TEARSBREAKER

De aeyssia

16.7K 2.8K 3.1K

[ INFINITY LOVE ] Roses are red, Iesyraf is cute. Damn babe, Just let me kiss you. Iesyra... Mais

PROLOG
1 : Lost girl.
2 : Beautiful fate, isn't?
3 : Retold of Alpha.
4 : Pool and mint.
5 : Little bitter secret.
6 : Al-Nu'aiman ibn Amr.
7 : Alohomora!
8 : Just let me love you.
9 : Get out!
10 : Monopoli.
11 : Road to Terengganu!
12 : Iesyraf vs Ayam.
13 : Moon, stars and you.
15 : Promises.
16 : Wedding preparation.
17 : Trust him.
18 : Our new beginning.
19 : My prayer.
20 : A threat?
21 : The invisible friend.
22 : Treat you better.
23 : Night date.
24 : You bake, I shake.
25 : 'AITTALNHAQ'
26 : Worry.
27 : Meow, meow!
28 : Redi o not?
29 : It's my fault.
30 : No choice.
31 : Stay strong.
32 : This is not what I wanted.
33 : You're nothing.
34 : Break your own tears.
35 : Betrayer.
36 : Stay.
37 : Into a monster.
38 : Time for some crimes.
39 : Happiness is back.
END : Our story ends here.
EPILOG
SPECIAL CHAPTER

14 : Putera Nawaz.

331 62 50
De aeyssia

.

.

.

LANGSIR diikat. Menampakkan matahari yang tegak berdiri tetapi orang di bilik ini masih berdengkur diulit mimpi. Kalau tidak dikejut, silap haribulan sampai ke petang mereka tidak bangun.

Hana bercekak pinggang sambil merenung dua manusia pemalas di depannya.

"Bangun! Bangun!"

Asyraf terus bergolek ke tepi. Dia meniarap sambil menggosok matanya. Terganggu mimpi dengan cahaya dan bahang daripada matahari. Dia pandang ke kiri dan ke kanan dengan mata separa tertutupnya. Keliru di mana keberadaannya.

"Bangunlah, bangun. Dah pukul sepuluh lebih," kejut Hana lalu dia menutup suis kipas. Berharap dapat menggerakan sepasang kembar itu.

Asyraf mengangguk kepala persis anak kecil. Dia meraba - raba meja mencari kaca matanya. Sempat menggeliat sedikit. Lenguh badannya kerana tidur terlampau lama.

Lain pula si Iesyraf. Kekal tenang terlentang tidak bergerak atas katilnya. Panas tidak mampu mengejutkannya apatah lagi kalau disuluh lampu tepat ke mata.

Kemungkinan besar, bom meletup dekat sebelah pun dia tak akan bangun.

"Kembar awak tu tidur mati ke apa?" Soal Hana pada Asyraf yang bangun dan mencapai tuala yang disangkutkan atas kerusi. Terhuyung - hayang lelaki itu mendekati pintu. Mamai.

Dia menjeling Iesyraf sebentar, mengikut soalan Hana tadi.

"Itu dah mati dah tu," ujarnya mendatar lalu keluar dari bilik.

Tergelak Hana mendengar. Dia menarik selimut dari pelukan Iesyraf. Mujur lelaki itu bukannya jenis tidur tidak memakai baju. Naya mata Hana tercemar di pagi hari.

"Bangun, wak."

Lelaki itu berpusing ke tepi. Bantalnya ditarik menekup telinga. Tidak sampai beberapa minit, bantal itu juga dirampas Hana.

"Bangunlah!"

"Tak nak..." Serak - serak basah suara Iesyraf berdalih. Tangannya terawang - awang di udara mencari bantal yang melarikan diri.

"Cepatlah, saya nak ajak awak pergi jalan - jalan," pujuk Hana lagi lalu mencampakkan bantal Iesyraf ke hujung katil. Dia bergerak mengemaskan katil Asyraf. Sesekali dia mengerling ke arah Iesyraf kalau - kalau lelaki itu mengalah.

