"Hana sinilah! Sayang, Chipsmore, angel, tomato! Cepatlah!"

Habis keluar semua nama.

Menggeleng kepala Hana sambil tertawa sebelum menghampiri Iesyraf. Dia ikut bersidai di pagar jeti memerhati tasik dan hamparan cahaya yang datangnya dari bandar yang masih meriah. Lampu terhias di sekeliling tasik menghilangkan aura suram. Jadi Hana tidak risau kalau tiba - tiba hantu air buat grand opening.

Dia menghirup udara dingin malam itu sedalam - dalamnya. "Awak, terima kasih."

Terbantut sesi fotografi Iesyraf.

"Kenapa?"

"Ingatkan saya hidup pun sebenarnya ada yang indah."

Terkelu lidah Iesyraf. Otaknya melencong pada seraut wajah dua manusia yang beri neraka untuk Hana satu tika dulu. "Kau teringat Nawaz dengan ayah kau ke?"

Hanya senyum. Tidak terlintas pun tentang dua individu itu sebenarnya. Tapi berkait jugalah ayatnya tadi dengan mereka berdua. Sukar sebenarnya untuk melupakan semua benda itu.

Hana bersuara selamba, "bersakit sakit dulu, bersenang senang kemudian kan? Tak apalah saya okay. Saya ada awak sekarang."

Mestilah Iesyraf tidak percaya. Lama dia menatap sepasang mata milik isterinya dan sungguh, dia boleh nampak mata itu berkaca - kaca cuma ditahan dari keluarkan air mata. Dalam diam, Iesyraf menyalahkan diri sendiri kerana menyentuh hal sensitif.

Pipi gebu Hana dicengkam kuat tetapi tidak menyakitkan, Iesyraf telengkan wajah wanita itu supaya membalas tautan mata mereka.

"Ingat eh? Ini bukan janji kosong," lafaz Iesyraf seraya mengunci jari kelingking mereka bersama.

"Together we will create a home without loud anger, no explosive rage, no slamming doors or breaking glass. Our home will be gentle. I will keep you safe and you will keep me still. No fear, no hurt, no worry, we come from broken places but together we will build something whole and safe."

Bersungguh - sungguh Iesyraf menyebut satu - persatu janjinya. Matanya terpaku di jari mereka yang bertaut.

"We will curl around each other like a pair of quotation marks at night, warm and comforted. In the morning you'll sing in the shower again."

Tergelak Hana mendengar sambungan.

Iesyraf tersenyum simpul, dia membelai kepala Hana dengan tangannya lagi satu. "We will heal and we will raise a family that doesn't need to heal."

Hana menambah jarak mereka, dia mencubit manja pipi Iesyraf. "Suka sangat buat saya cair kan?"

"Tulah kerja aku sebagai suami." Meleret suara Iesyraf sambil hidungnya berkerut suka diperlaku begitu. Dia mengheret Hana untuk duduk di bangku.

"By the way kan Hana, aku rasa nak tukarlah cara aku bercakap dengan kau ni."i

"Maksud awak?"

Iesyraf menggaru kepala yang tidak gatal. "Aku still guna aku kau, kau tak terasa ke? Lama juga aku fikir ni."

Hana memberi riak pelik. Tidak sangka perkara kecil seperti itu yang mengganggu fikiran Iesyraf.

"Saya tak kisah. Tapi kalau awak nak tukar, tukarlah." Secara drastik nada suara Hana bertukar ceria. "Cubalah! Saya nak dengar!"

Spontan Iesyraf terbatuk!

"Sekarang ke?" Dia menelan air liur yang terasa berpasir. "Saya..."

Dan segera percubaan itu bertukar kepada teriakan nyaring. Nyaris kena serangan jantung Hana dibuatnya!

"Argh geli!" Iesyraf meramas rambut dan turun ke mukanya. Jujur dia tidak pernah gunakan kata ganti nama awak dan saya dengan mana - mana perempuan melainkan orang lebih tua daripadanya. Itupun dia selalu menggelarkan dirinya dengan nama sendiri bukan gunakan saya. Cukuplah waktu formal sahaja dia kena gunakan kata ganti nama itu, memang tidak dapat dielakkan lagi.

