TEARSBREAKER

By aeyssia

16.7K 2.8K 3.1K

[ INFINITY LOVE ] Roses are red, Iesyraf is cute. Damn babe, Just let me kiss you. Iesyra... More

PROLOG
2 : Beautiful fate, isn't?
3 : Retold of Alpha.
4 : Pool and mint.
5 : Little bitter secret.
6 : Al-Nu'aiman ibn Amr.
7 : Alohomora!
8 : Just let me love you.
9 : Get out!
10 : Monopoli.
11 : Road to Terengganu!
12 : Iesyraf vs Ayam.
13 : Moon, stars and you.
14 : Putera Nawaz.
15 : Promises.
16 : Wedding preparation.
17 : Trust him.
18 : Our new beginning.
19 : My prayer.
20 : A threat?
21 : The invisible friend.
22 : Treat you better.
23 : Night date.
24 : You bake, I shake.
25 : 'AITTALNHAQ'
26 : Worry.
27 : Meow, meow!
28 : Redi o not?
29 : It's my fault.
30 : No choice.
31 : Stay strong.
32 : This is not what I wanted.
33 : You're nothing.
34 : Break your own tears.
35 : Betrayer.
36 : Stay.
37 : Into a monster.
38 : Time for some crimes.
39 : Happiness is back.
END : Our story ends here.
EPILOG
SPECIAL CHAPTER

1 : Lost girl.

702 100 263
By aeyssia

.

.

.

PASAR pagi yang sememangnya meriah dengan penjual menjerit memanggil pelanggan, ada yang memasang lagu sekuat - kuatnya untuk menarik minat orang ramai dan suara - suara pengunjung yang menambah kemeriahan itu.

"Iesy lapar!" Sebaik sahaja keluar dari kereta, Iesyraf mula merengek. Tangan uminya digoyang kiri ke kanan.

"Sebab tulah kita datang sini. Iesy fikir kita datang sini buat apa? Basuh pinggan?" balas Puan Aisyah bernada sarkastik. Tidak tunggu lama, dia mengheret Iesyraf ke gerai - gerai tanpa mempedulikan anaknya merungut perut kosong.

"Umi tak bagi Iesy minum air pun dekat rumah tadi, kebulur ni." Dia mencebik. "Kalau Iesy pengsan dekat sini, umi jangan buat CPR tau."

"Apa - apa jelah Iesy. Umi tinggal je Iesy dekat sini kalau Iesy pengsan."

Iesyraf terus menekap dadanya. Berlagak jantungnya ditusuk pedang dengan jawapan kejam Puan Aisyah. Dia membuat muka kasihan sambil menanti reaksi si umi.

Malangnya, Puan Aisyah sibuk membeli - belah sampaikan terlupa kewujudan anak sulungnya itu.

"Bagi bunga kobis tu, dik. Dengan lobak ni sekali ya?"

Iesyraf lambat - lambat berjalan ke arah Puan Aisyah. Dia berdiri di belakang uminya melihat apa yang wanita itu beli.

"Hari ni makan apa, umi?" soalnya lalu mengambil plastik dipenuhi sayur. Sukarela sendiri mahu membantu.

"Makanan."

Iesyraf pejam mata sekejap. Dia menarik nafas dalam. Sakit hati juga sebenarnya dengan jawapan loyar buruk Puan Aisyah namun dia hanya mampu bersabar.

Puan Aisyah tertawa.

"Umi nak masak tomyam. Suka tak?"

Mata Iesyraf terbuka luas. Dia berlari anak ke depan Puan Aisyah dengan senyum lebar.

"Serius ni, umi? Yeay yeay tomyam!" Tanpa rasa malu, lelaki itu melompat terkinja - kinja. Pandangan pelik orang sekeliling dia tidak ambil peduli.

Tidak padan dengan umur 28 tahun, perangai masih seperti kanak - kanak lapan tahun. Sudahlah kerjanya duduk di rumah saja, manja pula itu. Pening kepala Puan Aisyah dibuatnya!

Nasib baik Iesyraf itu jenis periang, boleh menceriakannya sewaktu ahli keluarga yang lain sibuk dengan hal dunia.

Tangannya dirangkul Iesyraf.

"Jom umi! Kita beli cepat, boleh umi masak cepat."

Puan Aisyah angguk sambil menguntum senyum.