Semestinya tidak. Dia boleh terlena lagi. Rela tidur tanpa bantal atau selimut.

"Iesyraf!"

Dia membalas dengan bunyi hmm. Lengan mengganti bantal untuk menutup matanya. Rasa tak selesa apabila badannya kepanasan, puas berpusing sana sini. Tetap sama.

Hana tidak melenting. Dia menarik nafas dalam sebelum melutut sebelah katil Iesyraf. Dia berdehem sebelum menggunakan cara lain untuk mengejut si pemalas.

"Bismillahirrahmanirrahim..."

Iesyraf diam. Mungkin sudah tertidur kembali.

"Yassin..." Hana memanjangkan leher, mengintai respon Iesyraf. "Wal quranil hakim."

Dia menguatkan bacaannya, "innaka laminal mursalin."

Iesyraf mula tidak senang duduk. Dia seakan - akan cuba memahami situasi tanpa membuka matanya. Barangkali takut buka - buka mata, dua malaikat sedang menanti.

"'Alaa siraatim mustaqeem."

Hana berdiri semula. Dia tersengih. Bacaannya tidak akan berhenti sampailah Iesyraf bangun, biarlah dia kena baca seluruh surah Yassin itu pun.

"Tanzeelal 'azeezir rahim."

Ini minta dicampak tanah atas muka baru bangun ke macam mana?

"Litunzira qawmam maaa unzira aabaaa'uhum fahum ghaafiluun."

Timbul satu idea dalam kepala Hana untuk menjirus Iesyraf dengan air bunga.

"Laqad haqqal qawlu 'alaaa aksarihim fahum laa yu'minuun."

"Allahu Akbar!"

Misi berjaya.

Hana meneliti wajah Iesyraf yang dibasahi peluh. Cuak habis mukanya. Turun naik dada lelaki itu mencuri nafas.

"Ma rabbuka?" Soal Hana dengan nada mengusik.

"Hana!"

Gadis itu ketawa kecil. Dia meninggalkan Iesyraf yang bermuram durja dek tidur yang terganggu dengan cara yang kejam.

"Bangun tau wak! Nanti saya tanya man nabiyyuka pula!"

Terdengar suara Hana dari luar bilik. Iesyraf memeluk bantalnya lalu sembamkan muka di situ. Nyaris diserang sakit jantung kalau dikejut begitu setiap hari.

"Jangan marah tau awak! Sabar itu separuh daripada iman!" Suara Hana mengusik lagi.

Iesyraf menggeliat. Kalau bukan Hana yang menjadi tatapan pertamanya tadi, bergegar sudah satu rumah dengan amukannya.

Padahal salah sendiri sebab terlajak tidur lepas bangun subuh tadi.

Iesyraf memerhati setiap inci bilik tidurnya itu. Sedang menghubungkan sel - sel otak yang mungkin tidak bangun lagi.

Al-maklumlah, otak ikut tuan.

Asyraf masuk ke dalam bilik sambil menggosok rambutnya yang basah. Dia mengenakan T-Shirt Polo hijau dan seluar slack sahaja memandangkan tiada rancangan nak berjalan - jalan ke mana hari ini. Suis kipas dibuka kembali.

Mata mereka berdua bertentangan.

Hujung bibir Asyraf terjungkit. "Dah bangun ke Encik Mayat?"

Bantal terbang berkelajuan 120KM/J mendarat di muka Asyraf!






























KELUHAN dihembuskan buat kesekian kalinya. Iesyraf menyepak batu - batu yang berdekatan dengan kaki. Terherot - herot bibirnya menandakan protes.

Satu, dia dikejut bangun tidur dengan cara seolah - olah dia sudah mati.

Dua, dia tidak sempat bersarapan dan digesa Hana untuk bersiap - siap memakai baju melayu. Sempat minum seteguk air kosong sahaja.

Tiga, dia dipaksa berjalan di bawah terik matahari. Nak membawa kereta, Hana kata dekat sahaja destinasi mereka.

