BAB 57 | BUKAN TERBAIK

Start from the beginning
                                    

Fasha hanya mengangguk. Kad yang berada di celah-celah bunga itu dibuka dan dilihat. Hanya tertulis nama pendeknya sahaja sepertimana kata-kata pembantu rumahnya itu. Dia pula yang tertanya-tanya siapakah gerangan yang memberikan bunga ini.

"Selalunya, bunga tulip putih dikaitkan sebagai ketulusan seseorang dalam meminta maaf. Pasti ada seseorang yang buat salah kepada kamu dan berasa serba salah. Jadi, dihantar bunga ini sebagai tanda."

"Ehh ye ke?" tanya Fasha hairan. Mak Leha mengangguk.

"Iya, Fasha. Cuba Fasha ingat balik. Ada tak sesiapa yang buat salah dekat Fasha?" Fasha kelihatan berfikir.

'Siapa? Fikri dan Rizal? Tak kanlah. Dia orang tu samseng! Mana ada rasa serba salah langsung! Kalau Zairul, dia ada beritahu perkara sebenar dan buat aku marah. Fahrin? Huh! Dia tu memang setiap hari menyakitkan hati aku! Tak pernahpun nak minta maaf!' bebel Fasha geram sekadar dalam hati.

Dahi Mak Leha berkerut-kerut memandang Fasha. Kain selimut hospital itu habis digenggam Fasha kuat. Sejak tadi riak gadis itu seperti mahu pergi berperang sahaja. Marah sangat ini!

"Fasha? Kamu okey tak?" Gadis itu tersentak lalu terus menayang sengih.

"Entahlah. Fashapun tak tahu. Nanti Mak Leha bawa balik dan buang je dalam tong sampah. Okey?"

"Ehh tak kanlah nak buang. Orang punya ikhlas nak bagi kamu hadiah. Kenapa pula nak buang?" tegur Mak Leha. Fasha terus terdiam.

"Tak apalah. Biar Mak Leha yang jaga ya?" sambung Mak Leha. Fasha sekadar menganggukkan kepala.

"Yelah."

Tidak semena-mena, pintu bilik wad itu dibuka dari luar. Muncul figura Tan Sri Hairul dan Puan Sri Elivia yang sedang duduk di atas kerusi roda. Fasha sedikit terkejut, tidak sangka yang mamanya itu akan datang ke sini dan ingin bersua muka dengannya.

Tan Sri Hairul terus menolak kerusi roda Puan Sri Elivia ke arah Fasha. Wanita itu terus memegang tangan satu-satu anaknya itu. Fasha terdiam dan hanya kaku. Matanya masih ralit memandang Puan Sri Elivia. Rindu.

"Fasha... Mama minta maaf ya?"

Fasha tidak dapat menahan sebak. Terus air matanya laju mengalir ke pipi. Sekali lagi, dia menitipkan kata-kata kesyukuran buat Yang Maha Esa atas takdir indah yang tidak disangka ini.

"Tak ma-mama. Fasha yang patut minta maaf. Fasha dah buat hati mama terluka disebabkan Fasha. Fasha yang salah," ujar Fasha yang sudahpun teresak-esak. Puan Sri Elivia menggelengkan kepala. Air matanya turut mengalir.

"Tak. Fasha langsung tak salah. Mama yang banyak sakitkan hati Fasha. Betapa kejamnya mama kata Fasha bukan anak mama. Bukan darah daging mama. Mama yang salah. Fasha cuma buat perkara yang betul, ikut syariat agama. Tetapi mama pula yang menghalang. Maafkan mama ya?"

Air mata Fasha dilap dengan perasaan penuh kasih sayang. Terbit senyuman gembira di bibir anak gadisnya lantas ciuman diberikan ke dahi Fasha. Mak Leha yang menonton juga turut mengalirkan air mata manakala Tan Sri Hairul hanya mempamerkan riak wajah yang gembira. Namun, masih terselit perasaan gusar dan risau di sebalik wajahya itu.

"Fasha okey? Ada sakit mana-mana tak?" tanya Tan Sri Hairul. Cepat sahaja Fasha menggeleng.

Mak Leha meminta diri untuk keluar, tidak mahu mengganggu dan masuk campur hubungan keluarga majikannya itu. Biarlah doa sahaja yang diutuskan buat mereka semua agar diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat.

"Tak sakit dah, papa. Alhamdulillah. Fasha okey," ujar Fasha bersama senyuman.

"Terima kasih mama. Sebab selamatkan Fasha. Mama tahu Fasha yang akan kena, tapi kenapa mama biarkan diri mama yang kena? Luruh hati Fasha apabila tengok mama macam tu. Nasib baik Fasha sempat suruh Mak Leha telefon papa."