Saat - saat mulut Iesyraf tidak duduk diam mahu berbual dengan Puan Aisyah, seorang lelaki asing berlanggar dengan bahunya. Bukan sahaja tidak mengucapkan maaf, sebaliknya lelaki itu menegur dengan sindiran pula.

"Bro, tak malu ke dah besar panjang pun berjalan pegang tangan mak? Kacau jalan orang je." tanyanya tanpa bertapis. Dia jongketkan kening seperti meperendahkan Iesyraf.

Puan Aisyah yang terasa dengan sindiran itu, cuba meleraikan pegangan tangan Iesyraf. Dia tidak mahu malukan anaknya. Bibir digertap. Berharap Iesyraf lepaskan rangkulan itu.

Namun lelaki itu makin eratkan lagi adalah.

"Kenapa? Salah? Waktu kecil je boleh pegang tangan mak?" balas Iesyraf dengan mata mencerlung tajam ke raut wajah lelaki biadap itu.

Lelaki asing itu ketawa pendek. "Bukan macam tu. Kau faham tak? Dah besar pun berkepit dengan mak. Patutnya belajarlah berdikari. Takde lifelah kau ni. Tak malu ke?"

Puan Aisyah makin tidak selesa. Orang ramai ada yang berhenti untuk menyaksikan senario pendek mereka. Dia merentap tangannya dari tangan Iesyraf tetapi anaknya masih tidak lepaskan.

"Ini?" Iesyraf angkat tangan mereka yang terkunci. "Kau kata aku tak belajar berdikari? Entah - entah kau tu sampai sekarang mengemis duit mak. Padahal nak jumpa mak kau pun susah."

Lelaki itu tersentap. Dia menggenggam penumbuk.

Iesyraf masih kekal tenang. Dia menambah, "kau kata aku malu? Langsung taklah. Kenapa?"

Dia tundukkan badannya yang tinggi ke sisi telinga lelaki itu. Berbisik halus di situ, "sebab dia syurga aku."

Lelaki itu merengus kasar. Dia meninggalkan anak - beranak itu dengan muka tidak puas hati.

Iesyraf menjeling pemergian lelaki itu. Rasa menyampah dan meluat bersatu dalam masa yang sama. Nama pun tidak tahu, ada hati nak menyindir Iesyraf?

Memang minta nahas!

"Umi okay?" Bahu Puan Aisyah disentuh. Iesyraf seka mutiara jernih di tubir mata uminya. Bukan dia tidak kenal Puan Aisyah, lemah - lembut sangat. Sensitiflah bahasa mudahnya. "Tak payah dengar lelaki tadi. Abaikan je."

"Heroicnya anak umi," puji Puan Aisyah sambil mengusap kepala Iesyraf. Cahaya matanya tersengih comel.

"Iesy kan tearsbreaker." Dia kenyitkan mata.

"ARGH TOLONG!"

Terincut bahu anak - beranak itu pabila jeritan nyaring seorang perempuan berleluasa. Ada beberapa orang terdengar laungan itu juga namun mereka tidak ambil peduli. Takut terlibat dengan hal yang tak sepatutnya.

"Iesy salah dengar ke tadi?" soal Iesyraf seraya membelek telinganya. Dia memandang Puan Aisyah dan arah suara tadi bersilih - ganti.

"Tak tahu. Cuba Iesy check. Hati - hati tahu?"

Iesyraf mengangguk. Dia mendekati suara tadi. Mengikut tanggapannya, mungkin ada perempuan jatuh longkang besar dan tidak mampu keluar. Ataupun dikacau hantu?

Hujung bibir Iesyraf naik. Telefon pintarnya dikeluar. Sudah lama dia simpan niat mahu berswafoto dengan mahluk halus. Selalu tengok dalam televisyen sahaja.

Iesyraf bersandar pada dinding konkrit bangunan. Dia pasti suara tadi datang dari sebalik dinding itu.

Jantung Iesyraf berdegup kencang. Bukannya takut tetapi teruja.

Impiannya mahu berjumpa dengan hantu akan tercapaikah?

Iesyraf melompat lalu memunculkan diri.

"Bah!"

Seorang perempuan dan dua orang lelaki yang agak sasa serentak menoleh kepadanya.

Senyum Iesyraf tadi terus memudar. Dia menyimpan semula telefon ke dalam poket seluar.

"Maaf kacau," tuturnya sopan lalu menundukkan sedikit badannya. Iesyraf berpaling untuk kembali ke Puan Aisyah.