Ini kes lain masalahnya! Kenapalah dia pergi mencadang kalau akhirnya dia sendiri yang terseksa?!

Terherot - herot mulutnya mencebik pabila tawa Hana menyinggah telinga.

"Slow slow," ujar Hana berbaur sokongan dan ketawa bersisa.

"Nak cakap apa?"

"Cakaplah apa - apa." Hana menyengetkan kepala menantikan respon Iesyraf. Lawak pula menyaksikan suaminya sangat terseksa padahal benda mudah sahaja.

Iesyraf tayang wajah mayat hidup. Menyesali perbuatannya mungkin. Ataupun sedang mengenang nasibnya selepas ini.

Dia drama.

"Tak apalah, awak guna je aku kau tu kalau tu yang awak selesa."

Tercabar pula Iesyraf. Kata - kata Hana bagaikan tanda seakan - akan dia menyerah kalah sebelum mencuba. Dia mengeluh lalu duduk bersila atas bangku itu. Hana meniru gayanya.

Iesyraf menarik nafas mengumpulkan segala kudrat semata - mata untuk menukar bahasa.

"Aku... eh salah. Saya... ha saya astaghfirullah apahal susah sangat ni?"

Dia mengeluh lagi sekali.

"Okay serious, Iesyraf. It's just a language, don't stress." Iesyraf mencantumkan dua tapak tangan Hana lalu dia genggam sambil menutup kedua belah kelopak matanya. "Saya... nak panggil awak sayang tak apa kan?"

Hana pula yang diserang kejutan budaya. Terus darah menyerang pipinya. Dia pantas memandang ke tempat lain.

"Ikut suka awaklah. Awak kan suami saya."

"Apa dia? Cuba ulang," usik Iesyraf langsung hilang dia punya gagap tadi. Fikir nak membalas dendam tadi Hana mengetawakannya, itu yang terus lancar.

"Tak naklah!"

"Malu malu pula Chipsmore saya ni. Ulanglah!"

Tidak tentu hala Hana apabila Iesyraf menunduk ke depan dengan masa bersinar - sinarnya.

"Awak kan suami saya..."

"Aaa comelnya!" Iesyraf berteriak seronok. Tangan Hana turut digoyangkan sekuat - kuatnya. Fanboying.

"Oh, sebelum lupa... awak jangan panggil saya abang tau. Dah muak dah saya dengar orang panggil saya abang dari kecil."

"Habis saya nak panggil awak apa?"

"Hm up to you? Tapi saya suka je awak guna awak saya. Nak panggil sayang pun boleh. Kita sama sama sayang gitu. Mesti comel! Adobel, bak kata Neil."

Dia melompat ke tebing jeti semula sebelum suara persis speakernya menjerit sekuat hati.

"My sayang is adobel!"

Memerah wajah Hana. Dia menutup mukanya, pura - pura tidak kenal suami siapa yang sedang terpekik - terlolong itu. Dia menangkap beberapa orang awam memandang Iesyraf dengan ekspresi hairan semestinya.

Malu dipuji sudah satu, malu dapat suami jenis muka tembok besi pun salah satu punca juga.

Perasan Hana malu - malu yakni nampak sangatlah comel di mata Iesyraf, dia menjerit lagi. "Little tomato is back!"

Sebelum lelaki itu buat perangai lagi, Hana terus menarik hujung baju Iesyraf supaya duduk dan bertenang semula. Hana cuba bersangka baik, Iesyraf baru mengambil jumlah gula yang banyak sebab itu dia terlebih energetik.

Agak tak logik untuk orang dewasa tapi tak apa.

"Tomato Iesy ni, cubalah berani sikit. Jom join jerit. Boleh release stress."

Kemengarutan apakah ini?

Ada polis datang tahan mereka berdua pula sebab mengganggu orang lain kang.

"Awak stres ke? Jangan jerit, kesian ikan nak tidur terkejut."

"Fikir aku... eh salah. Fikir saya budak kecil ke? Tak akanlah ikan terkejut. Jerit je pun."

Sepi sebentar.

