TEARSBREAKER

By aeyssia

16.7K 2.8K 3.1K

[ INFINITY LOVE ] Roses are red, Iesyraf is cute. Damn babe, Just let me kiss you. Iesyra... More

PROLOG
1 : Lost girl.
2 : Beautiful fate, isn't?
4 : Pool and mint.
5 : Little bitter secret.
6 : Al-Nu'aiman ibn Amr.
7 : Alohomora!
8 : Just let me love you.
9 : Get out!
10 : Monopoli.
11 : Road to Terengganu!
12 : Iesyraf vs Ayam.
13 : Moon, stars and you.
14 : Putera Nawaz.
15 : Promises.
16 : Wedding preparation.
17 : Trust him.
18 : Our new beginning.
19 : My prayer.
20 : A threat?
21 : The invisible friend.
22 : Treat you better.
23 : Night date.
24 : You bake, I shake.
25 : 'AITTALNHAQ'
26 : Worry.
27 : Meow, meow!
28 : Redi o not?
29 : It's my fault.
30 : No choice.
31 : Stay strong.
32 : This is not what I wanted.
33 : You're nothing.
34 : Break your own tears.
35 : Betrayer.
36 : Stay.
37 : Into a monster.
38 : Time for some crimes.
39 : Happiness is back.
END : Our story ends here.
EPILOG
SPECIAL CHAPTER

3 : Retold of Alpha.

510 80 79
By aeyssia

.

.

.

PENUMBUK Iesyraf hinggap di punching bag peribadinya. Ditumbuk lagi dan lagi bagaikan tiada penghujung. Segala amarah dan emosinya dilepaskan pada punching bag itu.

Tumbuk!

Tangannya diayunkan sedikit. Lenguh menguasai dek hampir 10 minit dia hanya menumbuk benda itu tanpa henti. Baju tanpa lengan berwarna hitamnya juga sudah lencun dibasahi peluh sama seperti leher dan rambutnya.

Rambut diselak ke belakang. Menjelaskan iris matanya yang tiada cahaya. Kelam. Gelap.

Iesyraf mencerlung tajam pada punching bag itu dengan penumbuk yang sedia ingin dilancarkan. Segala rasa bengang, tidak puas hati, sedih yang bercampur - aduk ditumpukan di buku limanya dan...

Tumbuk lagi!

Itu sahajalah yang dia mampu buat pabila ada sesuatu yang mengganggunya.

Ya, minda Iesyraf sedang terganggu dengan kemunculan Aileen dalam hidupnya semalam. Luka yang lama terbuka dan bernanah kembali.

Penumbuk Iesyraf membedil punching bag itu lagi!

Rasa sakit di jiwa, dia keluarkan.

Tok! Tok!

Iesyraf terhenti. Dia menjeling pintu biliknya. "Siapa?"

"Laila ni."

Sepantas kilat Iesyraf menanggalkan sarung tangan tinjunya dan mencapai tuala untuk sembunyikan badan yang bermandikan peluk.

Tombol pintu dibuka. Senyuman comelnya dikuntum kepada si adik.

"Ya? Adik abang nak apa?"

Tidak terus menjawab soalan, Laila meneliti tubuh abangnya atas bawah dengan dahi yang berkerut.

"Kenapa abang berpeluh?"

Alahai, kantoi!

"Panaslah."

Laila mengintai ke isi bilik abangnya. Melihat sarung tangan tinju terdampar di lantai, Laila spontan mengeluh kecil.

"Something bothering you?"

Gelengan menggantikan jawapan. "Abang practise boxing je."

"Abang tahu abang boleh cerita dekat Laila."

"Eh, nak cerita apa? Abang okaylah!" Iesyraf melebarkan lagi senyum untuk meyakinkan Laila. Dia mencengkam bahu adiknya dan menolak ke belakang. Pintu bilik ditutup.

