TEARSBREAKER

By aeyssia

16.8K 2.8K 3.1K

[ INFINITY LOVE ] Roses are red, Iesyraf is cute. Damn babe, Just let me kiss you. Iesyra... More

PROLOG
1 : Lost girl.
2 : Beautiful fate, isn't?
3 : Retold of Alpha.
4 : Pool and mint.
5 : Little bitter secret.
6 : Al-Nu'aiman ibn Amr.
7 : Alohomora!
8 : Just let me love you.
9 : Get out!
11 : Road to Terengganu!
12 : Iesyraf vs Ayam.
13 : Moon, stars and you.
14 : Putera Nawaz.
15 : Promises.
16 : Wedding preparation.
17 : Trust him.
18 : Our new beginning.
19 : My prayer.
20 : A threat?
21 : The invisible friend.
22 : Treat you better.
23 : Night date.
24 : You bake, I shake.
25 : 'AITTALNHAQ'
26 : Worry.
27 : Meow, meow!
28 : Redi o not?
29 : It's my fault.
30 : No choice.
31 : Stay strong.
32 : This is not what I wanted.
33 : You're nothing.
34 : Break your own tears.
35 : Betrayer.
36 : Stay.
37 : Into a monster.
38 : Time for some crimes.
39 : Happiness is back.
END : Our story ends here.
EPILOG
SPECIAL CHAPTER

10 : Monopoli.

372 75 68
By aeyssia

.

.

.

EKSPRESI kosong lahir di raut wajah Rayyan sebaik sahaja dia melangkah ke ruang tamu. Tidak sempat naik ke bilik untuk mandi, dia terus menerpa pada Iesyraf.

"Kau buat apa dekat sini?"

Sengih kambing Iesyraf gantikan daripada terus menjawab soalan itu. Dia merangkul bahu Rayyan duduk di sebelahnya.

"Chill, bro. Kau baru balik, penat kerja,  kena rehat dulu." Jag yang berisi air oren dituangkan lalu cawan itu dihulurkan pada Rayyan.

Dengan ragu - ragu Rayyan meneguk. Risau kalau Iesyraf letak sihir dalam air itu.

Bukan boleh percaya kawannya yang satu itu.

Sepasang mata Rayyan mengerling ke depan, di mana anak - anaknya sedang sibuk bermain dengan Hana sampai lupa kehadiran ayahnya.

"Mina, Neil, tak peluk dada pun," tegur Rayyan. Ada nada berjauh hati dalam suaranya.

"Tak rindu, tak peluk," balas Najmina selamba. Dia yang sedang meniarap sambil melukis - lukis atas kertas langsung tidak berminat untuk berpaling pada ayahnya.

"Tak nak!" Neil yang berada dalam pelukan Hana mengulang kata - kata kakaknya, diselit ketawa suka. Dia merenung patung Ultraman di tangannya penuh kagum.

Kagumlah badan Ultraman warna - warni.

Terkebil - kebil Rayyan dibuatnya. Rasa seperti satu batu besar menimpa atas kepala.

"Cikgu, tengok Mina lukis bunga!"

Serba salah Hana ingin memuji, lagi - lagi apabila terasa renungan sakratul maut Rayyan menusuk dirinya. "Can... cantik. Tapi Mina pergilah peluk dada dulu. Kesian dia."

Bibir Najmina menjuih ke depan. "Tak naklah, dada busuk tak mandi."

Kalau tadi dihentam batu, kali ini disambar petir pula. Rayyan sekadar mampu menangis di dalam hati. Ajaran siapalah agaknya yang Najmina ikut sampai semua ayatnya sangat laser.

Iesyraf menepuk - nepuk bahu Rayyan. "It's okay, Ray. I feel you. Tak semua orang sukakan kau walaupun tu anak kau sendiri. Tabah ya?"

Sah, Najmina belajar dari Iesyraf.

"Neil, come to dada." Rayyan tidak berputus asa, dia melutut atas lantai lalu pangkuannya di buka. Sesekali dia menepuk tangan berharap Neil akan berjalan ke arahnya.

Neil memerhati ayahnya dan Hana bersilih - ganti. Dia sembamkan muka di dada Hana lalu tersenyum mengejek pada Rayyan.

"Busyuk!"

