TEARSBREAKER

By aeyssia

16.8K 2.8K 3.1K

[ INFINITY LOVE ] Roses are red, Iesyraf is cute. Damn babe, Just let me kiss you. Iesyra... More

PROLOG
1 : Lost girl.
2 : Beautiful fate, isn't?
3 : Retold of Alpha.
4 : Pool and mint.
5 : Little bitter secret.
6 : Al-Nu'aiman ibn Amr.
7 : Alohomora!
8 : Just let me love you.
9 : Get out!
10 : Monopoli.
11 : Road to Terengganu!
12 : Iesyraf vs Ayam.
13 : Moon, stars and you.
14 : Putera Nawaz.
15 : Promises.
16 : Wedding preparation.
18 : Our new beginning.
19 : My prayer.
20 : A threat?
21 : The invisible friend.
22 : Treat you better.
23 : Night date.
24 : You bake, I shake.
25 : 'AITTALNHAQ'
26 : Worry.
27 : Meow, meow!
28 : Redi o not?
29 : It's my fault.
30 : No choice.
31 : Stay strong.
32 : This is not what I wanted.
33 : You're nothing.
34 : Break your own tears.
35 : Betrayer.
36 : Stay.
37 : Into a monster.
38 : Time for some crimes.
39 : Happiness is back.
END : Our story ends here.
EPILOG
SPECIAL CHAPTER

17 : Trust him.

292 62 15
By aeyssia

saya tak update waktu class online :>
dan saya double update.
abaikan typo HAHA

.

.

.

SALAM kedua diberi. Hana meraup mukanya. Justeru itu matanya melilar ke segenap penjuru bilik lama Laila yang menjadi biliknya sementara. Terasa asing dengan atmosera baru ini. Semuanya seakan - akan janggal, sukar untuk Hana menyesuaikan diri.

Datuknya pula yang terlebih mesra. Kehadirannya disambut dengan senang hati oleh ahli keluarga Iesyraf. Sewaktu Hana pulang tadi, dia ternampak Tuan Syakir dan Tok Nabhan bersembang kencang biarpun perbezaan umur mereka. Sekali pandang, tak nampak macam Tok Nabhan itu orang luar.

Kedengaran suara nyaring Dahlia dari luar. Seterusnya disambut dengan gelak ketawa orang lain. Bahagia.

Apa erti bahagia?

Sepasang mata Hana jatuh pada fabrik putih yang menbalutinya. Di atas sejadah ini, bibirnya melafazkan kata cinta buat Yang Satu. Biarlah di luar sana yang lain bergembira dengan anugerah dunia, Hana di sini mahukan cinta Dia. Dia yang bersamanya sejak azali, yang bersamanya tika semua manusia menolaknya ke tepi, yang membuang air matanya tatkala hati tidak mampu lagi memendam rasa.

"SubhanAllah, walhamdulillah, wa la ilaha illahallah, wallahu akbar." Dan diulang. Alunan zikir itu gemersik mengikut masa yang berdetik di angkasa.

Adakah ini bahagia?

Saat hanya ada kau dengan Tuhan?

Hana kembali ke masa lampau, kenangan yang kekal dan tidak akan hilang daripada kotak memorinya.
































DULU, sewaktu Hana masih seorang budak kecil yang baru nak mengenal dunia mengintai ke dalam bilik mamanya senyap - senyap. Dia lihat mama sedang duduk di atas sejadah.

Bahu tenangnya mengikut rombakan dada. Mama menatap sejadah sambil berkata sesuatu. Telinga Hana tidak menangkap apa yang dibaca mamanya namun dia tetap tertarik. Suara mama... sangat merdu. Bagaikan mitos Siren yang menghanyutkan pelayar di laut dengan melodi menggoda mereka.

Terlampau leka dengan irama itu, tidak sengaja tangan kecil Hana tertolak pintu. Menghasilkan bunyi yang menghentikan bacaan mamanya.

Hana kaku tidak bergerak. Sekadar matanya yang membulat dek terkejut. Dia memandang pintu dan mamanya bersilih - ganti.

Mama Hana tersenyum nipis, dia menghulurkan tangan. "Sini."

Terkedek - kedek Hana berjalan sambil jarinya menggentel hujung baju. Rasa bersalah kerana mengganggu. Bibirnya mencebik ke depan.

Tiba - tiba satu tangan melingkar pinggangnya dan celik mata sahaja Hana telah berada atas riba mamanya.

"Kenapa Hana tak masuk je?" Soal mama Hana sambil membelai rambut anaknya penuh lemah - lembut. Dia mengalihkan beberapa helaian rambut yang menutup wajah Hana ke belakang.