"Adik abang nak apa sebenarnya ni? Siap bertudung lagi, nak keluar ke?" Dia cuba mengubah topik. Mahu lenyapkan topik yang tak nak dibincangkan. Iesyraf rela pendam daripada meluah, kerana itu lebih mudah dibuat dari menerangkan perasaannya.

"Nak ambil Mina dari sekolahlah." Jam telefonnya ditilik seketika menunjukkan hampir mencecah pukul satu. "Abang nak order apa - apa tak? Chipsmore ke..."

Saat Laila mengangkat muka memandang Iesyraf semula, lelaki itu telah lesap. Laila lantas menoleh ke kiri dan kanan mencari keberadaan abangnya.

"Abang Iesy?"

Pintu bilik terbuka kembali. Iesyraf lengkap memakai jaket kulit dan rambut basahnya dibalut dengan topi. Bau badannya juga tidak sebusuk tadi cuma diganti dengan haruman cinammon.

"Nak ikut!"









"MAMA!"

Najmina melompat kegirangan apabila Laila menyambutnya dari tadika. Laila memberi anaknya pelukan ringkas sebelum dirinya didatangi Hana.

"Cikgu, cikgu! Tunjuklah Mina lukis tadi!" Najmina menarik - narik seluar Hana dengan mata bersinar. Lagi - lagi apabila kertas lukisannya digulung kemas dalam tangan Hana. Seakan - akan menanti dirinya dipuji oleh Laila.

Hana menjawab permintaan Najmina dengan secarit senyum. Dia menghulurkan kertas itu pada Laila.

"Dia lukis paling laju tadi."

Ada rasa kagum terlihat di wajah Laila. Dia membuka gulungan itu dan hampir terlepas ketawa.

"Mina lukis siapa ni?"

"Mamalah!"

Laila menayang lukisan itu pada Najmina. Satu figura orang lidi yang berpakaian hanyalah tali leher ditunjuk. "Ini?"

"Dada."

"Ini?" Orang lidi yang lebih kecil di tangan orang lidi dadanya ditunjuk pula.

"Neil."

"Ini?" Akhirnya, satu orang lidi yang amat menimbulkan persoalan ditunjuk. Orang lidi itu dilukis terbaring bersama mata yang berhurufkan X, bermaksud mati atau pengsan.

"Uncle Iesyraf. Dia suka buli Mina," adu Najmina lalu memeluk tubuhnya ke arah lain. Pipi turut dikembungkan tanda protes.

"Saya dah tegur, tapi dia tak nak tukar," celah Hana dengan riak bersalah. Takut juga kalau Laila marahkannya kerana biarkan Najmina melukis sebegitu rupa.

Sebaliknya, Laila ketawa. "Tak apa, Mina dan abang saya memang selalu bergaduh."

"Nasib baik hari ni bukan Uncle Iesyraf datang," bersungguh Najmina ingin bergosip membuka aib pakciknya. "Mama tahu tak, semalam uncle kacau Cikgu Hana..."

"Mengumpat, mengumpat. Uncle tinggal tepi jalan nak?"

Entah dari mana, Iesyraf muncul di kereta. Pintu terbuka dan Iesyraf bersandar pada kepala kerusi keretanya. Dia menunding jari telunjuknya ke arah Najmina memberi isyarat amaran.

"Eh, kenapa mama bawa dia?!" Meninggi suara Najmina sebal. Dia menggenggam tudungnya lalu menjeling Iesyraf.

"Dia yang nak ikut."

"Alah, kenapa mama bagi?"

"Mina rasa kalau mama tak bagi pun dia tak akan ikut ke?"

Najmina pula terbisu sendiri. Berpengalaman dengan perangai pakciknya yang banyak akal. Selagi dia tak dapat apa yang dia nak, selagi itulah dia tak akan duduk diam.

"Yo Hana!"

Hana pula direnjat elektrik. Tidak menyangka dia akan bertemu dengan Iesyraf lagi. Baru niat ingin pura - pura lupa tentang permintaan lelaki itu semalam.

Boleh pula Iesyraf sendiri datang sini.