"Awak kena exercise, perut tu macam dah membulat asyik makan je kerja." Itulah alasan Hana.

Iesyraf menyentuh perutnya yang berlapik baju melayu. Masih kempis tapi mungkin agak gebu seperti pipi yang turut membesar dengan jayanya.

Iesyraf mencebik sedih.

"Kita nak pergi mana ni, Hana? Kau nak bawa aku kahwin lari ke apa?" Tebak Iesyraf memandangkan dia perlu memakai baju melayu. Cuma seluar sahaja dia berdegil untuk mengenakan seluar jeans.

Kalau tak, dia tak nak keluar bilik.

"Kenapa? Tak hafal lafaz Kabul lagi ke?" Soal Hana berbaur gurauan. Dia berjalan mengundur menghadap bakal suami yang masam mukanya.

"Hilanglah standard aku kalau kahwin lari. Goal aku majlis kita kena kalahkan artis - artis punya pelamin tu. Hari tu Neelofa kahwin penuh bunga putih kan? Kau tunggu aku tampal bunga matahari satu dewan! Bolehlah kita buat tema warna gold and black! Barulah exclusive!"

Dia berhenti menarik nafas, bukannya dah habis membebel.

"Aku letak air terjun tengah - tengah dewan, pelamin tu guna labu dalam cerita Cinderella. Nanti kena ada red carpet, tabur salji sikit. Pintu masuk dewan nanti buat macam pintu istana. Biar ada warna gold gold sikit. Baru makcik - makcik tahu yang pengantin hari tu bukan calang - calang orang. Ini Iesyraf Daniallah! Kahwin bukan senang, kenalah gempak! Wah, viral muka kita nanti! Majlis macam kahwin dengan anak raja!" Iesyraf berpusing - pusing membayangkan lampu kamera yang menyimbahnya bagai selebriti.

"Be dissapointed, your future wife is not a princess," ujar Hana lalu tersenyun segaris. Sengaja nak menghancurkan angan - angan Iesyraf yang terlampau tinggi. Kahwin dengan anak raja? Anak menteri pun tak lepas!

Iesyraf semestinya lain daripada tanggapan Hana, senyumnya lebih melebar.

"But she's a fallen angel!"

Iesyraf bersorak persis dunia ini dia yang punya. Terkinja - kinja dia melompat mengelilingi Hana.

"Now I know I have met an angel in person!"

Membulat mata Hana tatkala Iesyraf menyanyi lagu Perfect oleh Ed Sheeran sekuat hati.

"Diam, awak diam! Slow sikit suara!" Hana membentak sambil meletakkan jari telunjuknya pada bibir. Dia melihat sekeliling, risau kalau ada orang kampung menjadi penonton konsert tak berbayar Iesyraf.

"And she looks perfect!"

Lagi ditegah, lagi dia buat. Itulah namanya Iesyraf Danial.

"I don't deserve this!"

Dia melayangkan flying kiss buat Hana. Siap pakej kenyitan mata.

"You look perfect today..." Lirik terakhir diubah mengikut kesesuai masa. Lagu Perfect meleret tamat pabila Iesyraf membaca papan tanda berdekatan. Senyum lebarnya tadi diganti dengan cebikan.

"Pandai pun senyap." Hana menghela nafas lega. Tidak berkesempatan nak cair dengan nyanyian romantik Iesyraf, dia lebih pentingkan pendapat orang sekeliling.

"Hana... aku tak mati lagi tau."

"Eh?"

Iesyraf memuncungkan bibir pada papan tanda itu lantas Hana menoleh ke belakang.

Tanah Perkuburan Islam.

Kendur habis senyum Hana.

"Asy mesti kata aku dah mati kan tadi? Dia suruh datang sini nak tanam aku ke macam mana?" Bebel Iesyraf dengan mulut muncungnya. Dia berpeluk tubuh sambil merenung tajam papan tanda itu.

Hana senyap. Dia mengorak langkah masuk ke tanah perkuburan itu. Tidak membalas langsung bebelan Iesyraf itu. Kelam wajahnya.