"Nanti kacau mama..." Hana menunduk kepala. Dia menggentel telekung mamanya pula. Apa yang dia dapat selepas berkata begitu ialah satu kucupan di dahi.

"Hana tak akan pernah kacau mama." Pipi kemerahannya dibelai. "Hana kan buah hati mama."

Berbunga - bunga hati si kecil setelah dia mendapat kucupan mamanya. Hana memang suka bermanja dengan mama sampaikan setiap masa dia mahu melekat sebelah mamanya. Mama sangat penyayang dan tidak pernah marah kalau dia ada buat silap. Sentiasa gulakan Hana dengan kasih sayang.

"Mama baca apa tadi?" Aju Hana tatkala dia perasaan tiada sebarang buku berdekatan. Bulat - bulat mata bundarnya menatap wajah mama. Dia pelik. Mama cakap dengan siapa? Tadi mama membaca apa? Jampi ke? Mama nak tukar Hana jadi batu macam Tanggang ke?

"Zikir."

"Zikir tu apa mama?"

"Bacaan untuk ingat Allah."

"Kenapa kita kena ingat Allah?"

"Sebab Allah sentiasa ingat kita."

"Kenapa kita kena zikir?"

"Sebab bila kita tengah sedih, zikirlah yang pujuk kita"

"Macam mana dia pujuk kita? Macam mama peluk Hana ke?"

"Lagi hebat." Hidung Hana dicuit. Segala persoalan Hana dijawab dengan tenang dan dalam bahasa mudah agar senang si kecil faham. "Sebab bila kita zikir, Allah bagi ketenangan dalam hati."

Mulut Hana membentuk bulatan. Jarinya bergerak mengikut sulaman yang terlakar di telekung mama. Walaupun begitu, sesi soal jawabnya tidak tamat lagi. Rasa ingin tahunya tidak dipuaskan.

"Macam mana nak zikir, mama?"

"Banyak cara dia, sayang."

"Yang mana Allah paling suka?"

"Ikut mama okay? SubhanAllah..."

Hana berhenti bermain dengan corak itu. Dia mengulang sebutan mamanya. "SubhanAllah."

"Walhamdulillah."

"Walhamdulillah" Sepatah - patah Hana berusaha mengikut bacaan mamanya.

"Wa la ilaha illahallah."

Berkerut dahi si kecil pabila bacaan yang lebih panjang itu bagaikan sukar untuk dirinya sebut. Namun dia gigihkan juga. "Wa la ilaha illahallah?"

Mama Hana tersenyum menandakan kejayaan Hana menyebut kalimah itu.

"Wallahu akbar."

Lagi sekali si kecil tertanya. Ini macam yang selalu orang laungkan dari surau. Mama kata, itu namanya azan.

"Wallahu akbar."

Maha Suci Allah. Segala puji bagi Allah. Tiada yang layak disembah melainkan Allah. Allah Maha Besar.

Dibawa rapat dada Hana ke tubuhnya. Kepala anaknya itu dilentokkan atas bahu. Hana dapat rasakan degupan jantung mamanya yang berombak laju. Deruan nafasnya bagaikan cuba menyatakan sesuatu yang besar maknanya. Sesuatu yang penting.

"Nanti besar, apa - apa jadi Hana jangan lupa Allah tau. Selalu sabar tau buah hati mama ni?"

Hana tersengih - sengih. Suka kalau dia digelar buah hati mama. Dia mengangguk persis burung belatuk.

"Kalau Hana sedih, cari Allah. Hana marah, cari Allah juga. Kalau Hana gembira pun jangan lupa cari Allah."

"Kenapa? Mama kan ada." Hana pantas menyembamkam muka pada leher mamanya yang berbalut. Dia merangkul leher itu erat tidak mahu lepas.

Bahagian belakang badannya diusap. "Mama tak sentiasa ada."

Terdiam Hana. Dia berdiri atas peha mamanya lalu memberikan tatapan tidak mengerti.

"Tapi Allah selamanya ada. Dekat sini." Dada Hana dicucuk. "Even when we think we have nothing, we still have Allah. And Allah is everything."



































Hana tersenyum. Masa dia kecil dia tidak faham apakah maksud bicara mamanya itu. Dia sekadar menyimpan kata - kata itu dalam kepala. Tidak mengambil berat kerana dia sangka mama akan sentiasa berada di sisinya.

Sekarang barulah Hana faham dan dia pegang pesanan itu sampailah kini.

Lalu dia melodikan cinta dalam sunyinya malam dengan kalimah yang memenuhi hidup dan matinya. Tubuhnya diselimuti satu rasa hangat.

"SubhanAllah, walhamdulillah, wa la ilaha illahallah, wallahu akbar."

Terbayang pelukan mamanya seperti waktu dulu. Rindu menyuntik hati kerana kucupan wanita itu sekadar terasa dalam memori, tiada di depan mata.