"Abang Iesy kenal cikgu Mina?" soal Laila yang menjadi orang tengah.

"Dua kali dah jumpa," balas Iesyraf dengan senyum senget. "Sekali, abang jadi hero dia. Kali kedua, semalamlah."

Iesyraf melangkah keluar dari kereta. "Jodoh!"

"Mana ada!" Hana membidas. Darah menyerang mukanya seraya berpaling ke arah lain.

"Jadi, inilah sebab abang nak sangat ikut Laila ya?" Ada intonasi penuh makna di situ. Laila mengerling nakal pada abangnya yang turut tersengih.

"Dia janji nak masak biskut untuk abang."

"Awak yang paksa," celah Hana lagi.

Iesyraf menjelirkan lidahnya!

"Cikgu tak kisah ke?" Laila beralih pada Hana semula. Risau kalau wanita itu tidak selesa dengan keluarganya nanti kerana seorang Iesyraf Danial yang suka memaksa. Dia sendiri tidak pernah menjemput Hana ke rumahnya, ini Iesyraf? Dua kali jumpa dah dipelawa buatkan biskut?

Hana melepaskan nafas lelah lalu dia mengangguk kepala.

"Nak balas jasa dia juga selamatkan saya."

Kedengaran Iesyraf bersorak dengan sangat kuat di belakang mereka berdua. Gembira benar bunyinya. Najmina sendiri menyepak kaki Iesyraf, memaksa lelaki itu perlahankan suaranya.

Hana hanya mampu pasrah. Tidak pasti takdirnya bertemu Iesyraf ialah baik ataupun buruk.

Ah, serabut!






KALAU perkataan ceria itu digambarkan sebagai orang, Iesyraflah manusia paling sesuai. Semenjak tadi suara jejaka itu tidak berhenti bersenandung melodi yang direka sendiri diiringi tarian ringkas dalam ritma langkahnya.

Dia membuka pintu agam rumahnya gaya lelaki budiman. Memberi ruang adiknya dan Hana untuk masuk ke dalam rumah dulu. Tiba giliran Najmina, dia sengaja menghalang jalan dengan kaki.

"Uncleeeee!"

Iesyraf pura - pura tidak mendengar rengekan si kecil.

"Tepilah!" Najmina menumbuk - numbuk kaki Iesyraf. Tidak cukup dengan itu, dia cuba memanjat juga namun gagal.

Lagi sukalah Iesyraf dibuatnya!

"Mina report dada bila dada balik nanti!"

"Tak takut."

"Annoyinglah uncle ni!"

Terburai tawa minta penampar Iesyraf mendengar hinaan itu. Langsung dia tidak ambil serius komen budak lima tahun yang selalu menjadi tempat dia mencari gaduh.

Tiba - tiba kakinya disepak yang kali ini lebih kuat daripada penumbuk Najmina.

Menjerit sakit Iesyraf setelah kakinya didera sebegitu rupa. Hancur penghalang laluan Najmina yang bertahan kukuh tadi.

Iesyraf menoleh pada si angkara. Semakin bertambah cemberut wajahnya.

"Nice uncle Naufal!" Najmina terus memeluk kaki hero-tidak-diundangnya tanpa rasa kekok. Tubuhnya didukung lelaki itu.

"Lain kali, awak libas je uncle tak guna awak ni dengan getah paip," Naufal memberi Najmina ajaran sesat. Dia muncungkan mulut pada getah paip yang tersedia di halaman rumah Iesyraf.

"Kaulah tak guna! Rumah ni tak terima tetamu tak guna macam kau," teringin ingin mencarut tapi nanti menambah dosa free pula. Iesyraf bercekak pinggang dan garangkan muka.

"Rumah tak terima tak apa, Najmina terima kan?"

"Betul!"

Terasa diri ini ditentang oleh dua manusia sekali gus. Iesyraf tiada pilihan selain membenarkan sahaja Naufal masuk. Dia menikam badan kawan baiknya itu dari belakang melalui mata.

Nak tikam dengan pisau, susah pula nak lari dari polis nanti.