Nyaris terburai tawa Hana namun cepat - cepat dia tahan. Tidak sampai hati nak mengetawakan Rayyan yang sekali lagi dipinggirkan anaknya.

Bukan seperti Iesyraf. Bergegar sudah satu rumah saat dia ketawa. Ketawa jahat pula tu. Ditambah pakej sengaja menambah garam pada luka Rayyan.

"Kena buang dengan anak sendiri ke tu, Ray?!"

"Jom pergi rumah warga emas jom! Dekat situ maybe kau akan disayangi!"

Iesyraf berjalan itik kepada Rayyan. Dia mengusutkan rambut kawannya itu. "Alolo kesian Yenyen kena buli, meh mommy Iesy peluk meh."

Sedas jelingan helang Rayyan diselangi tawa Iesyraf makin menjadi - jadi.

"Good Mina, good Neil! Ini baru niece and nephew uncle!" Iesyraf memuji Najmina dan Neil pula. Dua beradik itu pun seperti berpihak pada Iesyraf, mereka berdua bersorak keriangan.

Rayyan pasrah dengan ketentuan Ilahi, dia bangkit ingin mandi. Abaikan sahaja Iesyraf mengejeknya, meskipun hati sakit tapi dia tahu dia boleh balas balik di lain hari.

"Awal balik."

Rasa nak menangis kegembiraan, akhirnya ada manusia di dalam rumah ini yang peduli tentangnya. Dari jauh Rayyan berlari mendapatkan isteri tersayang.

"Biarlah Mina dengan Neil palau abang, janji Laila ada!" Teriaknya lalu memeluk badan Laila dan dipusingkan beberapa pusingan. Rayyan mengucup pipi isterinya bertubi - tubi.

"Pergi mandilah! Busuk busuk peluk orang."

"Amboi sombong, sabar kejap. Abang mandi." Rayyan meleraikan pelukan sebelum tali lehernya dilonggarkan. Bersiap - sedia nak naik ke bilik. Kalau tak mandi nanti kena halau.

"Iesy, kau tunggu situ jangan balik!" Larang Rayyan pada manusia di ruang tamu. Berlipat kali ganda niat ingin membelasah Iesyraf cuma ditangguhkan selepas dia bersihkan diri. Memang dia ajar Iesyraf cukup - cukup!

Iesyraf tersenyum penuh makna.

Kerana apa?

Kerana beberapa minit kemudian dia balik ke rumah. Tidak mematuhi larangan Rayyan.

Dan seterusnya, Rayyan menghubungi Iesyraf dan lepaskan segala maki - hamun di situ.
























DARI dapur Hana berdiri usai minum air. Dia memerhati keluarga kecil Laila
yang sedang beristirehat. Rayyan akhirnya peroleh perhatian dan kasih sayang yang sepatutnya daripada anak - anak, mereka bertiga asyik bermain dengan lego. Laila pula lebih kusyuk menonton rancangan aneka ragam di kaca televisyen.

Entah kenapa, Hana terasa sangat janggal ingin menyertai keluarga itu. Dia berkira - kira sama ada mahu menyelit sahaja ataupun terus ke bilik.

"Hana! Sinilah! Buat apa dekat dapur tu?"

Terhincut bahu Hana bila dirinya dipanggil begitu. Terkedek - kedek dia mendekati Laila yang melambaikan tangannya seraya memberi ruang di atas sofa untuk dia duduk.

"Tak payah awkward sangatlah, nanti awak jadi kakak ipar saya juga." Laila lantas merangkul lengan Hana. Dia tersenyum menampakkan barisan giginya.

"Tapi awak lagi muda kan?" Laila menyoal pula tidak memberi kesempatan untuk Hana berkata apa - apa. "Saya 27, awak?"

Lambat - lambat Hana menjawab, perlahan juga suaranya. "25."

"Mudanya!"

Membulat sedikit mata Laila, tidak mempercayai kenyataan itu. Mana taknya, Hana nampak jauh lebih matang daripadanya. Punyalah dia fikir mereka berdua beza setahun ataupun sebaya.

Hana tertawa kecil. Dia mengamati wajah Laila yang sedang berkongsi maklumat baru itu dengan suaminya.

