TEARSBREAKER

By aeyssia

17.4K 2.9K 3.1K

[ INFINITY LOVE ] Roses are red, Iesyraf is cute. Damn babe, Just let me kiss you. Iesyra... More

PROLOG
1 : Lost girl.
2 : Beautiful fate, isn't?
3 : Retold of Alpha.
4 : Pool and mint.
5 : Little bitter secret.
6 : Al-Nu'aiman ibn Amr.
7 : Alohomora!
8 : Just let me love you.
9 : Get out!
10 : Monopoli.
11 : Road to Terengganu!
12 : Iesyraf vs Ayam.
13 : Moon, stars and you.
14 : Putera Nawaz.
15 : Promises.
16 : Wedding preparation.
17 : Trust him.
18 : Our new beginning.
19 : My prayer.
21 : The invisible friend.
22 : Treat you better.
23 : Night date.
24 : You bake, I shake.
25 : 'AITTALNHAQ'
26 : Worry.
27 : Meow, meow!
28 : Redi o not?
29 : It's my fault.
30 : No choice.
31 : Stay strong.
32 : This is not what I wanted.
33 : You're nothing.
34 : Break your own tears.
35 : Betrayer.
36 : Stay.
37 : Into a monster.
38 : Time for some crimes.
39 : Happiness is back.
END : Our story ends here.
EPILOG
SPECIAL CHAPTER

20 : A threat?

390 67 31
By aeyssia

semakin hari saya semakin fedap letak tajuk kat atas hm

btw chap pendek je, orang nak exam dipaksa study nanti kena sebat ngan mama ")

.

.

.

Tegang atmosfera satu keluarga Tuan Syakir di meja makan. Sarapan yang tersedia kelihatan tidak menyelerakan langsung, aroma dia yang awalnya menusuk hidung tidak lagi menggoncang nafsu makan.

Pembetulan, hanya Hana sahaja yang berasa begitu. Dari tadi dia tidak mampu mengangkat kepala dan menikmati sarapannya.

Di sisinya Iesyraf, kekal selamba berborak dengan ahli keluarga yang lain. Dalam hingar - bingar itu, dapat Hana rasakan aura gelap dari lelaki itu. Salah satu sebab dia kemurungan di pagi hari.

Keadaan itu berterusan sampailah semua habis makan. Hana juga licin pinggannya setelah ditegur Puan Aisyah. Tatkala seorang demi seorang meninggalkan meja makan, Iesyraf meletakkan tangannya atas peha Hana. Menghalang isterinya daripada ikut beredar.

"Lambatnya Iesy makan, selalu dia first siap," usik Tuan Syakir sambil meletakkan pinggannya di kabinet. Tangan dilap pada tuala yang tersedia. Sudah menjadi tabiat tidak meninggalkan pinggan kotor di sinki.

Pada masa yang sama, matanya ralit memerhati pasangan baru itu. Sedikit hairan kerana mereka berdua tidak semesra selalu.

"Kan Hana yang masak kali ni, kenalah nikmati betul - betul." Iesyraf tersenyum nipis sebelum dia membuat gaya makan gerak perlahan. Sengaja dia melebih - lebih aksi mengunyahnya bagaikan seorang model sedang membuat komersial.

"Berbunga sangat isteri Iesy tu, sampai terdiam ha."

Hana tersentak apabila ayat Tuan Syakir tertuju padanya. Dia merespon dengan senyum segaris sahaja. Ketawa palsu lahir bagi menutup betapa dia gerun duduk di sebelah Iesyraf kini.

Tuan Syakir meninggalkan suami isteri itu di dapur. Barangkali ingin meminta kasih sayang dari isterinya pula.

Diam. Sunyi - sepi.

Iesyraf menghabiskan nasi gorengnya tanpa sebarang suara. Dia meneguk air sekilas lalu berdiri ingin membasuh pinggan.

Hana yang memang sudah lama menghabiskan makanannya kekal duduk. Senyap - senyap dia berdoa dalam hati supaya Iesyraf terus pergi, teruskan sesi membisu. Dia takut nak bersoal jawab jika Iesyraf dalam mod serius begini.

Pili air ditutup.

Iesyraf bersandar pada sinki dan dia memeluk tubuh.

"Now, explain." Monotone.