"Apa hal kau datang? Tak busy ke?" Iesyraf menarik Najmina dari dukungan Naufal. Dia menurunkan anak buahnya untuk gadis itu pergi mandi dulu sebelum bermain dengan Naufal.

"Baru habis shooting drama baru. Freelah juga." Naufal yang bekerja sebagai pengarah televisyen, menunjukkan ibu jarinya. Akhirnya dia dapat berehat dari jadual yang padat.

Mujur dia berkerja sebagai pengarah sahaja, kalau diikutkan perangai dramatik—drama kingnya, dia mampu menjadi seorang pelakon tapi Naufal tidak mahu.

Takut nanti ada peminat yang mengintai dia waktu dia berkaraoke dalam bilik air.

"Perempuan mana dengan Laila tadi?" tanya Naufal dengan rasa ingin tahu. Dia menjongket keningnya beberapa kali seakan - akan menduga hati kawannya.

"Cikgu Mina. Hana."

"Crush baru kau ke?"

Iesyraf terserdak air liur!

"Kau gila?! Aku baru jumpa dia dua tiga kali. Lambat lagi nak crush."

"Wah, percayanya saya."

Iesyraf sekeh kepala Naufal setelah menyedari nada sarkastik dalam ayatnya.

"Blah kau manusia tak guna. Balik! Balik!" Punggung Naufal pula disepak.

Tidak menjangka serangan itu, Naufal jatuh terjelepok dalam keadaan menonggeng.

"Tuan, jangan dera saya begini tuan! Saya merayu!" Mula sudah dialog dramanya. Naufal menekup mukanya dengan bunyi tangisan yang sangat palsu.

Iesyraf malas peduli. Sudah masak dengan perangai kawannya yang satu itu.

Kolar baju Naufal, dia cengkam lalu dengan mudah Iesyraf mengheret lelaki itu ke ruang tamu.

"Tuan! Saya tak nak, tuan! Jangan buat saya macam ni! Allah laknat!" Naufal masih asyik dengan lakonannya. Dia menampar - nampar tangan Iesyraf dengan gedik persis gadis tersakiti.

"Kalau aku tampar kau ni agak - agak mampus tak?" soal Iesyraf berbaur ugutan menakutkan. Dia sudah mengangkat siku serupa aksi awal kepala Naufal akan diluku.

Naufal diam. Karang Iesyraf tampar betul - betul, koma dia tujuh bulan, siapa nak tanggung?

Kolar baju Naufal dilepaskan.

Serentak dengan itu, Hana hadir ke ruang tamu itu.

"Awak, mana bahan - bahannya?"

Iesyraf terus berpusing berdepan dengan gadis itu. Dia menayang wajah tidak bersalah seperti tiada apa - apa yang berlaku. "Laila mana?"

"Dia kata nak teman Najmina mandi."

"Okay, kejap eh." Kaki Iesyraf menyepak perlahan Naufal yang tidak berganjak dari lantai. "Bangunlah woi."

Mata Naufal terpaku pada Hana. Tidak berkelip!

"Fal, bangunlah," arah Iesyraf lagi.

"Ikan keli ikan pari," Naufal bersuara. Dia melutut satu kaki dan membuat gaya tangan berombak.

"Ada banyak dalam peti." Dia menatap Hana secara tak langsung mematungkan gadis itu di tempatnya.

Iesyraf memutarkan bola mata menyampah.

"Wajahnya indah berseri-seri," Naufal berdiri lalu menundukkan badannya gaya dramatis. Dia mendongak semula bersama senyum menggoda. "Sangat cantik memikat hati."

Terkebil - kebil mata Hana. "Te... terima kasih."

"Cantiknya wajahmu tak tertandingi." Naufal teruskan dengan pantun kedua.

Dadanya disentuh. "Jangan salahkan bila ada rindu di dalam hati."

Iesyraf mendengus kasar apabila wajah Hana memerah dengan pantun memikat Naufal. Rasa jengkel menjalar - jalar dalam dirinya.