Iesyraf sendiri terkunci mulut. Dia mengikut jejak Hana, ikut memasuki tanah perkuburan itu. Dalam hati dia memberi salam buat ahli kubur.

"Saya nak minta restu seorang lagi tau," beritahu Hana.

Dia berhenti pada satu kubur yang dipenuhi rumput. Hana menyentuh batu nisan itu lembut. Redup matanya memandang nama yang terukir di situ.

"Assalamualaikum mama."

Iesyraf tersentak.





































SUNYI - sepi ruang tamu rumah Tok Nabhan malam itu. Hanya kedengaran Tok Nabhan sibuk mengagah Dahlia yang terlebih cergas. Ke sana ke sini dia bergolek menunjukkan perut gendutnya. Sesekali terdengar si kecil tergelak dan berteriak riang.

Mungkin teruja kerana esok mereka akan pulang ke Kuala Lumpur akhirnya. Dahlia rindu tokma! Nak tunjuk Tok Nabhan lagi banyak janggut daripada tokki!

Tokki itu Tuan Syakir.

Asyraf turut menyertai Tok Nabhan mengusik - usik anak perempuannya. Dia mengumpan Dahlia dengan makanan lalu dia bawa makanan itu ke atas, bawah, kiri dan kanan. Berpinar mata bayi itu melayan perangai ayahnya.

Liyyan pula selesa berehat sambil memerhati sahaja. Di sebelahnya Hana dan Iesyraf yang semenjak balik dari kubur tadi tidak banyak bercakap.

"Dia memang dah lama ada sakit jantung," ujar Hana memecahkan tembok kekok antaranya dan Iesyraf.

Iesyraf bertindak sebagai pendengar. Bukannya dia sengaja membisu, sekadar memberi Hana ruang untuk memujuk diri sendiri selepas melawat arwah mamanya. Iesyraf pasti yang hati Hana rapuh melihat kubur itu. Dia sebagai orang luar tidak pasti mahu sama ada memberi nasihat atau pujukan yang sesuai untuk situasi Hana.

"Masa bekas suamis saya minta cerai, dia terlampau terkejut..." Hana menahan air matanya daripada tumpah lagi. "Kena heart attack."

Iesyraf menganggukkan kepala tanda faham tanpa penjelasan penuh. Dia menawarkan segelas air kosong untuk Hana.

"Mind to story about your past?" Iesyraf mencuba nasib. Alang - alang Hana membuka sesi meluah perasaan, apa salahnya dia tanya tentang masa silam Hana? Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Hana mengetap bibirnya. Dia bersandar pada sofa sambil mata menatap jemarinya.

"Ayah saya... dia ada company sendiri. Atlantia HQ. Dia collab dengan company ayah bekas suami saya. Jadi, kitorang kena kahwin paksa. Klishe kan?" Dia tertawa kecil.

Manakala fikiran Iesyraf melencong ke tika dahulu waktu dia pernah ternampak nama syarikat Hilmi di surat khabar. Katanya saham syarikat itu jatuh merudum dan akhirnya lingkup.

Tidak sangka pemilik syarikat itu bakal menjadi bapak mertuanya.

"Tapi bekas suami saya tu tak boleh terima saya. Saya layan dia baik - baik pun dia tetap sama. Dia siap pukul saya lagi kalau saya buat salah. Dia memang tak suka sayalah senang cerita."

Iesyraf menahan kemarahan dalam dirinya agar tidak meletup malam ini. Bukan sekarang masanya.

"One day, maybe he had enough. By hook or by crook, dia nak cerai. Menyampah tengok muka saya kut."

Bercantum kening Iesyraf tidak faham. Dia meneliti wajah Hana. Memikirkan macam mana seseorang boleh menyampah dengan muka itu.

"Lagipun dia dah ada girlfriend."

Terbatuk Iesyraf! Tidak sangka. Perasan yang Asyraf juga seakan - akan tersentak, sah dia curi - curi dengar.