Kejung sebentar tubuh Hana. Dia bersimpati dengan nasib diri sendiri yang sentiasa malang.

"Explain apa?"

"Last night."

Hana menghembus nafas lelahnya.

"Ya, Nawaz tak pernah sentuh saya."

Itulah yang menjadi punca ketegangan Iesyraf dan Hana. Pelbagai persoalan timbul di kepala Iesyraf setelah berlalunya malam tadi.

"Serius? Aku tahu dia tak suka kau, tapi tak akan tak sentuh sikit pun?"

Hana menggeleng perlahan. Dia masih berdebar - debar. Gerun kalau - kalau Iesyraf berasa tertipu. Mungkin lelaki itu sudah sedia mental untuk menerima kekurangannya. Konon yang dia ialah 'barang second hand', bukannya perawan lagi.

Sebaliknya Iesyraf ketawa. Segala kerutan di dahi tadi lesap dan diganti gelak ketawa yang berdekah.

Hana pula yang terpinga - pinga.

"Kenapa awak gelak?"

"Ruginya Nawaz tu! Rugi, rugi!"

Komen Iesyraf lantas membuatkan wajah Hana bertukar warna. Merah menyala! Sudahlah dia masih terngiang - ngiang kejadian semalam, Iesyraf pergi menambah lagi!

"Tapi bagus juga si Nawaz tu, dia tak jadikan kau tempat puaskan nafsu dia. Setia dengan Aileen. But still, it's a loss for him." Hujung bibir Iesyraf ternaik. Dia memberi Hana lirikan mata nakalnya.

"Awak, jangan sampai saya campak pinggan ni dekat awak."

"Aku cakap benda betul pun salah?"

"Malulah!"

"Buat apa nak malu? I have seen everything anyway." Mata Iesyraf dari atas ke bawah meneliti tubuh Hana, dia menjilat bibir. Seakan - akan sedang menjamah apa yang terhidang.

"Diamlah!"

"Jangan jerit. Nanti orang dengar, kena terangkan pula kenapa kau jerit."

"Iesyraf!" Tangan Hana menggempal penumbuk namun dia sekadar menumbuk angin. Tahulah dia tak akan dapat pun menumbuk muka Iesyraf betul - betul.

Iesyraf tersengih sebelum dia meletakkan jari telunjuk di bibirnya. "Tak apa, itu rahsia kita."

"Janganlah ungkit! Saya malu!"

"Tak fahamlah kenapa nak malu. Sebab first time ke? Aku first time juga, chill je tak gelabah pun."

"Awak lelaki ke perempuan?!"

"Lelakilah. Semalam dah make sure kan?" Suka pula Iesyraf mengusik isterinya itu. Tidak lekang senyum nakalnya. Dia menyengetkan kepala dengan kening terangkat sebelah.

"Beside that, my fallen angel... last night is a chef's kiss."

"Awak!"

"Diamlah, sayang."

Dan perbalahan itu berakhir dengan kekalahan Iesyraf tatkala Hana bertindak menjadi ibu ketam. Cubitan tahap maksima dihadiahkan di lengan lelaki itu. Sekali Iesyraf ketawa, sekali itu juga Hana menambah kekuatan sepit ketamnya.

Dua tangan Hana itu ditangkap setelah beberapa kali cubaan. Iesyraf menahan sepit ketam isterinya daripada terus mengganas. Dia jegilkan mata menandakan amaran buat Hana.

"Apa? Apa? Siapa yang asyik dirty talk tadi?"

"Dengan isteri tak apa." Iesyraf tetap dengan pendiriannya tidak mahu mengaku bersalah. "By the way pergi kemas barang, kita pindah rumah baru."

Hana mengangguk akur sebelum dia meloloskan tangannya dari cengkaman Iesyraf.

Sedetik kemudian, matanya terbeliak luas!

"Apa?! Rumah baru?!"

Dengan polos Iesyraf mengiyakan.

"Kita tak duduk sini?!"

"Aku dah beli rumah sendiri, tak akan tak nak guna pula?" beritahu Iesyraf selamba. Dia mencubit pipi Hana yang bertukar menjadi patung lilin. Dia mengucup dahi si isteri sekilas.

"Surprise. Terkejut ke tu?"

Diam.

"Wah, dia dah putus nafas."






