Sungguh, wajah Laila amat mirip dengan wajah Iesyraf. Mereka berwajah cerah, rambut hitam segelap malam, iris mata mereka berdua juga berwarna coklat terang dan yang paling spesial,  Iesyraf dan Laila dua - dua mempunyai lesung pipit. Kalau Laila lelaki, mesti boleh jadi kembar Iesyraf dan Asyraf. Triplets!

"Cantik..." puji Hana spontan. Itulah komen pertama saat dia bersua muka dengan Laila.

"Apa dia?"

"Awak cantik." Hana mengulang. Matanya redup jatuh pada diri sendiri. "Insecure saya."

"Eh, kenapa pula? Awak pun cantiklah!" Laila menampar perlahan peha Hana. Dia mengerutkan dahi, tidak suka apabila seseorang tidak yakin dengan dirinya.

"Betul! Betul! Cikgu Hana cantik! Macam pwincess!" Laung Najmina turut bercekak pinggang. Dia goyangkan jarinya, menyuruh Hana jangan menidakkan pujiannya.

"Pwincess! Bootipul!" Neil menekup muka sendiri. Ultraman kesayangannya juga tercampak entah ke mana. Mata bundarnya dikelip - kelipkan.

Mungkin dia fikir dia cantik.

"Neil tu princelah. Mana boleh beautiful, Neil kena jadi handsome macam dada tau," pesan Rayyan membetulkan bahasa anaknya. Tidak lupa sedikit riak di situ.

"Pwince?"

"Prince."

"Pwince!"

"Prince, sayang. Nak kata pelat R hari tu elok je buat bunyi rawr."

"Pwince!"

"Dahlah, malas." Ya, Rayyan putus asa.

"Tak baik tau awak self-doubt diri sendiri. Muka awak ni cantiklah, comel lagi," tutur Laila berupa seorang peguam. Dia mencengkam lembut rahang Hana seraya membuatkan gadis itu ketawa.

"Bukannya saya tak bersyukur, insecure je. Rasa pelik pula, apa yang Iesyraf nampak dekat saya."

Atmosfera bertukar beku dan tegang. Sepi mengganti sebarang suara dan hanya bunyi dari televisyen yang meriuhkan rumah.

Laila dan Rayyan berpandangan sesama sendiri.

"Kenapa kau cakap macam tu?" Soal Rayyan.

"Yalah, muka saya tak seberapa. Lagi - lagi kalau banding dengan Laila ni. Badan saya pun bukan goal mana. Penuh dengan parut lagi." Hana memeluk kakinya lalu daratkan dagunya di atas kepala lutut. Bibirnya tak lekang senyum biarpun palsu.

Rayyan awal - awal lagi letak jawatan untuk beri nasihat, dia memberi signal mata supaya isterinya yang mengambil alih. Dia berpura - pura berminat nak bermain lego dengan Najmina dan Neil. Lebih kepada dia mengacau proses pembinaan Najmina. Teriakan protes anak perempuanya tidak mematikan niat jahatnya.

Bungkam Laila. Tidak pasti nasihat jenis apa yang dia patut bagi. Cuma tangannya yang tidak berhenti mengusap bahu Hana. Berharap dapat memberi gadis itu sedikit kekuatan atau ketenangan.

"I want a little family just like you, Laila." Tambah Hana menukar topik. Bersalah pula membuatkan Laila susah hati dengan luahan ringkasnya.

"Abang Iesy surely can give you one." Laila tersenyum nipis. "Percayakan keputusan awak untuk kahwin dengan dia. Awak tak akan menyesal."

"Macam mana kalau dia yang menyesal? Kalau saya tak macam apa yang dia harapkan?"

Rayyan menyampuk. "Sepanjang aku berkawan dengan dia, tak pernah lagi nampak dia menyesal dengan apa dia buat."

Tumpuan dua perempuan itu tertumpu pada Rayyan sementara Rayyan fokus memerhati anak - anaknya.

"Iesy ni jenis dia akan hargai apa yang dia ada. Kalau kau buat silap paling besar pun, memang dia akan marah sebab dia pun manusia. Tapi percayalah, marah tu kejap je. Dia sendiri cuba bertenang dan fikir masak - masak sebab dia sayangkan kau. Nampak je perangai dia kebudak - budakan, padahal sebenarnya dia jauh lagi matang daripada kita. Budak tu mengada tak nak tunjuk."