Sangkanya, mereka bertiga berkawan.

"Awak, tolong saya!"

"Diamlah perempuan!" Kepala gadis itu dihentak ke lantai.

Telinga Iesyraf menegak.

Nampaknya, sangkaan dia salah.

Dia berpusing semula. Plastik sayuran tadi diikat kemas sebelum dia memasang kekuda. Mata sempat menganalisis keadaan.

Tangan lelaki pertama memegang beg tangan manakala lelaki lagi satu mencengkam kepala wanita malang itu.

"Perompak..." gumam Iesyraf. Dia menggeleng kepala. "Lepaskan dia."

"Siapa kau nak mengarah aku?!"

"Lepaslah. Saya malas gaduh," arah Iesyraf lagi dengan nada bosan. Dia menguak rambut ke belakang.

"Berlagak! Kau urus dia!"

Kepala perempuan itu dilepaskan. Lelaki bertubuh sasa itu meluru laju ke arah Iesyraf sambil melayangkan penumbuknya.

Iesyraf melangkah setapak ke tepi dan penumbuk itu tersasar. Lelaki tadi jatuh tersembam.

"Saya dah kata saya malas gaduh. Janganlah. Pakcik lepaskan dia boleh? Kesian dia," Iesyraf menggunakan cara memujuk pula. Dia menghadiahkan perompak lagi seorang sekuntum senyum.

"Aku baru 20 tahunlah!"

"Lah terasa ke saya panggil pakcik? Maaflah, dik. Abang tak tahu," seloroh Iesyraf lalu dia yang ketawa seorang diri. Selamba menukar panggilan pakcik kepada adik memandangkan dia sendiri tua lapan tahun daripada perompak itu.

Perempuan tadi mengangkat kepala. "Belakang awak!"

Laju Iesyraf berpusing. Lelaki tadi telah bangkit dan masih mahu menumbuknya.

Iesyraf mengelak lagi. Dia menyepak punggung lelaki itu sehingga beliau menghempap kawannya.

"Blah. Sebelum aku panggil polis," ujarnya keras.

Dua perompak tadi berlari lintang - pungkang apabila Iesyraf meramas penumbuknya. Gerun dengan aura gelap yang dibawa lelaki itu.

"Ceh, baru genggam penumbuk dah takut." Iesyraf tersenyum sinis. Dia melutut mengambil telefon perempuan tadi yang tersadai di dalam longkang.

"Ya Allah, kamu okay?!"

Entah siapa berlari, sampaikan Iesyraf tergolek ke depan. Mujur tangan cepat menahan, kalau tidak dia sudah selamat berada di dalam longkang.

"Umi nilah..." Bibir Iesyraf ke depan mengistiharkan protes kerana uminya lebih risaukan perempuan asing tadi berbanding dirinya.

"Dorang bawa lari beg kau. Tapi telefon kau selamat ni. Nah." Telefon itu diserahkan.

Sekejap mata Iesyraf membuat.

"Iesy jangan pandang!"

Dia lantas berpusing sambil menutup kedua - dua belah matanya erat. Tidak perasan pula tudung perempuan itu tertanggal dek perompak ganas tadi. Nyaris - nyaris Iesyraf ternampak aurat seorang yang bukan mahramnya.

"Dah terkoyak dah tudung ni."

"Saya tak boleh keluar dengan macam ni, makcik."

"Makcik tahu."

Lama pula Puan Aisyah dan wanita itu berjeda. Iesyraf pula yang hampir mati kebosanan. Perutnya berbunyi - bunyi minta diisi.

"Iesy, pergi ambil kereta bawa sini."

"Eh?! Kenapa?!" Tidak sengaja Iesyraf tertinggikan suara kerana terkejut. Niat mahu berpusing menghadap uminya pun terbatal.

"Tak akanlah kita nak biarkan dia dekat sini."

"Alah umi, Iesy lapar. Belikan jelah tudung lain."

"Nak tinggal mangsa rompak dekat sini? Dia ada lukalah!"

"Tapi umi..."

"Muhammad Iesyraf Danial Bin Syakir Irfan."

"Baiklah umi. Junjung perintah." Suara robot yang keluar. Gugur jantung Iesyraf apabila nama penuhnya diseru. Itu menandakan Puan Aisyah telah mengaktifkan kuasa veto yang dia tidak boleh lawan.