Pintu diketuk menarik Hana daripada mengenang masa lampau. Tidak lama kemudian, pintu itu dibuka dan terpamer wajah Liyyan dan anaknya di situ. Turut bersama ialah Puan Aisyah.

Wah, wah, semua perempuan.

"Hana dah habis sembahyang kan?"

Hana mengangguk. Dia segera melipat sejadah dan menanggalkan telekungnya. Pelbagai soalan terbit di kepala atas kehadiran dua wanita itu.

"Mana yang lain?" Ajunya tertuju untuk para kaum Adam. Ingatkan tadi mereka semua sedang berseronok, kenapa tiba - tiba Liyyan dan Puan Aisyah datang ke biliknya pula?

"The twin? Tengah buat puting beliung dekat luar. Ayah pun bagi green light. Tok Nabhan je normal. Tak sanggup kitorang nak hadap, sebab tu lari ke sini." Lapor Liyyan ringkas seraya dia melabuhkan punggung atas katil. Dahlia dibiarkan tergolek ke tepi. Bukannya dia boleh merangkak turun pun.

Enam harakat bunyi O terhasil dari Hana. Dia bergerak ke meja solek untuk mencapai sikat. Rambutnya sudah persis sarang burung dek terperap dalam telekung tadi.

Sebelum sempat sikat itu membelah rambutnya, ia tiba - tiba lesap dari tangan Hana. Membuntang mata gadis itu.

Puan Aisyah tersenyum sebelum dia menekan bahu Hana untuk duduk di atas kerusi. Dengan lembut dia menyikat rambut Hana yang panjangnya paras bahu sahaja.

"Cantik rambut Hana."

"Makcik, Hana boleh sikat sendiri..."

Puan Aisyah memotong. Dia memberi renungan maut mengikut pantulan cermin. "Aip, siapa makcik? Tak ada makcik dekat sini."

Terdiam Hana dibuatnya. Dia menatap cermin lama dan bola matanya mengikut gerak - geri Puan Aisyah. Entah kenapa, refleksi cermin itu menunjukkan wajah lain yang bukannya milik Puan Aisyah.

Itu wajah mamanya.

Hana mengemam bibirnya, menahan rasa sebak. Dia terlampau rindu mamanya.

"Umi?"

"Pandai pun. I'm your umi now okay? No makcik makcik. Hana kan bakal menantu umi."

Seterusnya, tiada angin tiada ribut Puan Aisyah berteriak keriangan.

Terhinjut bahu Hana. Liyyan yang sedap bermalasan atas katil pun ikut terkejut sama. Drastik dia menoleh pada Puan Aisyah.

"Anak sulung umi nak kahwin! Excited!" Ujar Puan Aisyah dan jelas kegembiraannya lahir di raut muka itu. Tidak kendur senyum sedari tadi. Macamlah dia yang kahwin.

"Umi ni... Yan ingatkan umi jumpa lipas ke apa dekat rambut Hana tu," Liyyan bersuara. Dia meniarap dan gayanya itu ditiru Dahlia. Mereka berdua memandang Puan Aisyah dengan riak tidak puas hati.

Puan Aisyah menyebut kata maaf tanpa suara. Sambil - sambil itu dia mencapai getah rambut atas meja lalu disarungkan ke pergelangan tangannya.

"Baru Yan tahu dari mana Iesy dapat suara speaker dia," gumam Liyyan lebih perlahan. Bertujuan nak mengutuk cuma tidak mahu akibatnya nanti dia dibebel Puan Aisyah.

"Umi." Hana memanggil.

"Ya?"

"Betul ke keputusan Hana ni? Macam mana kalau Hana tak boleh jadi isteri yang baik?" Soal Hana dan dia gusar memikirkannya. Mungkin Iesyraf boleh terimanya seadanya, tapi Hana? Bolehkah dia terima kelemahan diri sendiri? Macam mana kalau dia memperbodohkan diri depan Iesyraf nanti? Sejarah akan berulangkah?

Jujur Hana sebenarnya trauma.

"Stop overthinking." Puan Aisyah mengikat rambut Hana gaya tocang tinggi. Dia masih tidak berhenti menyikat rambut gadis itu, cuma kali ini menggunakan jemarinya sahaja.

"You're stressing yourself too much. Where's your trust in Iesyraf? He loves you, he won't let you down. If you treat him like a king, he will treat you like a whole kingdom. No need to worry." Kepala Hana dibelai.

"Relax, chill! Enjoy your life." Liyyan menyampuk lagi. Ya, dia memasang telinga.

"Lepas semua yang saya dah hadapi, saya... dah tak tahu macam mana nak enjoy my life. Everyday I wake up in fear and fall assleep crying. Saya sakit sangat."