"Kakanda sudah lama menyendiri," dia membuat muka sedih. "Sudikah adinda menemani hati ini?"

"Pergi mampus." Iesyraf menyepak punggung Naufal lagi, lebih bertenaga sehingga lelaki itu jatuh ke sofa pula. 

"Jom, Hana. Tak payah layan anak pungut tu." Iesyraf mengayun kaki beredar sambil menarik Hana ke dapur. Mengelakkan Naufal menambah sesi menguratnya. Sempat Iesyraf memberi Naufal tatapan sakratul maut sebagai amaran.

Bibir Naufal tersungging senyum yang mengusik sifat posesif Iesyraf terhadap gadis yang dikata tiada rasa apa - apa itu.

"Stupid, stupid. Berani dia mengurat Hana. Geram nak lempang," omel Iesyraf sambil - sambil mengeluarkan segala jenis bahan asas membuat biskut.

Hana setia menunggu di tepi.

"Jangan ambil serius pantun Naufal tadi. Dia gurau je tu," tutur Iesyraf memecahkankan tembok sunyi mereka berdua.

"Siapa tu?"

"Tak payah tahu. Nanti kau suka dia."

"Pula dah." Hana ketawa. "Kenapa saya tak boleh suka dia?"

Sedas jelingan Iesyraf bertemu mata Hana.

"Don't you dare."

"Kenapa? Awak jealous?"

"Bukan." Potong Iesyraf laju. "Dia tu drama king. Takut kau gila je nanti nak layan dia. Tak naklah cikgu Najmina nanti jadi gila."

"Kurang ajarlah awak ni."

"Only speak the truth." Iesyraf mengangkat bahu. Malas ingin ambil tahu kalau Hana mempercayainya ataupun tidak. Janji dia dapat makan biskut.

"Habis tu, kalau layan awak tak jadi gila ke?"

Iesyraf sendiri terjeda dengan soalan itu.

"Layan aku?" Dia menunjuk diri sendiri. "Kau nak?"

Sebelum Hana menjawab soalan cepumas itu, Iesyraf menjawab soalannya tadi terlebih dulu.

"If you treat me like a king," setapak Iesyraf mendekati Hana. Tangannya didaratkan pada kabinet dapur menghalang gadis itu dari melarikan diri. "I will treat you like a whole kingdom."

Suara Iesyraf penuh romantis dan lembut.

"Naufal is right," bisiknya lagi di tepi pipi Hana.

Hana menyandar tubuhnya ke belakang. Dia mula rasa benar - benar tidak selesa. "Apa awak buat ni?"

"If a star is a person," suaranya membentuk nada sensual di belakang telinga Hana. Nafas Iesyraf terbuai di sisi tudung gadis itu. "I think it's you."

"Beautiful." Intoxicating and cocky. Itulah definisi seorang Iesyraf Danial.

Membahang pipi Hana! Menggigil tangannya menolak dada Iesyraf menjauh. "I don't think so. I'm a broken person. Star will never suit me."

"Broken angel, in my eyes ."

Berpaling pada Hana, Iesyraf melangkah ke meja makan dan dengan selamba dia duduk di atas meja itu sambil menghadap Hana yang berdiri statik.

Kaki disilangkan dengan penuh gaya. Bibir tersenyum senget. Jaket kulitnya ditanggal mendedahkan baju hitam tanpa lengannya. Dia merenung jasad Hana semula.

"A broken angel like you suit a broken monster like me. Don't you agree?" sambungnya.

Hana menutup mata. Dilafazkan istighfar kepada diri sendiri supaya tidak jatuh dalam lembah godaan Iesyraf. Jujurnya lelaki itu tidak memerlukan kata - kata manis, cukup dengan renungan matanya sahaja mampu buatkan seseorang jatuh cinta.

"Janganlah tutup mata, Allah bagi peluang lelaki handsome duduk depan kau ni buat tatap sepuas - puasnya."