Dia beredar dari situ untuk mengambil kereta.

Puan Aisyah merenung wanita asing tadi. Hujung bibirnya pecah dan darah mengalir ke dagu. Pipi dan mata wanita itu turut memerah mungkin ditumbuk. Lengan bajunya juga turut terkoyak hasil bergelut.

"Maaflah saya termenyusahkan makcik dengan anak makcik," ucap perempuan itu lalu jatuhkan pandangannya ke lantai.

"Takpa. Lagipun makcik kesian tengok kamu. Mesti sakit kan?" Pipi perempuan itu diusap lembut lalu Puan Aisyah menatap raut wajah  itu dengan penuh simpati.

"Nama apa?"

"Hana."

"Hana jangan takut okay? Nanti makcik hantar Hana straight ke rumah. Dekat rumah nanti terus rawat muka ni tau."

Hana akur.

"Dekat rumah ada sesiapa? Mak? Ayah?"

Tiba - tiba mulut Hana terkunci dengan sendirinya. Dia menjeling ke arah lain. Bibir bawahnya digigit.

"Hana?" panggil Puan Aisyah apabila soalannya dibiar sepi.

"A... ada ayah." Perlahan suara Hana menjawab. Dia mengukir senyum paksa untuk menenangkan Puan Aisyah. "Ada ayah saya. Makcik jangan risau."

"Ah, tu kereta. Jom jom. Takde orang ni." Tangan Hana dibawa melilit bahunya. Puan Aisyah memapah gadis itu masuk ke dalam kereta kerana melihat kesukaran Hana untuk berjalan sendiri.

Iesyraf memandang dua perempuan itu dari hujung mata. Muka masam sahaja kerana perut masih kosong, mujur ada si buah hati—Chipsmore!

"Terima kasih, makcik. Terima kasih sangat - sangat."

Pintu kereta belakang dibuka. Puan Aisyah mengalihkan semua barang yang menyibuk untuk memberi ruang Hana duduk.

"Maaf menyusahkan awak," tutur Hana sebaik sahaja dia memanjat ke tempat duduk. Dia menoleh pada tempat pemandu menanti respon.

Iesyraf tidak membalas apa - apa. Dia sibuk mengunyah biskut Chipsmore menggunakan tangan kanannya manakala tangan kirinya setia memegang stereng kereta.

Ralit Hana meneliti wajah penyelamatnya itu menggunakan tingkap sisi kereta. Rahang lelaki itu tajam walaupun pipinya agak gebu. Rambut Iesyraf hitam berkilat seperti langit malam, dibiarkan serabai. Matanya berwarna coklat gelap dihiasi bulu mata yang panjang.

Mata Hana jatuh ke bawah di mana terletaknya seulas bibir Iesyraf. Cupid's bow itu merah jambu cair dan pada masa yang sama Iesyraf membasahkan bibirnya.

Hana memejam mata. Membisik zikir jenis baru iaitu,

Jangan tergoda.

Jangan tergoda.

Jangan tergoda.

"Rumah Hana dekat mana?" tanya Puan Aisyah memecah sunyi dan menghentikan Hana dari terus memujuk diri sendiri.

Hana tersentak.

"Ru... rumah saya?"

Puan Aisyah anggukan kepala. Dia berpusing ke tempat duduk belakang.

Manik - manik peluh memunculkan diri di dahi Hana. Dia membuka dan menggempal semula penumbuknya berulang - kali.

"Hana?"

Fikiran Hana melayang. Dia tidak boleh membiarkan dua insan ini ke rumahnya.

"Hana? Kenapa ni?"

Otak Hana ligat berkerja.

"Hana!"

Dan akhirnya dia ditarik ke realiti. Terkebil - kebil dia membalas tatapan Puan Aisyah yang meminta jawapan.

"Rumah saya... err..." Cepatlah otak! Bagi idea bernas! Cepatlah!

"Tak akan kau lupa rumah kau dekat mana?" celah Iesyraf mengerling cermin belakang sebelum dia fokus kembali ke pemanduan yang tiada arah tuju.

Hana mencampakkan pandangan ke luar tingkap. Ada beberapa deretan rumah yang dia tidak kenal di situ.

Tetapi dia masih kenal jalan ini.

Jadi, Hana mengambil keputusan drastik.

"Rumah saya dekat sini!"