PINTU ditolak dari luar dan Tok Nabhan memunculkan kepalanya terlebih dulu ke isi bilik. Kelihatan cucunya sedang sibuk mengemas baju.

"Hana? Boleh tok masuk?"

Hana lantas mengangkat muka dan senyumnya spontan melebar. "Masuklah! Hana tinggal nak kemas sikit je lagi."

Tok Nabhan terus duduk di atas katil. Dia masih memerhati Hana yang turut memandangnya biarpun tangan cermat melipat baju.

"Hana duduk rumah sendiri ke nanti?"

"Haah. Iesyraf kata dia memang dah lama beli rumah tu, tapi tak duduk je. Perabot semua dah ada. Dia kata sengaja beli awal - awal sebagai persediaan? Entahlah dia tu. Tak tahulah Hana apa yang ada dalam kepala dia," seloroh Hana lalu menjongketkan bahunya. Tidak kendur senyumnya sedari tadi. Gembira benar dapat berpindah rumah. Bukannya dia tidak suka duduk bersama keluarga Iesyraf cuma dia mahukan juga privasi bersama suami sendiri.

Lama Tok Nabhan membisu. Dia merenung ke arah dinding. Seakan - akan sedang berfikir.

"Hana rasa... atok patut balik Terengganu ke tak?"

Hana terhenti. Dia pantas menoleh kepada si datuk. "Kenapa atok cakap macam tu? Duduk jelah sini. Dekat Terengganu atok seorang seorang. Kesian atok."

"Tapi atok dah biasa." Tok Nabhan tersenyum nipis. "Lagipun kesian pula dekat Liyyan dengan Aisyah tu kena pakai tudung dalam rumah sendiri. Macam atok ni penyibuk pula."

Tergamam Hana mendengar luahan itu. Dia mengalihkan beg bajunya ke tepi dan lantas mendekati Tok Nabhan. Dia mengusap tangan datuknya yang berkedut dengan lembut.

"Hana tengok atok okay je borak dengan dorang semalam. Kenapa tiba - tiba nak balik?"

"Rindu Rembolah."

Jawapan yang sedikit tidak masuk akal itu membuatkan Hana berkerut dahi. Kenal sangat perangai Tok Nabhan yang sengaja menggunakan jenaka agar tidak terzahir emosi sebenarnya.

"Tak apa ke? Atok tak kisah? Tak sunyi?"

"Kan dah kata, atok dah biasa."

"Tak nak jumpa ayah?"

Entah apa yang merasuki Hana, meluncur keluar soalan itu tanpa berfikir dua kali.

Mereka berdua terjeda. Mengenangkan insan sama yang telah lama tidak bersua muka. Apalah khabar beliau? Adakah dia teringat dekat mereka berdua seperti mereka juga?

"Hana rasa dia nak ke jumpa atok?" Tok Nabhan kekal tersenyum. Dia menggenggam jari - jemari Hana, menyalurkan kekuatan setelah sedar riak wajah cucunya itu berubah.

Bapa sendiri menghilang tanpa berita, majlis kahwin anaknya pun tidak jejakkan kaki, mana tak rapuhnya hati Hana?

Hana meloloskan tangannya lalu menyambung kemas baju. Membiarkan perbualan mereka berakhir tanpa noktah yang sepatutnya.

Melayang fikirannya pergi. Tentang Hilmilah yang pasti. Memang tidak terlintas langsungkah namanya dalam kepala Hilmi? Sampai terputus hubungan, bagaikan mereka tiada sebarang pertalian darah?

Benarkah ini sahaja cara untuk dia bahagia?



































IESYRAF melembik badan di atas kerusi. Kedua kakinya diangkat dan direhatkan atas meja. Disilang kaki itu dan digoyang - goyangkan hujungnya. Televisyen yang terpasang langsung mendapat perhatian Iesyraf yang kebosanan menanti Hana siap mengemas.

"Bro..."

Iesyraf mengangkat tapak tangan menghalang Asyraf daripada menyambung bicaranya. Matanya tertancap pada skrin televisyen.

Berdecit Asyraf pabila dia dipaksa berhenti. Dia menjeling kaca televisyen, mahu lihat apa yang membuatkan Iesyraf kuhsyuk sangat.

Doraemon.

Kucing robot berwarna biru itu sedang sibuk mencari alat dalam poket ajaibnya. Dan dia mengeluarkan sejenis alat yang Asyraf tidak ambil peduli apa nama dan fungsinya.