Tak lupa, keyakinan Iesyraf sampai ke tahap masuk lif tekan butang sendiri.

Penumbuk ditunjukkan depan pucuk hidung lelaki itu. Hana sepetkan matanya agar terlihat menakutkan.

"Awak nampak ni?"

Iesyraf sekadar memandang sepi penumbuk bersaiz kecil itu.

"What? You want me to kiss it?"

Jatuh rahang Hana!

"Oh, kau nak tumbuk aku ke?" Iesyraf mengangguk faham. Dia tersenyum nakal lagi. Dada kirinya dipegang. "Sure, hit here please. In my heart."

"Apa masalah awak ni?!"

Bersimfoni gelak tawa Iesyraf di segenap sudut dapur itu. Suka dia melihat reaksi Hana.

"Apa gelak - gelak? Saya tumbuk betul - betul kang!"

Lelaki itu semakin galak mengetawakannya. Iesyraf memandang semula dengan mata berair. "It's funny that you want to try. Can't you see our size difference?"

Mati senyum Iesyraf. Dia mengesan kesan lebam di lengan Hana. Selepas beberapa saat, jantung Hana seakan terhenti apabila Iesyraf merenungnya dengan pandangan maut. Suara lelaki itu perlahan dan dalam, menahan perasaan marah yang membuak - buak.

"Kenapa tangan kau?"

Lengan bajunya ditarik menutup tangan yang terdedah kerana sibuk menunjuk penumbuknya. Hana menggigit bibir bawahnya.

"Luka... rompak hari tulah."

"Tipu."

Hana menggeleng menidakkan tanggapan Iesyraf.

"Itu kesan libas tali pinggang. Perompak hari tu tak guna tali pinggang. Aku tak bodoh, jangan tipu aku."

Diamnya Hana menjadi noktah pada perbualan mereka.

Tambahan lagi, datang si drama king yang mengganggu momen - momen mereka.

"Kau nak masak ke, Hana? Nak join!"

Sungguh Hana bersyukur dengan kedatangan Naufal, dapatlah dia mengelak dari sesi soal-dipaksa-jawab Iesyraf. Hana memasang senyum manisnya kembali. "Awak pandai masak?"

"Mestilah! Dalam Alpha saya yang paling pandai masak tau!" ujar Naufal dengan bongkak sambil menepuk dada sendiri.

"Al... pha?"

Terhenti hidung Naufal kembang - kempis. Dia mengerling Iesyraf di sebelah.

"Kau tak bagitahu dia?"

"Tak sempat."

Maka, Naufal berdehem. Dia menghadap Hana semula ala - ala penglipulara yang ingin mencapaikan kisahnya.

"Tersebutlah kisah, empat orang kaum Adam bernama, Rayyan Firdaus, Iesyraf Danial, Asyraf Danish dan Naufal Lutfan di sebuah sekolah menengah di tengah bandaraya Kuala Lumpur," bersungguh tangannya terawang - awang di udara. Naufal juga melabuhkan punggungnya di atas meja dan memeluk bahu Iesyraf yang terdedah.

"Kau kenal Rayyan dan Asyraf?" Iesyraf menyoal.

"Rayyan tu... ayah Najmina kan? Asyraf?" tebak Hana ragu - ragu. Kalau salah, malu sahaja yang dapat.

"Asyraf tu kembar aku."

Mulut Hana membentuk huruf O tanda memahami. Tertanya juga berapa ramai sebenarnya adik - beradik Iesyraf.

Mematikan persoalan di kepala Hana, Iesyraf bersuara lagi, "okay Fal, sambunglah."

"Mereka berempat ni berjumpa di sekolah menengah. Sejak itu, dorang terus rapat sebab semua perangai macam..." Naufal meleretkan suaranya membiarkan Iesyraf yang menamatkan ayatnya.

"Syaitan!"

Dan, mereka berdua ketawa sambil bertepuk - tampar.

"We made that school our hell to anyone who dared play hell with us, remember?"

"Yes, man!"