Bagaikan hampir terlibat dengan kemalangan, Iesyraf cepat - cepat menarik brek!

Mereka bertiga terdorong ke depan.

"Astaghfirullah..." Iesyraf mengurut dadanya. Dia menoleh ke arah Puan Aisyah yang turut terkejut. Dia tekup wajah syurganya itu.

"Umi okay tak? Takde terhantuk kan?"

"Ya, ya okay je. Kan umi pakai tali pinggang ni."

"Manalah tahu, terhantuk dekat dashboard ke. Kang umi ada luka luka, Iesy yang kena menjawab dengan ayah." Bibirnya mencebik sedikit. Iesyraf tak mampu membayangkan sesi soal jawab bersama ayahnya jika beliau perasan ada luka pada muka isteri tersayang.

Tak teruk pun dendanya, setakat tak boleh keluar rumah sebulan.

"Patutlah beria jaga umi elok - elok. Takut dengan ayah rupanya! Tak ikhlas!" Cubitan ketam Puan Aisyah menghinggap di peha Iesyraf. Apabila anak lelakinya mempertahankan bahagian itu, Puan Aisyah mengubah sasaran ke lengan Iesyraf pula.

Penuh satu kereta dengan gelak ketawa mereka berdua. Terlupa sebentar kewujudan Hana di belakang.

Hana bermain dengan jari. Cemburu benar rasa melihat kemesraan dua beranak itu. Dia melihat kesan luka yang memeriahkan tangannya. Tidak lupa lebam lama di muka yang bukannya datang dari perompak tadi.

Lengan baju, Hana tarik menutup badannya.

Dia malu dengan kekurangan ini.

"Dahlah, umi! Sakit!" aduhan Iesyraf memuncak. Dia membuat muka kasihan sehabis baik untuk mendapat belas ehsan ibu ketam jadian.

Puan Aisyah tersengih. Dia berhenti.

"Malu dekat dia, umi layan Iesy macam ni..." suara Iesyraf mengendur. Sekejap - sekejap dia menjeling ke belakang dan apabila dia sedar yang Hana menyaksikan dramanya dan Puan Aisyah, pipinya bertukar merah.

Hilang kejantanannya menjerit macam perempuan tadi!

"Tak apa. Sa... saya tak kisah." Hana memasukkan telefonnya ke dalam poket seluar. Bersiap - sedia ingin keluar dari kereta itu.

"Eh, biarlah makcik hantarkan kamu. Kaki sakit kan?"

Puan Aisyah berura - ura mahu mencabut tali pinggang dan mengikut Hana sebelum gadis itu menghalang. Hana menggeleng laju.

"Saya boleh. Lagipun saya dah menyusahkan makcik tadi," tutur Hana dengan yakin agar Puan Aisyah membenarkannya balik seorang diri.

"Mana ada menyusahkan!" Wanita separuh abad itu menafi. Dia mencabut tali pinggangnya. "Jom, mana rumah kamu?"

Hana menahan tangan Puan Aisyah dari membuka pintu kereta. "Tak apalah makcik. Saya boleh. Dekat je pun."

Puan Aisyah terpaksa mengalah. Takut Hana tidak selesa jika dia teruk memaksa. Dia melukis segaris senyum lalu membelai kepala Hana. "Nanti jangan lupa sapu ubat dekat luka tu."

Hana tercengang dengan layanan itu. Terasa kasih sayang seorang ibu yang dia rindu dari belaian Puan Aisyah.

Perlahan - lahan Hana mengangguk kecil. Dia membuka pintu kereta lalu memijak tanah dengan berhati - hati. Sebelum pergi, sempat dia berpaling pada dua penyelamatnya itu.

"Terima kasih makcik." Dia membalas ekspresi risau Puan Aisyah dengan senyuman.

"Terima kasih awak!" Hana menjerit sedikit agar suaranya sampai ke telinga Iesyraf yang sibuk makan biskut. Lelaki itu memberikannya bunyi hmm sahaja.

Hana berjalan pergi dan masuk ke dalam kawasan rumah berhampiran.

Puan Aisyah menghadap ke depan semula. Tali pinggang keledar dipakai semula. "Jalanlah."

Mata Iesyraf kekal terpaku pada cermin belakang. Sekujur tubuh Hana berlari keluar dari kawasan rumah tadi muncul di permukaan cermin itu.

Dia berdecit.