Mereka saling terkelip - kelip mata.

"Awak tipu kan? Ikan tu betul - betul terkejut ke?" Iesyraf mula bercangkung lantas dia menyuluh lampu ke tasik. Mencari ikan. Berkerut dahinya risau kata - kata Hana menjadi kenyataan.

Hana menahan ketawa. Terpaksa dia menggigit tangan sendiri bagi menghapuskan nafsu jahat itu.

"Boleh tahan innocent awak ni..."

"Manalah tahu! Kalau betul dia terkejut macam mana?! Kesian dia!" Dia amat risau terhadap nasib ikan - ikan itu. Manusia lain yang jelas lebih terganggu tidak pula dia menyoal prihatin.

"Awak ni 28 ke lapan tahun?" Terlepas jua sedikit tawa Hana. Cukup perlahan agar tidak sampai ke pendengaran Iesyraf. Dia bercangkung di sebelah Iesyraf lalu menyerabutkan rambut suaminya itu.

"Ikan tu duduk dalam sangat, tak dengarlah suara awak tadi," tutur Hana memujuk Iesyraf supaya berhenti menyuluh lampu. Terjatuh telefon itu dalam tasik, kan naya.

Iesyraf terangguk - angguk menerima alasan itu. Dia berdiri tegak semula tetapi masih menatap tasik.

Tidak pasti dia sebenarnya berlakon polos ataupun betul - betul peduli dengan ketenteraman ikan mahu tidur.

"Kenapa awak bagi saya banyak sangat nickname?" Hana menyoal memecah sunyi. Soalan out of blue seperti selalu.

Bukan apa, Hana tidak mahu suaminya terus berfikir pasal ikan dan segala cerita rekaannya tadi. Kasihan pula tengok Iesyraf ditipu hidup - hidup.

Iesyraf yang ralit menggunakan kameranya untuk mencari ikan automatik berhenti. Dia menoleh Hana sekejap. Diam pula tiada jawapan.

"Apa dia?"

Oh, dia tak dengar.

"Why do you give me so many nicknames?"

Jeda lagi memberi ruang Iesyraf memerah otak. Tangannya setia menggentel tali kamera yang tergantung di lehernya. Beberapa minit kemudian, dia berhadapan dengan Hana pula dengan sekuntum senyum senget. Berubah habis perangainya.

Suasana turut berubah sama. Daripada santai tadi bertukar panas.

"I can't find the perfect word to describe you, Hana. More than a thousand languages exist in this world yet none of them suit you."

Dia menghulurkan tangan. Renungannya penuh menggoda dan bibirnya mengukir sengih nakal.

Hana nantikan Iesyraf versi yang ini.

"My Chipsmore... my fallen angel... my little tomato... and my ethereal wife, would you like to be my dance partner under this starry night?"

Tangan Iesyraf disambut.

"It would be my pleasure, Mr Tearsbreaker."



































TIDAK sempat membuka lampu ataupun kipas, Iesyraf segera menyerahkan diri pada pangkuan sofa. Tenaganya jatuh menjunam. Penat.

Penat menggatal dengan isteri.

Tercuit hati Hana melihat Iesyraf, dia membuka lampu yang jenis malap sahaja cahayanya. Kaki berura - ura ingin melangkah ke bilik tidur terus.

"Saya mandi dulu tau, wak."

Iesyraf menjawab dengan bunyi hmm sahaja. Dia membetulkan kedudukan kusyen supaya dia lebih selesa berbaring daripada meniarap. Tiada oksigen.

Hana pun tanpa banyak soal bergerak ke bilik air untuk membersihkan diri. Jam sudah melebihi pukul 12 malam, rasa kantuk menguasai. Memang matlamat utama dia selepas mandi hanyalah katil.

Masa dengan pantas berlalu.

"Awak!"

"Iesyraf! Cepatlah mandi!"

"Iesyraf?"

Hana yang lengkap berbaju tidur memeriksa Iesyraf yang tidak bergerak dari tempatnya berbaring tadi. Dia mencucuk - cucuk wajah lelaki itu tatkala tiada respon bila dipanggil.

Kali ini, dengkuran pula mengganti balasan.