Hana mengemam bibir. Gerun juga kalau - kalau mereka berdua tiba - tiba buat benda buruk terhadapnya. Mengikut sejarah silam mereka, Hana dapat rasakan Alpha bukan sekadar tipikal budak nakal. Mereka lebih dari itu.

"Jangan takut, kitorang dah tak seganas dulu." Iesyraf menambah setelah menyedari perubahan di riak muka Hana. Dia ketawa lagi.

"Tapi kau nak tahu tak kitorang syaitan macam mana? Kitorang belasah sesiapa yang cari pasal dengan kitorang. Ada yang masuk hospital. Tapi tak ada sesiapa yang berani report cikgu sebab kitorang ada jawatan tertinggi pengawas!"

"Salahlah!" Iesyraf membangkang sambil menampar peha Naufal. "Dorang takut sebab kalau dorang report cikgu, lagi teruk dorang kena dengan kita."

Naufal mengetuk kepala sendiri seperti baru teringat fakta itu.

"No one dared to mess with us that time. We were so powerful!" Naufal memberitahu dengan rasa puas dan bangga. Barangkali merindui zaman sekolah yang banyak kenangan manis pahitnya. Kenangan yang tidak boleh dirasai dua kali.

"Kenapa nama Alpha?" Hana menyoal.

"A tiger, a monster, a devil and a beast. Yet you still ask why they called us Alpha?" Jari dipetik ala diva. "Excuse me, Hana? We're hot psychos."

Roh Hana seakan - akan ingin terbang pergi.

"Wanna hear how we ruined them?"

"Tak nak..."

Naufal tidak menerima bantahan, dia membuka lembaran lama. "Mula - mula Rayyan! Our tiger loves to use baseball bat."




Jarak mereka hanya semeter. Rayyan tundukkan kepalanya. Matanya menikam kedua - dua lelaki itu sekali gus diiringi kata ampun yang tiada gunanya lagi.

Senyum psiko terbit di bibir merah Rayyan.

"I told you, don't try to play hell with Alpha." Kayu itu diangkat separas bahunya.

"Because you can never handle the burn." Kayu itu dihayun laju.



"Next, we have our devil, Asyraf! Dia ni pendiam sikit, serius memanjang. Bosan."

Asyraf mencangkung di hadapannya. Turut bersama pisau. Tangan laju mencengkam leher si mangsa.

"Asy... raf!" Mangsa menahan nafas yang tersekat di lehernya.

Matanya dan renungan maut Asyraf bersatu. Gertapan gigi kedengaran. Asyraf mendengus kasar. "Bitch!"

Serentak dengan makian itu, tangan mangsa itu ditoreh lagi.


"Don't forget me, the beast! Sebab aku ada kucing tau." Naufal ketawa riang. "Aku suka guna air panas. Menderita lebih sikit!"

"Oh dear..." Naufal mendekati. "Give me your hand."

Mangsa itu menggeleng. Menangis semahu - mahunya, dia sembunyikan tangan di belakang badan.

"Aku cakap bagi!" Tangan mangsa ditarik. Tanpa teragak - agak Naufal curahkan air mendidih itu pada luka torehan tadi. Berleluasa jeritan mangsa di segenap garaj itu.

"Cukup! Cu... cukup! Tolonglah!"

Tiada respon. Naufal mencurah sampai ke titisan terakhir. Baki air itu dicampak ke muka mangsa. Dia campak jag itu ke tepi.

"Lemah!"

"Last but not least, one and only Alpha's monster. Cover his monster with a cute dimples!" Rahang Iesyraf di sebelah dicengkam lalu Naufal menarik hujung bibir sahabatnya agar senyum menampakkan lesung pipit.

Iesyraf merelakan, siap senyum lebih lebar lagi.


"I want you to remember this day." Iesyraf menekan mata pisau pada tangan mangsa. "Forever."

Dia mencarik - carik kulit mangsanya itu meninggalkan kesan torehan membentuk huruf 'A'.

"A for Alpha. May this day haunt your life until you die. Akibat buat onar dengan kami."