"Betul," Laila menyambung hujah Rayyan. Dia mula membuka lembaran lama. "Tahu tak dulu kitorang kahwin  Ray ni buat hal?"

Terbatuk Rayyan! Dia menjegilkan mata pada Laila dan isterinya pun tak nak kalah, dia ikut menjeling sama.

"Saya dengan Ray gaduh besar gila! Dia ni..." Hujung jari Laila dipanahkan pada wajah cemberut Rayyan. "Percayakan perempuan lain lebih dari saya! Masa tu, saya sedih sangat sampai hampir bunuh diri!"

Melompong mulut Hana. Dia turut mengikut jejak Laila menjeling Rayyan. Spesis hero drama pukul 7, teringin nak cakar - cakar mukanya.

"Janganlah ungkit! Nanti abang bersalah, buat karangan minta maaf lagi kang!" Rungut Rayyan sebal. Dia memutarkan bola matanya, sakit hati kisah lama dikenang semula.

Malang lagi nasib, Laila bukannya nak berhenti malah dia jelirkan lidah pula. "Lagi teruknya, Hana... masa saya nak bunuh diri tu, Abang Iesy datang rumah ni tau. Dia pujuk saya. Masa saya nak pergi dekat dia, saya tergelincir. Dahlah tengah mengandung masa tu!"

"Waktu abang dengar tu, ya Allah rasa macam nak daftar diri sendiri masuk ICU," Rayyan mencelah lagi. Dia menayang muka kasihan sambil membelai dada sendiri. Menunjukkan betapa terkejutnya dia waktu itu.

"Lepas tu apa jadi?" Tanya Hana penuh berminat, cerita Laila ini macam dalam novel pula!

"Saya keguguran."

Kali kedua jantung Hana tersentak. Dia meneliti figura Laila atas bawah seakan - akan kejadian itu baru berlaku.

"Abang Iesy marah gila! Seab Ray dah janji dengan Abang Iesy yang dia tak akan buat saya sedih. Tapi Ray mungkir janji!"

"Patik dah bertaubat tuanku, tolong jangan ungkit. Hati ini sakit."

"Padan muka."

Rayyan sekali lagi mengajuk gaya ditembak tepat ke jantung. Neil yang berada dalam pangkuan menampar wajah ayahnya.

"Padan muka!" Dia mengajuk ejekan si ibu.

Hasilnya, hidungnya digigit Rayyan.

Hana menggoyangkan tangan Laila minta disambung cerita, persis anak kecil mahukan bed time story.

"Iesy dia marah kejap je. Lepas tu dia bertenang balik. Marah dia tu pun sebab kecewa. Sad-mad." Rayyan yang menyambung setelah puas mendera anak lelakinya. Dia biarkan Neil mengadu sakit pada Najmina.

"Sad-mad?"

"Sad-mad. Bila kau sedih tapi kau tutup perasaan tu dengan marah."

"Sedih?"

"Sedih sebab orang yang dia sayang tersakiti."

Hana menganggukkan kepala tanda faham. "What a good brother he is."

"And he will be a good husband for you too, Hana." Rayyan mengukir sekuntum senyum, menegaskan kata - katanya.

"You're his Chipsmore!" Laila memberitahu sebelum dia sendiri tertawa.

"Kenapa dia asyik samakan saya dengan Chipsmore?"

"Woah girl, you don't know how much he loves Chipsmore! Dia obses dengan biskut tu tau!" Bersungguh Laila menerangkan kepada Hana yang keliru itu. Dia beralih pada anak - anaknya. "Kan Mina? Neil?"

Najmina menyahut laju. "Mina dengan Neil nak sikit pun dia tak bagi! Kedekut!"

"Kedekut!" Seperti biasa, Neil mengulang apa sahaja yang keluar dari mulut kakaknya.

"Neil nak cimo, uncle namo bagi!"

Dia menggeleng kesal. Sempat dia membebel - bebel lagi walaupun butirannya tidak jelas. Akhir sekali, bibir mungggilnya dicubit Rayyan, si bapa yang tidak senang tengok anaknya bahagia sekejap.

Jangan contohi Rayyan.

"See? Dia punya sayang dekat Chipsmore tu macam nak kahwin dah. Nasib baik dia jumpa awak," seloroh Laila lalu menghela nafas lega. Bimbang nanti Iesyraf pergi pakaikan Chipsmore kesayangannya baju kahwin.