Tidak secebis pun rasa berminat yang terbit, lainlah Iesyraf. Punyalah fokus sampai membongkok ke depan badannya, mulutnya membulat sedikit.

Setelah habis bab perkenalan alat itu, barulah dia beralih pada Asyraf.

"Nak apa?"

Sehelai kertas dihulurkan daripada terus menjawab soalan itu. "Jumpa dekat wiper kereta kau."

Iesyraf membaca sekali pintas isi kertas itu. Ada gambar Hana terpampang besar, diiringi beberapa baris ayat yang sama, berbunyi 'give me Hana!'.

Bibir Iesyraf mencebik tanda tidak suka. Dia berpaling untuk mendapatkan penjelasan Asyraf. Kertas tadi ronyok dalam genggamannya.

"Apa benda ni? Fikir drama pukul 7 ke nak bagi surat bagai? Fikir sinetron? Hindustan? Klishelah." Soal Iesyraf bertubi - tubi.

Asyraf melabuhkan punggung di sebelah si kembar yang dirasuk perasaan sebal. Mana taknya, baru sehari dua kahwin sudah ada yang dengki.

"Ingat tak hari tu aku ada borak dengan Hana?" Dia membuka bicara.

"Bila?"

"Waktu kau kahwinlah, masa kau pergi kacau si Qays tu."

Iesyraf mengangguk tanpa banyak tanya. Tidak faham lagi apa yang cuba disampaikan oleh Asyraf.

"Dia ada tanya mana aku dapat lebam ni," Asyraf menunjukkan dahinya yang berkesan. Lebam yang awalnya membiru kian pulih.

"Bukan ke sebab kau terhantuk tiang?"

Perlahan - lahan Asyraf menggeleng kepala.

"Sebenarnya aku terjumpa bapak mertua kau."

Tersentak jantung Iesyraf. Dia memagut bahu Asyraf lalu membelek wajah kembarnya itu. Mencari kalau - kalau ada luka lain.

"Dia buat apa dekat kau?" Soalnya dengan nada risau. Cuak habis mukanya. Meskipun dia sendiri selalu membuli Asyraf, kalau orang lain seperti Hilmi yang menyentuh kembarnya, rasa berapi - api tetap timbul.

"Dia fikir aku ni, kau."

Kesilapan biasa untuk kembar seiras. Iesyraf menjatuhkan tangannya tadi. Dia menanti sambungan.

"Dia suruh aku batalkan perkahwinan kau kalau nak selamat. Dia nak Hana balik. Bila aku tak nak layan dia, dia campak batu dekat aku," jelas Asyraf ringkas. Dia fikir mahu rahsiakan perkara remeh ini kerana dia pasti itu sekadar ugutan kosong. Namun setelah mendapat surat layang begini, Asyraf rasa Iesyraf patut tahu. Ini berkait dengan keselamatan Hana, isteri Iesyraf sendiri.

"Aku rasa Hilmi yang hantar ni." Kertas yang selamat menjadi gumpalan dalam penumbuk Iesyraf ditunjuk. Asyraf menatap Iesyraf, menantikan apa respon lelaki itu.

"Tapi dia tak tahu alamat kita."

"Tapi dia kenal kereta kau, kita terjumpa dengan dia dekat taman hari tu. Lupa?" Asyraf membidas laju.

Agak lama Iesyraf senyap. Dia sememangnya tiada idea siapa lagi yang boleh menjadi suspek selain daripada Hilmi. Namun, hatinya kuat menyatakan yang penghantar kertas itu ialah orang lain.

"Tak apalah, ada orang nak prank kau kut," ucap Asyraf buat penyedap hati, dia menggosok bahu kembarnya sebelum beredar. Memberi ruang Iesyraf berfikir.

Kertas yang ronyok dihamparkan atas peha. Hampir tembus gambar Hana ditenungnya. Sesaat kemudian, dengan selamba Iesyraf mengoyakkan kertas itu menjadi cebisan - cebisan kecil.

Dia tersenyum sinis.

"Baru sehari kahwin dah ada yang dengki, susah betul hidup jadi handsome macam aku ni. Kejap, apa kena mengena?" Dia mengangkat bahu bagi menjawab soalan itu.