SEPASANG kaki Iesyraf dipeluk erat sebelum sempat dia meletakkan plastik sayur di atas kabinet dapur. Matanya jatuh ke bawah dan bertemu dua wajah si comel.

"Aik, bila masa korang datang sini?" soal Iesyraf lalu dia menggendong tubuh kanak - kanak yang lebih kecil rapat ke dadanya. Dia tetap menatap wajah lagi seorang kanak - kanak perempuan yang bergayut di kakinya.

"Kitorang rindu unclelah!" jawab Najmina lantang dengan sengihan.

"Rindu!" Adiknya, Neil yang berada dalam dukungan Iesyraf mengulang ayat si kakak. Tangan tembamnya menampar - nampar muka Iesyraf.

"Kalau rindu, jangan tampar." Iesyraf mencapai tangan gebu itu lalu dia mencuit hidung Neil. Neil ketawa suka. Dia menyembamkan muka pada leher Iesyraf.

"Betul betullah Mina, kenapa tiba - tiba datang ni?"

"Dada kata dia keluar esok. Kena buang mama dekat sini."

Neil menyahut, "buang!"

Automatik Iesyraf terkebil - kebil mendengar perkataan buang dalam jawapan Najmina. Agak lambat untuk dia faham maksud ayat pelik itu.

"Maksud Mina, dada kena kerja luar, dia tak nak mama duduk seorang dekat rumah sana kan?"

"Pandai!" Najmina angkat ibu jarinya. Iesyraf menggeleng kepala, sabar menghadap otak geliga anak adiknya itu.

"Mama mana?" soal Iesyraf lagi sambil mengangkat Najmina dengan sebelah tangan. Kini, dia mendukung dua kanak - kanak dalam masa yang sama seraya bergerak ke ruang tamu.

"Tak tahu."

"Tak tahu." Neil mengulang jawapan Najmina. Dia menarik senyum menampakkan beberapa batang giginya apabila Najmina memberi renungan maut.

Iesyraf menangkap figura Puan Aisyah yang baru masuk ke dalam perut rumah. Lalu dia bertanya lagi pada dua anak buahnya, "dah salam tokma ke belum?"

"Alamak, lupa!" Najmina mencengkam kepalanya penuh dramatik dengan mulut melompong. Si adik tidak lupa untuk meniru gaya itu.

Tergelak Iesyraf dibuatnya. Dia melutut untuk menurunkan dua anak buahnya itu. "Pergi salam."

Neil sudah berlari beberapa langkah ke depan manakala Najmina kekal statik.

Iesyraf mengangkat sebelah keningnya mempersoalkan tindakan si cilik.

Najmina menghulurkan dua tapak tangannya, "salam?"

Bibir Neil membentuk huruf O sebelum dia berjalan terkedek - kedek ke arah Iesyraf semula. Dia turut menghulurkan tangan.

Iesyraf membenarkan anak buahnya mencium tangannya dengan senyum lebar. Tercuit hati dengan kecomelan mereka.

Selesai dengan Iesyraf, Najmina dan Neil berlari ke Puan Aisyah yang sudah duduk di atas sofa.

"Tokmaaa! Nak salam!"

Jangankan salam, peluk cium pun Puan Aisyah sanggup. Rindu benar dengan dua cucunya itu.

Tidak berkata apa - apa, Iesyraf mula mendaki tangga hendak berehat ke dalam bilik. Perut yang lapar pula telah terisi dengan biskutnya tadi.

Hingar - bingar bunyi manusia berbual menerombos masuk ke dalam telinga. Kaki Iesyraf terhenti di depan bilik kembarnya.

"Lah sini rupanya dorang." Menangkap wajah ibu kepada Neil dan Najmina, Iesyraf meluru masuk.

"Adik abang!"

Jasad Laila terperangkap dalam pelukan mengejut Iesyraf. Terkejut wanita itu dibuatnya. Tengah ralit berborak, tiba - tiba kena peluk dari belakang!

"MasyaAllah Abang Iesy, masuk bagi salam dululah!" Kepala Iesyraf diketuk manja. Laila meleraikan pelukan abangnya itu sambil memberi ruang untuk Iesyraf duduk.

"Balik tak bagitahu. Tahu tak abang balik tadi, anak - anak Laila tu terus bergayut dekat kaki abang?" bersungguh Iesyraf bergosip. Siap menunding jari ke luar pintu bagaikan Najmina dan Neil berada di situ.