"That's why you're his new chipsmore. His top priority," ujar Rayyan.

"Awak berharga sangat dalam hidup dia." Tangan Hana digenggam Laila lalu dia mengusap lembut bagaikan seorang kakak pada adiknya. "Jangan lepaskan dia."

Hana menelan kata - kata itu ke dalam ruhi. Air liur yang berpasir diteguk kelat.

"Tapi not gonna lie, Iesy bad-tempered . Seram pula tu bila dia marah," tutur Rayyan lalu dia yang ketawa. Seperti itu bukanlah perkara yang patut diambil serius. Mungkin kerana dia telah berkawan dengan Iesyraf bertahun - tahun lamanya, sudah biasa.

"Janganlah takutkan dia. "

"Bagi amaran awal je. Tapi rasanya dengan orang yang dia sayang, dia cuba sabar. Kalau orang lain," Senyum sinis terbit di bibir lelaki itu. "Ucap takziah jelah. "

Berkelajuan cahaya, satu blok lego yang agak besar terbang dan mendarat tepat pada dahi Rayyan. Terlepas Neil dari pelukannya dan si kecil laju berlari mencari tempat perlindungan di belakang Najmina, si angkara.

"Najmina!"

"Sampai hati dada buli Neil, Mina tuntut bela!"

Dan riuh - rendah malam itu ditamatkan dengan Rayyan mengangkat bendera putih. Lelah pabila dia menjadi mangsa gusti anak anak perempuan yang entah dapat kekuatan dari mana.




























MATA Iesyraf melirik pada gadis di sebalahnya dari ekor mata. Dia memeluk tubuh di hadapan pintu agam rumahnya.

"Kau okay? Kalau tak ready, kita tangguh dulu."

Tangan Hana yang bermandikan peluh digentel sesama sendiri. Menggelentar habis badannya.

Lain daripada apa bahasa badannya tunjuk, bibir Hana menzahirkan sebaliknya, "saya boleh."

Iesyraf memberi pandang tidak percaya. Dia mengeluh.

"Take it easy. Ayah aku sporting."

Ya, itulah yang Hana risaukan. Hari ini gilirannya untuk berjumpa dengan keluarga Iesyraf dan dia tidak risau untuk bersua muka dengan Puan Aisyah lagi, tapi gerun dengan ayah Iesyraf. Syakir Irfan.

"Macam mana kalau dengan awak je dia sporting, dengan saya nanti strict? Kalau dia tanya soalan pelik - pelik? Kalau dia tak suka saya? Kalau dia tak nak cakap dengan saya? Kalau dia tak nak jumpa saya? Nanti dia halau saya..."

"Chipsmore, syy." Tapak tangannya Iesyraf angkat depan batang hidung Hana. "Kau dah call dengan Liyyan kan semalam? Dia dah bagitahu ayah aku easy-going kan?"

Dengan penuh keterpaksaan Hana menganggukan kepala. Beberapa hari lepas, Iesyraf memberinya kejutan berupa hadiah. Sebuah telefon bimbit baru. Ada syaratnya, iaitu Hana perlu berjumpa dengan keluarga Iesyraf supaya senang lelaki itu meneruskan urusan perkahwinan mereka.

Dan semalam dia sangat gemuruh, Laila dan Iesyraf memberi cadangan dia bercakap dengan yang lebih berpengalaman. Liyyan, menantu Tuan Syakir juga. Segala soalan bertubi - tubi yang dia tujukan pada Iesyraf tadi telah dia persoalkan depan Liyyan.

Hasilnya, dia diceramah . Puas Liyyan membersihkan otak Hana yang dipenuhi pelbagai idea negatif.

Berjayalah juga. Setakat sampai keesokan paginya, Hana sambung menggelabah cuma lebih kepada diri sendiri.

"Tapi..."

Iesyraf memutarkan tombol pintu, secara tak langsung menghentikan Hana daripada terus berdalih.

Dia menghulurkan tangannya ke isi rumah gaya lelaki budiman, diselit kata - kata semangat yang boleh menambah gelora hati Hana.

"Trust me, I don't lie."

Saat Hana melangkah masuk, bisikan Iesyraf terdengar di cengkerang telinganya.

"Welcome to the family."






