"Kan orang kata, bersakit - sakit dulu, bersenang - senang kemudian. You can't see a rainbow without a rain." Bidas Liyyan lagi cepat - cepat nak menghalau segala perbualan yang boleh berkait dengan kisah lampau Hana.

Dalam diam Liyyan sangat kagum dengan gadis itu. Tak mampu dia bayang kalau dia yang berada dalam situasi Hana. Pasti sudah lama dia menamatkan nyawanya sendiri.

Hana merespon dengan senyum. "Agaknya."

Mata jatuh pada seorang gadis yang berada dalam cermin. Muka mereka sama. Tapi di mata Hana wajah gadis itu bergelinangan air mata dan parut pelbagai corak.

"Macam mana Iesyraf boleh terima saya? Like, there's many beautiful girl in the world yet he choose me to be his equal. Why? Why he accept a broken girl like me?"

Puan Aisyah menundukkan badannya paras leher Hana. Dia mencengkam bahu bakal menantunya itu.

"Because he sees you as a broken angel maybe."

Pipi Hana dikucup dan dia beredar.

Hana tergamam seribu bahasa. Sumpah ayat Puan Aisyah sangat mirip dengan Iesyraf. Dan dia lebih terpanar tatkala pipinya dikucup sebegitu. Terasa kasih sayang seorang ibu dalam kucupan Puan Aisyah itu.

Hana memusing badan. Menghadap bahagian katil memandangkan dua wanita itu duduk di situ.

"Tapi kan..."

"Senang macam ni, Hana." Liyyan mencelah lagi. Dia mengangkat tapak tangannya tanda berhenti.

"Sebab awak banyak sangat mempersoalkan itu ini, kita tengok dari sisi lain. Kenapa awak yang terima si Iesyraf tu?" Perkataan awak di ayat terakhir ditekankan.

Lagi sekali lidah Hana kelu.

"Kenapa tak orang lain? Kenapa mesti Iesyraf?" Aju Liyyan lagi dengan nada tegas. Biarpun telah lama tidak turun padang, dia masih ada aura seorang peguam bertauliah.

Asyraf dan Liyyan mempunyai kerjaya yang sama, ya. Cuma Liyyan berhenti untuk menjaga Dahlia yang masih kecil.

Hana berfikir - fikir sejenak. Ada logiknya soalan Liyyan itu. Lihat dari perspektif lain. Kenapa dia menerima lamaran Iesyraf padahal dia telah dilukai? Sepatutnya sebagai langkah berjaga - jaga dia perlu lebih berhati - hati dengan lelaki lain di dunia ini.

Sedangkan dua lelaki dari keluarganya pun boleh menderanya, apatah lagi lelaki luar?

Dada Hana terasa sesak.

"Dia ada, bila orang lain buang saya. Dia tak jijik bila saya menangis dekat dia. Dia tak benci saya lepas tahu pasal keluarga saya." Suara Hana bergetar. Sedar pengorbanan seorang Iesyraf Danial kepada dirinya yang biasa - biasa ini.

"Iesyraf sentiasa... buatkan saya tersenyum saat saya nak menangis. Dia buat saya ketawa saat saya sedih. Dia bagi saya bahagia bila apa yang saya rasa hanyalah derita." Dan senyuman manisnya dilemparkan buat yang lain. "He makes me laugh, smile and happy and that's enough."

"Then, trust your decision. He'll never let you down." Puan Aisyah tersenyum puas. Berharap selepas ini Hana tidak akan mempersoalkan lagi takdir yang ditulis untuknya.

Puan Aisyah yakin dengan Iesyraf. Dia sendiri besarkan Iesyraf dan dia tahu setiap inci perangai cahaya matanya itu.

Dia percayakan Iesyraf dan Hana pun perlu membuat perkara yang sama.

Di sebalik pintu, berdirinya subjek utama perbualan mereka. Iesyraf bersandar pada pintu sambil menekup mulutnya.

Dia terharu.

Hatinya berbunga mekar.

Selepas itu dia beredar dengan wajah yang paling ceria. Nak cari Chipsmore menyambut betapa gembiranya dia malam ini.

Dan tak lupa untuk meraikan kemenangan dia dapat mengalahkan Asyraf dalam gusti tadi. Sebab itu dia naik ke bilik Hana. Nak riak.

...







someone tampar iesy please. tak habis dengan riak dia tu.

Continue Reading

You'll Also Like

4.7M 294K 107
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...
40.8M 1.1M 42
When Arianna marries billionaire Zach Price to save her family, she doesn't expect to fall in love with a man who'd always consider her a second choi...
716K 40.2K 200
Love is a messy kind of art.
1.7M 120K 44
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...