"Biarlah. Dorang rindu abang tau."

Spontan Iesyraf menyentuh dadanya. Hati berbunga mendengar balasan Laila. "Seriuslah?"

Selepas itu, adik iparnya pula yang menjawab. "Iya. Asyik tanya bila nak jumpa uncle Iesyraf sampai bapaknya pula tak dilayan."

Terburai tawa mengejek Iesyraf. "Aku dah kata anak kau sayang aku lebih! Padan muka kau!"

Rayyan, bapa kepada Najmina dan Neil memutarkan bola matanya ke atas. Dia menghiraukan ejekan Iesyraf yang berlanjutan. Sudah lali. Kalau ada bahan nak mengejek sampai esok pun belum tentu Iesyraf berhenti.

Tangisan bayi pecah.

Iesyraf berhenti ketawa.

"Tak gunalah kau ni, Iesy. Anak aku baru nak tidur." Liyyan menghembus nafas lelah. Buaian dihenjut semula supaya anaknya kembali lena.

"Entahnya kau ni. Penat bini aku dari semalam pujuk Dahlia tidur." Asyraf, merangkap kembar Iesyraf yang meniarap di atas katil menunjal dahi Iesyraf dengan botol susu.

Iesyraf langsung menolak Liyyan ke tepi. Dia memeluk anak kembarnya; Dahlia dari dalam buaian.

"Alolo kesian bunga daisy uncle tak boleh tidur ya? Nak uncle Iesyraf nyanyi ke?"

Raungan Dahlia makin kuat!

Iesyraf terkejut.

"Ayok Abang Iesy, ayok. Abang kena pujuk," provok Laila lalu dia berdiri. "Jom Yan, kita biar Abang Iesy jadi babysitter sementara."

Laju Liyyan ikut berdiri. Ibarat sebiji batu di bahunya terangkat kerana tidak perlu menidurkan anaknya lagi. Mata Liyyan sudah persis beruang panda dek tidak dapat tidur sepanjang malam.

Suaminya? Tak berguna! Balik kerja terus terlentang atas katil, tidur mati!

Mujur Liyyan sendiri berhenti dari kerjanya dahulu, kalau tidak mesti bertambah - tambah penatnya.

"Eh, eh, Yan! Macam mana ni?! Aku tak reti tidurkan budak woi!" teriakan Iesyraf langsung tidak membatalkan rancangan Liyyan untuk berehat. Wanita itu siap melambai tangan lagi.

Terkerdip - kerdip mata Iesyraf ditinggalkan begitu. Selepas itu, dia beralih pada Asyraf.

"Pujuklah dia!" bentaknya.

"Kau yang buat dia menangis, kaulah pujuk," bidas Asyraf selamba.

Rayyan pula menjadi sasaran Iesyraf, suara dimanjakan. "Ray... tolong aku?"

"Niat asal memang nak tolong, tapi lepas kau guna suara pondan tu auto tak jadi." Rayyan bersubahat dengan Asyraf untuk membiarkan Iesyraf bertanggungjawab atas kesalahannya.

"Kejam semuanya."

Akhirnya, Iesyraf mengeluarkan Dahlia dari buaian. Dia memeluk gadis kecil itu dengan berhati - hati. Iesyraf berdiri lalu menggerakkan badannya ke kiri dan kanan dengan perlahan.

"Pegang elok - elok, Iesy. Jatuh anak aku, siap kau." Amaran Asyraf bagaikan bayu yang menyapa kulit Iesyraf. Macamlah dia tidak tahu tentang itu. Fikir dia sengaja ke nak lambung anak orang ke luar tingkap sampai kena bagi amaran?

"Berhentilah menangis, Dahlia..." omel Iesyraf kedengaran terdesak. Tangisan Dahlia tidak menunjukkan dia akan berhenti.

Ibu jari Iesyraf mengesat air mata si kecil.

"Nyanyilah lagu, Iesy."

Cadangan Rayyan membuatkan Iesyraf berbolak - balik. Dia menatap wajah Rayyan seakan - akan bertanya, lagu apa?

"Lagu apa - apa jelah. Twinkle twinkle little star ke."

"Nyanyi lagu happy birthday boleh?"

"Bodoh ke stupid?"

Iesyraf ketawa mendengar cemuhan itu. Sengaja nak bergurau, balasannya dimaki pula.