Si mangsa memejam mata erat menahan perit torehan itu. Darah mengalir ke sikunya. Penumbuk tergenggam.

Iesyraf membongkokkan badannya pada sisi wajah si mangsa yang bermandikan darah, peluh dan air mata. Dia tersenyum sinis.

"I wish I can kill you but," bisiknya lembut namun menyeramkan. "I'm a good boy."

Kepala Naufal diketuk Iesyraf!

"Teruk benar cara kau cerita. Janganlah tambah rasa takut dia."

"Benda betul, kenalah bagitahu."

"Nanti dia takut dengan kita macam mana?"

"Apa? Kau nak broken tak boleh jumpa dia dah?"

"Kau ni, kalau aku sumbat dalam lubang jamban best ni."

Hana yang awalnya agak seram dengan dua lelaki di hadapannya mula tertawa.

Iesyraf dan Naufal yang sedang menahan penumbuk masing - masing berhenti dan menoleh pada Hana dengan muka tidak percaya.

"Kenapa kau gelak?"

Hana menutup mulutnya mehanan tawa dari terus terburai. "Awak berdua comel sangat. Macam budak kecil."

Buat pertama kali dalam hidup Hana dia dapat melihat, dua lelaki yang gaya spesies gangster dan sering berlagak cool bertukar begitu malu sehingga muka mereka merah padam.

"Aku memang comel!" Iesyraf mencuba untuk memuji diri sendiri biarpun pipinya membahang. Dia menyorokkan wajahnya di sebalik tengkuk Naufal. "Aku tak boleh tho dia puji kita comel."

"Aik, selalu kau riak bila orang puji comel. Hana puji, malu pula?" bisik Naufal seraya menolak Iesyraf yang menutup muka dengan tapak tangannya.

"Diam!"

Naufal memberi signal mata pada Hana sambil mencebikkan bibirnya sebagai pengganti ingin menyatakan bahawa Iesyraf sekadar mengada - ngada.

Tidak lama selepas Hana ketawa, satu suara dari belakang memetir.

"Iesyraf! Naufal! Siapa ajar duduk atas meja makan?!"

Terbangun dua lelaki itu. Berdiri tegak sambil berpusing ke si empunya suara.

Sengih terbit di bibir Iesyraf. Dia mengangkat jari telunjuk dan jari hantunya. "Hehe umi peace."

Sebaik sahaja sepasang mata Puan Aisyah terhenti pada Hana, semakin bercantum keningnya. Dia bercekak pinggang gaya komander perang.

"Iesy suruh tetamu kita yang masak?! Adab mana adab!"

"Wallahi, Fal." Iesyraf memagut bahu kiri Naufal sekejap sebelum dia sedia ingin melangkah seribu. "Tamatlah riwayat sahabat kau hari ni."

Lari!

Setelah sekian lama, Hana ketawa terbahak - bahak tanpa perlu memalsukannya seperti selalu. Kedengaran begitu ikhlas.

Mungkin, bertemu dengan Iesyraf dapat mengembalikan kebahagiannya yang telah lama terkubur.

Mungkin, takdir tidak begitu kejam dengannya.

...

rawr

Continue Reading

You'll Also Like

825K 69.1K 34
"Excuse me!! How dare you to talk to me like this?? Do you know who I am?" He roared at Vanika in loud voice pointing his index finger towards her. "...
2.6K 1.1K 33
(complete) Some teenagers are forced to do something that they are not interested in and are completely restricted from doing what they want to Some...
125K 2.7K 28
Grace Matthews is forced to move once again with her abusive daddy to Memphis Tennessee where she meets the just starting to become famous Elvis Pres...
1.1M 60.5K 59
π’πœπžπ§π­ 𝐨𝐟 π‹π¨π―πžγ€’ππ² π₯𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐑𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐒𝐞𝐬 γ€ˆπ›π¨π¨π€ 1〉 π‘Άπ’‘π’‘π’π’”π’Šπ’•π’†π’” 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...