SESUNGGUHNYA kata - kata Iesyraf semuanya benar. Tuan Syakir sangatlah peramah bahkan perangai seperti Iesyraf tetapi versi tua.

Masalahnya, terlampau... ramah. Tidak sampai seminit dia duduk, Tuan Syakir sudah menyuruh Hana memanggilnya ayah. Kalau tak, dia ugut tak nak restu Hana bersama Iesyraf.

Walaupun kedengaran seperti Tuan Syakir bergurau, Hana menurut perintah sahaja. Agak kekok untuk lafazkan perkataan ayah itu terhadap orang lain tapi dia gigih membiasakan diri.

Sekarang, Hana mengurut pelipis. Mereka kata, Tuan Syakir sporting.

Ini bukan sporting, ini mengarut!

"Iesy, bayar! Tu rumah ayah!"

"Alah bagilah chance sikit!"

"Tak ada, tak ada. Bak sini duit."

Terpinga - pinga Hana yang menjadi orang tengah. Di hadapannya, sebuah permainan berpapan Monopoli yang telah dipenuhi beraneka warna rumah kecil. Rancak Iesyraf dan Tuan Syakir bertekak selang beberapa minit. Ada sahaja benda nak tak puas hati.

Puan Aisyah yang dipaksa menjadi pegawai bank menghampiri Hana setelah sedar kebingungan gadis itu. Dia menepuk bahu Hana.

"Masa Liyyan jumpa kitorang pun dia buat macam ni. Kamu ikut jelah."

Maknanya, Hana perlu pasrah mengikut cara pelik Tuan Syakir. Orang lain jumpa bakal menantu punyalah serius, ditanya itu ini seperti dalam mahkamah. Tuan Syakir? Diajaknya main Monopoli!

Diserang kejutan budaya Hana dibuatnya.

Bak kata Tuan Syakir, dia mahu Hana selesa dan rasa diterima dengan keluarganya itu. Hashtag, benda boleh chill, buat apa stress stress?

"Hana, jalan!"

Dadu ditolak Iesyraf. Murung habis mukanya, mungkin sakit hati kena bagi duit pada si ayah tadi.

"Eh, apa pula?! Turn aku!" Dadu itu selamat dirampas Asyraf.

"Jangan marah dialah!" Herdik Iesyraf lalu penutup permainan berpapan itu dipukul - pukul ke kepala kembarnya. Bertalu - talu sampaikan mereka berdua bercakaran pula.

Senyap - senyap Tuan Syakir mencuri dadu dari tangan Asyraf dan pulangkan semula pada Hana.

"Jalan, jalan. Abaikan je kanak - kanak pramatang ni," selorohnya lalu senyum polos ditayang. Dengan rasa bersalah sebanyak -0.001 persen, dia menarik papan Monopoli itu jauh daripada arena gusti si kembar.

Akur sahaja dengan aturan sesuka hati Tuan Syakir, Hana mencampak dadu. Lelaki itu pula merenung dadu itu bagai nak tembus. Seperti nasib hidup matinya bergantung pada dadu tersebut.

"Lima!"

Lima petak ke hadapan dan Hana selamat daripada membayar sewa pada pemain lain. Barulah dia boleh bertenang. Bukan main dia tengok tiga lelaki itu memungut duit, persis lintah darat!

"Turn Asy!" Penat bertumbuk dengan Iesyraf, Asyraf mencari jalan keluar dengan tumpukan perhatian pada permainan kembali. Satu tangannya membaling dadu manakala satu lagi menghalang pukulan Iesyraf.

"Habis! Umi nak 2000 ringgit," pinta Asyraf setelah melepasi petak GO. Dia menadahkan tangannya dengan muka minta simpati.

"Bagi pelempanglah, umi. Muka macam meminta je tu," celah Iesyraf sambil - sambil mengira duit yang dimilikinya. Jelingan Asyraf tidak dia pedulikan.

Hana bersandar pada sofa. Turut mengira baki duit yang dia ada. Asetnya juga tidaklah banyak mana dek dia tidak berani menyatakan yang dia nak tanah itu. Dia memandang jam tangannya sekilas.

Sudah setengah jam mereka bermain.

Seronoklah juga. Riuh - rendah rumah dengan suara anak - beranak itu bertikam mulut. Kalau tidak dimarahi Puan Aisyah dan Liyyan, sampai kesudah permainan tak akan bersambung.