Dia merenung mata berisi kolam air mata Dahlia. Bibir munggil anak buahnya itu diusap.

Iesyraf mula menyanyi, "twinkle twinkle little star."

"Sengau," komen Asyraf dalam masa yang sama patung beruang anaknya melayang ke muka.

Siapa sepak? Iesyraflah siapa lagi.

"How I wonder what you are?" Iesyraf meneruskan nyanyiannya, tidak mengambil serius komen puaka kembar yang sejak kecil kuat dengki.

Dahlia tidak lagi meraung. Dia tersedu - sedan dengan air mata di pipi tembamnya.

"Up above the world so high." Iesyraf bergerak semula ke tempat tidur Dahlia. Dia masukkan semula si kecil ke dalam buaian. "Like a diamond in the sky."

Jari Iesyraf yang digenggam Dahlia digoyang lembut. "Twinkle twinkle little star," mata Dahlia tertutup dengan sendirinya. "How I wonder what you are."

Berlayarlah Dahlia ke alam mimpi. Selesai menarik jarinya dari genggaman Dahlia, Iesyraf menunjukkan ekspresi riak pada Asyraf.

"Aku lagi pandai dodoi dari bini kau tau."

"Menyampah." Asyraf melarikan matanya. Tidak mahu mengiyakan kehebatan Iesyraf menjaga kanak - kanak.

"Aku peliklah dengan kau ni, Iesy." Rayyan bersuara sambil membelai dagunya ala - ala detektif. Dia sepetkan mata.

"Pelik apa?"

"Kau ada rupa, tinggi, perangai pun agak baik..."

Sebelum Rayyan menyambung, Iesyraf memotong laju. "Kau nak puji, puji betul - betul. Aku sangat baik bukannya agak baik."

"Perangai agak baik," Rayyan tidak mengubah ayatnya berniat ingin menabur garam pada luka di hati Iesyraf. "Lawak kadang - kadang hambar, tapi lawaklah juga. Boyfriend material, duit banyak tapi selalu duduk rumah je..."

"Ayah bagi extra, hoho mudah hidup aku," sampuk Iesyraf lagi. Bukan salah dia selalu terperap di dalam rumah, ayahnya sendiri suruh dia teman Puan Aisyah saat ahli keluarga lain sibuk.

"Kau diam. Tahun ni, ayah pencen. Jangan bergantung dekat dia dah." Asyraf mengugut dengan nada memaksa.

"Alah, ayah tak bagi pun aku banyaklah duit."

"Riak, riak. Allah tarik rezeki kau tu kang, menangis tujuh hari tujuh malam."

Iesyraf memekakkan telinga.

"Okay aku sambung," Rayyan berdehem setelah kali kedua dia tidak dapat menghabiskan hujah. "Boleh kata kau ni full packagelah. Handsome, tinggi, ada akhlak, berimanlah juga, sweet pun ya, pandai jaga budak lagi, tapi..."

Sepasang kembar itu menanti motif di sebalik pujian Rayyan.

"Kenapa tak kahwin lagi eh?"

Spontan Iesyraf terbatuk!

...

how's the first chap?

siapa ada crush dekat Iesyraf angkat kaki!

oh buat sesiapa yang confuse dengan family ni, dia ceni

iesyraf, sulung. kembarnya asyraf.

asyraf dah berkahwin, isteri dia liyyan. anaknya dahlia.

manakala adik iesyraf lagi sorang, laila. laila pun dah berkahwin, dengan kawan baik iesyraf iaitu rayyan. najmina dan neil ialah anak dorang.

okay? clear?

banyak sangat watak, sebab tu saya buang watak wafa wafiy ( untuk siapa baca L&H ) *flip meja*

Continue Reading

You'll Also Like

4.7K 1.2K 47
[ ENDLESS TRAGEDY ] A house made of cards, and us, inside Even though the end is visible Even if it's going to collapse soon A ho...
125K 2.7K 28
Grace Matthews is forced to move once again with her abusive daddy to Memphis Tennessee where she meets the just starting to become famous Elvis Pres...
1.1M 60.8K 59
π’πœπžπ§π­ 𝐨𝐟 π‹π¨π―πžγ€’ππ² π₯𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐑𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐒𝐞𝐬 γ€ˆπ›π¨π¨π€ 1〉 π‘Άπ’‘π’‘π’π’”π’Šπ’•π’†π’” 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...
1.3M 95.5K 40
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...