"Lepas cerai tu, company ayah bekas suami saya tu terus nak jadi nak collab. Ayah saya stres gila masa tu! Dahlah saham company dia jatuh merudum, mama tinggalkan kitorang pula..." Mengendur suara Hana. Bibirnya menarik senyum paksa meskipun tidak lama bertahan.

"Ayah saya salahkan saya. Dia kata saya tak pandai jaga suami. Sebab saya bodoh sangat, sebab tu company dia bankrupt. Saya penyebab mama pergi."

Suram suasanan rumah bernoktahkan kisah Hana.

"Tapi kau tahu tu semua bukan salah kau kan?" Soal Iesyraf, tidak tahu apa lagi cara nak memujuk si gadis selain daripada dengan kata - kata sahaja.

Nak sentuh, haram.

"Entahlah, kalau dah memang salah saya nak buat macam mana?" Hana memeluk kakinya lalu dagu didaratkan atas kepala lutut. Jauh renungannya dicampak ke depan.

"Ini mesti ujian Allah kan? Mesti dia nak uji saya. Jadi, saya tak kisah sangat. Sakit memang sakit. Tapi mama kata Allah sentiasa ada dengan orang yang sabar. Mama kata, Allah ada better plan. Allah uji orang yang Dia sayang kan? So I took the pain like it was a honor."

Hana menoleh pada Iesyraf lalu dia tersenyum nipis. Matanya yang merah bertakungkan air mata laju dikesat.

Tersentuh hati Iesyraf. Rasa nak mendakap Hana membuak - buak. Bukan sebab itu perbuatan romantik, tapi untuk memberitahu gadis itu bahawa dia sangat hebat kerana mampu pergi sejauh ini.

Iesyraf mengenangkan dirinya. Dia tidak pernah diuji sehebat itu, bolehkan dia kekal sabar seperti Hana? Sepanjang dia hidup, apa - apa yang mencabar kesabarannya akan mendapat balasan setimpal.

Iesyraf lebih selesa menghukum mereka dengan caranya sendiri.

"Apa nama bekas suami kau tu?" Dia menyoal.

"Nak buat apa?"

Iesyraf berlagak berfikir sebelum dia tersengih - sengih. "Have a little chit-chat, maybe?"

Hana pula yang membisu. Berbolak - balik sama ada nak beritahu ataupun tidak.

"Alah, benda dah lepas kan? Aku nak borak sikit je." Tiba - tiba Iesyraf memujuk ibarat syaitan yang sedang membisik godaannya di sisi telinga Hana.

Hana beralah. "Putera Nawaz."

Jeda.

Bulat - bulat mata Iesyraf mencari mata kembarnya yang sudah pasti mendengar sebaris nama itu juga. Asyraf turut memberi reaksi yang sama dengannya.

Terkejut.

"You sure?" Asyraf memastikan, tidak mempercayai apa yang telinganya dengar.

Polos Hana mengangguk.

Di situlah Iesyraf ketawa palsu.

"How irony." Dia menepuk tangannya dengan beria sekali. Macamlah nama tadi ialah satu lawak bertaraf antarabangsa.

"Putera Nawaz, huh? Interesting."

...







indeed, Allah is with the patient.
( Quran, Surah al-Anfal, 08:46 )

sape pandai, cubalah teka siapa Encik Putera Nawaz ni mmuah!


g

oodnight everybadeh ❤️

Continue lendo

VocΓͺ tambΓ©m vai gostar

4.7K 1.2K 47
[ ENDLESS TRAGEDY ] A house made of cards, and us, inside Even though the end is visible Even if it's going to collapse soon A ho...
43.3K 1.9K 20
George, the elf prince was on his way to a cave he goes to to escape the suffocating duty of being prince, when he is captured by a group of Rangers...
5.3K 201 15
Lamia academy is the only academy in the world that teaches born vampires how to live and survive in the world. It all starts with one girl who needs...
7.2K 175 22
"isn't it just so pretty to think, all along there was some invisible string, tying you to me?" an enemies to lovers story :) season one - complete s...