"Okay turn ayah." Tuan Syakir melipat lengan bajunya ke siku. Dadu dibaling penuh gaya.

Tak, tak. Nampak seperti dia tengah tabur garam dalam masakan adalah.

"Dapat kad Chance!"

Sedari tadi Liyyan sibuk bermain dengan Dahlia, mencapai satu kad. Mengikut aturan permainan asal, kad sepatutnya diletakkan di tengah - tengah papan Monopoli itu. Tapi kalau papan itu sendiri hampir terpelanting disebabkan perang dunia ketiga, tak akan nak biarkan sahaja keselamatan kad itu terancam?

Liyyan membaca kad itu sekali pintas sebelum dia menahan ketawa.

Lima pasang mata menanti apakah takdir Tuan Syakir.

"Tidak membayar cukai hartanah, mundur lima petak."

Panjang harakat Astaghfirullahadzim membasahi bibir Tuan Syakir. Dia meraup muka penuh kesal.

Manakala si kembar berdekah - dekah mengetawakan ayah mereka.

"Apa ni, ayah? Cukai hartanah pun tak boleh bayar ke?"

"Mundur, ayah! Silakan mundur! Nak Iesy bentang red carpet?"

Tuan Syakir berdecit. Lambat mengalahkan siput dia berundur lima tapak ke belakang. Dan sangkanya dia dah cukup malang, tapi rupa - rupanya sudah jatuh ditimpa tangga.

Dia berhenti di tanah milik Iesyraf.

Iesyraf tersengih.

"By the way Hana," seru Tuan Syakir tiba - tiba, sebelum dipotong laju oleh anaknya.

"Aip ayah! Jangan sengaja nak cabut lari, bayar cepat!"

Tuan Syakir berpura - pura tidak mendengar, dia sorokkan duit di dalam poket bajunya. Berlagak seperti tiada apa - apa berlaku. Dia menghadap Hana.

"Are you sure you want to be with this potato? You're such a lovely and beautiful girl."

"Ayah!" Iesyraf merengek sebal. Tidak pasti dia geram kerana Tuan Syakir tidak membayar duit ataupun kerana melabelnya sebagai kentang.

Hana tersenyum simpul, menahan nafsu ingin ketawa. "I think he's amazing."

Terdiam satu keluarga.

Hana mengerdipkan matanya tidak faham maksud reaksi itu.

"Dia ni? Amazing? Dia?" Banyak kali Tuan Syakir menunding jari pada Iesyraf. Siap dicengkam muka anak sulungnya itu dengan mata membulat. Tidak percaya.

"Ya?" Jawab Hana ragu - ragu. Salahkah jawapannya? Dia tak patut memuji Iesyraf ke?

"Serius? Tak nak fikir dua kali?"

"Ya... ayah."

Tuan Syakir menekup mulut penuh dramatik. "Oh my God, an angel!"

"Ayah ni nak restu kitorang kahwin ke ambil kesempatan kutuk Iesy ni?" Iesyraf mencebik.

...







hasil bila iesyraf, asyraf, tuan syakir bergabung :

CHAP YANG MENGARUT PUN LAHIR, YEAY!

Continue Reading

You'll Also Like

655 67 5
πŸ‘₯-Choi Yeonjunα€”α€²α€· Choi Soobin α€€α€­α€―α€Ÿα€”α€Ία€™α€Όα€…α€Ία€˜α€±α€Έα€™α€Ύα€¬α€”α€Ύα€…α€Ία€šα€±α€¬α€€α€Ία€‘α€²α€œα€™α€Ία€Έα€œα€»α€Ύα€±α€¬α€€α€Ία€”α€±α€α€¬α€α€½α€±α€·α€›α€Ύα€­α€α€²α€·.... πŸ‘₯-Choi Yeonjunα€”α€²α€·Choi Soobin fanတွေရှာဖွေတွေ့ရှိထားတဲ့ပုဢတွေ...
2.2K 59 21
There was a big news in City A recently. The daughter raised by Haomen Lu's family for eighteen years was not his own. The real daughter returned to...
2.7M 157K 49
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
162K 7K 23
Kokichi Ouma is a victim of this rare disease called; Hanahaki. Even if the flowers are beautiful, it makes him suffocate. Each passing month, weeks...