Tiba - tiba Iesyraf teringat sesuatu, lalu telefon di atas meja dicapai. Nombor Qays didail.

"Kau free?" Aju Iesyraf tanpa salam tanpa tanya khabar. Straight-forward.

"Not now."

"Isnin?"

"Free kut. Kenapa?"

Iesyraf meraut dagunya sejenak. Teringat proses mengintipnya tempoh hari. "Kau dah jumpa location samseng tu ke?"

"Progressing. Kitorang last last tangkap je target kau hari tu. Lembab pula budak yang jumpa username instagram dia tu buat kerja. Ketua dah bising lagi. So yeah, target kau jadi tahanan kitorang. Lama juga soal siasat dia. Dapatlah location sikit. Dorang buka banyak tempat jual dadah kecil - kecilan. So far, lima dah kena serang dengan team kita. Kitorang percaya dorang ni ada headquarters dia. Itu tengah cari ni. Suspek tak nak bagitahu. Degil nak mampus." Sekali nafas Qays menerangkan keadaan. Terdengar dia tercungap - cungap menghirup oksigen.

"Datanglah, kau kan pandai ugut ugut orang ni."

Terkesima Iesyraf mendengar ayat terakhir. Dia memaki Qays tanpa suara dan menjeling skrin telefon sekuat hati. Pasti Qays mahu dia ugut suspek mereka agar berkongsi maklumat.

"Tak nak." Dia menolak. Senyap - senyap senyum mengejek, tahu reaksi Qays mesti berapi dengannya yang asyik mengelak kerja. "Aku kan baru lepas kahwin, dapat cuti."

"Habis buat apa kau call aku, bangang? Kalau cuti buat cara cuti, diam je tak payah tanya apa - apalah. Nasib baik kau tu kesayangan ketua je tahu? Kalau tak, aku sepak - sepak dah. Biar masuk gaung." Berderet - deret cemuhan dihadiahkan. Dan seperti biasa, segala cacian datangnya daripada Qays amatlah menghiburkan hati Iesyraf. Dia ketawa kecil.

"Yalah, tuanku Qays Uzair yang kesabarannya senipis kertas, aku datanglah lepas cuti nanti. Tahu rindu," seloroh Iesyraf.

Daripada melayan perangai Iesyraf, Qays mengambil langkah bijak dengan meletakkan panggilan secara mengejut.

Contohi Qays.

"Dia hang up tak sempat aku nak cakap bye bye..." gumam Iesyraf lalu dia mencampakkan telefon ke atas sofa. Marah. Suka sangat Qays mencabar kesabarannya.

Iesyraf tak sedar dia yang selalu mulakan dulu.

Dia menganalisis kertas yang sudah tidak serupa kertas. Memerah otaknya untuk mencari siapakah dalang di sebalik ugutan itu. Tambah lagi dengan kes menjejak sarang samseng tidak selesai lagi.

Ah, serabut!

"Awaaak!"

Hati yang terbakar - bakar tadi automatik bertukar pada taman bunga. Segala amarah tadi disepak pergi setelah suara cik buah hati menyapa telinga.

"Ya, Chipsmoreee?" Iesyraf menyahut dengan nada yang sama. Dia melihat Hana menjelingnya sekilas sambil mengheret beg baju. Turut bersamanya Tok Nabhan yang membantu cucu dengan mengangkat beg yang lebih kecil.

Lantaran itu, Iesyraf bingkas bangun dan mendekati Hana. Beg bertukar tangan.

"Kenapa tak panggil aku? Boleh tolong bawa."

"Tak berat pun."

"Tak boleh, tak boleh. Kerja ni biar lelaki je buat. Kau pergi salam umi, dia dalam bilik," arah Iesyraf sambil mengambil beg di tangan Tok Nabhan juga. Dia berura - ura ingin beredar untuk masukkan beg ke dalam kereta.

"Kejap awak." Baju Iesyraf ditarik dari belakang. Hana mengerling Tok Nabhan sekilas sebelum memandang suaminya semula.

"Atok kata dia nak balik Terengganu."

Bungkam Iesyraf. Dia meletakkan beg Hana ke bawah sekejap.

"Iesy ingat atok nak tinggal sini je?" Soalan diutarakan buat Tok Nabhan yang tiba - tiba menjadi pendiam.