"Tak kanlah mama nak biarkan anak mama yang kena. Semarah manapun mama kepada Fasha, Fasha tetap anak mama. Dan mama tetap sayangkan Fasha sampai bila-bila. Tiada sesiapapun yang mampu memisahkan ikatan kita sekeluarga melainkan maut yang menjadi takdir," balas Puan Sri Elivia bersama senyuman.

Kepala Fasha dibelai dengan perasaan kasih dan cinta. Kini, hatinya mula terbuka untuk menerima perubahan anak gadisnya itu. Biarlah asalkan jalan yang dipilih oleh gadis itu mampu memberikan kebahagiaan.

"Papa? Papa okey?" tanya Fasha risau apabila dia mula sedar yang papanya itu hanya mendiamkan diri dan termenung. Tan Sri Hairul terus tersentak daripada lamunan. Fasha dipandang bersama senyuman palsu.

"Tak adalah. Papa okey. Cuma... Papa rasa serba salah sebab biarkan anak papa ni hidup dalam kejahilan. Semua tabiat buruk yang papa lakukan sewaktu muda, papa wariskan kepada Fasha. Sedikitpun papa tidak mengingatkan Fasha tentang agama. Tentang Tuhan. Papa menyesal. Disebabkan papa, Fasha terpaksa menerima pelbagai cacian daripada orang ramai. Maafkan papa kerana papa gagal menjadi ketua dan pemimpin yang baik kepada isteri dan anak papa. Maafkan papa..." lirih Tan Sri Hairul sayu.

Sebak mula menjerut tangkai hati Fasha dan Puan Sri Elivia. Air mata yang mengalir terasa susah mahu dihentikan. Kata-kata Tan Sri Hairul sangat-sangat menyentuh hati. Entah mengapa Fasha terasa sangat sedih.

"Papa tahu apa yang terjadi dekat Fasha? Dekat universiti?" Tan Sri Hairul mengangguk lalu dia mengorak langkah mendekati anaknya itu. Dahi Fasha dicium lama.

"Maafkan salah silap papa. Disebabkan papa, Fasha bersedih hati. Disebabkan papa, Fasha terseksa. Disebabkan papa, Fasha terpaksa hadap semua caci maki manusia lain. Andai suatu hari nanti papa pergi, papa harap kamu dapat berjumpa dengan lelaki yang ikhlas dan sudi memimpin kamu ke Syurga. Doa papa terhadap kebahagian Fasha sentiasa papa titipkan buat Yang Maha Esa. Maaf sebab papa bukanlah lelaki yang terbaik untuk bawa kamu ke Syurga. Maafkan papa..."

Kata-kata Tan Sri Hairul membuatkan tangisan Fasha semakin kuat. Dipeluk lelaki yang sudahpun dimamah usia itu dengan erat. Entah mengapa hatinya tidak boleh menerima setiap bait bicara papanya. Dia langsung tidak suka papanya itu mengungkit tentang kematian. Sungguh, dia bencikan itu.

"Papa... Walau sejahat manapun papa, Fasha tetap sayangkan papa. Fasha tak pernah bencikan mama dan papa walau sedikitpun. Fasha yakin, bagi setiap dugaan yang kita lalui, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Papa merupakan lelaki terbaik yang pernah hadir dalam hidup Fasha. Selama-lamanya, Fasha tetap sayangkan papa. Fasha harap, kita akan bertemu di sana. Bertemu di Syurga..." lirih Fasha bersama tangisan. Puan Sri Elivia merapatkan jarak lalu dipeluk dua orang insan yang dicintainya.

"Mamapun nak minta maaf atas semua salah silap mama. Mama harap, kita sekeluarga dapat bertemu dan hidup bahagia di Syurga. Lengkap ada kita tiga bertiga dan bersama orang-orang yang kita sayangi. Mama sanggup tinggalkan kehidupan mama yang sekarang semata-mata mahukan kehidupan yang kekal selamanya," ujar Puan Sri Elivia bersama tangisan.

'Ya Allah... Begitu hebat sekali takdir yang telah Engkau aturkan. Bagi setiap dugaan yang Engkau turunkan, pasti ada ganjaran yang tidak ternilai. Ya Allah, Engkau masukkanlah mama dan papaku ke dalam Syurga-Mu walau sebanyak manapun dosa mereka. Haramkanlah api neraka menyentuh kulit mereka kerana aku tidak mahu mereka menangis terseksa. Sungguh aku merayu pada-Mu Ya Allah...' bisik hati Fasha bersama senyuman yang terukir di bibir.
















Again. I'm crying. Huhu. 😭😭







BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now