Terbabas ke alam mimpi rupanya.

Hana sudah keliru. Tak akanlah dia nak biarkan suaminya tidur di atas sofa sahaja? Nak angkat masuk bilik? Lagilah mustahil! Terang lagi bersuluh Iesyraf jauh lebih berat daripadanya. Nanti Hana pula yang tumbang tengah jalan.

Kesimpulannya dia mengambil keputusan sekadar menyelimutkan Iesyraf dan tidur seorang diri di dalam bilik.

Tindakannya itu membuatkan dia diganggu pagi - pagi buta.

Saat seisi rumah sunyi sepi, tidur Hana tergendala dengan bunyi pintu ditolak dari luar. Tidak lama kemudian terasa ada sepasang mata sedang merenungnya dengan tatapan membunuh.

Separa terbuka Hana cuba mengenal pasti sekujur tubuh itu dalam gelap.

Dan di situlah dia menyerap kesabaran ke segenap pelusuk badannya.

Seorang Iesyraf Danial yang berbalut selimut berdiri di hujung katil. Muka masam mencuka dengan rambut serabainya. Mujur selimutnya berwarna terang, kalau tak mesti Hana sudah histeria kerana sangka itu hantu.

"Kenapa awak tak teman saya tidur dekat luar?!"

Itulah protes Iesyraf.

Hana menggosok matanya masih mamai. Siap menguap lagi. "Awak makan ruang banyak sangat. Tak ada ruang saya nak nyelit."

"Nooo, lain kali tidur jelah atas saya. Tengok saya terbangun sebab tak ada bantal peluk saya."

Pasrah dan malas melayan perangai Iesyraf tatkala dia nak menyambung mimpi yang terbantut, Hana mengalah.

"Yalah meh sini meh, my burrito." Dia mendepakan tangan. Iesyraf tersengih lalu masuk ke dalam dakapan Hana. Gembira benar rupanya.

"Kenapalah awak macam ni?" Soal Hana. Suaminya itu mengecilkan badannya serupa bola, sampailah dia ingin bermain dengan rambut Iesyraf.

Iesyraf menggeselkan hidungnya serupa seekor kucing di dada Hana. "Come on, you know you love me."

"Where did you get that idea?" Seloroh Hana bertujuan untuk bergurau. Terbang rama - rama dalam perutnya dengan perangai manja Iesyraf itu. Faktor suaminya mamai agaknya.

Iesyraf mendongak dan pandangan mereka bersatu. Sepi. Jeda. Kekok.

Hidung Iesyraf kembang - kempis menunjukkan tanda awal tangisannya akan pecah.

Hana panik!

"Tak, saya tak maksudkan pun! I love you!"

Cuak ya cuak.

...




abang misteri kesayangan korang tak buat comeback pulak ya, hadaplah satu chapter full dua ekor manusia ni je

hm rilek rilek. tak apa, rilek selagi ada peluang—

btw ada yang boleh teka apa kerja si iesyraf ni? kerja simple ajaaa

rangka pun boleh menari yk

Continue Reading

You'll Also Like

655 67 5
πŸ‘₯-Choi Yeonjunα€”α€²α€· Choi Soobin α€€α€­α€―α€Ÿα€”α€Ία€™α€Όα€…α€Ία€˜α€±α€Έα€™α€Ύα€¬α€”α€Ύα€…α€Ία€šα€±α€¬α€€α€Ία€‘α€²α€œα€™α€Ία€Έα€œα€»α€Ύα€±α€¬α€€α€Ία€”α€±α€α€¬α€α€½α€±α€·α€›α€Ύα€­α€α€²α€·.... πŸ‘₯-Choi Yeonjunα€”α€²α€·Choi Soobin fanတွေရှာဖွေတွေ့ရှိထားတဲ့ပုဢတွေ...
2.2K 59 21
There was a big news in City A recently. The daughter raised by Haomen Lu's family for eighteen years was not his own. The real daughter returned to...
1.5M 113K 43
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...
1.5K 361 53
Living a poor life wasn't easy at all for Yvette Whites until she was enrolled into the biggest school in America. Getting there she met the four mos...