"Mana boleh, rumah dekat Terengganu tu siapa nak jaga? Nanti Rembo mogok tak nak makan macam mana? Iesy nak tolong pujuk?" Tok Nabhan semberono memberi alasan yang lebih kurang sama dengan alasan yang dia beri untuk Hana.

"Tok kahwin dengan Rembo tu ke macam mana? Sweet semacam."

"Dia je teman atok dekat sana. Bolehlah tu dia jadi isteri atok."

Iesyraf menyepetkan matanya, tidak termakan jenaka Tok Nabhan. Serba - salah dia nak lepaskan warga emas itu ke Terengganu semula biarpun itulah asal usulnya. Kasihan Tok Nabhan akan keseorangan seperti dulu semula dan berjauhan dengan cucu kesayangan.

"Hana okay ke?" Pendapat isteri diminta.

Hana mengeluh. "Kalau itu yang dia nak, Hana tak kisah."

Iesyraf membisu kembali. Dia memikirkan waktu terdekat untuk menghantar Tok Nabhan. Lebih sukar kerana dia telah membuat perancangan awal bagaimana nak meluangkan masa hujung minggu ini, hatta hari Isnin dia perlu membantu Qays pula dalam menjejak samseng itu.

"Biar Asy hantar atoklah. Lagipun weekend ni jadual Asy free sikit tak ada kes," Asyraf mencelah entah datang dari mana. Dahlia berada dalam pangkuannya sambil menjulurkan tangan ke arah Tok Nabhan. Minta didukung oleh warga emas itu.

Sempat Asyraf memberi isyarat rahsia buat Iesyraf, menandakan dia faham situasi kembarnya. Iesyraf tersenyum lebar sambil membuat mimik mulut, terima kasih.

"Nanti Hana datang setiap bulan tau, baru atok tak sunyi." Hana memeluk tubuh datuknya. Terhimpit Dahlia di tengah - tengah. Gadis kecil itu menolak - nolak pipi Hana. Masam habis mukanya.

"Amboi Dahlia, tak nak kongsi," perli Hana seraya mencubit pipi merah Dahlia yang melarikan wajahnya di bahu Tok Nabhan.

"Gerak dululah, tok. Kang kitorang lama - lama dekat sini nanti si daisy ni marah." Iesyraf mengangkut beg semula. Matanya dan mata Dahlia bertaut. "Takut sangat kalau orang curi atok baru dia. Tokki awak mana, Dahlia?"

Dahlia menjelirkan lidah. Mereka ketawa.

Asyraf menjeling pintu bilik tidur ayah dan uminya. Telinganya tegak lalu mengomel, "kenapa aku macam dengar suara ayah meraung eh?"

...

















konflik on the way dengan basikal roda tiga dia. lambat lagi insyaAllah. bawak bertenang, saya tahu anda tak sabar nak tengok iesy hana merana. dont worry, dia akan sampai tak lama lagi


Continue Reading

You'll Also Like

4.3M 236K 49
"Stop trying to act like my fiancΓ©e because I don't give a damn about you!" His words echoed through the room breaking my remaining hopes - Alizeh (...
987K 30.5K 61
Dans un monde où le chaos et la violence étaient maitre, ne laissant place à ne serrait ce qu'un soupçon d'humanité. Plume était l'exception. Elle...
141K 3.3K 23
Life is rough. Not as rough as your criminal record, though. Released from prison not long ago, you're determined to integrate into the world bet...
3M 118K 75
"α€˜α€±α€Έα€α€Όα€Άα€€α€œα€¬α€•α€Όα€±α€¬α€α€šα€Ί α€„α€œα€»α€Ύα€„α€Ία€œα€Ύα€―α€•α€Ία€žα€½α€¬α€Έα€œα€­α€―α€·α€α€²α€·.... α€™α€Ÿα€―α€α€Ία€›α€•α€«α€˜α€°α€Έα€—α€»α€¬...... ကျွန်တော် α€”α€Ύα€œα€―α€Άα€Έα€žα€¬α€Έα€€ α€žα€°α€·α€”α€¬α€™α€Šα€Ία€œα€±α€Έα€€α€Όα€½α€±α€€α€»α€α€¬α€•α€«.... α€€α€»α€½α€”α€Ία€α€±α€¬α€Ία€›α€„α€Ία€α€―α€”α€Ία€žα€Άα€α€½α€±α€€...